Tuesday, January 22, 2008

Exco Terengganu Beli Rumah RM 1.6 juta. / Amanah kriteria utama pilih pemimpin



AR RISALAH
Pemimpin UMNO Terengganu Bolot Kekayaan Exco Beli Rumah RM 1.6 juta.

Ditulis oleh SM Noor.

Kemaman Pemimpin UMNO Terengganu menggunakan kekuasaan pemerintahan yang mereka miliki untuk mengumpulkan harta peribadi masing-masing.

Mereka tidak amanah kepada rakyat untuk melaksanakan mandat bagi meningkatkan kehidupan rakyat. Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato Hj Mustaffa Ali menyatakan demikian didalam ucapan beliau sempena Ceramah Jelajah Presiden PAS ke negeri Terengganu, di Mak Chili, dekat sini, semalam.

Walaupun banyak pembangunan sebagaimana yang dihebohkan oleh pemimpin UMNO Terenggan, namun duit banyak yang mengalir dari kerajaan pusat tidak sampai kepada rakyat.

Justeru itu, kita melihat bahawa Terengganu kembali menjadi negeri kedua miskin di Malaysia ujar Dato Mustaffa Ali.

Pada masa pemerintahan PAS antara 1999 2004, PAS telah berjaya meningkat taraf hidup penduduk negeri Terengganu. Daripada negeri kedua miskin dalam tahun 2002, meningkat dua tangga kepada negeri yang keempat miskin di Malaysia. tambah Dato Mustaffa Ali.

Selain dari masalah kemiskinan, Dato Mustaffa Ali juga mengatakan bahawa, rakyat kini tertekan kerana menghadapi masalah kenaikkan harga barang.

Kenyataan pemimpin UMNO yang mengatakan bahawa kenaikkan harga barang adalah disebabkan kenaikkan harga minyak disanggah oleh beliau.

Kata beliau, kenaikkan harga barang bukan hanya disebabkan oleh kenaikkan harga minyak semata-mata, namun sebenarnya kerajaan tidak mampu mengawal taukeh-taukeh besar yang menjadi pemborong barang-barang, kerana mereka membiayai UMNO didalam pilihanraya.

Menyebut tentang kekayaan yang mengalir ke dalam negeri Terengganu, Dato Mustaffa Ali menyatakan negeri Terengganu mendapat RM 1.4 bilion pada tahun 2006 dan RM 1.6 bilion tahun 2007, hasil duit Royalti Petroleum yang dipanggil sebagai Dana Khas.

Namun kekayaan itu dibolot oleh pemimpin UMNO. Pemimpin UMNO sekarang kaya raya, mereka hidup mewah membina rumah-rumah besar dan istana.

Berita yang baru saya dapat, saya nak beritahu, ada seorang Exco dari Kuala Terengganu telah membeli sebuah rumah berharga RM1.6 juta jelas dato Mustaffa Ali.

Sekiranya elaun Exco RM 10,000.00 sebulan, tiga tahun berjumlah RM 360,000.00. Mana dia dapat duit untuk membeli rumah berharga RM1.6 juta? Tanya Dato Mustaffa Ali.


Amanah kriteria utama pilih pemimpin dalam Islam
Muhammad Yusri Amin
Mon | Jan 21, 08 | 6:08:56 pm MYT
KOTA BHARU, 21 Jan (Hrkh) â Kriteria utama bagi memilih pemimpin yang ditekan dalam Islam ialah amanah dan tidak melakukan dosa besar, sebaliknya parti berteras sekular pula lebih mengutamakan mereka yang mempunyai duit.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Mohd Amar Abdullah berkata, parti lawan mengutamakan pemimpin yang mempunyai wang tanpa mengambil berat soal agama diamalkan pemimpin terbabit.

âSyarat hendak menjadi khalifah mesti ada sifat al-adaalah dan di samping tidak berkekalan melakukan dosa kecil. Selain itu mesti bersifat amanah.

âMacam mana hendak menjadi pemimpin kalau wang milik rakyat miskin boleh hilang sehingga RM36 juta seperti pernah berlaku terhadap seorang pemimpin Umno sebelum ini,â katanya pada satu program di sini, baru-baru ini.

Menurutnya negara yang dipimpin umat Islam sepatutnya membawa hidayah terhadap masyarakat dengan membimbing mereka ke arah jalan yang betul.

Kata beliau usaha sedemikian sedang dilakukan di Kelantan sekarang bagi membawa kembali rakyat kepada kehidupan beragama.

âSebaliknya sesetengah pemimpin di Malaysia hari ini bercakap tentang Islam, tetapi amalan hidupnya jauh dari ajaran agama. Usahkan hendak mengikut agama, amalan demokrasi pun mereka langgar,â katanya.

Beliau yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, di negara ini terdapat banyak kepincangan dalam sistem demokrasi yang diamalkan termasuk menyekat kebebasan rakyat bersuara.
Katanya, ruang demokrasi disempitkan dengan pelbagai akta termasuk akta polis, akta rahsia rasmi dan akta keselamatan dalam negeri.

Sedangkan kata beliau Perkara 20 Perlembagaan Persekutuan membenarkan rakyat untuk berhimpun secara aman. - mj

HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*** - ***
JANGAN LUPA: HARI SABTU PAKAI KUNING!
Link Baru
webtv8 di http://wtv8. tv/v2/ tvpas di http://www.tvpas. com/

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: