Thursday, January 24, 2008

EPF juga tertinggi... / MB khianati jiran tetangga

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)

Anjunglarik

EPF juga tertinggi..apa yang rendah?


Semalam berita TV3 (Tengok TV3, walaupun Datuk Zainuddin kata RTM lagi bermutu dan popular...betul kah Datuk...?) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan pemberian dividen tahun lalu sebanyak 5.8 peratus, yang katanya tertinggi sejak 2001 dan akan dikreditkan ke dalam akaun pencarum pada 1 Mac ini.

Agak nya kenapa pihak KWSP, hanya sebut setakat tahun 2001. Sebab nya mereka tidak berani hendak membandingkan kadar- tersebut dengan kadar di tahun-tahun cemerlang sebelum tahun 2001. Pasti mereka akan hilang peluang untuk mengwar-warkan kalimat hikmat yang selalu pihak kerajaan pakai sejak akhir-akhir ini iaitu "tertinggi" yang sama juga tujuannya dengan kalimat "terkaya", "teruntung", "tebaik", "terbesar" dan sebagai nya termasuk yang ini. Ini semua bagi menunjukkan betapa berwibawa nya kerajaan sekarang menangani Kerajaan Malaysia dan seterusnya layak untuk bertanding dan terpilih untuk pilihanraya umum (PRU) yang akan datang kelak....Mungkinkah ...?

Umpama Kata Paklah "kita mampu dan ada duit lebih sikit, kita bagi la pada pencarum.. ". Tapi saya takut realitinya macam lari dari maksud yang sebenar umpama, Petronas untung, tapi minyak naik juga atau TNB untung "gila babi" (kesian babi ni, gila), tapi caj letrik naik juga...

Hairan juga sekejap cakap mampu. sekejap tidak mampu, tapi apapun kesan nya pasti tidak mampu juga kepada kita semua....

Paklah kata "Ini bukan duit election,tapi depa kata duit election pula," betul juga apa yang dikata, kalau Paklah Cakap ini semua sempena election, nanti kena tuduh guna wang rakyat untuk untuk kepentingan parti pula....Apapun yang pasti, inilah yang dikatakan "serampang dua mata", "sambil menyelam minum air"..ialah "sambil kerajaan beri untung, sambil itu parti dapat nama" ala-ala "lembu punya susu, sapi dapat nama"...bijak-bijak. ... betul-betul mengamalkan "Budi bahasa, Budaya Kita". Ialah hendak seribu daya, taknak seribu dalih, hati rakyat mesti diraih apapun tujuan nya adalah untuk meraih sokongan.

Yang tersangat pasti tarikh pilihanraya dah dekat sangat, kursus pengurusan SPR pun dah dibuat, malah kursus buang duit.."pilihanraya olok-olok" pun dah berlansung.. .....Jentera parti pun sudah bergerak..Ramai yang sudah sibuk, menabur budi . Banyak jalan berlubang dah di tar hingga ke depan rumah...Yang tak pernah nampak muka, tiba-tiba boleh tersenyum sumbing, menghulur bantuan. Yang jarang menegur sapa, kini mesra tak sudah-sudah, Yang tak berpersatuan, sibuk pula mengatur majlis tahlil dan doa selamat. Mesej SMS takpayah ceritalah, dok bertalu-talu masuk ke dalam telefon bimbit, hingga pening nak "mendeletekan" nya......

Apapun terima kasih juga kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana sanggup mengumumkan pemberian dividen yang "tinggi" ini.....Hanya ucapan terima kasih kepada Pak Lah atas semua ketinggian ini, saya tak mampu nak beri Rose dan bermain dengan propaganda ,sebab saya sangat sibuk mencari rezeki untuk membayar duit minyak, tol, yuran sekolah dan lain-lain, yang tidak kalah juga ketinggian nya..... Selamat berpilihan raya....


p/s: Dah lama tidak merasa dividen 8.5% seperti di era 80an........ ........

JOM BERSIH!!! bersih.org


BuletinOnline
MB khianati jiran tetangga, orang kampungnya sendiri


Ditulis oleh WanKay & SM Noor

The image “http://buletinonline.net/images/banners/sjertih2.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
Besut; 21 Jan - Kedudukan Dato’ Seri Idris Jusoh, untuk mempertahankan DUN Jertih, dilihat oleh banyak pihak, sebagai kerusi yang tidak selamat lagi, bagi Menteri Besar Negeri Terengganu itu

ni adalah kerana, rakyat di kawasan berkenaan telah hilang keyakinan terhadap Idris yang mengkhianati janji-janji Idris kepada mereka, pada Pilihanraya Umum ke 11, tahun 2004 lalu.

Justeru itu, mereka merasa kecewa tidak lagi mahu bergantung harap kepada Idris yang dilihat oleh mereka sebagai ‘kacang lupakan kulit’

Semakan dan pemerhatian lapangan yang dibuat oleh Buletinonline mendapati, rakyat umum, para pengundi dan penyokong UMNO/BN, melahirkan rasa tidak puas hati dengan kepimpinan Idris.

Rakyat melihat khususnya Idris dan amnya kerajaan UMNO/BN Terengganu telah gagal membela nasib rakyat, tidak dapat menyelesaikan isu tanah dan tidak berupaya menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan negeri Terengganu seluruhnya.

The image “http://buletinonline.net/images/banners/sjertih2.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
Isu terbaru berlaku di kampong Idris sendiri. Kes pengambilan tanah orang kampong untuk pembesaran Masjid Seberang Jertih ‘melukakan hati dan perasaan’ jiran tetangga Idris. Masjid Jertih terletak bertentangan dengan rumah ‘orang tua’ Idris, dipisahkan oleh jalanraya yang menghubungkan Bandar dengan Kota Bharu. Tanah jiran-jiran Deris telah diambil semula oleh kerajaan negeri dan rumah-rumah mereka dirombak, bagi kerja-kerja pembesaran masjid tersebut.

Apa yang menjadi kemusykilan rakyat setempat adalah, apa perlunya Masjid Jertih diperbesarkan dengan jarak antara Masjid Seberang Jertih dengan Masjid Hadhari, hanyalah 800 meter. Masjid Hadhari, sebuah masjid ‘mega’, sedang dalam pembinaan dengan kos RM10 juta, dijangka siap akhir tahun ini. (Foto: Mohd Noor menunjukkan rumahnya yang sudah dirombak)

The image “http://buletinonline.net/images/banners/sjertih1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Seorang pesara Jabatan Kerja Raya(JKR), Encik Mohd Noor Daud, 68, yang juga jiran rapat Idris, berasa amat terkilan dengan sikap Idris. Beliau mengenali Idris sejak Idris kanak-kanak lagi. Janji yang pernah diucapkan oleh Idris Jusoh selaku Menteri Besar Terengganu. awal tahun lalu masih segar didalam ingatannya.

Encik Mohd Noor berkata, (Idris)MB Terengganu berjanji di hadapan orang ramai dalam satu majlis perasmian Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Seberang Jertih.

“Dia (Idris) berucap di bangunan Rukun Tetangga Seberang Jertih dan berjanji akan memberi tanah gantian kepada mana-mana penduduk yang terlibat dengan pengambilan balik tanah dan rumah oleh kerajaan.

“Sampai hari ini, janji itu belum dikotakan dan kami semua terpaksa berpindah dan bayaran pampasan yang diberi pula tidak sepadan dengan nilai tanah dan rumah kami,” ujarnya kepada Buletinonline ketika ditemui di rumahnya, Jumaat lepas.

Menurut Mohd Noor, pampasan yang dibayar terhadap tanahnya serta tiga buah rumah milik anak-anaknya hanyalah RM120,000 sahaja.

“Tanah saya(terletak di)tepi jalan utama, Jertih ke Kuala Besut dan berhampiran masjid hanya dibayar RM120,000,"

“Ada tanah(yang hampir serupa) dan (sebuah)rumah subsidi kerajaan (yang telah diambil semula) dibayar RM80,000 seorang,” jelasnya.

Beliau dan keluarganya amat tidak berpuas hati dengan jumlah bayaran tersebut serta terpaksa membuat penilaian semula dan membuat tuntutan di mahkamah.

The image “http://buletinonline.net/images/banners/sjertih3.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Manakala seorang lagi mangsa pengambilan tanah, Puan Hajjah Minah Husin, 63, dari Kampung yang sama tidak dapat menahan kesedihan kerana terpaksa berpindah setelah tanah dan rumah diambil balik oleh kerajaan negeri.

Katanya, masalah bayaran yang tidak setimpal itu menyebabkan rasa marah, sedih dan kecewa terhadap Idris dan pemimpin kerajaan Terengganu hari ini.

“Hati kecil mak cik memang tidak setuju dan rasa sangat sedih. Mak cik menangis kerana pilu terhadap layanan pihak berkuasa yang diketuai oleh orang kampong ini sendiri."

“Mereka janji sebelum ambil dahulu hendak beri tempat ganti tetapi hanya ‘cakap politik’ dan janji ‘bohong’ Menteri Besar sahaja,” ujarnya.(Foto: Rumah Mak Cik Minah)

Mak Cik Minah telah membesarkan anak-anaknya seramai tujuh orang dan beberapa orang cucu telah menetap lebih 40 tahun diatas tanah tersebut. Katanya, kerajaan UMNO/BN kini perlu diberi tunjuk ajar oleh rakyat dalam pilihan raya akan datang dengan membuat perubahan sokongan kepada PAS.

Menurutnya, rakyat serta pengundi di Jertih ini mula menyesal kerana memberi undi kepada Idris dalam pilihan raya yang lalu.

The image “http://buletinonline.net/images/banners/sjertih4.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Seorang lagi pemilik tanah yang juga jiran Idris (enggan disebut namanya) mengakui mengundi Idris dalam Pilihanraya Umum tahun 2004.

“Dia (Idris) orang sini (kampung) dan kita pakat beri undi sekali kepada dia untuk tengok perubahan ‘kononnya’ boleh membela nasib rakyat,
“Kami semua menyesal dan harapan kami sebagai ‘rakyat bawahan’ hancur berkecai setelah Idris berkuasa,” ujarnya.

Beliau berjanji akan memastikan keluarga serta seluruh rakan taulannya tidak akan mengundi UMNO dan BN dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Semakan Buletinonline mendapati seramai 15 pemilik tanah dan rumah, jiran tetangga Idirs, berhampiran dengan Masjid Seberang Jertih, terlibat dengan pengambilan balik tanah untuk pembesaran Masjid tersebut. Pampasan telah dibayar, walaupun mereka tidak berpuas hati dengan jumlah yang mereka terima kerana ada unsur-unsur mereka telah ‘diperdayakan’ oleh pihak berkuasa tempatan.(Foto: Makcik Minah 'sedih' merenung nasibnya)




HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/



BERSIH

Berikut adalah berberapa kemungkinan yang akan belaku semasa pilihanraya nanti olih BN dan pembangkang untuk memenangkan pilihanraya umum.

Teknik Membeli Undi BN semasa pilihanraya

  1. Di luar kawasan mengundi wakil Pembeli undi BN akan memberi Pengundi yang akan di sogok dengan kertas undi yang telah di cetak berlebihan untuk kegunaan BN kawasan itu serta di pangkah kan sekali akan nama calun BN serta berjanji akan di bayar dengan wang selepas pengundi membuat pengundian di bilik membuang undi
  2. Pengundi kemudian masuk ke kawasan mungundi dan membawa masuk kertas undi yang di beri olih pembeli undi BN tadi di dalam kocek nya serta mendaftar untuk menerima satu lagi kertas undi sah dari wakil SPR di bilik mengundi
  3. Kemudian dia berjalan ke kawasan kotak tertutup yang di sediakan untuk memangkah calun yang akan di undi. Di sini Pengundi akan menyimpan kertas undi kosong yang di perolihi dari wakil SPR setelah membauat pendaftaran resmi itu kedalam saku dan mengeluarkan kertas undi yang di berikan olih wakil calun BN yang menyogok pengundi di luar kawasan mengundi tadi
  4. Pengundi kemudian berjalan ke arah kotak untuk membuat pengundian yang di sediakan dan proses pengundian ini bolih di lihat olih semua wakil parti BN dan pembangkang tampa ragu dan pengundi masukan masuk kan kertas undi yang di terima dari wakil pembeli undi BN tadi dan pemgundi telah menjalan kan tugas mengundi dengan sah
  5. Pengundi keluar dari bilik mengundi dan pergi berjumpa wakil pembeli undi BN di luar kawasan mengundi dan menyerahkan borang undi yang di terima dari wakil SPR yang masih kosong tadi sebagai bukti dia telah melaksanakan tugas dengan betul kepada wakil pembeli undi BN dan kemudian menerima habuan atas janji yang dia akan undi calun BN sahaja


Jadi siapa salah dalam hal ini? Wakil BN atau pengundi yang tak bertanggung jawab?


Teknik Pembangkang Mempastikan Kotak undi tidak di tukar semasa perjalanan untuk di hantar dari tempat mengundi ke tempat pengiraan undi semasa Pilihanraya

  1. Semasa membuat pengundian salah saorang ahli pembangkang ketika memasukan undi nya kedalam kotak undi; dia juga dengan sengaja memasukan kad pengenalan nya kedalam kotak undi tampa di lihat olih wakil yang hadir
  2. Apabila tamat peroses pengudian dan kotak membuang undi di tutup rapi dan di sah kan olih wakil parti yang hadir ia akan di hantar ke pusat pengiraan undi dan mereka tidak tahu dalam kotak itu ada satu kad pengenalan ahli parti pembangkang tertinggal dalam kotak itu
  3. Apa bila kotak undi sampai di pusat mengira undi di buka dan jika mereka menjumpai kad penenalan ahli pembangkang itu serta di umumkan penjumpaan nya olih pegawai SPR sudah pasti kotak undi itu tidak di tukar, sebalik nya jika tiada pengumuman akan terjumpa nya kad pengenalan pengundi dari ahli pembangkang tadi anda jawab lah sendiri akan apa yang telah berlaku kepada kotak undi asal semasa dalam perjalanan dari tempat mengundi ke tempat pengiraan undi itu



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: