Wednesday, January 2, 2008

Ekspedisi Dakwah 2008 berjalan lancar walaupun cuba dihalang oleh Polis

Oleh HermanSamsudeen


Kuala Lumpur : Sambutan tahun baru 2008, diraikan oleh Pemuda PAS dengan mengadakan Ekspedisi Dakwah disekitar KLCC pada 31 Disember lalu. Hampir 400 orang petugas telah menyertai program ini bersama Ketua Pemuda PAS Pusat, YB. Salahuddin Ayub. Rata-rata yang hadir adalah dari golongan muda dan ada juga yang membawa keluarga mereka bersama.

Turut kelihatan adalah AJK PAS Pusat, Dr. Lo’lo, Pesuruhjaya PAS Wilayah, Hj. Mohamad Nor Mohamad, Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Sabki Yusof dan Ketua Pemuda Wilayah, Kamaruzaman Mohamad.

Salahuddin ketika ditemui menyatakan bahawa program ini bertujuan untuk membawa mesej dakwah dan mendidik rakyat tentang cara menyambut Tahun Baru yang betul disamping memberikan kesedaran kepada mereka tentang bahaya sosialisasi yang melampau.

Pemuda PAS mengambil pandangan yang serius terhadap gejala sosial yang semakin berkembang biak ekoran dari sikap Kerajaan yang suka menyediakan pesta-pesta mega yang turut menjadi punca kepada gejala ini.

Sebanyak 20 ribu risalah dakwah diedarkan disekitar KLCC selama sejam bermula dari pukul 11 malam.

Ekspedisi kali ini mendapat sedikit gangguan bila mana kumpulan yang dipimpin oleh Salahuddin ini dihalang oleh pihak polis dari memasuki tapak konsert di tempat letak kereta KLCC. FRU juga turut berkawal bagi menghalang para petugas ini menyebarkan risalah didalam kawasan konsert. Walaubagaimana pun, tiada sebarang penangkapan dibuat.

Usaha dakwah diteruskan dengan mensasarkan mudi-mudi yang duduk di sekitar taman yang berhampiran. Salahuddin yang datang bersama ahli keluarga beliau sempat bermesra dan bertemu dengan muda mudi ini dan memberikan sedikit nasihat untuk mereka.

Hujan renyai-renyai telah turun lewat pukul 11.30 malam dan ianya dianggap suatu rahmat bagi program ini.

“Kita bersyukur atas hujan rahmat pada malam ini, kita telah dihalang memasuki tapak konsert tetapi kerana hujan ini ramai penonton-penonton yang menyaksikan konsert ditempat letak kereta KLCC meninggalkan tapak konsert untuk berteduh di Masjid dan ini memudahkan kami menyampaikan risalah kepada mereka” kata Mohamad Hafiz yang juga pengarah program ini.

Kamaruzaman yang juga ketua Pemuda Wilayah berpuashati dengan Ekspedisi kali ini.

“Jumlah petugas yang menyertai Ekspedisi ini semakin bertambah, dan kita juga melihat bahaw jumlah pengunjung yang hadir ke pesta di KLCC kali ini semakin berkurang. Ini menunjukan bahawa usaha kita berjaya dan rakyat lebih suka menghadiri program-program yang lebih bermanfaat di masjid dan surau atau bersama keluarga dirumah bagi menyambut tahun baru” kata kamaruzaman.

Kamaruzaman juga menegaskan bahawa program ini akan berterusan dari semasa ke semasa kerana usaha dakwah dan mendidik rakyat adalah tanggungjawab bagi semua ahli dan penyokong PAS.

Selagi adanya program-program yang lara dan menjadi punca kepada gejala sosial dinegara ini maka sewajarnya ada kumpulan-kumpulan yang bangkit membersihkannya dan PAS adalah salah satunya. Ini adalah tanggungjawab sosial yang harus dipikul bersama dan kerajaan wajib menyelesaikan masalah sosial ini dari akar umbi bukannya membantu menyemarakkan masalah ini hingga merosakkan anak bangsa sendiri.

Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di http://dppwp.wordpress.com

*****.*.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: