Monday, January 7, 2008

Di Mana Pejuang Hak Asasi Wanita

umar faruqi faruqi03@yahoo.com


Posted on Sunday, January 06 @ 16:41:54 MYT by SongkokPutih
Open Artikel Oleh irama


"Perjuangan WanitaSaya bukan bersikap hollier than thou....tetapi hanya cuba memahami gelodak perasaan seorang perempuan yang pada satu masa maruahnya berada di atas tetapi dalam sekelip mata maruahnya dipijak oleh si suami kerana kerakusan nafsu suami.Dia tidak bersalah tetapi terpaksa menanggung kesalahan tersebut bersama-sama suaminya. Perit sungguh bersuamikan pemimpin BN gamaknya.Saya percaya bukan Datin Chua sahaja dalam kepedihan.Malah ramai lagi isteri-isteri VVIP tertentu yang pejam mata hati perit.


Saya memang tidak akan ulas banyak-banyak pasal skandal seks Chua Soi Lek.Semua dada akhbar sepanjang minggu ini penuh dengan berita Chua sebagai tajuk utama.Chua Soi Lek sudah pun mengaku bahawa beliaulah jejaka di dalam video seks tersebut dan telah pun meletakkan jawatan dalam tempoh 24 jam daripada press statement yang pertama.Pun, sekurang-kurangnya dia menjadi jantan yang berani mengaku kesalahan dan melakukan perkara yang sepatutnya iaitu meletakkan jawatan secara terhormat. Tidak seperti hot shot-hot shot lain yang terang lagi bersuluh tetapi masih nafi menafi .

Saya cuma merasa simpati kepada Datin Chua. Ya , mungkin kerana saya juga wanita lalu rasa kasihan itu lebih menebal kepadanya dan tidak kepada hero di dalam video seks terbabit.Ini kerana Chua Soi Lek tidak merasa bersalah terhadap hubungan sulit yang dilakukan bersama "personnel friend" beliau.Beliau hanya meminta maaf kepada anak dan isteri terhadap pendedahan yang telah memburukkan nama mereka sekeluarga.. tetapi bukan memohon maaf terhadap kelakuannya.

Saya bukan bersikap hollier than thou....tetapi hanya cuba memahami gelodak perasaan seorang perempuan yang pada satu masa maruahnya berada di atas tetapi dalam sekelip mata maruahnya dipijak oleh si suami kerana kerakusan nafsu suami.Dia tidak bersalah tetapi terpaksa menanggung kesalahan tersebut bersama-sama suaminya. Perit sungguh bersuamikan pemimpin BN gamaknya.Saya percaya bukan Datin Chua sahaja dalam kepedihan.Malah ramai lagi isteri-isteri VVIP tertentu yang pejam mata hati perit.


Saya teringat kekecohan yang cuba ditimbulkan oleh Datuk Shahrizat berhubung cadangan wakil rakyat PAS supaya dikeluarkan sijil poligami di Kelantan.Datuk Sharizat tuduh wakil-wakil rakyat PAS begitu rakus dan gila seks sebab lebih mementingkan pengeluaran sijil-sijil poligami supaya suami-suami di Kelantan boleh mengambil armalah (ibu tunggal) sebagai isteri.Datuk Shahrizat kata PAS kalau pegang kuasa di Kelantan mulalah fikir nak berbini dua.Datuk Shahrizat sarankan masa itu supaya wanita-wanita Kelantan buat bantahan.Tetapi wanita-wanita Kelantan ini tidak mudah melenting dan maintain cool sahaja.

Saya fikir wanita-wanita Kelantan ini malas nak layan sorakan Datuk Sharizat yang selalu sahaja menyerang cadangan dan perlaksanaan kerajaan negeri Kelantan .Oleh itu, daripada wujudnya genjala zina di dalam bilik hotel yang dilakukan di belakang mereka, adalah lebih baik redhakan sahaja si suami beristerikan satu lagi . Seperti kata mak sedara saya.."Oghe laki ,lagu mano pun dio lemoh bab tu jugok.."

Well..kata Chua Soi Lek...."saya bukan yang pertama dan bukan yang terakhir"(mempunyai skandal)

Kata PM ..."Pembangkang jangan meneguk di air yang keruh"

Apa pula kata pembela nasib kaum wanita kita, Datuk Sharizat...? Takkan diam kut.

http://stanceofmusl imah.blogspot. com/"

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: