Monday, January 28, 2008

CATATAN SAYA KETIKA HADIR BERTUGAS UNTUK HIMPUNAN AMAN PROTES

"Jabatan Amal" uamalpusat@yahoo.com.my

catatan oleh : Mohd Shahraini Abu Sahid (Setiausaha Unit Amal DPPWP)
Sabtu 26 Januari - Pada jam 1.50 petang tadi, saya memulakan perjalanan dari rumah saya di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor dengan menaiki motorsikal untuk bertugas bersama sahabat-sahabat anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan di KLCC dalam himpunan aman anjuran PROTES petang tadi. Seperti himpunan yang biasa dilakukan, Unit Amal diminta untuk mengawal keselamatan pimpinan dan peserta untuk memastikan tidak ada berlakunya sebarang gangguan samada provokasi dari peserta atau pihak polis.

Ketika dalam perjalanan, saya cuba menghubungi beberapa sahabat saya menggunakan telefon bimbit yang berfungsi sebagai Ć¢€˜walkie talikieĆ¢€™ malangnya talian saya bermasalah. Saya meneruskan perjalanan dan tiba di KLCC pada jam 3.04 petang. Setelah meletakkan motorsikal diseberang jalan berhadapan dengan kompleks Suria KLCC, saya cuba mencari sahabat-sahabat anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan tetapi tiada seorang pun yang kelihatan. Ketika itu, saya dapati telefon bimbit saya sudah berfungsi semula lalu saya cuba menghubungi sahabat saya.

Panggilan saya telah dibalas seorang sahabat dan saya menerima makluman rupa-rupanya kesemua sahabat anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan telah dikejar dan diserbu lebih kurang 30 orang anggota polis pada sekitar jam 2.40 petang ketika mereka semua berkumpul di Stesen LRT Ampang.
Hj Zamhuri Pakmat
Daripada makluman sahabat saya 6 orang anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan yang mana 2 orang daripadanya anggota veteran Unit Amal Wilayah Persekutuan iaitu Hj Zamhuri Mohd Tahir dan pakcik Mohamad Nawi telah ditangkap dan dimasukkan kedalam trak polis. Menurut sahabat saya lagi, anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan yang lain termasuk Pengarah Unit Amal Wilayah Persekutuan, Sdr Saripuddin masing-masing berjaya melepaskan diri dari ditahan pihak polis dengan ada yang memasuki bangunan Kompleks Ampang Park serta beberapa bangunan yang lain.

Saya menghubungi pengarah saya dan pengarah saya memaklumkan bahawa beliau berada di tempat letak kereta di Kompleks Ampang Park selepas dikejar oleh polis. Menurut beliau beberapa orang anggota polis berpakaian preman (Special Branch) masih mengekori beliau tetapi mereka tidak menahan beliau sebaliknya memaklumkan kepada anggota polis yang beruniform supaya mengambil tindakan. Walaubagaimanapun beliau bejaya mengelak dari dikesan. Selepas itu saya diarahkan saya berhati-hati dan kalau boleh tukar uniform Unit Amal saya kepada baju biasa kerana menurut pengarah saya semua anggota polis diarahkan supaya mengesan dan menangkap anggota Unit Amal yang memakai uniform. Ketika itu saya memakai uniform kemeja rasmi Unit Amal bukannya tshirt. Walaubagaimanapun saya berjalan dengan berhati-hati dengan kamera saya lalu menuju ke perkarangan kompleks Suria KLCC.

Setibanya berada di hadapan pintu masuk Suria KLCC, saya berjumpa Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Sdr Kamaruzaman Mohamad, Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Wan Hasrina dan beberapa exco Dewan Pemuda PAS Pusat. Lalu saya bertanya kepada Sdr Kamaruzaman dimana pimpinan PAS Pusat yang lain dan beliau tidak mengetahui kemana pimpinan PAS dan Keadilan berada cuma saya dimaklumkan bahawa Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah dan suami serta Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat, Sdri Aiman Athirah dan 2 orang Srikandi telah ditahan dan dimasukkan kedalam trak polis.

Kemudian saya terus berjalan ke sebuah trak polis yang diletakkan dihadapan Suria KLCC. Saya dapati beberapa wartawan sedang mengerumuni trak tersebut sambil mengambil gambar. Saya menyusup diantara wartawan tersebut dan saya dapati beberapa peserta himpunan ditahan tetapi kelibat pimpinan PAS dan Keadilan tiada didalam trak tersebut.


Selepas itu saya berjalan lagi ke jalanraya dihadapan Suria KLCC menuju Wisma MCA dan saya dapati berlaku kekecohan ditengah jalanraya tersebut dan saya dapati Dr Osman Nasir dari Parti Sosialis Malaysia dan seorang wanita india ditahan dengan kasar oleh anggota polis. Kemudian saya dapati Cikgu Badrul dari Keadilan juga ditahan selain diheret dengan cara yang kasar dan ganas. Saya memandang keseberang jalan dan saya dapati Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, AJK PAS Pusat Dr Zulkifli Ahmad dan Ahli Majlis Tertinggi Keadilan, Dr Badrol Amin serta seorang sahabat saya sedang mengerumuni seorang wanita india yang pengsan akibat keganasan pihak polis.

Saya kemudiannya menghampiri mereka lalu saya maklumkan kepada pengarah saya bahawa saya sedang berada bersama mereka. Pengarah saya kemudian memberi arahan kepada saya agar memaklumkan kepada Dr Hatta, Dr Zul serta Dr Badrol Amin supaya beredar dari situ. Kemudian ketiga-tiga pimpinan tersebut mula berjalan meninggalkan kawasan tersebut dan Dr Hatta memaklumkan beberapa wartawan untuk membuat sidang media di sebuah restoran mamak di Jalan Yap Kwan Seng berhadapan bangunan AmBank.

Saya kemudian bergegas mengambil motor lalu mengekori mereka ke restoran tersebut sambil sahabat saya mengiringi Dr Hatta dan Dr Zul. Dalam perjalanan ke restoren mamak tersebut, sepasukan polis mengekori Dr Hatta dan Dr Zul untuk menahan mereka. Dibantu seorang peguam cina Johnson Chong, kedua-dua pimpinan tersebut telah beredar dari situ walaupun pada awalnya Dr Hatta telah dipegang oleh anggota polis yang bersiap sedia menahannya. Dr Zul juga telah beredar dari situ dan mencari kenderaannya untuk ke restoran mamak tersebut. Saya dan sahabat saya serta peguam Johnson Chong kemudian mengiringi Dr Hatta.

Setibanya direstoran mamak tersebut, kami dapati Ketua Penerangan Keadilan, Tian Chua telah pun berada disitu dengan beberapa orang wartawan. Kami juga mendapati bebrapa orang SB juga berada disitu sambil minum air. Saya memaklumkan pengarah saya yang kami sudah berada di restoran mamak tersebut dan bebrapa minit kemudian pengarah saya bersama 4 orang sahabat saya pun tiba disitu. Kemudian Dr Hatta dan Tian Chua memulakan sidang media.
Tidak lama kemudian, sepasukan anggota polis bersama trak polis telah datang kerestoran tersebut untuk menahan Dr Hatta dan Tian Chua. Menurut pengarah saya Sb yang berada disitu telah memaklumkan kepada ketua mereka bahawa terdapat seramai sekitar 150 orang sedang berhimpun di restoran tersebut walhal bilangan yang ada di restoran itu tidak sampai 20 orang. Dr Hatta dan Tian Chua cuba ditarik oleh anggota polis tetapi dihalang peguam Johnson Chong. Salah seorang pegawai tinggi polis telah menunjukkan waran yang dikeluarkan oleh mahkamah untuk menahan mereka. Walaubagaimanapun Johnson Chong cuba menghalang pihak polis menahan mereka sambil menyoal pegawai polis tersebut berdasarkan undang-undang apa yang digunakan.

Akhirnya setelah berlaku pergelutan antara pihak polis dengan Johnson Chong, Dr Hatta dan Tian Chua telah ditahan dengan kasar selain Johnson Chong juga ditahan atas alasan mengganggu tugas pihak polis. Kami yang berada disitu terpaksa melihat penahanan tersebut setelah menyedari pihak polis membawa waran dari mahkamah.

Selepas kesemuanya dimasukkan kedalam trak dan beredar, kami pun terus ke pejabat agong untuk solat Asar dan berbincang berkenaan insiden yang berlaku hari ini. Sekitar jam 6.20 petang, kami bergegas menuju ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPKKL) untuk mengetahui perkembangan mereka yang ditahan. Setibanya disana kami dapati lebih kurang 50 orang penyokong dan pimpinan PAS dan Keadilan telah berkumpul untuk mengetahui keadaan mereka yang ditahan selain bersedia untuk menjamin. Kami juga telah dimaklumkan bahawa Naib Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu, Dr Zulkifli Ahmad dan Dr Badrol Amin juga telah ditangkap ketika sedang menunggu kenderaan masing-masing tiba. Kami dan kesemua penyokong PAS dan Keadilan tidak dibenarkan masuk ke dalam perkarangan IPKKL kerana pintu pagar telah dijaga serta ditutup oleh 3 anggota polis yang berkawal.

Sehingga jam 12.54 pagi tadi, pihak polis hanya membebaskan Ketua Muslimat PAS Pusat Ustazah Nuridah Salleh, Cikgu Badrul dari Keadilan, seorang remaja lelaki serta beberapa penyokong india daripada 58 orang yang ditahan. Kesemua baki tahanan tidak dibebaskan oleh pihak polis dan mereka akan dibawa bermalam di lokap Pudu. Bagi mengelakkan kami dan penyokong-penyokong yang lain mengganggu perjalanan menghantar tahanan ke lokap Pudu, pihak polis telah menghantar 3 buah trak FRU untuk mengawal dan mengarahkan kesemua yang hadir bersurai.


(Untuk melihat klip video keganasan polis, sila ke blog Amal Wilayah)
http://amalwilayah.wordpress.com/37/video-keganasan-polis-dalam-himpunan-aman-anjuran-protes-di-klcc/

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: