Friday, January 18, 2008

Cara Baru Cegah Anak Hilang / Alamat Baru & Tetap Laman M@RHAEN

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)

JOM BERSIH !!!

bersih.org/


Suara Keadilan Online
KeADILan Syor Cara Baru Cegah Anak Hilang
Kuala Lumpur, 17 Jan - Sharlinie Mohd Nashar yang dilaporkan hilang pada 9 Januari menandakan perlunya kerajaan mengambil langkah konkrit untuk mempertingkatkan keselamatan kanak-kanak. Ketua Penerangan Tian Chua berkata, KeADILan mengesyorkan penggunaan telefon bimbit kanak-kanak (children handphone) sebagai satu cara alternatif bagi mengurangkan risiko kanak-kanak hilang atau diculik.

�Telefon bimbit kanak-kanak ini direka khas untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 8 tahun dengan 4 butang utama yang senang dipakai untuk membuat panggilan kepada ibu bapa, kawan dan guru. Ia juga dapat membantu ibu bapa mengesan kedudukan kanak-kanak.�

Telefon bimbit kini luas diguna di Hong Kong, Taiwan dan China. Anggaran harga adalah dalam lingkungan RM300.

Walau bagaimanapun, kata Tian, kerajaan perlu menetapkan dasar agar syarikat-syarikat telekomunikasi mengeluarkan telefon bimbit kanak-kanak untuk mempertingkatkan tahap keselamatan kanak-kanak.

�Sekarang sampailah masa kerajaan berganding bahu dengan syarikat swasta untuk melaksanakan program perkhidmatan sosial ini selain menjalankan kempen mencari kanak-kanak hilang secara besar-besaran dan bersifat sementara,� tegas Tian dalam sidang media hari ini di Ibu Pejabat KeADILan.

Naib Ketua Wanita Haniza Talha yang turut hadir dalam sidang media itu menambah, pasukan polis yang tidak profesional dan efektif adalah punca berlakunya sekali lagi kes kanak-kanak hilang.

�Kegagalan pasukan polis mengurangkan masalah jenayah memberi gambaran kepada penjenayah seolah-olah mereka boleh terlepas daripada hukuman jenayah sewenang-wenangnya,� ujar Haniza.

�Dua kes penculikan berlaku dalam tempoh 24 jam di kawasan perumahan Taman Medan pada waktu siang adalah petanda penculik tidak lagi rasa gerun dengan pihak penguatkuasa,� kata Haniza yang sendiri telah melawat keluarga mangsa kanak-kanak.

Sharlinie Mohd Nashar telah dilaporkan hilang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada 9 Jan. Sehari sebelum itu, Nur Fatiha Zaidi pula dilaporkan diculik di tempat yang sama, iaitu Taman Medan, Petaling Jaya Selatan.

Haniza menyarankan agar pihak polis menambahkan kekerapan meronda dan mengagihkan tenaga polis mengikut keutamaan keselamatan awam agar tahap profesional pasukan polis dapat dipertingkatkan.

Menurut Haniza, sehingga hari ini, cuma terdapat 6% anggota polis ditugaskan untuk siasatan jenayah, manakala sebanyak 33% ditugaskan untuk pentadbiran.

syafiq @ January 17, 2008

*****.*.**** *

"WM M@RHAEN" marhaen@gmail.com wrote:
Assalamualaikum,

Laman M@RHAEN kini telah berhijrah dan beroperasi di domain & hosting sendiri
di: http://www.marhaen.org/v1

Pohon kerjasama pemilik laman & blog menukar nama domain lama kepada nama domain/URL tersebut.

Kerjasama & sokongan semua amat-amat dihargai.

Wassalam


--
Webmaster Laman M@RHAEN
http://www.marhaen.org/v1
.. bukan sekadar laman pro-reformasi.


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: