Friday, January 18, 2008

Caj pengurusan PTPTN, RM717 membebankan!

umar faruqi faruqi03@yahoo.com

Caj pengurusan PTPTN, RM717 membebankan!
Scanner505
Thu | Jan 17, 08 | 5:21:34 pm MYT


Semakin lama kerajaan BN memerintah, semakin lama kerajaan ini tidak peka dengan masalah pelajar. Mereka juga tidak melindungi hak-hak rakyat jelata. Kami mengesyorkan supaya kerajaan meneliti semula berkenaan dengan keputusan untuk mengekalkan caj pengurusan tersebut.



Sebagai contoh, untuk tempoh setahun sahaja (kos pentadbiran terkumpul tahun semasa setakat Disember, 2007) sebanyak RM717 telah dikenakan oleh PTPTN.

Sedangkan kemampuan untuk bekas pelajar ini hanyalah sekitar RM400-500 saja. Oleh itu, sampai bilakah hutang pelajar ini akan dapat dilangsaikan!

Uuntuk makluman lanjut, sila lihat pernyataan di bawah:



Tarikh Cetak : 08/01/2008
DANA PENDIDIKAN PEMANGKIN PEMBANGUNAN NEGARA

PINJAMAN 1
1. BAKI AWAL PADA 1HB JANUARI 2007 : RM26,654.53
2. BAYARAN PINJAMAN / PELARASAN SETAKAT DISEMBER 2007 : RM(0.00)
3. BAYARAN BALIK PINJAMAN / PELARASAN SETAKAT DISEMBER 2007 : RM(349.00)
4. BAYARAN BALIK PINJAMAN MELALUI FPX : RM(0.00)
5. KOS PENTADBIRAN TERKUMPUL TAHUN SEMASA SETAKAT DISEMBER, 2007 : RM717.52
6. BAKI AKHIR PADA DISEMBER 2007 : RM27,023.05
BAKI KESELURUHAN PINJAMAN PADA DISEMBER 2007 : RM27,023.05



Nota: Mereka yang ada masalah dan aduan berhubung PTPTN dialu-alukan mengirim mel elektronik kepada hdaily_editor@yahoo.com. Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya dengan meletakkan subjek: Aduan PTPTN --- aba.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: