Saturday, January 19, 2008

Cabaran PASJB kepada Umno Barisan Nasional

Pas Johor Bahru" pasjohorbahru@yahoo.com


Cabaran PASJB kepada Umno Barisan Nasional

Dedas-desus hampirnya tarikh pilihanraya masih menjadi teka-teki buat semua. Parti-parti pembangkang tidak boleh tidak mestilah sentiasa bersedia berhadapan dengan 'pakatan ahzab' Barisan Nasional.

Kali ini parti-parti komponen terbesar BN kelihatannya masih belum bersedia untuk pilihanraya, MCA yang pening kepala sehingga menangguhkan pemilihan pucuk pimpinannya gara-gara isu dvd lucah Soi Lek, Samy Vellu Mic juga pening kepala untuk menyelesaikan masalah kaum India dan berhadapan dengan puak Hindu dari Hindraf.

PPP pula dengan tuntutan kerusi nostalgia lamanya dan tidak ketinggalan Umno yang hilang keyakinan gara-gara dipertikai hebat oleh parti-parti kaum yang lain kerana memperjuangkan semangat kebangsaan melayu yang terlampau.

Cabar-mencabar sesama mereka dalam perebutan kerusi masih menjadi tanda tanya permuafakatan Barisan Nasional yang semakin rapuh dengan masalah terlampau banyak parti komponen BN untuk diagihkan kerusi.

PASJB mencabar UmnoBN kali ini supaya bertanding secara anak jantan. PASJB juga mencabar Umno supaya jangan satupun agensi dan jentera kerajaan dipergunakan, jangan juga ada kali ini pengagihan wang ringgit kepada penyokong-penyokong cawangan Umno.

Alhamdulillah pendokong-pendokong PAS sudah terdidik untuk bekerja dan menginfaqkan harta mereka kerana Allah, jadi tidak timbul masalah habuan dunia yang tidak menjamin keselamatan akhirat.

Kali ini cuba kamu bertanding dengan tidak menbazirkan wang, kita lihat sendiri adakah ada penyokong-penyokong kamu yang sudi memberikan sumbangan tenaga secara percuma sekiranya tidak ada habuan wang ringgit.

Pastinya jentera kamu akan lumpuh, kerana selama ini jiwa mereka kamu beli dengan wang dan janji projek-projek yang mengkayakan kroni.

Jangan lagi ada janji selepas pilihanraya, YB-YB yang menang akan memberikan tiket pelancongan percuma ke Indonesia dan menunaikan umrah secara percuma, persoalannya duit siapa semua tu, kalau nak padan dengan gaji wakil rakyat beliau sendiri tak cukup.

Inilah dia wajah sebenar parti pemerintah dalam negara kita sekarang ini, mereka sangat yakin dengan kemenangan kerana akhirat mereka telah dijual semata-mata untuk dunia mereka.

Budaya politik takut yang disemai oleh pimpinan BN kepada rakyat, menjadi senjata ampuh mereka untuk menjatuhkan pembangkang. BN cukup bangga dapat mengalahkan pembangkang walhal baculnya mereka yang tidak berdiri diatas kaki sendiri.

Jadinya pembangkang akan terus dinafikan hak berdemokrasi secara adil dan saksama. Tidak cukup dengan itu Pas yang cuba hendak menegakkan kerajaan Daulah sendiri dinafikan sekeras-kerasnya oleh Melayu Umno yang tidak percaya akan hari pembalasan.

Semoga Allah bukakan mata mereka yang menentang Islam dan diberikan kemenangan kepada parti yang menegakkan Islam & Keadilan...

Sumber : Jundullah

Layari : http://www.pasjohorbahru.com/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

1 comment:

Selamatkan Johor said...

As Salam... anak Johor seharusnya sedar dan tidak leka serta perlu bangkit menghalang kedurjanaan yang sedang berlaku didepan mata...

Ini kisah sebenar yang sedang berlaku ...

http://selamatkanjohor.wordpress.com/2012/01/12/curah-air-di-daun-keladi/