Wednesday, January 23, 2008

BUKU : Hikayat Abdullah

"Sirajuddin Abbas" sirajuddinabbas@gmail.com



Buku : Hikayat Abdullah

Januari 16, 2008

Penulis : Munshi Abdullah / Hamzah Hamdani
Penerbit : PTS Fortuna (2007)
Halaman : 391 halaman

'Kata orang arif :
Apabila engkau mendapat wang, belikan emas ;
jualkan emas itu, belikan intan ;
jualkan intan itu, belikan manikam ;
jualkan manikam itu, belikan ilmu'

Hikayat Abdullah (HA) merupakan catatan pengalaman Munshi Abdullah. Bermula lahir hinggalah ke alam dewasa. Bahkan penulis berhasrat menyambung HA, namun tidak kesampaian.

Membaca HA membuatkan saya berasa kagum dengan Mushi Abdullah. Bayangkan lebih dua ratus tahun yang lalu beliau menuliskan pengalaman beliau dengan cara yang baik dan menarik. Dari kecil penulis diajar membaca dan menulis, bahkan belajar bahasa Arab, Hindi dan beberapa bahasa yang lain. Jadi tidak hairanlah penguasaan bahasa beliau sangat baik hingga melahirkan Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah (belum baca).

Penjajahan dari sudut yang positif.

Pengalaman Melaka dijajah Belanda, Portusgi, Jepun dan Inggeris beberapa ratus tahun, memungkinkan ilmu pengetahuan dan teknologi dipindahkan secara tidak langsung. Sehinggakan sahabat saya, meluahkan betapa Melaka memang perlu di jajah. Seandainya Melaka tidak pernah di jajah, mungkin apa yang kita miliki pada hari ini masih jauh untuk dicapai.

Pada saya patut atau tidak, mana lebih baik mana yang lebih buruk tidak perlu menjadi soal. Yang penting, Terjajahnya Melaka, selain mengakibatkan khazanah negara (bijih dan rempah) dipunggah keluar, menyedarkan penduduk pribumi tentang kewujudan dunia luar. Kata sahabat saya, andai kita tidak dijajah, mungkin sehingga jari ini bijih dan hasil mahsul lain tidak terusik. Dan Melayu masih berkeris dan bersampin. Siapa tahu.

Saya sangat kagum dengan peribadi Tuan Farquhar dan Tuan Rafles yang berbudi bahasa tinggi. Munshi Abdullah menjadi pengiring mereka untuk membuat kajian tentang masyarakat, tentang tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Terus saya terfikir, tidak hairanlah dokumentari seperti National Geography Animal Planet dibikin dengan cemerlang. Usaha mereka sudah pun bermula ketika kita masih bertikam keris merebut puteri bunian dari puncak gunung.

http://www.e- kedai.net/ index.php? target=products&product_id=768

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: