Friday, January 18, 2008

BN... Tradisi membazirkan wang rakyat

MOHAMED JOHARI BIN MOHAMED SIDEK mohamed_johari@silterra.com


kalau bab-bab nie, memang terror....

________________________________


Khamis 17 Januari 2008 | 8 Muharam 1429 Hijrah
BN... Tradisi membazirkan wang rakyat
Mohamed Hanipa Maidin
Thu | Jan 17, 08 | 10:12:02 am MYT
Kejayaan besar Kerajaan BN adalah bijaknya mereka membazir serta
menghabiskan duit rakyat. Kejayaan besar ini dapat dicapai kerana pemimpin BN
mempunyai masalah memahami apa yang dimaksudkan dengan duit negara.
Bagi mereka duit negara adalah seperti duit bapa mereka sendiri. Oleh
itu, mereka tidak langsung dihantui rasa bersalah jika duit rakyat tidak
dibelanjakan dengan betul dan teliti.

Saya akan mengemukakan beberapa contoh kes yang secara jelas
menunjukkan betapa mudahnya wang rakyat dibazirkan oleh BN.

Bagi meredakan kegelisahan rakyat terhadap masalah salah laku, salah
guna kuasa, penyelewengan dan rasuah dalam institusi polis, PM Abdullah
Badawi telah menubuhkan Suruhanjaya Diraja Untuk Mempertingkatkan
Operasi dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia.

Suruhanjaya ini ditubuhkan menurut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 dan
dipengerusikan oleh mantan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Mohamed Dzaidin
dan 15 anggota yang lain. Ia telah ditubuhkan pada 4 Februari 2004.
Suruhanjaya tersebut telah mengemukakan 125 cadangan kepada kerajaan untuk
membaiki imej polis. Salah satu cadangan utama Suruhanjaya tersebut
adalah untuk kerajaan mewujudkan IPCMC (Independent Police Complaints and
Misconduct Commission), yang dicadangkan tarikh akhir penubuhannya pada
31 Mei 2007.

Umum mengetahui betapa banyak duit yang telah dibelanjakan oleh
Suruhanjaya tersebut bagi menjalankan tugas dan tanggungjawabnya. Sebagai
rakyat, kita boleh menerima jika jutaan ringgit yang dibelanjakan oleh
Suruhanjaya tersebut boleh memberi manfaat kepada rakyat iaitu pembaikan
institusi polis dalam ngara ini. Malangnya ianya tidak berlaku begitu.

Kerajaan bukan sahaja masih gagal melaksanakan banyak daripada saranan
Suruhanjaya tersebut malah sanggup mengubah 360 darjah saranan
Suruhanjaya tersebut khususnya dalam isu penubuhan IPCMC. IPCMC yang
dicadangkan oleh Suruhanjaya, Special Complaints Commission (SCC) pula yang
hendak dibuat oleh Kerajaan BN.

Tan Sri Dzaidin, Pengerusi Suruhanjaya Diraja yang begitu marah dan
kecewa dengan tindakan kerajaan tersebut menyatakan:

"The proposed Special Complaints Commission (SCC) now being formed by
an act of parliament, was 'something entirely different' from what we
recommended. The government, in its wisdom, did not accept the core
recommendation of an independent oversight body."

(Cadangan SCC yang digubal melalui Akta Parlimen adalah 'sesuatu yang
berbeza sama sekali' daripada yang kami cadangkan. Kerajaan tidak
menerima cadangan utama bagi mewujudkan IPCMC.)

Tan Sri Dzaidin juga berkata IPCMC dan bukannya SCC diharap untuk
menerima dan menyiasat aduan salah laku polis dan menghalang, membanteras
dan menyiasat rasuah dan salah laku polis bagi meningkat keyakinan rakyat
ke atas pihak polis.

Salah laku didefinisikan termasuk rasuah polis, penglibatan polis dalam
perbuatan jenayah dan kegagalan mematuhi peraturan dan prosedur
undang-undang. Nampaknya, kata Dzaidin, rasuah tidak langsung disebut dalam
Akta SCC. Jelas senario terbaru ini menunjukkan Abdullah dan sekutunya
dalam BN telah berbohong kepada rakyat dan sanggup membazirkan wang
rakyat begitu sahaja.

Seperti yang saya katakan BN amat cekap dan bijak membazirkan wang
rakyat. Kita tentu masih ingat bagaimana dalam isu insinerator di Broga,
Semenyih, Kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar
keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek
tersebut.

Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi 'fluidized
bed gasification' yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan
belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200
juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun. Meskipun kerajaan
tahu dan sedar projek tersebut adalah tidak "viable" dan boleh mengancam
kesihatan rakyat ianya masih ingin diteruskan.

Akhirnya Najib Tun Razak mendedahkan kebodohan BN dengan menyatakan
keputusan membatalkan projek itu kerana kos membinanya lebih kurang USD435
juta dan bukannya kerana protes berkaitan dengan impak alam sekitar
dan kesihatan. Najib berkata pembinaan insinerator bukan sahaja
melibatkan perbelanjaan modal (capital expenditure) sebanyak RM1.5 billion
tetapi juga kos penjagaan (maintenance costs) yang tinggi. Kalau dah tahu
tinggi kenapa hendak dibina juga?

Walau apa pun alasan Najib, pokoknya duit rakyat telah dibazirkan di
atas perbelanjaan kerja-kerja yang telah dijalankan dan pembayaran
pampasan atau ganti rugi berbilion ringgit yang kena dibayar oleh kerajaan
kepada syarikat yang dikurniakan untuk membina insinerator itu iaitu
konsortium daripada syarikat Jepun, Ebara Corporation and rakan kongsi
tempatan iaitu Hartasuma Sdn Bhd.

Selain projek insinerator Broga, BN juga berjaya membazirkan wang
rakyat dalam isu pembinaan Zon Bebas Niaga Pelabuhun Klang (PKFTZ). Projek
yang diselubungi oleh pelbagai kontroversi tersebut menyaksikan
pertambahan kos yang meningkat sebanyak RM3.5 billion daripada kos asal.

Bukan sahaja Kerajaan gagal menyiasat kegagalan projek tersebut, ia
sebaliknya bersetuju pula untuk memberikan pinjaman (soft loan) sebanyak
RM4.681 billion kepada Port Klang Authority (PKA). Anwar Ibrahim dalam
kenyataan rasminya menyatakan "episod ini adalah satu daripada banyak
contoh daripada kerajaaan yang mendedahkan konflik kepentingan, rasuah,
dan salah pengurusan yang melibatkan ahli politik, ahli perniagaan dan
penjawat awam."

PKA telah membeli 1000 ekar Pulau Indah daripada Kuala Dimensi Sdn Bhd
pada harga RM25 satu kaki persegi dengan nilai RM 1.8 billion (termasuk
faedah). Kuala Dimensi telah mengaut keuntungan sebanyak RM993 juta
kerana syarikat tersebut hanya membeli tanah yang berkaitan daripada
Pulau Lumut Development Cooperative Berhad pada nilai RM95 juta sahaja
(iaitu pada harga RM3 satu kaki persegi).

Menurut Anwar, urusniaga yang menguntungkan ini melibatkan ahli politik
Umno dan MCA termasuklah Pengerusi Tetap Umno pada masa ini iaitu Tan
Sri Dato Seri Haji Onn Ismail, Bendahari Umno, Dato Seri Azim Mohamed
Zabidi, Dato Chor Chee Heung, MCA yang juga Pengerusi KPA dan mantan
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Tiong King Sing dan tidak
ketinggalan Ahli Parlimen Bintulu.

Apa yang lebih mengejutkan lagi dalam keadaan rakyat menderita dengan
kenaikan harga minyak dan kos sara hidup yang semakin meningkat Kerajaan
BN masih sibuk memikirkan bagaimana ingin habiskan duit rakyat dengan
bermegah untuk membina kompleks sukan di Kota London.

Isu ini menjadi bahan kritikan apabila terbocornya maklumat bahawa
Kerajaan BN perlu membayar kos sebanyak RM490 juta untuk mengubah Pusat
Penyelidikan Tun Abdul Razak (TARRC) kepada High Performance Training
Centre (HPTC). Dilaporkan kemudiannya bahawa RM490 juta tersebut adalah kos
bagi membina kompleks sukan. Apa yang lebih memeranjatkan adalah angka
yang ada di minda Jawatankuasa Kabinet untuk membina HPTC hanyalah
sekadar RM70 juta. Bagaimanakah ia boleh meningkat kepada 490 juta?

Baru-baru ini dilaporkan permohonan Malaysia untuk mengubah sebahagian
TARRC di Brickendonbury, London kepada HPTC telah ditolak oleh
Jawatankuasa Majlis Kawalan Pembangunan Timur di London.

Sebenarnya tiada apa yang hendak dipelikkan. Di dalam laporan Ketua
Audit Negara baru-baru ini khususnya yang berkaitan dengan Kementerian
Belia dan Sukan; antara lain menunjukkan bagaimana pembelian 13 item untuk
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) meningkat sehinggai RM8.39 juta
- satu nilai yang jauh daripada harga pasaran.

Dilaporkan dua 'crane towers' misalnya dibeli dengan harga RM5.72 juta
apabila kos sebenar hanyalah RM2.98 juta sahaja.

Kementerian Belia dan Sukan juga telah membeli 17 set buku teknikal
pada harga RM181,900 atau RM10,700 bagi setiap set sedangkan harga sebenar
hanyalah RM417 bagi setiap set.

Syabas BN, kamu memang hebat menipu rakyat yang malangnya suka pula
terus ditipu oleh kamu! - tajdid

http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama/bn...-tradisi-membazirkan-wang-rakyat.html






*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: