Wednesday, January 9, 2008

BM & English) BERSIH Cabar SPR dan Kerajaan Be narkan Pemantau A’bangsa

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)


BERSIH
BERSIH Cabar SPR dan Kerajaan Benarkan Pemantau A�bangsa
Kenyataan Media
8 Januari 2008
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mencabar Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan kerajaan Malaysia membenarkan pemantau-pemantau antarabangsa untuk memerhatikan Pilihanraya Umum akan datang.

BERSIH berpendapat, dengan memanggil pemantau-pemantau antarabangsa akan memberi jalan terbaik dalam mencegah penipuan pilihanraya dan membuktikan kredibiliti serta ketelusan dalam perjalanan pilihanraya di Negara ini.

Menurut laporan Bernama 4 Januari 2008, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Pengerusi SPR memuji Pilihanraya Presiden Uzbekistan pada 23 Disember 2007 dengan menyebut, � demokratik, telus, aman dan adil�, walaupun terdapat beberapa kritikan oleh pemimpin-pemimpin Barat.


Datuk Wan Ahamad dan lima anggota lain yang mewakili pasukan pemantau Malaysia merangkumi 250 pemantau antarabangsa yang dijemput dari 30 negara. Mereka dijemput oleh Suruhanjaya Pilihanraya Pusat Uzbekistan bagi menghadiri dan melihat sendiri keadaan pilihanraya di Negara itu.

Selain daripada mencabar parti-parti alternatif untuk memboikot pilihanraya � yang jelas melanggar Artikel 114 (2) Perlembagaan Persekutuan yang menerangkan bahawa SPR mestilah �memberi keyakinan awam�- SPR kini sepatutnya membenarkan pemantau-pemantau antarabangsa bagi melihat sendiri perjalanan keseluruhan proses pilihanraya (termasuk keadaan sebelum pilihanraya diadakan dan persekitaran perundangan) danbukan hanya terhad semasa hari pengundian.

SPR Malaysia sering memainkan peranan sebagai pemantau antarabangsa di Negara-negara luar. Datuk Wan Ahmad berkata: �Pemilihan kami oleh Uzbekistan menunjukkan bahawa mereka menghormati dan mengiktiraf pengalaman kita dalam menjalankan demokrasi pilihanraya�..yang mana kita perlu banggakan.�

�Bukan hanya Uzbekistan � Negara-negara lain seperti Kazakhstan, Krygyzstan, Mali, Nepal, Bosnia, Indonesia juga pernah menjemput kami untuk jalankan kerja-kerja pemantau dan membolehkan SPR Malaysia mengeratkan kerjasama dengan Negara-negara ini.�

Seperti perumpamaan Melayu, �berani kerana benar, takut kerana salah�. Sekiranya SPR boleh berbangga dengan ketelusan dan kemampuan, dan berasa yakin terhadap pilihanraya Malaysia yang �bersih dan adil�, BERSIH kini mencabar Tan Sri Abdul Rashid secara hormat untuk mengeluarkan jemputan terbuka kepada semua penguatkuasa pilihanraya dan pakar-pakar yang menjalankan proses pilihanraya dari seluruh dunia untuk memantau pilihanraya di Negara ini.

Sekiranya tidak ada apa yang perlu dimalukan, sudah tentu Kerajaan Malaysia � yang gemar membanggakan ungkapan Malaysia 50 tahun dengan �demokrasi kukuh� � akan menyokong dan mengalu-alukan pemantau-pemantau antarabangsa untuk pilihanraya akan datang.

Lagi pun, semasa UMNO berhadapan dengan cabaran terhebat pada tahun 1990 dahulu, bekas Perdana Menteri Dr Mahathir masih berani untuk menjemput pemantau-pemantau dari Sekretariat Komanwel bagi memantau Pilihanraya Umum 1990.

Patutkah Perdana Menteri Abdullah Badawi mempunyai lebih banyak perkara untuk disorok berbanding dengan Perdana Menteri sebelumnya?

*****.*.**** *
BERSIH challenges EC and Government to invite international observers
Press Release: 8 January 2008
The Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH) challenges the Election Commission (EC) and Government to invite international observers to observe and monitor the upcoming General Election.

BERSIH is of the view that that inviting international observers is one of the best ways to deter electoral fraud and lend credibility to the probity and legitimacy of elections.

In a Bernama report on 4 January 2008, EC Deputy Chairman Datuk Wan Ahmad Wan Omar had praised Uzbekistan�s presidential election on 23 December 2007, calling it �democratic, transparent, peaceful and fair� despite several criticisms made by Western leaders.

Datuk Wan Ahmad and five others made up the Malaysian observer team, which was part of the 250 international observers from 30 countries invited by the Central Election Commission of Uzbekistan to attend and witness its election.
Instead of challenging opposition parties to boycott the elections � which constitutes contempt of Article 114(2) of the Federal Constitution, that is, the EC must �enjoy public confidence� � it should now invite international observers to monitor the entire electoral process (including the pre-election political and legal environment) and not just limited to polling day.

It is obvious that the EC takes pride in its role as election observers in other countries. In the words of Datuk Wan Ahmad: �Our selection by Uzbekistan shows that they respect and recognize our experience in the conduct of electoral democracy� which we should feel proud of.

�Not only Uzbekistan� other countries like Kazakhstan, Krygyzstan, Mali, Nepal, Bosnia, Indonesia also extended similar invitations enabling the Malaysian Election Commission to boost ties with these countries.�

As the Malay saying goes, �berani kerana benar, takut kerana salah� (be brave if you are right, be afraid if you are wrong). If the EC is proud of its integrity and competence, and feels strongly about the �clean and fair� state of Malaysian elections, BERSIH challenges Tan Sri Abdul Rashid to graciously issue an open invitation to all electoral authorities and election experts from all over the world to observe the elections.

If it has nothing to be ashamed of, surely the Malaysian Government � which likes to boast about Malaysia�s 50 years of �strong democracy� � would support and welcome international observers for the upcoming elections.

After all, even at a time when UMNO was facing its most serious challenge in 1990, former PM Dr Mahathir still dared to invite observers from the Commonwealth Secretariat to monitor the 1990 General Election.

Is it possible that PM Abdullah Badawi has more to hide from the rakyat than his predecessor?


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/

*** - ***
JANGAN LUPA: HARI SABTU PAKAI KUNING!
Link Baru webtv8 di http://wtv8. tv/v2/ tvpas di http://www.tvpas. com/

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: