Wednesday, January 16, 2008

Blog PemudaWilayah dalam Bahasa Inggeris dan Cina Mula Beroperasi

Kenyataan Media: Blog PemudaWilayah dalam Bahasa Inggeris dan Cina Mula Beroperasi

Untuk memudahkan penyampaian maklumat kepada semua kaum, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (PemudaWilayah) telah menyediakan 2 blog baru di dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Blog berkenaan bolehlah di layari di:

Bahasa Inggeris : http://dppwpe.wordpress.com/


Bahasa Cina : http://dppwpc.wordpress.com/


Tujuan utama blog ini adalah untuk mengumpulkan dan menyebarkan berita dan artikel yang bersesuaian bagi siri-siri penerangan, penjelasan isu, maklumat program dan juga polisi PAS, KeADILan dan DAP secara umumnya kepada kaum bukan Melayu.

Buat masa ini pihak kami hanya menumpukan penyampaian berita dan arkib bagi isu-isu semasa yang disiarkan oleh akhbar tempatan, blogger, NGO dan parti-parti politik. Berita dan artikel yang berkaitan dengan Barisan Alternatif dan isu-isu masyarakat adalah menjadi keutamaan.

PemudaWilayah juga mengalu-alukan sahabat-sahabat yang boleh membaca dan menulis didalam bahasa Inggeris dan Cina untuk menyertai team media, Pasukan Kerja Penerangan DPPWP sebagai moderator dan penyumbang artikel. Jika ada yang berminat boleh menghubungi kami di pemudawilayah@ yahoo.com.

Blog Utama PemudaWilayah

Selain itu, Blog Utama PemudaWilayah didalam Bahasa Malaysia di http://dppwp. wordpress.com terus diaktifkan dengan penambahan beberapa modul tarbiyyah yang boleh dijadikan rujukan.

Pengunjung juga boleh melihat koleksi klip video, gambar dan memuat turun (Download) buku-buku pilihan, serta MP3 Al-Quran-Bacaan 7 Imam Masjidil Haram yang terkenal.


PemudaWilayah mengalu-alukan sahabat-sahabat untuk menyertai team media, Pasukan Kerja Penerangan DPPWP sebagai moderator dan penyumbang artikel. Jika ada yang berminat boleh menghubungi kami di pemudawilayah@ yahoo.com.

Diharapkan tuan/puan dapat memasukan blog-blog berkenaan didalam link dan juga menyebarkannya kepada semua sahabat yang bukan Melayu;

*
Bahasa Malaysia : http://dppwp.wordpress.com
*
Bahasa Inggeris : http://dppwpe.wordpress.com/
*
Bahasa Cina : http://dppwpc.wordpress.com/

Herman Samsudeen
Ketua
Pasukan Kerja Penerangan DPPWP

Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di http://dppwp.wordpress.com


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

2 comments:

wawa said...

Salam. Blog ni baguslah. Saya baru terjumpa pagi tadi. Menyediakan isi kandungan yang lebih banyak dari blog yang lain. Thanks atas info-info yang diberi. Semoga terus success berblog!

Pusat Komuniti Video Melayu

cakapaje said...

Wa'alaikumusalam warahmatullah,

Terima kasih Wawa. Kata kata anda menambah lagi semangat untuk menyampaikan maklumat. Sila kunjungi lagi ye.