Sunday, January 6, 2008

Bila Terkena Batang Hidung

Undang-undang langgar hak individu dikaji – Najib
Oleh: YUSRI SAHAT

PEKAN 5 Jan. – Kerajaan akan mengkaji semula undang-undang berhubung pelanggaran hak individu supaya tindakan yang lebih keras dapat diambil terhadap pihak yang mengganggu hak peribadi seseorang termasuk pemimpin.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, undang-undang seumpama itu telah wujud dan dilaksanakan namun hukuman terhadap pihak yang mengganggu hak persendirian tidak begitu keras.

‘‘Setahu saya sudah ada undang-undang, sesiapa yang melanggar hak individu dari segi privacy boleh didakwa."

‘‘Bagaimanapun hukuman yang lebih ketat belum ada lagi. Kita tengok dulu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Dewan Institut Kemahiran Mara (IKM) Tan Sri Yahya Ahmad di sini hari ini.

Beliau mengulas peletakan jawatan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek Rabu lalu selepas mengaku dirinya ialah lelaki dalam rakaman video seks yang diedarkan di Muar dan Batu Pahat, Johor oleh pihak tertentu.

Susulan pengakuan itu, Soi Lek melepaskan kesemua jawatannya dalam kerajaan dan parti serta Ahli Parlimen Labis.

Mengulas pelantikan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting sebagai pemangku Menteri Kesihatan, Najib memberitahu, pemilihan tersebut adalah sesuai selepas Perdana Menteri menerima cadangan parti tersebut.

Tegasnya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempunyai pertimbangannya tersendiri sebelum memutuskan Ka Ting yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan memangku jawatan tersebut.

‘‘Beliau (Ka Ting) boleh menjalankan tugas-tugas sebagai Pemangku Menteri Kesihatan selain tugas utamanya sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,” jelas beliau


In matters of conscience, the law of the majority has no place-Mahtma



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: