Tuesday, January 29, 2008

Bila Pembangkang �Berkalau�../ Negara Berkebajikan



Dengin Izin....

Bila Pembangkang �Berkalau�..

Bila Khairy Jamaluddin, seperti yang dilaporkan Bernama menasihatkan rakyat agar tidak terperdaya dengan politik �kalau� pembangkang, maka saya sedikit celaru dan melihat ini satu bentuk ketakutan baru yang dialami pimpinan pemerintah.

Mutakhir ini, kelihatan pembangkang khususnya PAS dan KeADILan begitu agresif menyatakan komitmen mereka untuk mempermudahkan kehidupan rakyat Malaysia dengan menjanjikan penurunan kos sara hidup termasuklah pendidikan percuma, bekalan air percuma dan juga penurunan harga petrol termasuk barangan-barangan lain.

Dalam keadaan segenap lapisan rakyat mengeluh mengenai kos sara hidup yang begitu membebankan, pastinya jaminan di atas bukan sesuatu yang sukar difahami.

Tetapi melihat kepada budaya politik �kalau� ini, saya fikir bukan sahaja pembangkang, pemerintah sendiri pun �berkalau� di saat mereka menghenyak negeri Kelantan agar kembali diperintah mereka.

Lihat entri saya sebelum ini sebagai satu fakta sokongan. Demi memastikan kemenangan di Kelantan, mereka juga �berkalau�. Orang-orang Kelantan juga sudah mangli dengan ayat �berkalau� di bawah:

�Kalau menang di Kelantan, Kelantan akan jadi Pusat Ketamadunan Islam.�

�Kalau menang di Kelantan, bayaran parking kereta di Kota Bharu akan jadi termurah di dunia.�

�Kalau menang di Kelantan, masjid akan dibina ibarat cendawan tumbuh di sekitar Kelantan.�

Budaya �berkalau� ini adalah sifat semulajadi mana-mana parti politik dan politikus untuk memenangi sokongan rakyat. Mereka �berkalau� untuk menyakinkan rakyat, supaya mereka memperoleh kuasa untuk merealisasikan fakta �berkalau� tadi.

Maka tidaklah menjadi satu kesalahan buat pembangkang sekiranya mereka �berkalau�. Itu proses biasa dalam turun naik politik.

Kata Khairy:
Beliau berkata telah terbukti bahawa pembangkang yang tidak pernah mentadbir negara hanya mampu menabur janji kosong sedangkan tidak pernah cuba membantu menyelesaikan masalah rakyat terutama isu kenaikan harga minyak, harga barang dan kos pendidikan.
*****
Memanglah pembangkang tidak pernah mentadbir negara, jadi tak salah rakyat beri ruang untuk mereka mentadbir sekali. Kalaulah betul pembangkang sekadar menabur janji kosong, apakah KJ lupa bahawa cuti 2 hari seminggu, cuti 90 hari buat wanita bersalin sebagaimana yang dilaksanakan kerajaan PAS Kelantan menjadi ikutan Pusat?

Pembangkang juga pernah melaungkan pendidikan percuma dalam Manifesto BA 2004, dan kelihatan ini diikuti pemerintah (walaupun percuma dari konteks slogan,perlaksanaan makin mahal!) sebagaimana yang diumumkan PM dalam Bajet 2008 September lepas. Ini membuktikan pembangkang boleh menyumbang idea, sekiranya ada ruang diberikan kepada mereka.

Kelihatan sekarang, apa sahaja yang �dikalaukan� pembangkang, ia akan menjadi satu isu untuk diulas. Bila pembangkang �berkalau� dalam isu penurunan harga petrol, mereka menyanggah negara akan bankrap. Bila pembangkang �berkalau� untuk memberikan pendidikan percuma, mereka memandang sinis bahawa tidak ada yang patut diberi percuma. Bila pembangkang �berkalau� dengan negara kebajikan, mereka menyinggung kononnya pembangkang akan memerintah Malaysia hanya sepenggal lantas negara terus bankrap.

Maka saya akhiri dengan hujah Tan Sri Khalid Ibrahim dalam ceramah beliau di Sungai Petani:

�Mahu beli kapal terbang untuk PM ke luar negara? Mahu beli kapal selam? Mahu naikkan gaji menteri? Mahu buat hospital? atau mahu buat sekolah untuk rakyat? Mana yang saudara akan pilih?

Saya tak fikir itu satu soalan yang sukar untuk dijawab kalau pembangkang terus �berkalau�.

JOM BERSIH!!! bersih.org/



amdang81
Negara Berkebajikan: Kerajaan Untuk Rakyat
28 January 2008
Bismillahirrahmanir rahim.. Assalamualaikum wbt...

Negara berkebajikan? bukan ke dulu PAS perjuangkan Negara Islam?

Itu adalah antara butir-butir perbualan yang mula diperkatakan. Samada diperkatakan mahu mempersenda, mahupun memang berhajat untuk tahu. Secara peribadi, aku belum lagi melihat Manifesto PAS di peringkat pusat itu. Namun, lebih teruk bilamana UMNO dilihat amat takut dengan perkataan Negara Berkebajikan tersebut.

Sebenarnya Negara Berkebajikan yang diperkatakan pada hari ini bukan baru dilaungkan oleh PAS. Sebenarnya ianya adalah bersekali dengan Pelancaran Dokumen Negara Islam yang pernah dilancarkan suatu ketika dahulu (Ramadhan / 12 November 2003). Namun kerana ketika itu PAS dilihat agak kedepan dalam soal pelaksanaan hukum dan perundangan, maka Konsep Negara Islam lebih dekat kepada perundangan Islam berbanding lain-lain isi yang terkandung di dalamnya. Maka tenggelamlah Negara Berkebajikan PAS ketika itu. (Rujuk Dokumen Negara Islam)

Hari ini, isu dan perkataan berkenaan kebajikan cukup sensitif. Yuran percuma misalnya, dilihat suatu anugerah kepada rakyat walaupun hakikatnya adalah penipuan semata. Begitu juga dengan Wang Ehsan dan dana itu dan ini dilihat cukup 'dikejar dan ditunggu' oleh sesetengah golongan. Apatah lagi di Terengganu ini merupakan rakyat ke 2 termiskin dan kedua kos sara hidup paling tinggi di Malaysia.

Bilamana PAS menyebut Negara Berkebajikan di saat kenaikan harga barang, yuran percuma yang menipu, kenaikan tambang bas sekolah, dan pelbagai kenaikan dan bakal naik, maka PAS dilihat cukup mengetuk pintu hati masyarakat. Bilamana PAS dilihat mula diberi perhatian dan respon masyarakat marhaen terhadap isu kebajikan ini cukup berkesan, maka UMNO/ BN semakin gelisah dan mula gelabah.
Negeri Yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan Yang Maha Pengampun!. - Surah Saba, Ayat 15
Aku sempat mengikuti suatu perbincangan berkenaan isu Negara Berkebajikan di dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia pada pagi Sabtu yang lalu. Tetamu undangan adalah YB Shabery Chik, Ahli Parlimen Kemaman dan seorang lagi adalah seorang Pensyarah universiti tempatan.

Apa yang menarik minat aku adalah bilamana kedua-dua tetamu ini memberi suatu ketakutan rakyatterhadap Negara Berkebajikan. Seolah-olah Negara Berkebajikan ini adalah sesuatu yang sukar dicapai dan tidak mampu dicapai sama sekali. Terkejut juga bilamana pensyarah terbabit yang mengaku pakar di dalam ekonomi melihat kepada kesan ekonomi yang teruk kepada negara jika konsep Negara Berkebajikan ini dilaksanakan.

Shabery Chik dilihat cuba menakut-nakutkan penonton dengan membayangkan bagaimana ketidakadilan bakal berlaku bilamana orang-orang kaya akan dipaksa membayar cukai yang tinggi bagi 'menanggung orang yang susah'. Suatu fitnah yang tidak berasas sama sekali. Dia lupa agaknya konsep BERKAT yang ada di dalam Islam. Keberkatan datang melalui pelbagai cara. Minyak bertambah mungkin, tanah menjadi semakin subur, ternakan membiak dengan banyak dan pelbagai lagi. Semuanya hanya dengan kuasa Allah!. (Mungkin ada yang nakal akan mengatakan, Shabery Chik tu penganut Ajaran Hadhari, dia tak tahu makna berkat.)

Apakebenda Negara Berkebajikan tu?

Jika aku ditanya, aku akan mengatakan Negara Berkebajikan itu adalah kerajaan untuk Rakyat. Bukan kerajaan untuk kroni, family dan anak bini. Setiap pembangunan, tindakan, dan apa jua yang dilakukan akan dibuat berdasarkan keperluan rakyat terbanyak. Bermakna, tiada pembaziran seperti bangunan sekolah yang tidak perlu, pagar-pagar sekolah yang melampau, bilboard yang tidak perlu dan sebagainya. Tiada pembaziran bermakna ada lebihan wang untuk rakyat.

Negara Berkebajikan juga boleh digambarkan sebagai negara yang mendokong semangat untuk membantu dan membela rakyat. Rakyat dibantu dan dibela. Bukan ditipu dan ditindas seperti hari ini. Ambik satu sikap PAS Terengganu semasa memerintah memberikan tanah kepada mereka yang tidak mempunyai tanah untuk tapak rumah dan pertanian. Itu adalah sifat berkebajikan yang mesti diterap dan ditanam.

Mungkin aku tidak terlalu tepat dan pandai untuk menghuraikan Negara Berkebajikan ini memandangkan ianya bukan di dalam bidang aku. Namun, suka untuk aku ringkaskan, bilamana rakyat menjadi tuan kepada negara / negeri, sudah tentu ianya menjadi suatu yang lebih bermakna berbanding Yb, Yb dan orang-orang tertentu sahaja mendapat manfaat dari kemajuan dan hasil bumi di negara kita ini. Hidup Rakyat!!

amdang: Aku masih ingat, bagaimana RAKUSNYA UMNO BN merobohkan RUMAH RAKYAT dan MASJID BUJAL...

nota: mungkin pandangan sebegini boleh dinilai oleh kalian KLIK.

HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: