Saturday, January 5, 2008

Bila Orang Susah Yang Bantu Orang Susah

Rozmal bin Malakan rozmal@yahoo.com

Biasanya orang senang yang bantu orang susah. Tetapi
yang ini orang susah bantu orang susah. Ingat lagi
kisah Saudara Kasim suami isteri yang hidup susah di
Taman Senawang Jaya ? (kisah lanjut di sini
http://waghih.blogspot.com/2007/12/bantulah-keluarga-ini-tiada-makanan-di.html)

Alhamdulillah , beliau telah menerima bantuan dan
sumbangan dari orang ramai yang prihatin dengan nasib
beliau. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua
yang telah membantu beliau sekeluarga.

Baru-baru ini Saudara Kasim menghubungi saya. Katanya
dia ingin sangat berjumpa dengan saya. Katanya
rakan-rakan dia ramai lagi yang susah, yang datang
mengadu pada dia. Ada yang dari Taman Seremban
Selatan, ada yang dari Taman Seremban Jaya, ada yang
dari Taman Satria bahkan ada yang dari Kuala Pilah,
tidak kurang 20 keluarga katanya.

Rupa-rupanya keluarga susah di Negeri Sembilan ini
seolah-olah ada persatuan. Barangkali mereka berjumpa
apabila sering turun naik Pejabat Kebajikan Masyarakat
atau Pejabat Agama untuk memohon bantuan.

Rata-rata mereka mengatakan ada cuba memohon kepada
Baitul Mal, tetapi ianya memakan proses yang lama, dan
menyedihkan lagi ada di kalangan mereka ini yang buta
huruf, tidak tahu membaca dan menulis seperti Saudara
Kasim sendiri.

Golongan mereka ini ada kalanya mencuba nasib meminta
bantuan di surau dan masjid berhampiran, tetapi
melihatkan keadaan mereka yang kusut masai atau tidak
kemas, berkemungkinan pihak berkenaan tidak
mempercayai nasib susah mereka. Apalah salahnya pergi
melihat rumah mereka sendiri, pergi melihat tempat
kerja mereka, pergi melihat keadaan anak dan isteri
mereka.

Saudara Kasim mengatakan mungkin pihak Baitul Mal
begitu berhati-hati menghulurkan sumbangan, kerana
terdapat mereka yang tidak layak mendapat bantuan
Baitul Mal telah mendapat sumbangan Baitul Mal untuk
digunakan membeli kereta dan sebagainya. Yang menjadi
mangsa ialah orang-orang seperti Saudara Kasim dan
rakan-rakannya.

Apabila jumpa orang ramai untuk meminta sedikit wang,
orang ramai kata mintalah di Baitul Mal, mintalah di
Jabatan Kebajikan.

Berbalik kepada cerita orang susah yang tolong orang
susah. Saudara Kasim ini yang menerima sumbangan
makanan dari orang ramai, telah membahagi-bahagi
sumbangan tersebut kepada rakan-rakannya yang lebih
memerlukan. Bukan itu sahaja Saudara Kasim yang buta
huruf ini, yang sebelum ini dituduh sering
meminta-minta telah memberi kata perangsang kepada
rakan-rakan dia yang susah supaya minta pertolongan
pada Allah terlebih dahulu, supaya sentiasa bersabar.

Oleh itu saya menyeru kepada orang ramai agar mencari
orang seperti Saudara Kasim ini di merata-rata tempat
di Malaysia ini. Kepada mereka yang ingin membantu
Saudara Kasim agar dia boleh membantu berpuluh atau
mungkin beratus-ratus keluarga susah di Negeri
Sembilan ini bolehlah menghubungi beliau di talian
017-2193842. Harap jangan SMS pada dia kerana dia
tidak tahu membaca. Kalau nak beliau talipon semula
harap tolong TOP UP akaun pra bayar beliau.

Alamat beliau sebelum ini ada terdapat sedikit
kesilapan iaitu sepatutnya No 516 bukan No 519 Taman
Senawang Jaya.

Semoga Allah memberikan sifat kasih sayang tanpa
mengenal batasan kaum dan agama kepada kita semua,
agar kita dapat hidup dalam suasana yang harmoni, aman
dan damai serta selamat.

Blog Rozmal http://waghih. blogspot.com
Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
Yayasan Aman Palestin http://www.amanpalestin.com
Institut Kajian Angkasa http://ikam-space.blogspot. com
Pusat Pendidikan As Saidiyyah http://puspa-ns.blogspot.com


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: