Sunday, January 6, 2008

Berjuta Ringgit dibazirkan untuk 3 jam Majlis Perisytiharan Bandaraya

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)


Buletinonline
Berjuta Ringgit dibazirkan untuk 3 jam Majlis Perisytiharan Bandaraya


Ditulis oleh WartawanBuletinonli ne
Wednesday, 02 January 2008
Kuala Terengganu, 1 Januari, 2008 – Kerajaan negeri Terengganu yang disenaraikan sebagai negeri kedua termiskin di Malaysia membazirkan berjuta-juta ringgit untuk majlis perisytiharan Kuala Terengganu sebagai bandaraya yang diadakan di Taman Shahbandar.

Majlis perisytiharan Kuala Terengganu sebagai bandaraya adalah kemuncak ‘kegilaan’ pemerintahan UMNO/BN Terengganu yang ‘merampas’ kuasa rakyat, secara teratur dan berorganisasi melalui konspirasi Kerajaan Pusat, Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) dan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia(SPR) .

Perbelanjaan majlis perisytiharan yang tidak termasuk kos pembangunan infrastruktur dianggarkan menelan tidak kurang RM3 juta. Jumlah yang begitu besar yang dibelanjakan ‘untuk hanya beberapa jam’ adalah bagi mengongkosi kelengkapan pentas, hiasan lampu, system bunyi, peralatan khemah(canopy) , makan minum dan pertunjukkan bungapi yang di adakan di empat tempat berasingan.

Paling malang adalah kepada golongan peniaga, kontraktor dan rakyat Terengganu seluruhnya. Rakyat yang pernah dijanjikan akan diberikan peluang-peluang ekonomi untuk terlibat sama didalam membangunkan negeri Terengganu, buat kesekian kalinya di 'gula-gulakan' oleh kerajaan UMNO/BN pimpinan Idris Jusoh. Kesemua (lebih dari enam) kontraktor yang membekalkan peralatan untuk majlis perasmian tersebut adalah syarikat-syarikat yang didatangkan dari luar!!Sebanyak enam buah lori ‘kren’ yang digunakan untuk memancarkan cahaya ‘lampu limpah’ atau ‘lampu sorot’(spotlight) dari atas, adalah di sewa dari syarikat-syarikat yang didatangkan dari negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Lori-lori ‘kren’ tersebut telah mula disewa sejak 29 Disember yang lalu. Buletinonline telah membuat tinjauan ke tapak majlis perasmian dan membuat temubual dengan 'operator kren' dan 'crew' The image “http://buletinonline.net/images/berita2/rasmimbkt3b.gif” cannot be displayed, because it contains errors.yang bertugas. Struktur pentas utama dan kelengkapan berkaitan dengan pentas dibangunkan daripada besi, dibawa dan dipasang oleh syarikat yang beroperasi di Kapar, Kelang, Selangor. Manakala ‘rekacipta’ dan hiasan pentas serta kesan khas (special effect) adalah dibekalkan oleh sebuah syarikat bukan Bumiputera dari Kuala Lumpur.

Untuk menunjukkan kehebatan dan propaganda sistem bunyi dengan tujuan supaya majlis perisytiharan kelihatan lebih ‘grand’, Kerajaan negeri Terengganu melantik sebuah syarikat antarabangasa (bukan melayu)yang berpejabat di Bandar Manjalara, Kuala Lumpur. Kos bangi sistem bunyi ini sahaja, sebagaimana yang diberitahu oleh pihak berkeanaan kepada Buletinonline, mencecah kepada RM1 juta. Selain dari itu enam buah kanopi sederhana untuk tempat duduk kepimpinan politik UMNO/BN dan kerajaan negeri, bersetentang dengan pentask di bekalkan oelh syarikat dari Bacok, Kelantan. Manakala khemah besar, tempat jamuan makan yang dilengkapi dengan sistem penghawa dingin, disediakan untuk para tetamu sahaja adalah dibekalkan oleh sebuah syarikat dari negeri Selangor.

Semakin malang lagi kepada semua rakyat Terengganu, didalam kerajaan bermewah-mewah ada rakyat yang tidak mampu membayar yuran sekolah anak-anak mereka kerana kenaikan beberapa kadar yuran tambahan yang tinggi. Dan selepas majlis penyerahan watikah, di Istana Maziah, Idris berjanji lagi kepada rakyat bahawa dengan perisytiharan Kuala Terengganu sebagai Bandaraya(yang penuh dengan kontroversi) akan dapat ditingkatkan peluang ekonomi kepada rakyat, akan dibina jejambat, akan dibina itu dan ini....bla.. .bla....bla. ...

Apabila tiba diperingkat perlaksanaan nanti, yang berkuasa menetapkan, siapa yang akan dapat projek adalah orang Kuala Lumpur, bukan kepimpinan UMNO/BN Terengganu, sebagaimana yang berlaku keatas projek-projek ratusan juta ringgi untuk projek Piala Monsun, Pembangunan Pulau Duyong dan pembangunan Pualau Wan Man.

Sehubungan dengan itu, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Tuan Haji Yahaya Ali menyifatkan tindakan kerajaan negeri dibawah pimpinan Dato’ Seri Idris Jusoh adalah mengkhianati dan menzalimi rakyat Terengganu.

Beliau yang dihubungi berkata “Dengan perkembangan terbaru ini, terbukti rakyat Terengganu tidak mendapat faedah dari pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan UMNO/BN Terengganu”.

“Baik projek kecil mahupun besar, semuanya disapu oleh orang luar. Rakyat Terengganu hanya jadi penonton”

“Ini juga menunjukkan bahawa pemimpin UMNO Terengganu tidak mempunyai kuasa menentukan projek-projek yang hampir kesemuanya datang dari kerajaan Pusat”

Selaku Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Terengganu beliau menyeru kepada semua rakyat Terengganu yang layak untuk mengundi supaya menolak UMNO/BN pada pilihanraya akan datang, yang sudah semakin hampir waktunya.

(Gambar gambar tidak dapat disiarkan kerana masalah teknikal. Sila ke Buletingonline)

HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: