Saturday, January 26, 2008

Berita Video: Mansuh sahaja Artikel 10 / 54 Ditahan Polis,

JOM BERSIH!!! bersih.org/

Roslan SMS Corner
Mansuh sahaja Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan!

Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan menjamin bahawa setiap warganegara Malaysia berhak bersuara dan mengeluarkan pendapat disamping berhak berhimpun secara aman. Inilah asas atau tunjang sistem demokrasi yang kita amal dan pertahankan dalam negara kita selama ini. Sekiranya hak ini disekat, sekiranya hak ini dikenakan dengan pelbagai syarat dan peraturan kecil yang tidak munasabah, maka peruntukkan hak asasi yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan negara Malaysia yang Merdeka ini sekadar alat soleh untuk mencomelkan para rupa yang pada hakikatnya hodoh bagaikan jembalang.

Sebentar tadi Himpunan Aman PROTES telah digagalkan oleh kuasa yang ada pada pihak polis, kononnya bersandarkan pada perintah mahkamah yang diperolehi, yang melarang perhimpunan itu.

Berpuluh-puluh pimpinan NGO dan parti-parti politik yang cuba berhimpun untuk menjayakan program tersebut telah ditahan antaranya Sdr Muhammad Sabu, Sdr Tian Chua, Dr Hatta Ramli, Dr Badrul Amin, Sdr Arultchelvan, Dr Dzulkifli Ahmad dan ramai lagi.

Hakikatnya kos hidup dan harga barangan serta perkhidmatan telah meningkat dan menjejaskan kehidupan rakyat. Dan dengan kenaikkan harga minyak yang dijangka diumumkan tidak berapa lama lagi, kos hidup akan terus melambung dan menghimpit kehidupan rakyat. Atas dasar ini rakyat keluar menyatakan bantahan mereka, itupun salah? Itupun sudah tidak dibenarkan lagi? Mereka bukannya keluar dengan senjatapi atau besi, kayu dan parang. Mereka keluar dengan tangan kosong atas keyakinan hak mereka untuk bersuara dan berhimpun dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Pada saya kerajaan ini tidak bermaruah kerana telah memperkosa hak kepunyaan rakyat itu. Kalau beginilah kerajaan BN maka masukkan sahaja dalam manifesto mereka nanti bahawa kerajaan BN akan memansuhkan samasekali Artikel 10, bukankah lebih mudah dan terang.

Tahniah BN hari ini Artikel 10 telah berjaya kamu perkosa dan bunuh mati!

54 Ditahan Polis, Tangkapan Rawak Dan Tanpa Alasan

p1260035.jpg
Kuala Lumpur, 26 Jan - Sebanyak 54 orang yang cuba menyertai protes kenaikkan harga ditahan polis petang ini. Ratusan orang hadir di KLCC dan Stesen Ampang Park untuk memberi sokongan kepada

Polis memulai menangkap ahli-ahli Unit Amal Pas serta relawan dan aktivis yang lain sebelum pukul 3 petang secara rawak dan enggan memberi alasan munasabah. Wartawan juga dilaporkan ditangkap.

Dalam beberapa wabak tangkapan seterus itu, beberapa pemimpin KeADILan, Pas, PSM serta aktivis-aktivis ditahan.

Polis dan pihak berkuasa dilihat bertindak kasar terhadap orang ramai yang berkumpul di tempat protes.

Ratusan polis kelihatan berkumpul di sekitar KLCC dan stesen Ampang Park dari awal hari.
p1260010.jpg
Polis mendapat perintah mahkamah yang membenarkan mereka menahan individu-individu tertentu termasuk Tian Chua, Dr. Hatta Ramli, Mohd. Sabu dan Ooi Tze Min jika mereka muncul di persekitaran kawasan itu.

Pada waktu ini, di antara individu-individu yang disahkan ditahan polis termasuk:
1. Tian Chua
2. Dr. Hatta Ramli
3. Mohd. Sabu
4. Dr. Nasir Hashim
5. S. Arutchelvan
6. Dr. Dzulkifli Ahmad
7. Badrul Hisham
8. Jonson Chong
9. Badrul Amin
10. Ginie Lim
11. Syed Jamal (Wartawan Malaysiakini)



HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: