Friday, January 4, 2008

Bebaskan tahanan ISA / GMI tetap anjur program bantah ISA 5 Januari ini

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)

Detikdaily
Lipatgandakan usaha bebaskan tahanan ISA, jangan tunggu diam
Posted on Wednesday, January 02 @ 02:25:23 EST by reformis
Oleh Norlaila Othman,
Pusat sokongan Keluarga GMI.

MENJELANG tahun 2008, seramai 90 tahanan ISA, masih merengkok di Kem Kamunting. Mereka ditahan antara 3 minggu dan 6 tahun tanpa pernah diberi peluang untuk membela diri dihadapan Hakim yang benar-benar adil dan berwibawa.

Sejarah 47 tahun usia ISA telah membuktikan, selain dari ahli keluarga tahanan ISA itu sendiri, peranan aktivis dan rakyat amatlah besar, berharga lagi bernilai untuk turut memberi ingatan kepada penguasa ISA yang zalim itu supaya segera membebaskan tahanan dan memberitahu pada Menteri Dalam Negeri @PM bahawa rakyat amat bencikan kejahatan ISA dan seterusnya , buang saja akta lapuk yang zalim itu.

Mari kita hayati apa kata sebahagian kecil dari mereka yang sempat dihubungi menjelang tahun baru 2008.

Syed Ibrahim Syed Noh , Pengerusi GMI yang juga Timbalan Presiden Jamaah Islah Malaysia.
“Pecahkan tembok terkongkong, bugar minda rakyat untuk berani kerana benar,berjuang banteras kezaliman ISA dan bebaskan tahanan 6 tahun ISA”

Anfaal Saari Sungib , aktivis Kelab Remaja Islah (KARISMA).
“Selamat Tahun Baru 2008. Moga tahun ini lebih banyak lembaran baik buat semua. Moga semua tahanan ISA di bebaskan segera .Mansuh ISA”.

Nashita Mohd Noor aktivis GMI.
“……geram dengan pemerintah yang zalim.Nak sedarkan rakyat supaya jangan takut dengan pemerintah yang zalim itu.Jangan takut dengan ISA.Semua tahanan mesti dibebaskan…”

Toni Kassim koordinator SUARAM.
“Pertama sekali, sudah tentu agar yang masih ditahan dibebaskan. Penahanan terbaru 2007 telah mencelikkan mata satu lagi lapisan masyarakat terhadap kejamnya ISA dan berharap momentum ini dikekalkan walaupun ramai masih takut dan ISA diperlukan.Ini menunjukkan usaha kesedaran awam kita masih banyak yang harus dilakukan agar satu hari nanti ISA akan tinggal habuk!!!”

Dr Lo Lo Hj Ghazali AJK PAS.
“Saya sentiasa ingat sahabat-sahabat yang diuji lebih hebat……”

Dr Naza , rakyat Malaysia yang selalu bersimpati dengan mangsa ISA.
“Ila…. Kehidupan ini Allah yang jadikan susahnya.Setiap kesusahan, ada kaffarah. Kita semua harus hadapinya dengan tabah…”

Mun Hui , koordinator SUARAM.
“….semoga pembabitan kita semua untuk menegakkan hak asasi dan berjuang untuk demokrasi, tidak mustahil Malaysia yang baru akan muncul….”

Nasaie, aktivis GAMIS.
“….makin zalim manusia itu, makin dekat dengan kejatuhan “

Ust Badrul Amin dan Kak Zumrah,
“ satu hari nanti, kebenaran akan datang menyebelahi you……”

Amer Hamzah Arshad, peguam tahanan ISA
“ orang yang Allah sayang lagi banyak dugaannya… lagi lama berjuang tanpa kompromi, lebih manis kejayaan itu nanti….”

Puan Ambiga Sreenevasan, President Bar Council.
“….pembebasan tahanan ISA adalah perkara utama dalam senarai harapan Tahun Baru Bar Council……”

Harapan Tahanan ISA di Kem Kamunting.
Saya mewakili suami dan juga tahanan ISA yang masih ditahan di Kem Kamunting, berharap sangat supaya sokongan dan dokongan semua lapisan masyarakat dapat diteruskan supaya semua mereka yang ditahan tanpa bicara itu, tanpa mengira bangsa atau ugama, sama ada yang baru 3 minggu ditahan mahupun yang sudah 6 tahun merengkok disana, semuanya dibebaskan dan dikembalikan ke pangkuan keluarga masing-masing.

GMI tetap anjur program bantah ISA 5 Januari ini walau tiada permit
Anis Nazri
Thu | Jan 03, 08 | 5:33:46 pm MYT
KUALA LUMPUR, 3 Jan (Hrkh) - Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan meneruskan program 'candlelight vigil' pada 5 Jan ini, di Dataran Merdeka, walaupun permohonan rayuan mereka untuk mendapatkan permit polis tidak diluluskan.
Sila layari www.englishsection. com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily. net/wap/ untuk melayari HarakahDaily. Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, berkata program itu akan diteruskan memandangkan permohonan permit yang dipohon GMI sebelum ini ditolak pihak polis dengan beberapa alasan yang disifatkan tidak masuk akal dan mengarut.

Menurutnya, selepas menangguhkan program berkenaan yang sepatutnya diadakan pada 22 Dis lalu untuk memohon permit polis, pihaknya dimaklumkan bahawa permit tersebut tidak diluluskan dengan lima alasan.

Antaranya, GMI merupakan sebuah badan organisasi yang tidak berdaftar, GMI tidak mengemukakan surat kebenaran menggunakan tempat dari DBKL, terdapat kumpulan tertentu yang akan mengambil kesempatan untuk menimbulkan keadaan tidak tenteram, menggugat keselamatan dan ketenteraman awam, dan akan menyebabkan gangguan lalulintas dan keselamatan terhadap pengguna jalan raya.

Hanya dua jam, program aman
Beliau mengatakan bahawa program itu hanya berjalan sekitar dua jam iaitu bermula jam 8 hingga 10 malam, dengan hanya acara menyalakan lilin, di samping acara doa dan bertafakur.

"GMI tidak nampak di manakah yang dikatakan program ini akan menggugat keselamatan dan ketenteraman awam. Kita bukan berarak sambil melaungkan slogan, tetapi hanya berdoa dan bertafakur serta menyalakan lilin," tegas beliau, yang jelas kesal dengan penolakan permit yang dipohon GMI sebelum ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur, petang tadi.

Sebelum ini, pada 26 Dis lalu, GMI telah mengemukakan permohonan permit, diikuti dengan penghantaran faks pada 28 Dis kepada Ketua Polis Daerah, Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Kemudiannya, GMI dipanggil berbincang dengan pegawai Cawangan Khas yang dikenali Ketua Inspektor Tan, 2 Jan. Bagaimanapun, pihak GMI terkejut apabila dimaklumkan bahawa polis bahawa mereka tidak menerima borang yang telah diisi sejak 26 Dis lalu.

Mengulas alasan yang digunakan polis untuk tidak meluluskan permit ini, Syed berkata GMI merupakan sebuah badan gabungan pertubuhan-pertubuh an yang berdaftar serta lebih 83 buah pertubuhan menganggotai GMI.

"Selain itu, jika benar maklumat polis bahawa ada kumpulan tertentu yang akan mengambil kesempatan menimbulkan keadaan tidak tenteram, maka menjadi tanggungjawab polis untuk memastikan keselamatan awam, bukan bertindak menolak permohonan permit," tegas Syed lagi.

Berniat jahat, penuhi keinginan pihak yang terdesak, lawak
Sementara itu, Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Mohd Ramli, berkata alasan yang diberikan pihak polis itu adalah 'joke' apabila mengatakan program tersebut akan menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut.

"Bagaimana perkara belum berlaku, seperti kesesakan lalu lintas boleh dijadikan alasan? Sedangkan, jalan tersebut (Jalan Raja), memang ditutup pada setiap hari Sabtu kepada pengguna jalan raya. Selama ini, jika ada sebarang program di Dataran Merdeka, polis akan menutup jalan tersebut. Tidak pernah pula berlaku kesibukan luar biasa atau sebagainya. Saya lihat alasan ini sebagai satu jenaka," jelas beliau yang turut menyokong agar ia diteruskan bertepatan dengan hak yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaysia.

Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Ustaz Dr Badrul Amin Bahron, berkata ia adalah berniat jahat serta memenuhi keinginan pihak tertentu yang merasakan diri mereka tertekan dan terdesak.

Justeru, KeADILan menyokong penuh hasrat GMI untuk meneruskan program ini sebagai tanda sokongan terhadap semua tahanan ISA dan keluarga tahanan yang kini berada di Kem Kamunting, Perak.

Kempen kesedaran mengenai ISA
Manakala wakil Sisters In Islam, Norhayati Kaprawi, pula menegaskan pihaknya bimbang dengan penerimaan kebanyakan masyarakat terhadap penggunaan ISA.

"Tolak permit itu satu isu. Satu isu lagi yang saya bimbang ialah penerimaan masyarakat, yang nampaknya boleh menerima pelaksanaan akta tersebut. Mungkin mereka rasakan perkara itu (ditahan ISA) tidak kena pada mereka, jadi mereka bersikap tidak apa.

Bagi kami, mana-mana penahanan perlu mengikut landasan undang-undang yang ditetapkan. Justeru, kami di SIS dan GMI akan meneruskan kempen untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang kezaliman ini," kata beliau, yang turut mendesak kerajaan agar memandang serius kepada perkara ini serta 'reasonable' dalam mengambil sebarang langkah.

Justeru, GMI mengajak rakyat yang prihatin untuk turut sama dalam menjayakan Malam Solidariti tersebut tanpa rasa bimbang atau takut.

"Seperti yang dinyatakan tadi, apa yang dilakukan cuma menyalakan lilin, berdoa dan bertafakur untuk menzahirkan keprihatinan dan kesetiakawanan kita terhadap ISA, undang-undang zalim yang perlu dimansuhkan, " tegas Syed lagi. - mr

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: