Monday, January 21, 2008

Barisan Nasional Biasa Menipu Untuk Menan

"Pas Johor Bahru" pasjohorbahru@yahoo.com

Barisan Nasional Biasa Menipu Untuk Menang

Biasanya penafian dan kenyataan pemimpin itu dinilai sejauh mana kebenaran isu itu untuk difahami oleh rakyat, biasanya penafian itu akan berlawanan dengan pembohongan semata-mata untuk menidakkan isu kebenaran itu sendiri.

Penafian Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya dihadapan rakyat semasa merasmikan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Tebrau di PPR Desa Mutiara adalah asas sebenarnya BN adalah penipu piliharaya dan penipu rakyat.

Kemenangan luar biasa yang diraih oleh oleh BN pada pilihanraya umum tahun 2004 yang lalu, mencerminkan sistem demokrasi negara sudah hancur.

Kata Najib "Kalau BN memutarbelitkan keputusan, sudah tentu parti itu boleh menang di semua tempat" Sebenarnya BN boleh menang seratus peratus tetapi kemenangan sesuatu parti dan induvidu itu sendiri seolahnya telah dirancang bersama oleh BN dan SPR.

Peratus yang keluar mengundi di Terengganu dan Kelantan adalah suatu angka yang luar biasa sedangkan di negeri Melaka,Negeri Sembilan dan Johor sebagai kubu kuat Umno sendiri mencatatkan peratusan keluar mengundi sekitar 62 peratus.

Arahan Pak Lah supaya pimpinan parti negeri, bahagian serta cawangan tidak
keluar negara adalah petanda piliharaya umum semakin hampir.

PASJB menjangkakan piliharaya akan diadakan pada 16 Mac 2008 dan ini sekaligus menafikan peluang Dato Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding pada pilihanraya.

Sistem perundangan & demokrasi negara bukannya unik tetapi pelik, bagaimana seseorang yaang tidak dapat disabitkan kesalahan rasuah dan liwat dinafikan hak sebagai warganegara sedangkan nama DSAI sendiri telah dibersihkan oleh mahkamah.

Kemungkinan besar pilihanraya umum ke-12 itu nanti akan terus menjadi babak ngeri betapa penipuan piliharaya dan taburan wang ringgit akan dilipat gandakan oleh UmnoBN semata-mata untuk kekal berkuasa.

Mereka bimbang dengan kekalahan kerana takut didakwa dimahkamah diatas hakmilik rakyat berupa amanah dan wang negara yang telah dibahagikan sesama mereka.

Negeri Johor adalah negeri yang hampir muflis memandangkan hutang kerajaan negeri kepada pusat yang terlampau banyak tidak dibayar.Peruntukan terbesar yang diberikan ke atas negeri Johor adalah mengatasi negeri-negeri lain .

Untuk Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) kerajaan pusat menyalurkan peruntukan sebanyak RM11.99 bilion kepada negeri Johor.

Peruntukan itu adalah bagi membiayai pusat pentadbiran baru Johor di Nusajaya dan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) untuk muncul sebagai 'Permata Asia' yang tidak lain petanda buruk negeri Johor akan dijual kepada bangsa asing.

Adakah kemajuan & kemodenan semata-mata yang diharapkan oleh rakyat, sangat malang negeri ini...

Pesan kami kepada Najib,Pak Lah & BN teruslah berbohong sekiranya kamu tidak takut dengan azab Allah Taala diakhirat nanti.

Kalau rakyat boleh kamu tipu, Allah kamu tidak boleh tipu, kemenangan kamu adalah bathil....

Sekiranya BERSIH gagal dalam tuntutan untuk pilihanraya bersih dan adil jalan kami yang terakhir ialah mengadu kepada Allah, dikala itu tiada siapa pun yang akan terlepas.... .

Sumber : Jundullah

Layari : http://www.pasjohor bahru.com


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscribe@yahoogroups. com

No comments: