Wednesday, January 23, 2008

Bank Islam Agen Yahudi? / Kuala Terengganu - Arak lebih kotor dari sampah

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)

No2umno
Bank Islam dah Jadi Agen Yahudi Isreal!tranungkite

Kiriman M.R.A.

Jika ada melawat laman Bank Islam, dalam promosi telah menayang logo Jata Yahudi Isreal yang boleh diperolehi di http://en.wikipedia .org/wiki/ Emblem_of_ Israel.

Perkara ini cukup serius dan perlu mendapat penjelasan daripada pihak Bank Islam sendiri. Sila lihat sendiri di bawah:-



Sila klik untuk besarkan!!
Sila semak disini : http://www.bankisla m.com.my/ Pewani.aspx

No2umno - Rasanya tindakan seperti ini bukan lah kesilapan, kecuali di sengajakan. Kerana itu pada awal lagi banyak kritikan tentang perubahan warna logo Bank Islam disuarakan. Malah ada juga yang menyatakan bahawa logo terbaru Bank ISLAM lebih merujuk kepada "BAN ISLAM". Malangnya ramai juga makhluk bodoh yang menyebelahi Pengurusan Baru Bank Islam, kononnya mahu melakukan perubahan dan mesra pengguna pelbagai agama. Melihatkan keadaan ini, rasanya ia sudah dirancang sejak awal lagi. Siapa kah disebalik semua perancangan ini?



BuletinOnline
Bandaraya Kuala Terengganu - Arak lebih kotor dari sampah


Ditulis oleh Wan Kay
The image “http://buletinonline.net/images/banners/arakkt.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
Kuala Terengganu, 21 JanKuala Terengganu sebagai bandaraya menghadapi masalah yang lebih berat dari menjaga dan mengekalkan kebersihan. Cabaran kepada Datuk Bandar untuk membersihkan bandaraya itu dari kekotoran arak adalah lebih berat sebagai tanggungjawab seorang Islam

Di sebuah kompleks yang terkenal yang terletak ditengah-tengah Bandaraya Kuala Terengganu, botol-botol minuman keras bersepah di kawasan letak kereta. Kompleks yang menempatkan ruang pejabat, premis perniagan, salon, kedai makan, pusat snoker dan pusat hiburan seolah-olah seperti ‘rumah hantu’ dengan sampah sarap yang berselerakkan.

Botol-botol arak dan sampah yang bersepah adalah dipercayai perbuatan remaja yang ramai berkunjung ke Kompleks tersebut kerana terdapat deretan pusat karaoke ‘terbuka’ yang terletak ditingkat satu. Anehnya para remaja bebas keluar masuk premis itu, seawal jam 11 pagi, untuk berkaraoke dan melakukan aktiviti-aktiviti tidak sihat yang lain, seolah-olah tidak ada undang-undang atau peraturan berkaitan pusat hiburan.

Temubual dengan beberapa pekerja di kedai-kedai berhampiran kompleks tersebut, memberikan jawapan bahawa mereka merasa cukup bimbang apabila bertembung dengan remaja ‘mabuk’ dan penagih yang berkeliaran. Lebih malang lagi, majoriti remaja dan penagih adalah dikalangan Melayu dan Islam

Kejadian yang menimpa kepada seorang peniaga, Mohd Fakhrul Razi Jamaludin, 23, pada malam tahun baru yang lalu menunjukkan bahawa gejala meminum arak adalah amat serius (rujuk berita). Kemunculan sebuah Hypermarket yang mempromosikan jualan arak juga dilihat sebagai penyumbang kepada gejala ketagihan arak.

Gejala orang Melayu Islam di Kuala Terengganu meminum arak secara terbuka bukanlah suatu benda yang baru. Gejala ini malah dilaporkan turut melibatkan kalangan profesional Melayu, kakitangan awam dan swasta. Beberapa kedai milik bukan Islam di Jalan Tok Lam, Jalan Engku Sar, Jalan Air Jernih, Jalan Cherong Lanjut dan Jalan Sultan Zainal Abidin – kesemuanya di bandar Kuala Terengganu dikatakan ‘hidup’ dan beroperasi setiap malam walaupun sering diserbu pihak berkuasa. (Harian Metro, 25 Januari 2006).

Ada juga penagih arak memesannya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). Mereka hanya hadir ke premis terbabit untuk mengambil pesanan yang telah siap dibungkus bagi mengelak daripada dikesan orang. (Sinar Harian, 4 Februari 2007)



HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: