Friday, January 25, 2008

Al Fatihah: Adlan Benan Omar / Mohd Farizan Mohd Aziz

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
JOM BERSIH!!! bersih.org



Al Fatihah: Adlan Benan Omar meninggal dunia


Oleh Wartawan KLpos.com
FotoKEMASKINI JENAZAH bekas Setiausaha Pemuda Keadilan Nasional Adelan Benan Omar telah dibawa ke rumah keluarganya di Ampangan SEREMBAN. Jenazah akan dikemubikan sebelum solat Jumaat esok hari. Orang ramai yang ingin menziarahi beliau boleh ke alamat No 2 Jalan Golf Height, Ampangan berhampiran dengan Sekolah Rendah King George V. Adelan menghembuskan nafas terakhirnya jam 3.45 petang tadi.

Adlean Benan Omar meninggal dunia jam 3.45 petang tadi. Jenazahnya kini di No. 31 Jalan Putra Bistari 2/4D Putra Heights Subang Jaya. Allahyarham merupakan bekas setiausaha pemuda Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dan juga bekas MPT parti itu.

Warga kerja KLpos.com mewakili seluruh pembaca dan sahabat KLpos.com mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham. Al Fatihah

Pada jam 3.45 petang tadi Adelan Benan Omar atau lebih dikenali dengan panggilan Ben dikalangan teman teman telah kembali kerahmatullah pada usianya 35 tahun.

Beliau telah lama menderita dan uzur akibat diabetes tetapi telah berpesan kepada keluarga dan teman teman rapat agar tidak menghebahkan berita penderitaan beliau.

Ben sewaktu bersama Keadilan pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Pemuda Keadilan dibawah pimpinan Ezam Mohd Nor. Beliau pernah juga dilantik sebagai MPT pada penggal 2002.

Sepanjang minggu ini sewaktu allahyarham semakin tenat, Ezam dilihat sentiasa berada disisinya. Malah sewaktu menghembuskan nafas yang terakhir Ezam bersama ahli keluarga allahyarham telah berada disisinya.

"Kita kehilangan sebutir mutiara, soerang anak muda yang cukup brilliant yang boleh menjadi aset penting kepada mana mana organisasi. Semoga allah mencucuri rahmat ketas rohnya.." ujar Ezam.

Kepada sesiapa yang mahu menziarah boleh ke rumah allahyarham di No 31 Jalan Putra Bistari 2/4D, Putra Heights, Subang Jaya.

Few good men January 24, 2008

In the space of 4 weeks, we lost 3 good ‘Reformist’ men who helped change the course of history.

Adlan passed away this afternoon.
  • Adlan Benan Omar
  • Christopher Fernando
  • Pak Lang Zaki

Al Fatihah.

JABATAN AMAL

ANAK PENOLONG SETIAUSAHA JABATAN AMAL NEGERI KEDAH MENINGGAL DALAM KEMALANGAN

AL-FATIHAH

Pada 15 Januari lalu, satu kemalangan jalanraya telah mengakibatkan seorang anak Penolong Setiausaha Jabatan Amal Negeri Kedah Sdr Mohd Aziz Kasim (gambar)meninggal dunia. Kemalangan tersebut berlaku kira-kira jam 10 malam di Padang Kulim ketika Allahyarham, Mohd Farizan Mohd Aziz bersama dua orang rakannya dalam perjalanan ke Tembak.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku apabila kereta jenis Proton Perdana yang dinaiki Allahyarham bersama rakannya terbabas dan terus meluru kedalam hutan berhampiran. Allahyarham meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua rakannya mengalami cedera parah dan telah dikejarkan ke Hospital Sg Petani untuk rawatan. Menurut Mohd Aziz, Allahyarham (17 tahun) merupakan anak sulung dan bekas pelajar Pondok Bandar Hilir, Sik. Setelah pemeriksaan di hospital selesai, Allahyarham dibawa pulang untuk dikebumikan keesokan hari.

Dalam pada itu sepasukan Unit Amal daripada kawasan Baling dan Sungai Petani yang menerima berita kemalangan tersebut telah hadir menziarahi Mohd Aziz yang lebih mesra dipanggil Pak Lang Aziz sambil membantu menguruskan pengkebumian Allahyarham. Turut hadir membantu urusan pengkebumian ialah beberapa pimpinan Jabatan Amal Negeri Kedah.
Nota : Saya mewakili seluruh pimpinan Jabatan Amal Malaysia DPPP mengucapkan takziah kepada Pak Lang Aziz dan berharap agar tabah menghadapi ujian dari Yang Maha Esa.


*** - ***
JANGAN LUPA: HARI SABTU PAKAI KUNING!
Link Baru
webtv8 di http://wtv8. tv/v2/ tvpas di http://www.tvpas. com/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: