Monday, January 28, 2008

Air paip percuma jika keADILan menang / Misteri pengundi India di kampung Orang Asli


Air paip percuma jika keADILan menang: Khalid


Posted by Raja Petra
Oleh Zulkifli Mohamed Malaysia Today
SUNGAI PETANI : Hebat-rakyat seluruh negara akan menikmati bekalan air paip percuma jika memberi mandat keADILan memerintah negara ini.
Active Image
Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung keADILan, Tan Sri Dato Khalid Ibrahim pada forum Tawaran Keadilan Untuk Rakyat, di padang awam Sungai Lallang dekat sini, kelmarin.

Kalau kita menang, setiap isi rumah kediaman akan memperolehi air paip bersih percuma. Rakyat berhak mendapat bekalan air bersih percuma,� tegasnya.

Ini menurut Khalid sebahagian daripada konsep merakyatkan ekonomi Malaysia yang akan diperkenalkan parti itu jika memerintah negara ini.

Khalid turut mengumumkan keADILan akan menurunkan harga minyak sekiranya rakyat memberi mandat Barisan Rakyat memerintah negara selepas pilihan raya umum ke-12.

Saudara Anwar akan mengumumkan RM10 bilion akan digunakan untuk menurunkan kos minyak,� ujarnya yang mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Pada majlis yang sebelum itu hujan lebat, beliau turut menerima borang kemasukan 200 ahli baru daripada masyarakat India.

Tambah Khalid keADILan juga akan memperkenalkan sistem pendidikan percuma untuk rakyat Malaysia.

Sekolah percuma, peningkatan kemahiran percuma dan sebagainya, sebab kita perlu tingkatkan pendapatan rakyat kita supaya dia dapat bersaing,� ujarnya.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Permodalan Nasional Berhad (1979-1994 ), itu juga mengumumkan pihaknya sedang mengkaji dan akan melaksanakan skim bantuan kesihatan untuk semua.Skim itu bertujuan bagi membantu rakyat yang memerlukan sebarang bantuan.

Konsep �merakyatkan ekonomi� Malaysia
Berhubung konsep �merakyatkan ekonomi� Malaysia, menurutnya konsep tersebut menjurus kepada agihan dan perkongsian kekayaan negara secara sama rata kepada keseluruhan rakyat tanpa mengira kaum.

Ianya kata Khalid bagi menterjemahkan kekayaan negara untuk meningkatkan pendapatan rakyat keseluruhannya.

Jelasnya lagi konsep ini mampu dilaksanakan kerana hasil kekayaan negara sekarang sudah lebih daripada mencukupi bagi menampung keperluan 26 juta rakyat Malaysia.

Bahkan katanya, mengikut ukuran untuk menjadi sebuah negara maju, pendapatan perkapita rakyat mestilah berjumlah USD10 ribu atau kira-kira RM35 ribu setahun, Malaysia telahpun mencapainya.

Malaysia bukan sebuah negara miskin,sebab negara telah sampai taraf (negara maju). Kalau dikira purata, semua orang boleh mendapat pendapatan antara RM5,000 hingga RM10,000 sebulan sebuah keluarga,� jelasnya.

Bagaimanapun menurut Khalid, oleh kerana kerajaan tidak melaksanakan dasar merakyatkan ekonomi, kek kekayaan negara hanya diagih dan berlegar di kalangan segelintir golongan tertentu menjadikan majoriti rakyat terus dibelenggu kemiskinan.

Malaysia negara kaya, ramai yang berpendapatan kecil,sedikit sahaja berpendapatan tinggi,� katanya.

Keadaan ini berlaku jelasnya kerana majoriti rakyat tidak menyedari hak mereka bahawa kekayaan negara adalah milik mereka, pemimpin negara hanyalah sebagai pengurus harta rakyat.

"Rakyat perlu sedar hak ekonomi ini adalah hak rakyat, oleh sebab ekonomi hak rakyat kita mesti merakyatkan ekonomi kita,� ujarnya.

Maksud merakyatkan ekonomi
Beliau memberikan contoh, bagaimana cara pengagihan pendapatan negara berjumlah RM1 bilion berdasarkan konsep merakyatkan ekonomi negara.

Mahu beli kapal terbang untuk Abdullah Badawi ke luar negara? Mahu beli kapal selam ? Mahu naikkan gaji menteri-menteri ? Mahu buat hospital ? Atau mahu buat sekolah untuk rakyat, mana yang saudara akan pilih ?� soalnya

Jelasnya sekiranya diberi keutamaan membina hospital dan sekolah, itulah antara yang dimaksudkan dengan konsep merakyatkan ekonomi negara.

Sebaliknya, kata Khalid kerajaan pimpinan Abdullah Badawi lebih mengutamakan pembelian kapalterbang untuk Perdana Menteri dan pembelian kapal selam.

Selepas itu, apabila rakyat minta turunkan harga minyak, dia kata duit tidak cukup, negara boleh bangkrap,� ujarnya.

Ini berlaku kerana pemimpin Umno-BN tidak memiliki dan menghayati pemikiran pengagihan kekayaan untuk semua, ujarnya.

Sebab itu, jelasnya setiap rakyat perlu menjadi �pakar ekonomi� bagi menentukan mana pemimpin yang terbaik untuk rakyat.

Mengimbas kembali ketika menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Permodalan Nasional Berhad (1979-1994 ), Khalid berkata beliau telahpun melaksanakan konsep merakyatkan ekonomi negara dengan memperkenalkan skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN).

Syarat pelaksanaan hapus OSA
Jelas Setiausaha Agung keADILan itu lagi, bagi menjayakan konsep merakyatkan ekonomi Malaysia, maka keADILan akan menghapuskan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

OSA jelasnya akan digantikan dengan Right To Information( RTI) iaitu Hak Untuk Mengetahui, sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan India.

Jelas Khalid OSA diperkenalkan oleh penjajah British di setiap tanah jajahannya takluknya. India dan Malaysia adalah bekas tanah jajahan British.

Katanya akta itu, kini digunakan oleh kerajaan sebagai pelindung untuk menyembunyikan segala perbelanjaan dan salah urus wang rakyat.

Khalid memberitahu dengan menghapuskan OSA rakyat berpeluang mengetahui segala perjanjian dan perbelanjaan kerajaan secara telus dalam pembangunan negara.

Kita membuka peluang kepada rakyat mengetahui tentang pengunaaan hasil-hasil ekonomi.Rakyat akan tahu cara-cara wang itu digunakan.Barulah kuasa di tangan rakyat,� ujarnya.

Satu gagasan
Jelas Khalid satu gagasan terdiri daripada keADILan, PAS dan DAP akan dibentuk bagi

merealisasikan impian bagaimana rakyat Malaysia semua kaum akan dapat menikmati kekayaan negara ini secara adil dan saksama.

Selain beliau turut berucap pada malam itu Bendahari keADILan William Wong, Ahli MPT Johari Abdul, Timbalan Pengarah Piliharaya Fuziah Saleh, Ketua Operasi Din Merican.

Majlis dipengerusikan oleh Pengerusi keADILan Kedah Ir Zamri Yusof.

JOM BERSIH!!! bersih.org/




Misteri pengundi India di kampung Orang Asli

Posted on Sunday, January 27 @ 13:58:28 EST by reformis
Pendapat Oleh Suhaimi Said Detikdaily

Saya terperanjat melihat SISMEP bahawa disetiap kampong Orang Asli di Kuala Krau terdapat hampir separuh dari pengundi-pengundi di kampong-kampong itu adalah terdiri daripada pengundi-pengundi kaum India.


Saya telah berbincang dengan Sdr. Bala, Naib Ketua PKR Kuala Krau, dan beliau mengesahkan bahawa di kampong-kampong Orang Asli itu tidak ada pengundi dari kaum India.

Saya belek sekali lagi SISMEP, angka kaum India menjadi pengundi di perkampongan Asli memang banyak, hampir separuh dari pengundi-pengndi.


Saya pergi ke Kg Pian, dan sdr Wan, Pengerusi JDM disana, dia menafikan adanya pengundi India. Penafian itu dibuat juga oleh "YB" (nama samaran Pengerusi JDM Kg Penderas), oleh Sdr Basri Hok, AJK PKR Kuala Krau dari Kg Pasu, Sdr Mat Abu, Pengerusi JDM Kg Rekoh/Bukit Berdut, Sdr Halus, Pengerusi JDM Paya Mendoi dan Sdr Bea, Pengerusi JDM Kg Seboi.

Jadi apakah misterinya pengundi India di perkampongan Asli?. Saya pergi ke Kg Pelong yang terdapat pengundi India yang begitu ramai, saya berjumpa dengan Achan.

Rahsianya terbongkar! Semua orang Asli yang mempunyai "Bin/Binti" dikategorikan Melayu, manakala yang mempunyai "A/L atau A/P" dikategorikan India.

Sebenarnya tidak ada pengundi India atau Melayu di perkampongan Orang Asli, tetapi Orang Asli membantah kenapa mereka dikategorikan 'INDIA' dan "MELAYU', mereka tetap mahu dikenali sebagai "ORANG ASLI"

Pada 28hb Januari 2008 jam 4.30 petang, Parti Keadilan Rakyat akan mengadakan Ceramah di Kg Pelong dan menerima keahlian baru dari Oang Asli kampong itu.

Selamat Berjuang, KEADILAN UNTUK SEMUA!



HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: