Thursday, January 17, 2008

Ahli Parlimen Umno akui / siapa bangunkan Taman Tamaddun Islam

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)


Roslan SMS Corner
PAS tadbir Kelantan dengan baik akui ahli Parlimen Umno

Kerja untuk meyakinkan rakyat, mengajak mereka menolak BN dan mengundi pembangkang bukanlah sesuatu yang mudah. Selalu kita lihat petugas-petugas parti-parti pembangkang bertungkus-lumus bekerja bagi mendapatkan sokongan rakyat. Kadangkala kaedah yang mereka gunakan samada dalam bentuk ceramah, berdailog, ziarah, risalah berjaya membawa hasil tetapi ada juga yang gagal dan bagaikan senjata makan tuan.

Ringkasnya ia bukan calang-calang kerja.

Tetapi kerja-kerja ini menerima seakan lonjakkan atau bantuan besar kiranya ia dibantu oleh mereka yang berada dalam lubuk dan bilik tidur BN sendiri. Apabila mereka ini bersuara, menyatakan sesuautu yang positif berkenaan pembangkang, ketika itu kerja-kerja para petugas tadi menjadi semakin ringan, kerana peluru dalam kubu meletus dalam kubu sendiri.

Dalam akhbar THE SUNDAY STAR Ahad lepas, ahli Parlimen Kota Bharu yang juga bekas Ketua Umno bahagian, Zaid Ibrahim telah secara terus-terang memberikan pandangan beliau berkenaan musuh politiknya PAS. Zaid memang dikenali sebagai seorang tokoh yang berani dan terbuka, dan tindak-tanduk beliau kadangkala tidak disenangi bukan hanya oleh pihak lawan malah sesama kawan sendiri.

Dalam ruangan tersebut beliau menceritakan darihal pengalaman dan persepsinya terhadap PAS di Kelantan. Kata beliau:

I have always had this fear of PAS, seeing it as an authoritarian party, more autocratic and not a religious body.

PAS sering menakutkan saya, saya melihatnya sebagai sebuah parti otokratik dan bukannya sebuah gerakan agama.

Itu pandangan awal beliau terhadap PAS, dan beliau menyambung:

But the years have proven me wrong. They have ruled for 17 years and they have done quite well except for personal liberties, (traditional dance) Mak Yong (which PAS has banned), women etc.

Tetapi ternyata dari tahun ke tahun (persepsi saya itu) terbukti salah. Mereka (PAS) telah memerintah (Kelantan) selama 17 tahun dan (pentadbiran) agak baik kecuali masalah hak peribadi, Mak Yong (yang telah diharamkan), wanita dan lain-lain.

Bermakna ahli Parlimen Umno/BN sendiri mengakui yang kerajaan PAS di Kelantan telah berjaya memerintah negeri tersebut dengan baik! Kalau tiadalah isu-isu yang beliau tidak berapa berkenan sebagaimana yang dibangkitkannya itu bermakna beliau akan akui bahawa kerajaan PAS adalah baik, mungkin lebih baik dari BN sendiri.

Isu hak peribadi atau "personal liberties" yang beliau rujuk itu mungkin berkait dengan beberapa peraturan Islam yang dilaksanakan kerajaan negeri, yang saya yakin jika diterangkan kepada beliau secara mendalam insyallah akan mampu merongkaikan apa sahaja kekusutan yang mungkin berada dalam dirinya. Begitu juga isu Mak Yong dan lain-lain yang terlalu kecil dan remeh.

Yang lebih penting Zaid mengakui secara keseluruhan kerajaan PAS baik, bermakna sia-sialah jika rakyat Kelantan menukar kerajaan yang musuh PAS sendiri akui baik.

Kemudian Zaid terus membuat suatu pengakuan yang saya kira sangat penting untuk difahami dan direnungkans ecara mendalam oleh rakyat Kelantan keseluruhannya tidak kiralah orang PAS, Umno atau tidak berparti, kata Zaid:

On a personal level, he remains on friendly personal terms with Nik Abdul Aziz and PAS does not make personal attacks against him.

Secara peribadi, beliau memang berkawan dengan Nik Abdul Aziz (MB dan Mursyidul Am PAS) sebagai kawan, dan PAS tidak (pernah) menyerangnya secara peribadi.

Kalau begitulah PAS Kelantan maka anak-anak Kelantan sewajarnya mengenepikan apa sahaja sentimen dan dalam pilihan raya nanti bersatu mempertahankan kerajaan PAS demi masadepan rakyat dan negeri tersebut.
JOM BERSIH !!!

bersih.org/


BuletinOnline
Teka teki siapa bangunkan Taman Tamaddun Islam terjawab PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh SM Noor
Wednesday, 16 January 2008

Kuala Terengganu, 15 Jan Pembinaan Taman Tamaddun Islam yang keseluruhannya kosnya bernilai RM250 juta, dikatakan telah siap dan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri pada 3 Februari yang akan datang.

PAS Terengganu tidak menolak pembangunan. Namun pembangunan yang menggunakan RM250 juta wang rakyat kerana hanya untuk membina sebuah masjid tanpa qaryah beserta 21 replika monumen adalah tidak wajar samasekali memandangkan Terengganu adalah negeri kedua miskin di Malaysia.

.Apatah lagi projek mega semerta itu dibolot oleh Patrick Lim, kroni Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia. Walaupun dikatakan secara rasminya ia dimajukan oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri
Terengganu(PERMINT) , namun tidak menjadi rahsia lagi bahawa PERMINT hanyalah sebagai saluran pengaliran wang Ehsan Royalti Petroleum yang dipanggil Dana Khas Persekutuan.

Buletinonline pernah mendedahkan bahawa projek Masjid Kristal Pulau Wan Man itu bukan idea tulin samada dari Pak Lah, Pak Deris atau Pak Patrick. Ia adalah hasil rekaan Sandersongroup, sebuah syarikat dari Australia, yang juga menjadi syarikat perunding kepada Patrick Lim.

Teka teki siapakah yang menjadi pekerja bagi projek tersebut kini terjawab. Lensa kamera Buletinonline telah merakam foto ini kelmarin, dan terbukti dakwaan bahawa pembangunan tersebut tidak membawa banyak faedah kepada rakyat Terengganu adalah benar

Jawapannya jelas, melihat dari paras rupa mereka, adalah merupakan wajah-wajah yang semakin ramai dilihat dibumi Terengganu sekarang ini. Kemana sahaja kita pergi pastinya Mat Bangla mudah dijumpai

Artikel Berkaitan;
Mana janji BN sedia peluang kerja di Terengganu?
Pendatang asing : apa dasar kita?
Perniagaan hamba cara moden


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: