Wednesday, January 30, 2008

Adun Senggarang Sedia Terima Kekalahan

"Pas Johor Bahru" pasjohorbahru@yahoo.com

Adun Senggarang Sedia Terima Kekalahan
Sifat merendah diri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Dr. Mohd. Ramli Kari yang bersedia untuk menerima sebarang keputusan termasuk kekalahan jika dicalonkan semula pada pilihan raya umum akan datang sangat dipuji.
Secara teorinya kemenangan PAS di Johor adalah mustahil memandangkan parti Umno yang tersangat kebal di negara ini, tetapi kepada orang beriman itu semua tidak mustahil sekiranya diberikan keizinan dari Allah.
Ini menunjukkan PAS adalah parti yang berjuang atas landasan demokrasi untuk mendaulatkan Islam di muka bumi Allah, yang paling penting sebagai pejuang Islam ialah kekalahan & kemenangan itu boleh saja diperolehi asalkan mendapat redha Allah.
Adakah parti Umno memikirkan kemenangan mereka selama ini adalah mendapat redha Allah ataupun murka dari Allah. Perlu diingat amanah ini adalah persoalan berat untuk digalas oleh sesiapapun.
Sifat orang Johor yang sayangkan parti Umno yang berdarah berdaging dalam jiwa mereka selama ini, cukup memeritkan buat kami untuk berdakwah kepada masyarakat untuk kembali kepada landasan Islam, makanya kami memilih demokrasi sebagai satu cabang jalan aman selagi mana ia tidak melanggar syarak dalam mendaulatkan perintah Allah di muka bumi ini.
Semua orang tahu kekebalan Johor Darul Umno ini adalah disebabkan sikap jahat pemimpin UmnoBN yang mahukan rakyatnya terus bebal dan bodoh asalkan rakyat terus menyokong mereka.
Apabila kebebalan menguasai diri penganutnya makanya semua yang baik dari PAS pun tidak boleh diterima. Akar umbi dan tunjang pokok sudah busuk bernanah hatta ditimpa penyakit wahan.
Penyakit wahan ini adalah satu wabak yang sudah lama membarah dalam jiwa rakyat dan pemimpin Umno, sifat cintakan dunia takutkan mati memang sebati kepada mereka.
Cintakan dunia kerana lupakan akhirat, takutkan mati kerana tidak ada persiapan untuk mati kerana kesibukkan menjual akhirat demi dunia yang sementara.
Biarpun kalah, kami semua dari dari PAS akan menerimanya kerana ini semua adalah ketentuan dan hikmah dari Allah Taala, sekiranya menang ini adalah bonus kurnian Allah buat kita yang memilih Islam sebagai jalan kehidupan.
ADUN Pas sedia terima kekalahan
JOHOR BAHRU 28 Jan.-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Dr. Mohd. Ramli Kari bersedia untuk menerima sebarang keputusan termasuk kekalahan jika dicalonkan semula pada pilihan raya umum akan datang.
Wakil rakyat Pas itu berkata, beliau sedar kawasan tersebut merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN), bagaimanapun ia tidak melunturkan semangatnya untuk terus bertanding jika dicalonkan oleh pucuk pimpinan
parti.
"Secara teorinya jentera BN memang mantap dan kita semua tahu Senggarang adalah kawasan BN tetapi kalau saya kalah pun jumlah undinya mungkin tidak banyak kerana masyarakat di sini semakin menerima saya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau ditanya mengenai peluangnya mengekalkan kedudukan sebagai satu-satunya wakil rakyat dari parti pembangkang di Johor pada ketika ini dalam pilihan raya umum ke-12 tidak lama lagi.
Pada pilihan raya lalu, Mohd. Ramli diisytiharkan menang tanpa bertanding selepas kertas pencalonan calon BN, Shamsiah Rashidah tidak memenuhi syarat.
Beliau merupakan wakil rakyat pertama di Senggarang iaitu satu kawasan baru yang diwujudkan selepas persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada tahun 2004.
Kawasan itu mempunyai 19,820 pengundi dengan 58.8 peratus adalah Melayu, Cina (40.1 peratus) dan India (0.8 peratus).
Mohd. Ramli berkata, beliau bersedia menerima kekalahan kerana jawatan bukan matlamat utama dalam perjuangan politik sebaliknya ia adalah amanah yang cuba dilaksanakan mengikut hukum dan perintah Allah.
"Kalah bukan sesuatu yang mengecewakan saya dan perlu diingat kemungkinan untuk saya menang tetap ada kerana sekarang kita tidak boleh tahu apa yang akan berlaku nanti.
"Misalnya, apa yang berlaku pada tahun 2004, saya berjaya menang walaupun kalau hendak difikirkan jangan mimpi boleh menang pada masa itu," tegasnya.
Justeru, beliau berkata, kemenangan atau kekalahannya nanti ditentukan oleh Allah dan beliau bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan.
Layari : http://www.pasjohor bahru.com

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: