Wednesday, January 16, 2008

[Aduan Rakyat] SPR, tolong jawab

Azha Syazri Hj Azizan jimatduit@yahoo.com

Ini adalah JAWAPAN DARI PIHAK SPR YANG SAYA TERIMA 2 HARI LEPAS MENGENAI ISU TERSEBUT

Menurut penjelasan mereka, tarikh lahir kesemua pengundi yang disebutkan itu, BUKAN LAHIR PADA TAHUN 1900an, TETAPI LAHIR PADA TAHUN 1800an, iaitu 1899, 1891 dan 1898.

Ini bermakna, umur mereka adalah 108, 116 dan 109 tahun merujuk kepada tarikh lahir dari JPN. Yang menjadi persoalan sekarang, adakah benar mereka yang berumur lebih 100 tahun ini, benar benar wujud dan masih hidup hingga sekarang atau sudah meninggal dunia tetapi database SPR sendiri tidak pernah diupdate?



> Subject: Fwd: Kisah Benar : Pengundi Hantu Sabak Bernam
> From: "Azha Syazri Hj Azizan"
> Date: Fri, January 11, 2008 10:31 am
> To: info@spr.gov. my
>
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------Tuan,

> Sukacita diperjelaskan bahawa semakan SPR dengan Jabatan Pendaftaran
Negara (JPN) melalui sistem ALIS yang dihubungkan terus dengan
pengkalan data JPN di dapati tarikh lahir pemegang-pemegang nombor kad pengenalan
adalah seperti berikut maklumat di bawah:

NAMA NO KAD PENGENALAN TARIKH LAHIR
1. Seer Hor Leong 991214740101 14/12/1899

2. Periasamy kg s/o 910815750017 13/04/1891
Kuppusamy

3. Hj Abd Wahab b Md Saman 981231081137 31/12/1898

Berdasarkan tarikh lahir tersebut, dapat dikira umur sebenar setiap
pemegang nombor kad pengenalan tersebut. Ini bermakna umur mereka bukan
seperti dalam dakwaan emel tuan, iaitu 8, 16 dan 9 tahun.

Untuk makluman tuan, sistem pernomboran kad pengenalan, iaitu dua digit
di awal nombor kad pengenalan yang mewakili tahun tidak semestinya
menunjukkan pemegang kad pengenalan itu lahir pada tahun 1900 sebagai
contoh lahir tahun 1998. Hanya dengan cara membuat semakan tarikh lahir
dengan JPN sahaja dapat mengesahkan dan menentukan tarikh sebenar
pemegang kad pengenalan ini lahir. Berdasarkan rekod tersebut dapat dikira umur
mereka apabila dibuat perbandingan tahun kelahiran mereka dengan tahun
semasa. Dan selepas dikira, terbukti umur mereka tidak seperti yang
didakwa dalam emel tuan.

Di samping itu, sukacita dimaklumkan juga bahawa daftar pemilih yang
digunakan pakai oleh SPR pada hari ini adalah daftar pemilih yang
telah pun wujud dan digunapakai semenjak tahun 1957 lagi yang dikenali sebagai
Daftar Pemilih Induk (DPI). Pada hari ini, apa yang dilakukan oleh SPR
ialah, untuk setiap tahun SPR hanya menyediakan Daftar pemilih Tambahan
(DPT). DPT yang dibuat mengikut setiap suku tahun itu apabila cukup 4
suku tahun (dalam setahun ada 4 suku tahun dan setiap suku tahun ada 3
bulan) akan digabungkan dengan Daftar Pemilih Induk (DPI).

Oleh kerana DPI yang wujud semenjak tahun 1957 itu digunapakai sehingga
hari ini, maka nama-nama pemegang kad pengenalan ini kekal dalam daftar
pemilih SPR dan mereka adalah pemilih berdaftar. Secara logiknya juga
pemegang kad pengenalan ini layak mendaftar sebagai pemilih kerana
apabila dibandingkan tarikh dan tahun kelahiran mereka dengan permulaan
penggunaan Daftar Pemilih (tahun 1957)itu menunjukkan mereka layak mendaftar
sebagai pemilih kerana umur mereka telahpun melebihi 21 tahun.

Semoga penjelasan ini dapat membantu pihak tuan dan menjelaskan
kekeliruan. Tuan juga boleh membuat semakan dengan jabatan berkaitan
mengenai kesahihan tahun kelahiran pemegang-pemegang kad pengenalan
tersebut.

sekian terima kasih


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: