Saturday, January 5, 2008

Bila Orang Susah Yang Bantu Orang Susah

Rozmal bin Malakan rozmal@yahoo.com

Biasanya orang senang yang bantu orang susah. Tetapi
yang ini orang susah bantu orang susah. Ingat lagi
kisah Saudara Kasim suami isteri yang hidup susah di
Taman Senawang Jaya ? (kisah lanjut di sini
http://waghih.blogspot.com/2007/12/bantulah-keluarga-ini-tiada-makanan-di.html)

Alhamdulillah , beliau telah menerima bantuan dan
sumbangan dari orang ramai yang prihatin dengan nasib
beliau. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua
yang telah membantu beliau sekeluarga.

Baru-baru ini Saudara Kasim menghubungi saya. Katanya
dia ingin sangat berjumpa dengan saya. Katanya
rakan-rakan dia ramai lagi yang susah, yang datang
mengadu pada dia. Ada yang dari Taman Seremban
Selatan, ada yang dari Taman Seremban Jaya, ada yang
dari Taman Satria bahkan ada yang dari Kuala Pilah,
tidak kurang 20 keluarga katanya.

Rupa-rupanya keluarga susah di Negeri Sembilan ini
seolah-olah ada persatuan. Barangkali mereka berjumpa
apabila sering turun naik Pejabat Kebajikan Masyarakat
atau Pejabat Agama untuk memohon bantuan.

Rata-rata mereka mengatakan ada cuba memohon kepada
Baitul Mal, tetapi ianya memakan proses yang lama, dan
menyedihkan lagi ada di kalangan mereka ini yang buta
huruf, tidak tahu membaca dan menulis seperti Saudara
Kasim sendiri.

Golongan mereka ini ada kalanya mencuba nasib meminta
bantuan di surau dan masjid berhampiran, tetapi
melihatkan keadaan mereka yang kusut masai atau tidak
kemas, berkemungkinan pihak berkenaan tidak
mempercayai nasib susah mereka. Apalah salahnya pergi
melihat rumah mereka sendiri, pergi melihat tempat
kerja mereka, pergi melihat keadaan anak dan isteri
mereka.

Saudara Kasim mengatakan mungkin pihak Baitul Mal
begitu berhati-hati menghulurkan sumbangan, kerana
terdapat mereka yang tidak layak mendapat bantuan
Baitul Mal telah mendapat sumbangan Baitul Mal untuk
digunakan membeli kereta dan sebagainya. Yang menjadi
mangsa ialah orang-orang seperti Saudara Kasim dan
rakan-rakannya.

Apabila jumpa orang ramai untuk meminta sedikit wang,
orang ramai kata mintalah di Baitul Mal, mintalah di
Jabatan Kebajikan.

Berbalik kepada cerita orang susah yang tolong orang
susah. Saudara Kasim ini yang menerima sumbangan
makanan dari orang ramai, telah membahagi-bahagi
sumbangan tersebut kepada rakan-rakannya yang lebih
memerlukan. Bukan itu sahaja Saudara Kasim yang buta
huruf ini, yang sebelum ini dituduh sering
meminta-minta telah memberi kata perangsang kepada
rakan-rakan dia yang susah supaya minta pertolongan
pada Allah terlebih dahulu, supaya sentiasa bersabar.

Oleh itu saya menyeru kepada orang ramai agar mencari
orang seperti Saudara Kasim ini di merata-rata tempat
di Malaysia ini. Kepada mereka yang ingin membantu
Saudara Kasim agar dia boleh membantu berpuluh atau
mungkin beratus-ratus keluarga susah di Negeri
Sembilan ini bolehlah menghubungi beliau di talian
017-2193842. Harap jangan SMS pada dia kerana dia
tidak tahu membaca. Kalau nak beliau talipon semula
harap tolong TOP UP akaun pra bayar beliau.

Alamat beliau sebelum ini ada terdapat sedikit
kesilapan iaitu sepatutnya No 516 bukan No 519 Taman
Senawang Jaya.

Semoga Allah memberikan sifat kasih sayang tanpa
mengenal batasan kaum dan agama kepada kita semua,
agar kita dapat hidup dalam suasana yang harmoni, aman
dan damai serta selamat.

Blog Rozmal http://waghih. blogspot.com
Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
Yayasan Aman Palestin http://www.amanpalestin.com
Institut Kajian Angkasa http://ikam-space.blogspot. com
Pusat Pendidikan As Saidiyyah http://puspa-ns.blogspot.com


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

BERSIH Desak Polis Timbang Keputusan Halang Perhimpunan GMI

faisal mustaffa faisal_angkatanmuda@yahoo.com

Kenyataan Media

3 Disember 2007

BERSIH Desak Polis Timbang Keputusan Halang Perhimpunan GMI

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) berasa kecewa dengan pihak berkuasa Polis yang sekali lagi menggunakan alasan permit untuk perhimpunan awam sebagai jalan untuk menghalang hak orang awam untuk berhimpun.

Pihak polis menolak permohonan permit Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bagi menganjurkan perhimpunan nyalaan lilin yang dicadang diadakan pada hari Sabtu ini di Dataran Merdeka.

Permit tidak diberikan atas alasana bahawa GMI bukannya sebuah organisasi berdaftar dan acara tersebut akan mengundang kesesakan laulintas. Alasan-alasan yang sama juga diberikan semasa BERSIH memohon permit bagi Perhimpinan Rakyat Aman 10 November yang lalu.

Perkara ini amat mendukacitakan bilamana tahun 2008 tidak dimulakan dengan pihak polis yang mengambil pendekatan baru dalam menangani perhimpunan awam, seperti yang diutarakan oleh beberapa tokoh terkemuka seperti bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam.

Usaha menggagalkan penyuaraan politik dan hak berhimpun adalah suatu yang tidak sihat untuk demokrasi Malaysia.

BERSIH amat terkejut apabila acara penyalaan lilin terhadap undang-undang yang tidak adil dan tindakan-tindakan oleh Kerajaan kini mendapat layanan buruk serta amaran-amaran oleh pihak berkuasa polis. Perkara sedemikian amat jarang berlaku sebelem ini.

Justeru, BERSIH mendesak pihak polis menimbang semula keputusan mereka.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi sekretariat; Faisal Mustaffa 019-2232002 or Medeline Chang 012-2192010. Email: info@bersih.org


*****

Press Statement

4 January 2008

Crackdown on assembly rights detrimental to Malaysian democracy

The Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH) regrets that the Police has yet again used the permit-for-public- gathering requirement as a way to frustrate the people�s fundamental right to assemble.

On 3 January, the police rejected an application for a permit by Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) to hold a candlelight vigil at Dataran Merdeka on Saturday, 5 January.

The permit was not granted on the basis that GMI was not a registered organisation and that the event would cause heavy traffic. These were also some of the reasons cited when BERSIH applied for a permit for the November 10 mass gathering.

It is sad and disappointing that the police shoes not to start 2008 on a positive note by taking a brand new approach towards the matter of public assembly, as suggested by various eminent persons including the former Deputy Prime Minister Tun Musa Hitam.

A blanket crackdown on political expression and the right to assemble is unhealthy for and detrimental to Malaysian democracy.

On countless previous occasions, candlelight vigils have been monitored by the police but rarely disallowed. It is therefore shocking that a candlelight vigil to protest against unjust laws and actions by the government is now subject to harsh treatment and stern warnings by the police. This is a dangerous precedent and does not bode well for Malaysian civil society.

BERSIH urges the police to reconsider its decision.


For enquiries, contact the BERSIH Secretariat at 03-79806571, 019-2232002 or 012-2192010. Email: info@bersih. org

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

Pengundi Hantu TERBARU / Another phantom voter detected

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)


BERSIH
Pengundi Hantu TERBARU
Satu lagi kes yang diterima oleh pejabat sekretariat BERSIH mengenai pengundi hantu.
No KP: 730117145444
Nama: Sharmila Thuraisingam

Beliau menelefon pejabat selepas mendapati namanya sudah mendaftar sebagai pemilih.

Beliau tidak dibenarkan membuat pendaftaran SPR selama ini.

Mengikut rekod SPR, Sharmila didaftarkan di:
Daerah Mengundi Kg Wakaf Zain
DUN Salor
Parlimen Kubang Kerian

Sharmila dilahirkan di Subang Jaya, dibesarkan, bersekolah dan mempunyai alamat dengan Jabatan Pendaftaran negara (JPN) di Subang Jaya.

Harap maklum.
Bagi mereka yang mempunyai masalah yang sama, sila hubungi pejabat sekretariat BERSIH di talian 03-79806571 atau emel ke info@bersih. org

*****.*.*****

Another phantom voter detected
January 3rd, 2008 | Posted in Notice Board | | Print This Post Print This Post
BERSIH received a call from someone who tried to register as a voter at a post office but was told she was already registered in Kelantan…

Sharmila was born in Subang Jaya, went to school there and her MyKad states her Subang residential address, but these details appeared under her name.

Daerah Mengundi : Kg Wakaf Zain
DUN: Salor
Parlimen: Kubang Kerian

Malaysians, even if you are not registered as a voter, do check the EC website (http://daftarj. spr.gov.my) to see if a phantom is voting in your place. Please inform us at BERSIH (tel: 03-79806571; email: info@bersih. org) if you have come across similar problems.


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

CADANGAN : Bagaimana mahu menurunkan harga petrol di malaysia

Asrul Nizan Abd Jalil asrul.nizan@yahoo.com

Terdapat pihak yang mengatakan bahawa adalah mustahil untuk menurunkan harga minyak kerana harga minyak sedang meningkat naik di peringkat global.

Untuk kenyataan seperti ini kita patut tanyakan terlebih dahulu. Adakah kerajaan sebenarnya tidak mampu menanggung subsidi?

Berdasarkan laporan Belanjawan 2006 mukasurat 10 dan 15,jumlah kutipan kerajaan drpd Petronas adalah RM39.924b.Jika ditolak subsidi yang ketika itu berjumlah RM 12b,maka lebihan hasil kerajaan daripada Petronas adalah RM27.924b.Ini adalah kenaikan dana RM12.82b berbanding tahun 2005.Harus diingat,anggaran ini dibuat akhir tahun 2005 sebelum subsidi minyak dikurangkan pada Feb 2006 sebanyak RM4b dan keuntungan Petronas mencecah RM76b.Jadi pertambahan dana tersebut pasti lebih tinggi.

Pernah sekali dipersoalkan ke mana RM500b duit keuntungan Petronas hilang.Buat pengetahuan semua Audit Petronas tidak perlu dibentangkan di Parlimen dan Petronas hanya bertanggungjawab pada PM.Audit Petronas tidak pernah dibentangkan secara rasmi.Ini menyebabkan Petronas menduduki tangga tercorot daripada 15 syarikat minyak dan gas dunia dalam satu kajian 'World's Most sustainable And Ethical Companies'.Kajian ini dijalankan oleh Management and Excellant,syarikat perunding gas dan minyak di Sepanyol.Dalam kajian itu,Petronas mendapat 20.15% berbanding Shell 89.01%.

Sekitar 1986,terdapat satu Tabung dipanggil Tabung Warisan Petronas.Tujuan tabung ini adalah bagi membantu kerajaan andai kita menjadi pengimport minyak satu hari nanti.Setiap tahun,sebahagian keuntungan Petronas akan dimasukkan ke dalam tabung ini.Soalnya, berapakah jumlah kutipan tabung ini sekarang dan mengapa ianya tidak pernah didedahkan?

Minyak Malaysia antara yang paling berkualiti di dunia.Harga setong minyak Malaysia adalah 1-2 dolar lebih tinggi dr harga pasaran dunia.Contoh, katalah harga minyak dunia sekarang USD100 setong.Tapi harga minyak Malaysia yang dijual ke luar negara adalah USD102 setong.Lebihan 2 dollar setong ini sudah menghasilkan keuntungan USD438j @ RM1.49b setahun.

Minyak yang diimport masuk ke Malaysia sebenarnya minyak bermutu rendah.Dengan kata lain,kita ada minyak mahal pegi jual.Lepas tu bagi kat rakyat minyak tak elok.Kitaran penjualan ini menyebabkan peredaran wang USD yang sangat besar.ini menyebabkan jika sedikit masalah berlaku pada matawang US,kita terjejas sama.

Semoleknya,minyak digunakan ke dalam negara dan lebihannya barulah dieksport.Penggunaa n NGV sbg bahan bakar mesti dipertingkatkan bagi mengelakkan tumbuh guna petrol yang terlalu besar dalam negara.Dengan cara itu,minyak kita tidak akan bergantung pada harga ekonomi dunia lagi.Sementelah lagi,Pak Lah pernah menyatakan bahawa penggunaan minyak di Malaysia hanyalah 575000 tong sehari,kurang daripada pengeluaran minyak Malaysia sebanyak 650 000 sehari.Taktik ini dipraktikkan di Arab Saudi.Sebab itu,walaupun harga minyak dunia naik,Arab Saudi mampu turunkan harga minyak tempatan.0.35 riyal satu liter.

Kalau kita tengok Qatar,Qatar harga minyaknya RM0.87 seliter @ 80 dirham.Qatar macam kita,pengeksport minyak.Dan kalau kita check Singapura,harga minyaknya RM4.15.Di Indonesia pada 2006,harga minyaknya berada pada paras 4500 rupiah.Ini bersamaan RM1.84.Sila ambil perhatian:Indonesia adalah pengimport minyak.Keluaran minyaknya tidak mencukupi utk menampung keperluan dalam negara.Malaysia pengeksport minyak.Keluaran minyaknya melebihi keperluan tempatan.

Sudahlah harga petrolnya lebih murah,keretanya pula murah.Toyota Avanza di sana harganya RM40 000.Di sini harganya kira2 RM70000.

Sebagai perbandingan, harga LPG di Malaysia adalah RM1.75 satu kg.Di Thailand RM1.65 satu kg.(Anda boleh rujuk kenyataan media JPM pada 27 Feb 2006).Untuk rekod,Thailand bukan pengeksport LPG.Kita?LPG belambak kat Sarawak nun.

Penipuan yang kerajaan buat tentang hal kenaikan amat jelas.Kerajaan kata subsidi kena hapus perlahan-lahan sebab nanti tak lama lagi rizab minyak akan habis.Jadi rakyat kena berlatih hidup tanpa subsidi.Tapi berdasarkan jawapan bertulis Perdana Menteri di Dewan Rakyat November 2005,rizab minyak negara adalah 5.29b tong yang boleh kekal sehingga 2024.Ini belum termasuk penemuan telaga baru seperti telaga Pisagan 1A dan rizab gas lainnya terutama di laut Sabah.Bohong tak bohong.

Ingat,jangkaan habis petrol pada 2024 ini dibuat mengambil kira rizab pada tahun 2005 sahaja dan pengeluaran sehari secara purata 750 000 tong.Untuk rekod,pengeluaran sekarang adalah 650 000 tong.

Dan jika diikutkan,kenaikan harga minyak mentah dunia sebenarnya memberikan rahmat besar buat Malaysia.Menurut laporan Asian Development Bank,dalam buku laporan tahun 2007 menyatakan bahawa setiap kenaikan sebanyak USD1 bagi pasaran dunia untuk minyak mentah,kerajaan Malaysia mendapat keuntungan tambahan USD 62juta bersamaan RM210.8 juta.Pada saat minyak kali terakhir dinaikkan RM0.30 satu liter Awal 2006,harga minyak mentah dunia adalah USD70 setong.Kini harganya kira-kira USD96 setong.Bermakna penambahan keuntungan buat kerajaan Malaysia sebanyak USD 1.612 bilion.

Sekarang ayuh kita fikirkan pula mengapa subsidi diturunkan dan keuntungan kerajaan meningkat,masalah kewangan tetap berlaku.Dikatakan duit penjimatan RM4.4b itu pergi kepada pengangkutan awam.Pergi kpd pengangkutan awam atau pergi pada siapa?

Anda kenal Scomi?Scomi Group Berhad adalah milik Kamaluddin bin Abdullah bin Ahmad Badawi.Berdasarkan The Star Online Bizweek 18 Mac 2006,Scomi telah memasuki tawaran untuk Syarikat Prasarana Negara (PNSB) sebanyak RM120 juta bagi membina 400 badan bas dan kontrak RM50j utk pembaikan 1500 gerabak dan landasan KTM.

Ini yang keluar suratkhabar. Yang tak keluar?Skandal PKFZ tu macammana?

Sekarang tuan-tuan nampak duit jimat subsidi itu pergi mana?

Pembailoutan syarikat2 individu seperti MISC dan Scomi milik anak PM dengan jumlah mencecah RM4b selain pembinaan projek2 mega yang tidak menguntungkan adalah antara punca utama kelemahan kewangan kerajaan.Pemberian subsidi bahan api berjumlah RM14b pula terlalu banyak menguntungkan Penjana Tenaga Bebas(IPP) seprti YTL,Genting Sanyen dan Powertec milik Ananda Krishnan,Lim Goh Tong dan Yeoh Tiong Lai.Syarikat- syarikat IPP ini pula telah menandatangani perjanjian berat sebelah dengan TNB yang menghasilkan kerugian sejumlah RM30b kepada syarikat GLC ini.

Najib kata berjimatlah. Dia duk baiki umah rasmi dia RM5juta.Projek tu dapat kat adik dia tanpa kelulusan JKR.Berjimat apebendanya?

Kata-kata Najib baru-baru ini amat mengelirukan. Negara akan bangkrap jika minyak diturunkan harga.Negara tidak akan bangkrap Najib.Yang bankrap mungkin saudara.

Kesimpulannya, ketelusan, kebijaksanaan menandatangani perjanjian,tadbir urus wang yang baik serta dasar 'tidak pada bail out' dan pembatalan projek mega yang bodoh akan membolehkan harga minyak diturunkan.

Power to the people!

http://www.pembiayaanperibadi-i.blogspot.com/

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

Friday, January 4, 2008

Bebaskan tahanan ISA / GMI tetap anjur program bantah ISA 5 Januari ini

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)

Detikdaily
Lipatgandakan usaha bebaskan tahanan ISA, jangan tunggu diam
Posted on Wednesday, January 02 @ 02:25:23 EST by reformis
Oleh Norlaila Othman,
Pusat sokongan Keluarga GMI.

MENJELANG tahun 2008, seramai 90 tahanan ISA, masih merengkok di Kem Kamunting. Mereka ditahan antara 3 minggu dan 6 tahun tanpa pernah diberi peluang untuk membela diri dihadapan Hakim yang benar-benar adil dan berwibawa.

Sejarah 47 tahun usia ISA telah membuktikan, selain dari ahli keluarga tahanan ISA itu sendiri, peranan aktivis dan rakyat amatlah besar, berharga lagi bernilai untuk turut memberi ingatan kepada penguasa ISA yang zalim itu supaya segera membebaskan tahanan dan memberitahu pada Menteri Dalam Negeri @PM bahawa rakyat amat bencikan kejahatan ISA dan seterusnya , buang saja akta lapuk yang zalim itu.

Mari kita hayati apa kata sebahagian kecil dari mereka yang sempat dihubungi menjelang tahun baru 2008.

Syed Ibrahim Syed Noh , Pengerusi GMI yang juga Timbalan Presiden Jamaah Islah Malaysia.
“Pecahkan tembok terkongkong, bugar minda rakyat untuk berani kerana benar,berjuang banteras kezaliman ISA dan bebaskan tahanan 6 tahun ISA”

Anfaal Saari Sungib , aktivis Kelab Remaja Islah (KARISMA).
“Selamat Tahun Baru 2008. Moga tahun ini lebih banyak lembaran baik buat semua. Moga semua tahanan ISA di bebaskan segera .Mansuh ISA”.

Nashita Mohd Noor aktivis GMI.
“……geram dengan pemerintah yang zalim.Nak sedarkan rakyat supaya jangan takut dengan pemerintah yang zalim itu.Jangan takut dengan ISA.Semua tahanan mesti dibebaskan…”

Toni Kassim koordinator SUARAM.
“Pertama sekali, sudah tentu agar yang masih ditahan dibebaskan. Penahanan terbaru 2007 telah mencelikkan mata satu lagi lapisan masyarakat terhadap kejamnya ISA dan berharap momentum ini dikekalkan walaupun ramai masih takut dan ISA diperlukan.Ini menunjukkan usaha kesedaran awam kita masih banyak yang harus dilakukan agar satu hari nanti ISA akan tinggal habuk!!!”

Dr Lo Lo Hj Ghazali AJK PAS.
“Saya sentiasa ingat sahabat-sahabat yang diuji lebih hebat……”

Dr Naza , rakyat Malaysia yang selalu bersimpati dengan mangsa ISA.
“Ila…. Kehidupan ini Allah yang jadikan susahnya.Setiap kesusahan, ada kaffarah. Kita semua harus hadapinya dengan tabah…”

Mun Hui , koordinator SUARAM.
“….semoga pembabitan kita semua untuk menegakkan hak asasi dan berjuang untuk demokrasi, tidak mustahil Malaysia yang baru akan muncul….”

Nasaie, aktivis GAMIS.
“….makin zalim manusia itu, makin dekat dengan kejatuhan “

Ust Badrul Amin dan Kak Zumrah,
“ satu hari nanti, kebenaran akan datang menyebelahi you……”

Amer Hamzah Arshad, peguam tahanan ISA
“ orang yang Allah sayang lagi banyak dugaannya… lagi lama berjuang tanpa kompromi, lebih manis kejayaan itu nanti….”

Puan Ambiga Sreenevasan, President Bar Council.
“….pembebasan tahanan ISA adalah perkara utama dalam senarai harapan Tahun Baru Bar Council……”

Harapan Tahanan ISA di Kem Kamunting.
Saya mewakili suami dan juga tahanan ISA yang masih ditahan di Kem Kamunting, berharap sangat supaya sokongan dan dokongan semua lapisan masyarakat dapat diteruskan supaya semua mereka yang ditahan tanpa bicara itu, tanpa mengira bangsa atau ugama, sama ada yang baru 3 minggu ditahan mahupun yang sudah 6 tahun merengkok disana, semuanya dibebaskan dan dikembalikan ke pangkuan keluarga masing-masing.

GMI tetap anjur program bantah ISA 5 Januari ini walau tiada permit
Anis Nazri
Thu | Jan 03, 08 | 5:33:46 pm MYT
KUALA LUMPUR, 3 Jan (Hrkh) - Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan meneruskan program 'candlelight vigil' pada 5 Jan ini, di Dataran Merdeka, walaupun permohonan rayuan mereka untuk mendapatkan permit polis tidak diluluskan.
Sila layari www.englishsection. com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily. net/wap/ untuk melayari HarakahDaily. Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, berkata program itu akan diteruskan memandangkan permohonan permit yang dipohon GMI sebelum ini ditolak pihak polis dengan beberapa alasan yang disifatkan tidak masuk akal dan mengarut.

Menurutnya, selepas menangguhkan program berkenaan yang sepatutnya diadakan pada 22 Dis lalu untuk memohon permit polis, pihaknya dimaklumkan bahawa permit tersebut tidak diluluskan dengan lima alasan.

Antaranya, GMI merupakan sebuah badan organisasi yang tidak berdaftar, GMI tidak mengemukakan surat kebenaran menggunakan tempat dari DBKL, terdapat kumpulan tertentu yang akan mengambil kesempatan untuk menimbulkan keadaan tidak tenteram, menggugat keselamatan dan ketenteraman awam, dan akan menyebabkan gangguan lalulintas dan keselamatan terhadap pengguna jalan raya.

Hanya dua jam, program aman
Beliau mengatakan bahawa program itu hanya berjalan sekitar dua jam iaitu bermula jam 8 hingga 10 malam, dengan hanya acara menyalakan lilin, di samping acara doa dan bertafakur.

"GMI tidak nampak di manakah yang dikatakan program ini akan menggugat keselamatan dan ketenteraman awam. Kita bukan berarak sambil melaungkan slogan, tetapi hanya berdoa dan bertafakur serta menyalakan lilin," tegas beliau, yang jelas kesal dengan penolakan permit yang dipohon GMI sebelum ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur, petang tadi.

Sebelum ini, pada 26 Dis lalu, GMI telah mengemukakan permohonan permit, diikuti dengan penghantaran faks pada 28 Dis kepada Ketua Polis Daerah, Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Kemudiannya, GMI dipanggil berbincang dengan pegawai Cawangan Khas yang dikenali Ketua Inspektor Tan, 2 Jan. Bagaimanapun, pihak GMI terkejut apabila dimaklumkan bahawa polis bahawa mereka tidak menerima borang yang telah diisi sejak 26 Dis lalu.

Mengulas alasan yang digunakan polis untuk tidak meluluskan permit ini, Syed berkata GMI merupakan sebuah badan gabungan pertubuhan-pertubuh an yang berdaftar serta lebih 83 buah pertubuhan menganggotai GMI.

"Selain itu, jika benar maklumat polis bahawa ada kumpulan tertentu yang akan mengambil kesempatan menimbulkan keadaan tidak tenteram, maka menjadi tanggungjawab polis untuk memastikan keselamatan awam, bukan bertindak menolak permohonan permit," tegas Syed lagi.

Berniat jahat, penuhi keinginan pihak yang terdesak, lawak
Sementara itu, Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Mohd Ramli, berkata alasan yang diberikan pihak polis itu adalah 'joke' apabila mengatakan program tersebut akan menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut.

"Bagaimana perkara belum berlaku, seperti kesesakan lalu lintas boleh dijadikan alasan? Sedangkan, jalan tersebut (Jalan Raja), memang ditutup pada setiap hari Sabtu kepada pengguna jalan raya. Selama ini, jika ada sebarang program di Dataran Merdeka, polis akan menutup jalan tersebut. Tidak pernah pula berlaku kesibukan luar biasa atau sebagainya. Saya lihat alasan ini sebagai satu jenaka," jelas beliau yang turut menyokong agar ia diteruskan bertepatan dengan hak yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaysia.

Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Ustaz Dr Badrul Amin Bahron, berkata ia adalah berniat jahat serta memenuhi keinginan pihak tertentu yang merasakan diri mereka tertekan dan terdesak.

Justeru, KeADILan menyokong penuh hasrat GMI untuk meneruskan program ini sebagai tanda sokongan terhadap semua tahanan ISA dan keluarga tahanan yang kini berada di Kem Kamunting, Perak.

Kempen kesedaran mengenai ISA
Manakala wakil Sisters In Islam, Norhayati Kaprawi, pula menegaskan pihaknya bimbang dengan penerimaan kebanyakan masyarakat terhadap penggunaan ISA.

"Tolak permit itu satu isu. Satu isu lagi yang saya bimbang ialah penerimaan masyarakat, yang nampaknya boleh menerima pelaksanaan akta tersebut. Mungkin mereka rasakan perkara itu (ditahan ISA) tidak kena pada mereka, jadi mereka bersikap tidak apa.

Bagi kami, mana-mana penahanan perlu mengikut landasan undang-undang yang ditetapkan. Justeru, kami di SIS dan GMI akan meneruskan kempen untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang kezaliman ini," kata beliau, yang turut mendesak kerajaan agar memandang serius kepada perkara ini serta 'reasonable' dalam mengambil sebarang langkah.

Justeru, GMI mengajak rakyat yang prihatin untuk turut sama dalam menjayakan Malam Solidariti tersebut tanpa rasa bimbang atau takut.

"Seperti yang dinyatakan tadi, apa yang dilakukan cuma menyalakan lilin, berdoa dan bertafakur untuk menzahirkan keprihatinan dan kesetiakawanan kita terhadap ISA, undang-undang zalim yang perlu dimansuhkan, " tegas Syed lagi. - mr

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

Talkshow Nisa' "Dunia Remaja"

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)


fiza hafizah wrote:




Ahli Panel:
Ust Zaharuddih Abdul Rahman
(Pensyarah UIA)
Ustzh Hafizah Musa
(Penceramah Bebas)

Dewan Seminar, Masjid As-Syakirin, KLCC

6 Januari 2008
9.30-12.00 tengahari

MASUK PERCUMA
Makanan Disediakan

Semua Dijemput Hadir Beramai-ramai

Hubungi:
019-2987252, 019-6169804, 013-9181078


“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” (Al- 'Asr 1-3)

fiza@3N.nisawp
http://www.nisawp. blogspot. com


*** - ***
JANGAN LUPA: HARI SABTU PAKAI KUNING!
Link Baru webtv8 di http://wtv8. tv/v2/ tvpas di http://www.tvpas. com/

*****.*.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

RAYUAN IKAT JAMIN AZMAN & SUWANDI

Salam Aman salam.aman@yahoo.com.my

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)


BuletinOnline

PERHATIAN

RAYUAN IKAT JAMIN AZMAN & SUWANDI
Tarikh : 06/01/08
Tempat : Mahkamah Kuala Terengganu
Dan Jangan Lupa !
21 - 30 Januari, 2008
Perbicaraan Azman, Suwandi dan 18 orang

Hadir beramai-ramai memberikan sokongan !


"Dengan apa yang berlaku di Mahkamah hari ini, mahkamah telah pun menjadi hina dengan tidak perlu dihina"
"Kalau Peguam Negara seperti itu, kita boleh beli di pasar Chow Kit" Hanipa Maidin, Pengerusi Lajnah Guaman & Undang-undang PAS Pusat

Presiden PAS, Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang menyeru seluruh umat Islam dimana saja untuk bersama untuk bersama-sama bermunajat kepada Allah untuk mengadu tentang kezaliman yang berlaku di bumi Malaysia.

Hantar ucapan sokongan anda kepada Azman, Suwandi dan lain-lain, yang dizalimi oleh UMNO/BN. E-mel kepada kami.
Ucapan anda akan disampaikan kepada mereka dan di siarkan disini, InsyaAllah!


JANGAN LUPA: HARI SABTU PAKAI KUNING!
Link Baru webtv8 di http://wtv8. tv/v2/ tvpas di http://www.tvpas. com/

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

Thursday, January 3, 2008

Gearing Up Muslim Women





*****.*****
Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

Mangsa Kebakaran Hidup Setahun Dalam Khemah



*****.*****
Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

Apa Salah Ayah, Kenapa Dia Dikurung?




*****.*****
Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

Kenyataan Media Presiden PAS

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)

Roslan SMS wrote:

Kenyataan Media


PEJABAT PRESIDEN
PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS)
318A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur
Tel: 03-26925000 Faks: 03-26938399


To : All News Editors

From : Roslan Shahir bin Datuk Mohd Shahir

Date : 3rd. January, 2008



KES DR CHUA SOI LEK TIDAK BERAKHIR
DENGAN PERLETAKKAN JAWATAN

PAS memandang serius isu pembabitan seorang Menteri Kabinet dalam perlakuan seks luar nikah yang dirakamkan dan diedarkan kepada orang-ramai dalam bentuk DVD. Sungguhpun Dato' Dr Chua Soi Lek telah pun mengumumkan perletakkan jawatannya semalam dan perletakkan jawatan itu diterima oleh Perdana Menteri, namun PAS merasakan tindakan tersebut sekadar suatu tindakan politik demi memelihara imej Barisan Nasional dalam menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Sesungguhnya perlakuan seks luar nikah bukan hanya bertentangan dengan Islam tetapi ia juga bercanggah dengan mana-mana anutan, kepercayaan, amalan dan budaya serta nilai moral yang dipegang oleh rakyat Malaysia. Pemimpin negara ini perlulah memiliki akhlak dan keperibadian yang baik dan sempurna sehingga boleh menjadi contoh dan ikutan rakyat jelata.

PAS merasakan sepatutnya Perdana Menteri selaku Pengerusi Barisan Nasional mengarahkan parti MCA agar mengambil tindakan disiplin terhadap Dr Chua. Perletakkan jawatannya yang lebih merupakan tindakan menyelamatkan imej dan kedudukan BN itu tidak bererti tanpa sebarang tindakan disiplin diambil terhadap seorang pemimpin bertaraf menteri cabinet seperti beliau. Ini bermakna Perdana Menteri dan BN bersekongkol dengan pemimpinnya yang memiliki masalah akhlak.

PAS juga memandang serius kenyataan Dr Chua semalam bahawa bukan semua yang duduk dalam kerajaan itu bersih, ini mencerminkan yang barisan kepimpinan kerajaan BN yang ada pada hari ini menghadapi krisis moral dan akhlak yang serius yang perlu diberi perhatian oleh rakyat khasnya apabila mereka membuat pemilihan dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Rakyat perlu pastikan yang mereka dipimpin oleh pemimpin yang bersih dan berakhlak mulia demi kesejahteraan dan keselamatan mereka dan negara yang tercinta ini.


3 Januari 2008

DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD HADI AWANG
PRESIDEN PAS
............ ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... .....

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI/ ANY INQUIRIES PLEASE CONTACT
Sdr Roslan Shahir bin Datuk Mohd Shahir (019 260 1033)
Setiausaha Akhbar kepada Presiden / Press Secretary to the President



HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

Tolong kami mahasiswa KUSZA / UDM (Diploma Bahasa Arab) Pendidikan

umar faruqi faruqi03@yahoo.com


Laporan Oleh dungu


"Balai CerapBagi pihak mahasiswa/i Universiti DarulIman Malaysia yang mengambil jurusan Bahasa Arab (Pendidikan) ingin memaklumkan bahawa kini timbul masalah Diploma tersebut tidak diiktiraf kerajaan.


Aku dimaklumkan bahawa pihak JPA tidak iktiraf diploma tersebut. Apa yang dimusykilkan sudah beratus mahasiswa/i jurusan berkenaan telah berkhidmat dengan kerajaan. Diploma tersebut bukan dibuat zaman PAS tetapi telah wujud sejak zaman Dato Seri Amar DiRaja lagi.

Jika hal ini benar seperti yang dilapurkan apa tindakan pihak pentadbiran UDM.?Apa tindakan pihak kerajaan negeri dalam membela nasib anak anak Terengganu yang terlibat? Aku pohon exco Pendidikan prihatin jika benar masalah ini wujud.


Penjelasan dan tindakan segera perlu dilakukan .Jangan biarkan nasib anak-anak melayu yang tidak berapa kerat menjadi mangsa. Kalau dari awal tidak diiktiraf diploma pendidikan tersebut lebih baik mereka mengambil jurusan syariah dari bersengkang mata dan menaruh penuh harapan untuk bertugas sebagai pendidik.


Janganlah perkara yang mudah ini disukarkan kerana yang menangungnya kelak adalah para graduan ini.Kalau yang ada maklumat tentang hal ini tolong bagi respon segera ."

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

Penddikan percuma untuk Anak-Anak Kita di Malaysia?

NAZMAN CHE IBERAHIM hanfeitsu_84@yahoo.com





Inilah yuran yang percuma,

RM 5 – Sekolah Rendah
RM 9 – Sekolah Menengah

............ ......... ......... ......... ......... .....

Yuran dihapuskan?

Tidak, kerana rakyat Malaysia suka ditipu, dan mudah lupa, maka BN menukarkan perkataan YURAN kepada PAKEJ BAYARAN TAMBAHAN (PBT).
Semua sekolah diarahkan untuk menjawab bahawa; "Kos yang perlu ibu bapa tanggung adalah BAYARAN, bukannya YURAN, kerana YURAN kan sudah dihapuskan masa pembentangan Bajet 2008 tempoh hari".

Ada sebuah sekolah di Johor ini yang di arahkan untuk memberitahu ibubapa bahawa bayaran ini bukanlah YURAN, tetapi SUMBANGAN.

Macam-macam term digunakan untuk mengganti perkataan YURAN.

TERIMA KASIH PAK LAH kerana prihatin kepada kami semua dan telah menghapuskan yuran sekolah anak-anak kami. Hidup BN!




............ .........
*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

Khalid Cabar Najib Dedahkan Perbelanjaan / Najib, Petrol, PKFZ, & Viable Alternatives

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)

Suara Keadilan
Tan Sri Khalid: KeADILan Komited Turun Harga Petrol, Cabar Najib Dedahkan Perbelanjaan Royalti dan Dividen Petronas
Kuala Lumpur, 1 Januari - Kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa negara akan muflis sekiranya harga runcit petrol diturunkan mencerminkan kegagalan Barisan Nasional untuk menguruskan kekayaan negara dengan baik. Sebaliknya, apabila mendapat mandat untuk membentuk kerajaan bersama parti-parti rakan, KeADILan komited untuk menurunkan harga runcit petrol meskipun harga petroleum di pasaran dunia terus meningkat, sebagaimana yang diamalkan di negara-negara pengeluar petroleum lain dunia.

Begitulah mesej yang disampaikan Tan Sri Khalid Ibrahim, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dalam kenyataan medianya yang diperoleh Suarakeadilan. com hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa keuntungan Petronas seharusnya mencukupi untuk membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat dan pada masa yang sama pembangunan negara dapat dilaksanakan dengan menggunakan untung itu bersama hasil-hasil kerajaan yang lain seperti cukai dan sebagainya.

“KeADILan mencabar Najib untuk membentangkan secara terperinci semua perbelanjaan yang telah dibuat oleh kerajaan menggunakan hasil petronas kepada Parlimen. Ini akan membolehkan Parlimen dan rakyat membuat penilaian samada benar hasil Petronas telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk pembangunan negara,” tegas beliau.

Beliau menegaskan lagi bahawa KeADILan percaya hasil Petronas telah dibazirkan akibat korupsi dan pengurusan yang tidak tulus di dalam pengendaliannya oleh kerajaan BN.

Pada pendapat beliau, kerajaan BN tidak berhemah dan cermat dalam membelanjakan hasil pendapatan negara milik rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan untuk diuruskan dengan cekap dan jujur.

Menurut beliau lagi, pembentangan Belanjawaan 2008 jelas menunjukkan perbelanjaan operasi negara yang melebihi RM 120 billion tidak boleh ditampung dengan kutipan hasil cukai pendapatan dan hasil cukai yang lain kerana perolehan ini akan hanya berjumlah RM 75 bilion.

“Kerajaan Barisan Nasional perlu berjimat cermat demi mengurangkan kos pengurusan dengan memberi keutamaan kepada produktiviti dan manfaat kepada rakyat secara keseluruhan,” kata beliau lagi.

Pada hemat beliau, dengan pembasmian rasuah dan pengurusan berhemah, hasil negara akan mencukupi bukan sekadar untuk tujuan pembangunan tetapi bagi memastikan rakyat dapat hidup selesa.

Kata beliau lagi, adalah jelas kerajaan BN tidak mampu memikirkan usaha untuk meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat, kerana kerajaan BN sangat terikat dengan komitmen dan janji mereka kepada rakan politik yang mana telah dijanjikan tender dan kontrak.

“Sudah tiba masanya untuk Malaysia ditadbir oleh sebuah kerajaan yang cekap, bersih dan amanah; bukannya oleh kerajaan BN yang lemah, korup dan sudah muflis idea dan wawasan untuk mentadbir negara dengan cekap demi kepentingan rakyat.”

*****.*.**** *

Najib, Petrol, PKFZ, Sukhois, Scorpenes & Viable Alternatives
nat
Rushing out door, so no time to do links.

Basically, Najib said the opposition was making untenable promises about petrol prices.

I say bullshit.

We supposedly saved RM 4 billion this year via the last petrol hikes.

We definitely blew RM 4 billion on a ’soft loan’ for the ever-corrupt PKFZ project.

So, if the government didn’t siphon taxpayer money to its cronies via the PKFZ, we wouldn’t need to raise oil prices. Is it that simple? YES.

That’s not all, Najib paid out about RM 1 billion in total in commissions for arms deals - fighter jets and submarines.

Note that’s not what the weapons cost, it’s just the commission. Abdul Razak Baginda got something like half of that just for those French submarines (But if he thought snuggling with Najib was a good thing, I guess he thought wrong).

Long story short, corruption is what is bleeding the country more than petrol subsidies.

In the long long run, subsidies are probably questionable at best. But I’m confident that present prices can be controlled once the corruption ridden Umno-BN government is out of power.

In the long run, the solution will be in alternative energy and much better public transport (don’t get me started).

See KeADILan’s Youth Chief Shamsul Iskandar’s statement and Sec Gen Tan Sri Khalid’s astute observations for more details.


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

Org susah Seremban Jaya sambut tahun baru menangis

Rozmal bin Malakan rozmal@yahoo.com

Petang tahun baru 2008 saya dikejutkan dari tidur
dengan panggilan talipon dari Kasim (keluarga susah di
Senawang Jaya). Katanya dia ada jumpa orang susah di
masjid, sekarang orang tu ada dirumahnya, menangis
saja mengenangkan nasibnya tidak tahu di mana hendak
minta tolong. Kasim nak tolong, dia pun susah. Itu pun
beras dan makanan yang dia terima dia bahagi-bahagikan
dengan keluarga susah yang lain.

Selepas Asar saya pun dengan kepala yang masih pening
sebab selsema pergilah ke rumah Kasim di Senawang
Jaya. Salam saya disambut oleh seorang pemuda. Saya
ingatkan dia anak saudara Kasim, rupanya dialah orang
yang memerlukan bantuan tadi.

Nama dia Hafizi, umur 26 tahun. Berumahtangga 3 tahun
lalu, dan sekarang isterinya mengandungkan anak sulung
4 bulan. Yang terharu ialah dia kata rumah dia tilam
pun tak ada, isterinya tidur sahaja atas lantai
berlapik tikar. Lalu saya teringat surau taman saya
ada tilam masih baik yang telah lama tidak digunakan.
Jadi saya bercadang beri pada Hafizi. Kasim pun
menyampuk, “Bang, saya pun tak ada tilam”. Saya kata
pada Kasim berilah pada Hafizi, isteri dia lebih
memerlukan. Kasim pun tersenyum.

Hafizi ni dulu kerja kilang secara kontrak. Kemudian
kerja bengkel kereta, tetapi bengkel kereta terssebut
sudah tutup. Sekarang dia sedang mencari kerja,
kelulusan PMR saja katanya.

Kemudian kami pergilah ke kedai, belikan sedikit
keperluan makanan untuk Hafizi dan isteri. Sedikit
beras, telur, sardin, biskut, gula, susu. Nak beli
minyak, minyak masak tak ada. Yang ada minyak jenis
mahal.

Menurut Hafizi dia ada memohon bantuan Baitul Mal, dan
pernah mendapat bantuan Baitul Mal untuk menjelaskan
sewa rumahnya yang tertunggak beberapa bulan. Kata
Hafizi, ramai lagi orang susah macam dia.

Marilah kita sama-sama doakan agar Kasim sekeluarga,
Hafizi sekeluarga serta ramai lagi yang senasib dengan
mereka di Seremban dan di seluruh Malaysia agar
dikuatkan iman mereka, dipertemukan mereka dengan
orang-orang yang pemurah yang sudi membantu.

Kepada mereka yang ingin membantu Hafizi boleh
menghubungi beliau atau berjumpa dengan beliau di
rumahnya :
Muhammad Hafizi
No 1039 , Jalan SJ 9/10
Taman Seremban Jaya
70450 Seremban
Negeri Sembilan
Tel : 012-3193493

Blog Rozmal http://waghih. blogspot. com
Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmala ysia.net
Yayasan Aman Palestin http://www.amanpale stin.com
Institut Kajian Angkasa http://ikam- space.blogspot. com
Pusat Pendidikan As Saidiyyah http://puspa- ns.blogspot. com

*****.*.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

Wednesday, January 2, 2008

Buku pertama ust zaharuddin - mesti beli dan tolong sebarkan..

aznan@

Assalamualaikum,

Buku pertama ust Zaharuddin ini mesti anda miliki dan sebar2kan... . sebar2kan.. beli melalui ust zaharuddin pun boleh.. Tengok kat bawah..

http://www.zaharudd in.net/index.php?option=com_content&task=view&id=644&Itemid=72

Buku Pertama Sudah Terbit
Tajuk : "Wang, Anda & Islam"
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=644&Itemid=72
Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt sampai jua masa terbitnya buku pertama saya setebal 258 muka surat. Sebagaimana yang kerap dinyatakan oleh pelbagai penulis-penulis popular termasuk guru saya Syeikh Prof. Dr Md ‘Uqlah El-Ibrahim (Ulama Jordan). Buku pertama biasanya memberikan satu perasaan yang luar biasa buat penulis. Sama juga seperti artikel pertama di siarkan di akhbar atau majalah.

Masalah Penerbit
Buku ini sepatutanya telah terbit sekitar Julai 2007 yang lalu, tetapi oleh kerana penerbit ketika itu berkeras tidak mahu memasukkan teks Arab bagi Ayat Quran, Hadis, kata Ulama dan Kaedah Fiqh. Maka persetujuan dan usaha bersama selama 3 bulan sebelum itu terpaksa dibatalkan.

Bagi saya lafaz dan teks arab adalah amat penting kerana tanpanya saya anggap buku saya mengecut nilai ilmiahnya sebanyak 30%.

Saya tahu tentang penguasaan syarikat ini di pasaran buku, tetapi apa boleh buat, itu pendirian mereka dan itu juga pendirian saya. Lalu kami bersepakat untuk tidak bersetuju.

Biasanya pihak penerbit sebegini akan menampilkan rasional-rasional berikut untuk menjustifikasikan tindakan mereka : -
1) orang kurang agama akan gerun lalu tak jadi beli kerana banyak teks arab,
2) akan ada orang akan bawa masuk tandas,
3) lebih laku lagi dan boleh merentas pelbagai jenis latar belakang,
4) ulama besar pun setuju tak letak arabic text dalam buku mereka
Rasional yang diberikan sebegini mungkin rasional bagi mereka, tetapi maaf, bagi saya ia "tidak rasional". Ia lebih bersifat keputusan komersial dari melihat aspek ilmiah dan lain-lain.

Tidak mengapalah, apapun saya hormati pendirian masing-masing. Terpulang kepada masing-masing serta itu juga hak mereka kerana itu adalah syarikat mereka.
Saya juga ingin menerbitkan buku tentang "fiqh solat" sekarang ini, sebuah lagi buku kewangan berbahasa Inggeris, kini sedang dalam pencarian mencari penerbit yang bagus dan boleh menerima pendirian saya.

Adapun dalam hal buku ini, apabila pendirian saya ditolak, saya dengan segera mencari penerbit lain, dan Alhamdulillah dapat juga hasrat untuk menyempurnakan hasrat realisasikan kumpulan ilmu di web ini ke sebuah buku.
Web saya ini mungkin tidak mampu bertahan lama, maklumalah kita manusia ada pasang surut kesihatan. Kandungannya juga semakin bertambah hari demi hari yang menyebabkan sukarnya rujukan dilakukan dengan cepat dan pantas.



Komen & Isi Buku
Justeru saya kira, membukukan sebahagian besar isi kandungannya terutamanya yang melibatkan hal ehwal kewangan dan perbankan Islam yang masih kurang diulas dewasa ini adalah cara terbaik bagi memastikan ilmu ini dapat dinikmati secara lebih tersusun dan lebih lama dan boleh kekal di perpustakaan dan milik anda (jika anda beli).
Terus terang saya katakan anda sebenarnya boleh menikmati 75 % ilmu di dalam buku ini secara percuma di web ini, cuma versi buku lebih baik dari sudut struktur ayat selain terdapat beberapa tempat yang saya edit dan tambahan isi dan ulasan, juga beberapa pemotongan yang dikira perlu.

Berikut adalah testimoni dua orang tokoh akademik yang sempat meneliti buku ini :-
1) "Buku ini membincangkan beberapa aspek muamalat Islam yang menjadi asas kepada pembangunan amalan perbankan dan kewangan Islam yang halal dan tanpa riba.
Penulis menganalisis isu-isu semasa yang berkaitan dengan amalan perbankan dan kewangan Islam yang bersumberkan kepada khazanah warisan para Ulama silam dan sarjana Islam semasa serta penyelesaiannya menurut Muamalat Islam. Buku ini adalah sumber rujukan yang bernilai kepada para sarjana berkenaan, pengamal perbankan dan kewangan Islam, penyelidik dan pelajar."
Prof. Dr Joni Tamkin Borhan
Fakulti Shariah & Ekonomi,
Universiti Malaya


2) "Buku karangan Ustaz Zaharuddin ini merupakan bahan bacaan penting bagi umat Islam di Malaysia pada masa kini terutamanya bagi memberikan perspektif yang benar dan jernih mengenai sistem muamalah Islam dalam konteks kewangan dan perbankan semasa.

Amat mendukacitakan selepas hampir 24 tahun industri perbankan dan kewangan Islam bertapak di Malaysia, masih ramai umat Islam yang tidak menggunakan perkhidmatan ini.
Kalau Laporan Bank Negara Malaysia tahun 2006 dijadikan ukuran, industri perbankan dan kewangan Islam hanya mampu menguasai 12 peratus daripada jumlah keseluruhan pasaran perbankan dan kewangan negara.

Fenomena yang mendukacitakan ini berkait-rapat dengan kedangkalan kefahaman umat mengenai aspek halal dan haram dalam aktiviti bermuamalah.

Justeru, kehadiran buku ini dlihat sebagai salah satu wahana penting yang diharapkan mampu mendidik umat mengenai sistem muamalah Islam sebenar, sekaligus merangsang perkembangan industri muamalah yang halal di Negara ini."
Dr Asyraf Wajdi Dusuki,
Pensyarah Jabatan Ekonomi, UIAM


3) "Al-Fadhil Ust Zaharuddin Abd Rahman ialah ahli dalam bidang Fiqh Al-Muamalat khususnya berkaitan perbankan dan kewangan. Pandangannya telah banyak membantu banyak pihak agar lebih memahami bidang yang penting ini. Saya percaya kehadiran buku ini boleh memberikan sumbangan yang sangat positif untuk orang ramai memahami hukum Syarak dalam bidang tersebut. Saya harap sumbangan ilmiah akan berterusan demi kebaikan umat agar mereka lebih mentaati hukum hakam yang Allah SWT perintahkan"
- Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Mufti Perlis


cover belakang
Kandungan Buku
Bab 1 Mengapa perlu tahu tentang Halal dan Haram dalam Kewangan
Bahagian Pertama: Dalil dan Nas
Bahagian Kedua: Zuhud dan Salah Faham
Bab 2 Pengenalan kepada Ilmu Fiqh Mu'amalat
Bahagian Pertama: Kaedah asas dalam Fiqh Mu'amalat
Bahagian Kedua: Kontrak-kontrak dalam Mu'amalat Islam
Bahagian Ketiga: Rukun dan syarat jual beli dalam Islam
Bab 3 Unsur dan elemen haram dalam kewangan
Bab 4 Riba dan hukumannya
Bahagian Pertama: Erti riba
Bahagian Kedua: Jenis riba
Bahagian Ketiga: Hukuman riba dalam Islam
Bahagian Keempat: Riba dan bentuknya dalam konteks semasa
1. Riba dalam pinjaman
2. Riba dalam akaun simpanan dan pelaburan
3. Riba dalam kad kredit
4. Riba dalam insurans konvensional
5. Riba dalam jual beli perhiasan emas dan perak
Bab 5 Gharar dan Judi
Bahagian Pertama: Pengertian gharar dan dalil pengharaman
Bahagian Kedua: Jenis gharar dan tempat berlakunya
Bahagian Ketiga: Gharar dan judi dalam bentuk semasa
Bab 6 Perbezaan Perbankan Islam dan Konvensional
Bahagian Pertama: Hubungan perbankan Islam dan kepatuhan hukum Syariah
Bahagian Kedua: Tugasan majlis penasihat Syariah
Bahagian Ketiga: Proses pengesahan halal perbankan Islam dan Takaful
Bahagian Keempat: Produk perbankan Islam
Bahagian Kelima: Contoh dan bentuk produk kewangan Islam
1) Mudarabah
2) Musharakah
Bahagian Keenam: Produk Takaful (Insurans Islam)
Bab 7 Unsur Haram dalam Perniagaan dan Kerjaya Semasa
Bahagian Pertama: Kerjaya peguam dan pegawai pemasaran produk pinjaman riba
Bahagian Kedua: Menipu dalam pendapatan harta
Bab 8 Isu-isu Perbankan dan Takaful
Bahagian Pertama: Isu modal bercampur
Bahagian Kedua: Adakah perbankan Islam mahal dan zalim?
Bahagian Ketiga: Penasihat Syariah dan pertembungan kepentingan
Bahagian Keempat: Terima logo halal atau Islam tanpa kaji
Bahagian Kelima: Ubah lafaz akad bagi halalkan riba
Bahagian Keenam: Pinjaman kakitangan
Bahagian Ketujuh: Kesilapan dalam implementasi qardhul hasan
Bahagian Kelapan: Denda lambat bayar di bank Islam mirip konvensional?
Bahagian Kesembilan: Status pemilikan aset sebelum menjual
Bab 9 Harta Haram dan Cara Mengurusnya.
Bahagian Pertama: Cara melupus
Bahagian Kedua: Sedekah dengan harta haram
Bahagian Ketiga: Menggunakan harta haram untuk membina masjid
Bahagian Keempat: Adakah harta haram dapat dibersihkan dengan zakat sahaja?
Bahagian Kelima: Cara melupus wang haram daripada pelaburan haram.
Bab 10 Hutang menurut Islam
Bab 11 Isu Syariah dalam Jualan Langsung (Multi Level Marketing)
Bahagian Pertama: Pengertian MLM
Bahagian Kedua: Para ‘Ustaz' dan MLM
Bahagian Ketiga: Beberapa keraguan Syariah dalam MLM
Bahagian Keempat: Syarat minimum Syariah bagi sesebuah MLM
Bahagian Kelima: Bentuk skim MLM alternatif dan menepati Syariah
Bahagian Keenam: Fatwa majlis ulama Indonesia berkenaan MLM
Bab 12 Beberapa Isu Kewangan dan Pelaburan Semasa
Bahagian Pertama: Pelaburan Swisscash
Bahagian Kedua: ABB Fund, Eaindex, Winlifund dan Arabic Fund: Kajian Kes
Bahagian Ketiga: Pelaburan mata wang dinar emas
Bahagian Keempat: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Bahagian Kelima: Beberapa bentuk urusniaga saham dan hukum Syariah
Bahagian Keenam: Hukum urusniaga dengan syarikat Yahudi: Makan, beli, jual
Demikianlah tadi beberapa kandungan asas buku ini.
Cara Pembelian
Buku pertama saya kini sudah boleh dibeli atau ditempah. Ia keluarkan oleh True Wealth Sdn Bhd syarikat yang dimiliki oleh Jutawan Azizi Ali.
Proses Pembelian Buku ini.
Individu yang berminat boleh mendapatkan buku ini dengan cara-cara berikut:-
1) Kedai Buku : Anda boleh mencari buku ini dari mana-mana kedai buku yang biasa menjual buku keluaran Azizi Ali mulai Januari 2008 dengan harga RM 29.90 ( harga ditetapkan oleh penerbit dan bukan saya). Kedai buku yang dimaksudkan adalah MPH, Borders, Times, Kinokuniya dan lain-lain kedai buku di seluruh Malaysia, Singapore and Brunei.
2) Halaman web penerbit buku : http://www.milliona iresplanet. com/ Namun, kerana buku ini baru sahaja siap dan dihantar stok pertamanya di premis penerbit pada 24 Disember 2007 (Isnin). Justeru saya tidak pasti bilakah mereka akan mula memuatkan info buku ini di web mereka.
3) Ceramah & Kuliah Saya : Hadir ke kursus atau ceramah saya. InshaAllah biasanya saya akan membawa buku ini. Jualan secara terus dari saya menawarkan harga diskaun, iaitu hanya RM 22 senaskhah. Bayaran hendaklah dibuat secara tunai sahaja.
4) Membeli dengan cara tempahan ;
Harga : RM 22, kos untuk pos bagi sebuah buku di seluruh Malaysia RM 2 ( kos baru pos bermula 24 Dis 07 ) bagi setiap naskhah buku. Bagi menggunakan cara ini anda boleh
a- Bayaran ke akaun bank(bayaran dengan Pemindahan Bank secara biasa di kaunter bank dan online).

*
Pindahkan jumlah yang secukupnya ke dalam akaun saya.
*
Hantar slip bank tersebut (mempunyai cetakan komputer) kepada kami melalui fax (03-8060 5415), e-mail ( tibyan2006@gmail. com ) ataupun melalui pos (seperti di atas).
*
Pastikan anda memberi nama penuh dan nombor telefon untuk dihubungibersama- sama dengan slip bank tersebut.
*
Bagi mereka yang membuat pemindahan bank secara online, kami juga menerima 'screen capture' (print screen yang di-paste di dokumen Microsoft Word) yang di e-mail ke tibyan2006@gmail. com sebagai bukti pembayaran.
*
Pastikan anda memberi nama penuh, dan nombor telefon untuk dihubungibersama- sama dengan e-mail tersebut.
*
Bagi memudahkan urusan, anda adalah digalakkan untuk menggunakan kaedah "3rd Party Account Transfer" darimana-mana bank kormesial yang menyediakan kemudahan tersebut secara online.
*
Pastikan anda menggunakan no rujukan transaksi sebagai bukti pembayaran anda.
*
Pesanan akan diproses sebaik sahaja slip bank dan butir peribadi diterima.
*
Anda boleh membuat pemindahan bank kepada akaun-akaun di bawah seperti butiran di bawah:

Nama : Zaharuddin Abd Rahman
Bank : Maybank (Wadiah )
Cawangan : Ibu Pejabat Jalan Pudu, KL
No. Akaun Simpanan: 164017071347
Nama : Zaharuddin Abd Rahman
Bank : RHB Islamic Bank Berhad
Cawangan : CUKL
No Akaun Semasa : 214 013 60000 425
b- Hantarkan / Poskan Cek, Wang Pos dan Money Order tersebut kepada saya di alamat:
Zaharuddin Abd Rahman
Jabatan Ekonomi,
Kuliyyah Ekonomi & Sains Pengurusan,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,
P.O. Box 10, 50728 Kuala Lumpur

*
Isi nama "Zaharuddin Abd Rahman" sebagai Penerima.
*
Pembeli tempatan diminta supaya tidak memalangkan Wang Pos.
*
Sila masukkan bayaran tambahan (komisyen bank)RM2.00 sekiranya Kiriman Wang Pos tersebut ingin dipalangkan
*
Pastikan anda menulis nama dan aalamat anda di belakang cek/money order.
*
Pesanan akan diproses setelah Wang Pos atau Money Order diterima dan diluluskan.
*
Tarikh penerimaan pesanan adalah antara 7 hingga 14 hari daripada tarikh pembayaran diluluskan.
*
Kami tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan Pembayaran Wang Pos dan Money Order dalam perjalanan. Oleh yang demikian, pembeli dinasihatkan supaya menggunakan khidmat pos berdaftar untuk menghantar pembayaran kepada kami.(jika perlu).

Maklumat penting

*
Harga buku yang dibeli melalui saya atau web saya adalah RM 22 tidak termasuk kos penghantaran (RM 2 setiap satu buku - kos pos baru bermula 24 Disember 2007).
*
Sekiranya barang yang diterima adalah rosak atau salah, sila kemukakan aduan kepada kami selewat-lewatnya 7 hari daripada tarikh terima. Aduan yang dilakukan selepas jangkamasa ini tidak akan dilayan.
*
Sebarang masalah, pertanyaan, aduan atau ingin membuat transaksi, ajukan kepada: tibyan2006@gmail. com atau hubungi pejabat di 03-6196 5254 atau boleh bertemu saya bilik saya nombor A 215 di Jabatan Ekonomi, UIAM ( Perlu hubungi terlebih dahulu).

*
Pembelian adalah muktamad. Pemulangan dan penukaran tidak dibenarkan melainkan atas sebab-sebab tertentu dan atas budi bicara.
*
Duti Kastam ataupun Cukai bagi pembeli daripada luar Malaysia adalah tertakluk kepada apa yang dipraktikkan oleh negara masing-masing. Kos tersebut ditanggung oleh pembeli.

Akhirnya
Semoga buku ini diterima oleh Allah SWT sebagai amalan kebaikan dan soleh saya di akhirat kelak dan tergolong dalam jenis ilmu yang dimanfaatkan serta sedeqah jariah.Ameen.
Sabda Nabi saw :-
þ þ þÅÐÇ ãÇÊ ÇáÅäÓÇä ÇäÞØÚ Úãáå ÅáÇ ãä ËáÇËÉ ãä ÕÏÞÉ ÌÇÑíÉ æÚáã íäÊÝÚ Èå ææáÏ ÕÇáÍ íÏÚæ áå
Ertinya : Apabil amati anak Adam, terputus amalannya kecuali dari tiga ( sumber) iaitu Sedeqah Jariah, Ilmu yang dimanfaatkan oleh orang ramai dan anak soleh yang mendoakan mereka ( si mati)" ( An-Nasaie 3591)
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharudd in.net/
21 Disember 2008
2 Zulhijjah 1428 H (Malaysia)
3 Zulhijjah 1428 H (Mekah)

*****.*.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

Tan Sri Rashid Bercakap Lagi Sebagai Balaci UmnoBN

jagajagala@yahoo.com.my

Keceluparan mulut Tan Sri Rashid bukan rahsia lagi kepada parti pembangkang, walaupun ia dipandang manis oleh penyokong UmnoBN. Apa lagi yang hendak pembangkang cakap tentang Rashid? Puas dah pembangkang bercakap dan memang sah 2008 adalah khidmat terakhir Rashid sebagai Pengerusi SPR yang paling setia menjilat "punggung" pemerintah korup UmnoBN.
Kata Rashid pembangkang tak payah sertai pilihanraya supaya nanti senang kerjanya melihat parti kesayangannya UmnoBN menang dengan mudah. Pas Johor Bahru berpandangan beliau untuk kesekian kalinya cuba bermain tarik tali dengan pembangkang diatas desakan kuat pembangkang supaya beliau meletakkan jawatan.
Ciri-ciri munafik sangat jelas dalam jiwa Tan Sri Rashid, bila bercakap ia banyak berbohong, bila berjanji ia mungkir & bila diberi amanah ia khianat.
Pas & parti pembangkang lain tidak menuduh Tan Sri Rashid sebagai orang munafik, tetapi saksikanlah sendiri semua perbuatannya adalah pakej lengkap seorang pelaku munafik.
Sepatutnya Tan Sri Rashid insaf dengan lanjutnya usia beliau kepada 66 tahun 2008 ini, adalah petanda beliau akan menemui Allah tidak lama lagi? Apakah persediaan beliau untuk mati melainkan bendera UmnoBN sebagai kain kapannya dan wang gajinya sebagai rasuah kepada malaikat munkar & nakir untuk tidak menyoal beliau di alam kubur nanti.
Cukup-cukuplah Rashid sebelum terlambat, sebelum malaikat Izroil merenggut nyawamu disaat kamu melakukan kerosakan dimuka bumi Allah ini dengan berlaku zalim kepada manusia.
Jalan pulang kepada Allah masih terbuka...itupun kalau Rashid mahu...

SPR cabar pembangkang jangan tanding pilihan raya
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD - Utusan Meloya
PUTRAJAYA 31 Dis.-Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman hari ini mencabar parti pembangkang supaya tidak menyertai pilihan raya umum akan datang sekiranya mereka tidak yakin dengan keadilan serta ketelusan sistem pilihan raya di negara ini.
Beliau menegaskan, tidak ada gunanya pihak pembangkang menyertai pilihan raya tersebut jika mereka tetap dengan tindakan mengutuk serta menuduh sistem pilihan rayadi Malaysia penuh dengan penyelewengan.
Ab.Rashid yang berasa amat kesal dengan tindakan itu mahu pembangkang lebih rasional dan bertanggungjawab sebelum melemparkan dakwaan.
"Saya cabar mereka supaya tidak menyertai pilihan raya umum akan datang jika mereka terus menuduh SPR dengan tuduhan yang bukan-bukan. Apa yang mereka tidak kata kepada SPR.
"Macam-macam mereka tuduh SPR terutama isu pengundi hantu. Mereka kata SPR menyeleweng kerana hendak bantu Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya sedangkan dakwaan itu tidak benar sama sekali,"katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di sini.
Temu bual itu diadakan ketika parti-parti politik di negara ini dan SPR sendiri bersedia untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya umum ke-12.
Dalam pilihan raya umum ke-11 pada 21 Mac 2004, BN memenangi 198 daripada 219 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.
Pada November lalu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil yang didalangi parti-parti pembangkang menganjurkan perhimpunan haram di ibu kota menuntut SPR mengadakan pilihan raya yang lebih adil dan telus khususnya untuk pilihan raya umum akan datang.
Gabungan itu turut menuntut Ab. Rashid tidak dilanjutkan perkhidmatannya atas dakwaan gagal menjalankan tugas dengan baik.
Ab. Rashid, 65, yang baru sahaja dilanjutkan perkhidmatan sebagai Pengerusi SPR selama setahun pada 27 Disember lalu - selepas Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi membolehkan beliau meneruskan tugasnya - berkata, BN tidak memerlukan pertolongan SPR untuk memenangi pilihan raya umum kerana parti itu mempunyai kekuatan tersendiri.
"Janganlah disebabkan pembangkang kalah dalam pilihan raya, SPR pula menjadi mangsa. Kita tidak pernah bantu BN untuk capai kemenangan dan sememangnya parti itu kuat dan ia mempunyai calon di semua kawasan pilihan raya.
"Sekiranya pembangkang mahu bersaing, mereka perlu letakkan calon seperti yang dilakukan oleh pihak BN,"katanya.
Ab. Rashid berkata, beliau terdorong untuk membuat cabaran seumpama itu kepada pihak pembangkang kerana mereka tidak pernah positif terhadap apa yang cuba dilakukan oleh SPR.
"Mereka hanya tahu memperlekehkan usaha SPR dan mereka langsung tidak pernah menghargai apa yang kita lakukan. Sekiranya SPR tidak adil, tidak mungkin Kelantan kini diperintah oleh Pas.
"Begitu juga dengan pilihan raya umum Sarawak tahun lalu yang mana kebanyakan kawasan bandar dimenangi oleh calon parti pembangkang.
"Adakah ini tidak cukup adil lagi bagi mereka?"tambahnya.


Sumber : Jundullah - Utusan Meloya

*****.*.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

XPDC dakwah di KLCC

"Oleh assyabab
Malam Terakhir 2007

Berita Oleh pemuda_putrajaya
Tepat pukul 12 malam tadi tahun baru 2008 menjelang dan 2007 melabuhkan tirainya. Seperti pada malam tahun baru sebelum ini, KLCC menjadi tempat tumpuan orang ramai melihat pertunjukan bunga api. Pelbagai pogram dianjurkan seperti konsert dianjurkan bagi memeriahkan malam itu.

Anak-anak muda pastinya menjadi golongan yang majoriti pada malam semalam. Mereka datang dengan pelbagai ragam dan gaya pada malam itu. Ada yang datang untuk melihat pertunjukan bunga api, menyaksikan artis-artis pujaan mereka membuat persembahan, dan tidak kurang juga yang datang dengan berpasangan dan berdua-duaan melakukan pelbagai kegiatan maksiat.

Kehadiran Duta Penyelamat dan Kasih Sayang
Saya menyertai program XPDC dakwah anjuran Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan yang diadakan disekitar KLCC pada malam itu. Lebih kurang 500 pemuda dan pemudi Islam menyertai program tersebut. Kehadiran pada malam itu lebih ramai berbanding tahun-tahun sebelum ini. Program ini juga di sertai oleh pimpinan- pimpinan seperti YB. Salahudin, saudara Sabki, Hj Mohamad Noor, Dr. Lo’lo’ dan lain-lain pimpinan PAS diperingkat negeri, kawasan dan cawangan.


Aktiviti pada malam itu bertujuan untuk mendekati masyarakat dan golongan remaja sambil mengedarkan risalah dakwah, bagi memberi kesedaran kepada mereka.


Pimpinan memberikan kata-kata semangat dan motivasi kepada peserta XPDC pada malam itu, sebelum program edaran bermula. YB Salahudin mengingatkan kepada peserta bahawa kehadiran mereka pada malam itu adalah sebagai “duta penyelamat dan kasih sayang” bagi menyelamatkan masyarakat terutamanya muda-mudi negara kita yang semakin tenggelam dengan arus kejahilan. Beliau juga mengingatkan kepada peserta supaya berusaha mendekati dan bercakap dengan mereka, supaya sekurang-kurangnya jauh disudut hati mereka akan tercetus rasa ingin menjadi seorang manusia yang baik. Saudara Sabki pula meyakinkan kepada para peserta bahawa kehadiran mereka pada malam itu sebagai menyahut perintah Allah untuk mengajak kepada ma’ruf dan mencegah kepada kemungkaran.


Selain itu, program nasyid juga telah diadakan di Masjid Asy-Syikirin sebagai alternatif kepada pengunjung pada malam itu. Akil Hayy dan beberapa kumpulan nasyid memberikan persembahan yang bersemangat bagi menarik pengunjung disekitar KLCC pada malam itu.


Respon orang ramai
Kehadiran kumpulan XPDC ini menarik perhatian pengunjung KLCC pada malam itu. Orang ramai menerima risalah yang diedarkan dengan baik. Tidak kurang juga yang memandang sinis kehadiran kumpulan ini. Ada juga orang yang menerima risalah tersebut setelah dipujuk. Orang ramai mengucapkan terima kasih atas pemberian risalah tersebut Terdapat jugak peserta yang mengambil kesempatan bersembang mesra dengan pengunjung pada malam itu. Terdapat ramai juga pengunjung yang datang daripada luar Lembah Kelang seperti Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan semata-mata untuk melihat pertunjukan bunga api.


Beberapa orang pengunjung terkejut dengan kehadiran YB Salahudin pada malam itu, kerana tidak menyangka seorang ahli parlimen boleh ada bersama-sama mengedarkan risalah pada malam itu. Terdapat juga anak-anak muda yang nakal mengambil kesempatan bergambar bersama YB Salahudin.


Selain itu kumpulan XPDC dakwah ini juga menarik perhatian pasukan polis dan FRU yang bertugas pada malam itu. Walaubagaimanapun setelah berbincang dengan YB Salahudin mereka membenarkan pengedaran risalah diteruskan, walaupaun ada juga pegawai yang cuba menghalang selepas mendapat arahan daripada pegawai atasan. Walaubagaimanapun para peserta tidak mempedulikan halangan tersebut dan terus berjumpa orang ramai dan mengedarkan risalah.


Masalah Sosial yang menakutkan
Melihat keadaan sosial pada malam itu, cukup membuatkan saya gerun. Bagaimanakah keadaan negara ini pada masa hadapan. Mampukah anak-anak muda ini menerajui negara di dalam arus globalisasi yang semakin mencabar pada masa akan datang. Apakah formula terbaik mengobati masalah sosial yang semakin kronik dalam negara kita ini? Atau adakah kita menunggu bala dan bencana daripada Allah barulah masyarakat kembali kepada Islam.

Pada pandangan saya, masalah ini tidak akan selesai. Malah ia akan menjadi lebih kronik sekiranya seluruh peringkat masyarakat daripada individu, masyarakat dan pemimpin tidak kembali kepada cara Islam yang sebenar. Pemimpin mesti membentuk negara dengan cara Islam dan bukan dengan akal semata-mata, kerana keamanan dan kekuatan negara akan terbentuk dengan mendapat pertolongan dari Allah. Pertolongan dariNya hanya akan diberikan jika negara kita mengamalkan Islam secara menyeluruh.


Meneruskan Perjuangan
Para pecinta Islam dan kebenaran, wajib meneruskan agenda perjuangan menegakkan Islam untuk membentuk negara yang baik dan dirahmati Allah. Pemimpin yang zalim mesti ditumbangkan dan agenda dakwah mesti diteruskan. Kita mesti yakin dengan janji Allah yang akan memberikan kemenangan kepada Islam dan seterusnya keadilan tertegak di muka bumi tercinta ini.

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan, Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. (Surah An-Nasr)

dppputrajaya.wordpress.com
rusli-islam.blogspot.com


*****.*.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

Ekspedisi Dakwah 2008 berjalan lancar walaupun cuba dihalang oleh Polis

Oleh HermanSamsudeen


Kuala Lumpur : Sambutan tahun baru 2008, diraikan oleh Pemuda PAS dengan mengadakan Ekspedisi Dakwah disekitar KLCC pada 31 Disember lalu. Hampir 400 orang petugas telah menyertai program ini bersama Ketua Pemuda PAS Pusat, YB. Salahuddin Ayub. Rata-rata yang hadir adalah dari golongan muda dan ada juga yang membawa keluarga mereka bersama.

Turut kelihatan adalah AJK PAS Pusat, Dr. Lo’lo, Pesuruhjaya PAS Wilayah, Hj. Mohamad Nor Mohamad, Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Sabki Yusof dan Ketua Pemuda Wilayah, Kamaruzaman Mohamad.

Salahuddin ketika ditemui menyatakan bahawa program ini bertujuan untuk membawa mesej dakwah dan mendidik rakyat tentang cara menyambut Tahun Baru yang betul disamping memberikan kesedaran kepada mereka tentang bahaya sosialisasi yang melampau.

Pemuda PAS mengambil pandangan yang serius terhadap gejala sosial yang semakin berkembang biak ekoran dari sikap Kerajaan yang suka menyediakan pesta-pesta mega yang turut menjadi punca kepada gejala ini.

Sebanyak 20 ribu risalah dakwah diedarkan disekitar KLCC selama sejam bermula dari pukul 11 malam.

Ekspedisi kali ini mendapat sedikit gangguan bila mana kumpulan yang dipimpin oleh Salahuddin ini dihalang oleh pihak polis dari memasuki tapak konsert di tempat letak kereta KLCC. FRU juga turut berkawal bagi menghalang para petugas ini menyebarkan risalah didalam kawasan konsert. Walaubagaimana pun, tiada sebarang penangkapan dibuat.

Usaha dakwah diteruskan dengan mensasarkan mudi-mudi yang duduk di sekitar taman yang berhampiran. Salahuddin yang datang bersama ahli keluarga beliau sempat bermesra dan bertemu dengan muda mudi ini dan memberikan sedikit nasihat untuk mereka.

Hujan renyai-renyai telah turun lewat pukul 11.30 malam dan ianya dianggap suatu rahmat bagi program ini.

“Kita bersyukur atas hujan rahmat pada malam ini, kita telah dihalang memasuki tapak konsert tetapi kerana hujan ini ramai penonton-penonton yang menyaksikan konsert ditempat letak kereta KLCC meninggalkan tapak konsert untuk berteduh di Masjid dan ini memudahkan kami menyampaikan risalah kepada mereka” kata Mohamad Hafiz yang juga pengarah program ini.

Kamaruzaman yang juga ketua Pemuda Wilayah berpuashati dengan Ekspedisi kali ini.

“Jumlah petugas yang menyertai Ekspedisi ini semakin bertambah, dan kita juga melihat bahaw jumlah pengunjung yang hadir ke pesta di KLCC kali ini semakin berkurang. Ini menunjukan bahawa usaha kita berjaya dan rakyat lebih suka menghadiri program-program yang lebih bermanfaat di masjid dan surau atau bersama keluarga dirumah bagi menyambut tahun baru” kata kamaruzaman.

Kamaruzaman juga menegaskan bahawa program ini akan berterusan dari semasa ke semasa kerana usaha dakwah dan mendidik rakyat adalah tanggungjawab bagi semua ahli dan penyokong PAS.

Selagi adanya program-program yang lara dan menjadi punca kepada gejala sosial dinegara ini maka sewajarnya ada kumpulan-kumpulan yang bangkit membersihkannya dan PAS adalah salah satunya. Ini adalah tanggungjawab sosial yang harus dipikul bersama dan kerajaan wajib menyelesaikan masalah sosial ini dari akar umbi bukannya membantu menyemarakkan masalah ini hingga merosakkan anak bangsa sendiri.

Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di http://dppwp.wordpress.com

*****.*.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

Jln-Jln Tahun Baru: Kemiskinan di Tengah Kota (Part 2)

Assalamualaikum,

Kalau dlm siri pertama tulisan Jln-Jln Tahun Baru:
Kemiskinan di Tengah Kota itu saya tuliskan kisah Kak
Ros dengan masalah hidupnya, kali ini kita ingin
berkongsi cerita mengenai perit hidup seorang ibu
tunggal membesarkan 5 orang anak di Tingkat 9 sama
blok dengan rumah Kak Ros di PPR Ampang Hilir, Kuala
Lumpur.


Kalaulah anak-anak Kak Ros berhadapan dengan masalah
ibu yang tiada pendapatan tetap, hinggakan anak-anak
terkilan tak dapat balik raya di kampong sebab mak tak
ada duit; anak-anak Puan Hamidah Bt Ahmad, 34 tahun
ini pula agak bernasib baik sebab ibu mereka
berpendapatan tetap, kerja PA (Pembantu Am) sekolah
rendah dengan pendapatan lebih kurang RM800 sebulan.

RM800 sebulan kalau tinggal di Kg Ulu Paip, Kulim
Kedah mungkin cukup, tapi RM800 di Jalan Ampang, Kuala
Lumpur dengan 5 orang anak kira macam nyawa-nyawa ikan
ajerlah.

Kami cuba selami masalah kewangan Pn Hamidah ini;
tanpa segan silu beliau gariskan satu persatu belanja
bulanannya hingga membuatkan kami jadi terkedu.

Sewa rumah RM124
Api Air RM150
Van Anak Sekolah RM100
Duit Sekolah RM60
Upah Ngasuh Anak Kecik RM250

Jumlah (tak campur belanja dapur, susu dan pampers
anak) = RM684
Baki = RM116

Maka, atas baki RM116 inilah beliau terpaksa roling
untuk belanja dapur sebulan, susu, pampers anak,
minyak motor dan lain-lain belanja harian. Memang tak
masuk akal; baki sebanyak ini untuk survive sebulan di
tengah-tengah kota raya.

Baki duit sebanyak ini bukan kata di Kuala Lumpur,
tapi kalau di Kg Hulu Paip dekat Kuala Berang di Hulu
Terengganu pun tak ada nak cukup!!

(Jumlah banyak ini, kalau panggil Financial Planner
minta tolong arrange pun, mau naik penin si FP itu!!)

No wonderlah, punyalah kronik masalah kewangan Pn
Hamidah ini, hinggakan ke tahap kritikal, pada suatu
hari itu sebab bekalan beras dah habis (beras yg jadi
masalah mereka), maka dengan saki baki duit yang ada,
beliau gagahkan diri pi tebal muka pi beli beras 2
kilogram cukup cukup dengan sebanyak mana wang yang
ada itu.

Hat ini saya tak tau nak komen apa; cuba hangpa tengok
gambar rumah flet depa, yang bila langkah keluar saja
dari rumah depa, terus nampak menara KLCC megah
tersergam indah di belakang depa, tapi ini semua tak
mampu nak bagi depa makan hatta beras 2 kilogram
sekalipun. Saya tak mau komen lebih-lebih, nanti jadi
isu politik pula sedangkan ini bukan masalah politik,
ini adalah the real life, kisah benar, realiti masalah
sebenar anak-anak bangsa bertarung hidup di tengah
kota.

Kalaulah macam ni dok ada, kita pasti sampai bila-bila
pun Mohd Firdaus (darjah 5), Mohd Faiz (darjah 4),
Mohd Fadil (darjah 2), Nurasyura (tadika) dan Nuarkila
(2 tahun) anak-anak Pn Hamidah ini akan terus
terperangkap di orbit kemiskinan ini. Percaya ka tak
percaya ka, hanya pelajaran dan education sajalah,
dengan izin Tuhan akan mampu mengeluarkan mereka
daripada kepompong kemiskinan ini.

Kalaulah ada sapa-sapa yang prihatin, mailah ke rumah
Flet ini, mailah jenguk-jengukkan depa. Ini hat yang
mampu saya tulis, yang sebetulnya ada ramai lagi
keluarga malang yang punya skrip hidup, jalan cerita
yang hampir serupa.

Sungguh tak sangka, masih ramai lagi orang kita yang
hidup miskin merempat merana di tengah kota; tak
betoilah rupanya selama ini yang media massa dok
war-warkan bahawa Baling misalnya, daerah kelahiran
saya itu antara hardcore isu kemiskinan yang utama.
Cakap pasal miskin ini, tak payah mai Baling aih,
macam yang saya tulis sebelum ini, di KL pun bersepah
dok ada!!

Letih aih bila dok pikir masalah kemiskinan anak-anak
bangsa ini; memang betoilah kata Prof Diraja Ungku
Aziz: "suka ka tak suka ka, masalah kemiskinan masih
lagi menjadi agenda utama permasalahan bangsa".

Kalaulah ada mana-mana Profesor atau pun Pakar-Pakar
yang terbaca secara tak sengaja tulisan saya 2 siri
ini, tolong tolonglah fikir macam mana nak selesaikan
masalah ini. Sepatutnya di zaman orang kita sudah naik
ke angkasa ini, masalah tak ada beras nak makan ini
terutamanya di celah-celah bangunan KLCC ini,
sepatutnya supposed not to be an issue at all!!

Sekian

Monier_matdin@ yahoo.com
Bekas Presiden Malaysian Student Association,
University of the Pacific, Stockton. California.
1 hb Januari 2008


*****.*.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

Jln-Jln Tahun Baru: Kemiskinan di Tengah Kota

Assalamualaikum,

Hari ini hari Selasa, 1 hb Januari tahun baru 2008. Di
negeri Kedah, kebanyakan sekolah berasrama penuh
memulakan sessi pendaftaran pelajar baru pada hari
ini. Saya teringat kesibukan di sekolah anak saya pagi
tadi, ibu bapa begitu sesak di kaunter pendaftaran dan
juga di kedai koperasi membeli berbagai jenis barangan
keperluan asrama untuk anak-anak. All in all, hari ini
saja saya rasa saya sudah pun menghabiskan lebih RM500
untuk anak saya yang seorang itu.

Apabila melihat duit cash begitu banyak bertukar
tangan di meja-meja pendaftaran dan juga di kaunter
cashier kedai koperasi, entah macam mana kotak fikiran
saya terus teringat kepada beberapa buah keluarga
malang yang sempat kami kunjungi sewaktu mengikuti
expedisi rakan-rakan daripada NGO Wargakilang. com
sekitar Kuala Lumpur menjejaki dan menghulurkan
sumbangan kepada keluarga miskin di Ibu Kota sempena
musim buka sekolah pada hari weekend yang lalu.


Ada 6 buah rumah Flet yang kami kunjungi,
kebanyakannya keluarga ibu tunggal atau pun keluarga
susah yang ibarat kata kais pagi makan pagi kais
petang makan petang. Flet yang kami kunjungi itu
terletak tak berapa jauh daripada bangunan KLCC
kemegahan Negara; to be exact kawasan penempatan itu
dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat atau PPR,
terletak di Jalan Hiliran Ampang, Jln Ampang Putera
55100 Kuala Lumpur.

Secara ikhlas, saya rasa amat terkejut sekali, sebab
saya tak sangka di celah-celah kepesatan pembangunan
ibu kota itu, tersepit di antaranya beberapa kisah
kehidupan yang ingat-ingat sekali macam tak masuk dek
akal. Ya lah, saya ini orang Baling, sabuah daerah
yang terkenal di seluruh Negara kononnya sebagai
antara kawasan yang paling miskin dan mundur di
Malaysia; dok ingatkan Baling ja yang miskin macam org
dok kata, tapi bila saya tengok sendiri, lihat dengan
mata kepala sendiri perit hidupnya 6 buah keluarga ini
(yang sempat kami kunjungi) saya rasa, sekarang ini
kemiskinan bukan saja terhad di Baling, Sik, Kedah,
Kelantan, Terengganu atau mana-mana, tapi cerita orang
miskin ini, kalaulah TV3 ka Mingguan Wanita ka, Harian
Metro ka mana-mana ka nak buat cerita, hangpa tak
payah mai Baling aih, nun kat KL pun bersepah dok
ada!!

Saya nak tulis cerita ini tak tau nak mula keluarga
yang mana dulu, semuanya sama susah dan sama derita;
in random biarlah saya kongsikan di sini kisah Pn Ros
atau nama penuhnya Roshafinaz Bt Abd Hamid, 40 tahun
yang tinggal di tingkat 16 pintu 12, PPR Ampang Hilir,
Blok A itu sebagai mukadimah.

Sebelum itu, mewakili rakan-rakan NGO Wargakilang. com
beserta sahabat drpd Muslimat JIM Pusat dan juga
beberapa pihak perseorangan yang menjemput saya turun
mai dari Kedah untuk mengikuti kerja amal mereka ini,
kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kak
Wan, Naib Pengerusi Persatuan Penduduk di situ yang
menjadi jurumudi kami pada hari itu. Kak Wan memang
kenal rapat dengan penghuni-penghuni di situ, dengan
adanya beliau ianya membantu mempermudahkan kerja
kami, terima kasih Kak Wan.

Berbalik kepada kisah Pn Ros atau pun lebih selesa
membahasakan dirinya Kak Ros; beliau adalah Ibu
Tunggal dengan 6 orang anak, empat perempuan dan dua
lelaki yang berusia antara 1 tahun setengah hingga 17
tahun.

Pada mulanya kami tak perasan sangat yang Kak Ros ini
termasuk dalam senarai keluarga yang akan kami
kunjungi sebab dari mula lagi beliaulah yang
bertungkus lumus membantu Kak Wan menunjuk arah
membantu kami mengusung barang turun naik turun naik
rumah Flet 2 blok itu menghulurkan sumbangan.
Sepanjang masa itu beliau nampak ceria sahaja, tak
sangka pulak tersembunyi di sebalik senyuman manis
beliau itu kisah hidup yang penuh seribu duka.

Bayangkanlah, kira-kira 25 tahun yang lalu, sewaktu
masih di sekolah menengah beliau melarikan diri
daripada keluarga di Kg Mengkuang Baling Kedah , tak
pasti atas sebab cetusan diri mahu melarikan diri
daripada suasana hidup yang dicengkam kemiskinan di
daerah kelahirannya itu ataupun kerana masalah
peribadi, beliau membawa diri ke Kuala Lumpur seorang
diri. Saya cuba tanya apa sebab musababnya tapi Kak
Ros hanya tersenyum sepi.

Jikalah mahu melarikan diri daripada kemiskinan yang
dicarinya, kini hampir suku abad kemudian, tak salah
kalau saya katakan Kak Ros masih dalam pelarian.
Bayangkanlah bagaimana wanita tabah ini mampu survive
di tengah-tengah hiruk pikuk kota raya, di rumah Flet
Ampang Hilir yang berlatarbelakangkan KLCC sebagai
background, dalam keadaan ekonomi dan taraf hidup yang
makin mencengkam, dengan 6 orang anak-anak kecik yang
perlu disara, sedangkan pendapatan Kak Ros tidak
seberapa, bekerja sebagai Tukang Urut khususnya untuk
wanita selepas bersalin dan sebagainya, umpamakan
penoreh getah di Baling Kedah sana, kalau ada kerja
adalah hasil, kalau tidak.....entah lah!

Saya cuba selami isi hati Kak Ros, masalahnya wanita
tabah ini hanya senyum memanjang, enggan berkongsi
sangat kisah hidup peribadinya, hinggakan Kak Wan yang
merupakan teman rapatnya itu mendesak beliau berulang
kali supaya ceritalah habis kpd kami, kot kot kalau
dengan terbongkar kisah keperitan hidup beliau di
tengah kota ini, adalah insan-insan berhati suci yang
mungkin sudi membantu, kalau pun bukan untuk beliau
tapi untuk anak-anaknya yang enam orang itu yang masih
belum mengerti apa-apa.

Malangnya Kak Ros bukan sekadar enggan berkongsi
cerita dengan kami, malah beliau enggan membenarkan
kami ke rumahnya di Tingkat 16 itu, puas Kak Wan
pujuk, namun sambil tersenyum dan sedikit ketawa
beliau secara polite tak mahu kami ke rumahnya. Antara
dengar saya dengar Kak Ros cakap dekat Kak Wan:

"Wan, nko bukan tak tahu rumah aku....seganlah,
malulah aku nanti!"

Off-line, Kak Wan habag kat saya, rumah si Ros tu dlm
keadaan tak berapa terurus, maklumlah ibu tunggal
dengan anak-anak kecil. Kemudian saya diberitahu yang
electrical system rumahnya ada masalah, habis
terbakar/short periuk nasi, dan kain kain baju
bertimbun timbun belum dibasuh sebab machine basuh tak
boleh pakai kerana masalah elektrik. Tidak mahu
memaksa beliau membawa kami ke rumahnya, akhirnya
beliau bersetuju membawa anak-anaknya yang enam orang
itu ke rumah Kak Wan.

Di situlah, hasil daripada perbualan peribadi saya
dengan anak-anaknya itu, barulah saya mengerti erti
derita seorang ibu dan juga hidup malang anak-anak
dalam family ini. Betullah kata seorang guru kaunselor
sekolah, kalau kita nak tau senang ka susah ka hidup
sesebuah keluarga tu, tanya dan lihatlah suasana
kanak-kanak itu ketika ke sekolah; tak sama style
pakaiannya antara anak orang senang dan anak orang
susah, tak sama jumlahnya duit sekolah antara anak
orang kaya dan anak orang miskin.

Lalu sedikit jauh dari Kak Ros, secara perlahan saya
tanyakan kepada anak sulungnya, Umi Aisha Nahirah,
Form 5 berapa kupang duit sekolah tiap-tiap hari dia
bawa. (Mak dia asal org Kedah, harap harap dia taulah
Kupang tu apa).

Sambil menggeleng, dalam keadaan separuh segan Umi
Aisha jawab:

"Tak ader"

Habis tu?

Tiap-tiap hari beliau ke sekolah tanpa 1 sen pun dalam
poketnya, cuma sekadar sebotol air sebagai bekalan.
Sepanjang masa kat sekolah dok tahan lapaq saja sebab
tak ada benda nak makan. Tak logik aih!, tapi itulah
faktanya, logik ka tak logik ka hangpa mai tengok
sendiri. Budak ini pi sekolah bawa air saja.
Makan tak makan, lepas 2:30 ptg balik sekolah nanti,
kalau ada makanan kat rumah makanlah, kalau tak ada
entahlah. No wonder periksa PMR hari itu adik kita ini
cuma mampu score 2B 4C dan 2D SAHAJA!! Hancoq
anak-anak bangsa!

Macam tak masuk akal langsung, di Kuala Lumpur nu,
bukan di ulu Baling atau di Hutan Bukit Ndo Sik; ini
di KL Ibu Kota Negara. Saya nak tulis pun rasa takut
sebab risau jadi berita palsu pulak, berkali-kali saya
tanya, macam itulah kisahnya bahkan lagi ditanya lagi
dikorek lagi haru.

Mengikut budak-budak ini lagi, sekali itu Kak Ros
terputus duit belanja (dok roling RM300 sebulan duit
Baitu-Mal belanja makan dan bisness direct selling
kecil kecilan), sampai beras pun tak ada nak makan kat
rumah; so Kak Ros pun terpaksa buat muka tebal pi
turun hutang beras sekampit kat kedai India
berdekatan. Teruk sungguh, beras nak makan pun nak
kena hutang, ini bukan dah jadi kes berat dah, tapi
sudah jatuh tahap malang. Nasib baiklah Kak Ros ini
jenis mulut ramah, India itu pun kenal dia, kalau tak
kebulurlah budak-budak itu.

Dan yang paling tragis dan saya rasa agak sadis
sekali, bila mana dlm perjalanan turun ke tingkat
bawah, jauh dari Kak Ros, Kak Wan jurumudi kami itu
cerita kat saya kisah menyayat hati yang kerananyalah
Kak Wan ambik berat keluarga Kak Ros sampai hari ini.

Kata Kak Wan:

"Anak sulung dia tu cerita, sekali itu Kak Ros
terputus wang, waktu Kak Ros pi buat kerja urut tu,
anak-anak kat rumah nak makan tapi beras dalam bekas
itu tinggal lebih kurang segenggam ajer; kalau masak
bolehlah makan untuk sorang. Jadi, budak ini (Umi
Aisha) dia ambik beras segenggam itu, dia tanak bubur
nasik dengan beras tu, kemudian dia campur kiub ikan
bilis yang tinggal sisa itu nak bagi naik rasa; dia
kacau kacau kemudian bagi-bagikan bubur nasik itu bagi
adik-adik dia makan!"

Masyaallah, rupa-rupanya bukanlah masalah minyak
kereta, kenaikan harga tol, kenaikan harga barang,
atau pun tak ada bonus kat tempat kerja yang jadi
masalah utama Kak Ros, tapi benda yang paling basic
dalam dunia, iaitu makanan Ruji Harian, nak makan
NASIK pun tak ada; biaq betoi, ka Kak Wan saja
pandai-pandai reka cerita.

Bila saya tanya anak Kak Ros, memang betoi pun apa
yang Kak Wan cakap. Sedih sungguh sampaikan beras pun
tak ada. Ini dah kalah cerita dalam Bersamamu TV3 yang
mai jumpa saya di Baling hari itu; teruk-teruk pun
orang Baling daerah asal Kak Ros itu, tak adalah
sampai tak ada benda nak makan, paling teruk pun macam
dalam kisah Bersamamu TV3 dua tiga bulan lepas, ada
gak kangkung kat tepi rumah nak buat makan; ini
anak-anak Kak Ros, bukan kata pucuk kangkung, pucuk
paku pun tak ada, besi gril adalah – itu pun kalau
depa mampu tokak buat makanan batang grill itu.

Entahlah saya agak emosi sikit bila bercerita kisah
ini; tak pasti kenapa mungkin jauh di sudut hati ada
sedikit rasa tidak puas hati kerana anak-anak Kak Ros
ini terpaksa mewarisi suasana hidup yang penuh dengan
kemiskinan yang cuba dihindari oleh ibu mereka 25
tahun yang silam. Tak tau salah siapa, mungkin itu
sudah suratan takdir dan dugaan serta realiti hidup
buat mereka. Nak tak nak mereka terpaksa harungi jua.
Untuk kita, terutamanya rakan-rakan dari KL yang
mungkin selama ini tak pernah tahu pun ada realiti
hidup yang sebegini, kalau ada masa itu
jenguk-jenguklah keluarga Kak Ros dan beberapa
keluarga lain yang tidak sempat saya tulis kisah
mereka di sini.

(Ada keluarga lain yg lebih daif daripada keluarga Kak
Ros, x sempat saya nak tulis di sini, Kak Ros agak
beruntung sebab ada Kak Wan membantu, keluarga lain
mungkin kurang bernasib baik)

Saya mohon maaf jika tulisan saya ini ada terkasar
bahasa di mana-mana, sukar nak kawal perasaan bila dok
tengok anak-anak bangsa masih hidup miskin melarat
seumpama ini, tambah-tambah pula bukan di kawasan ulu
atau pedalaman desa, tapi nun di KL sana nu, di Jalan
Ampang Hilir, daerah Ampang daerah di mana berdirinya
KLCC Tower, mercu tanda kebanggaan Negara.

Sapa-sapa ada masa pi lah melawat mereka, boleh
contact Kak Wan, insyaallah beliau mampu membantu.
Kalau ada kumpulan yang mampu pi bagi ceramah motivasi
atau pun buat tuition free kat budak-budak itu lagi
elok; kebanyakan keluarga yang dikunjungi bila kami
tanya mengenai pendidikan anak-anak, mereka memang nak
ambik berat tapi semuanya bagi jawapan yang sama:

"Kami mana ada duit nak hantar budak-budak itu
tuition, nak makan pun tak cukup!!"

Bantulah mereka demi masa depan anak-anak bangsa!

Sekian,
Monier_matdin@yahoo.com
1 hb Januari 2008

*****.*.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com