Thursday, December 20, 2007

Cerita peniaga nasi lemak dan penguatkuasa DBKL

umar faruqi wrote:

Cerita peniaga nasi lemak dan penguatkuasa DBKL
Qari Bumi, Cheras
Tue | Dec 18, 07 | 11:41:32 am MYT


Di Bandar Tun Razak, Cheras, ada seorang peniaga Melayu Islam yang sudah tujuh tahun berniaga warung nasi lemak.

Nasi lemak Mak Ton sangat sedap, sangat murah dan penjualnya sangat ramah dan baik hati, jujur dan amanah. Kita boleh minta sambal lebih, minta timun lebih atau kacang lebih; semua permintaan dilayan. Beliau memenuhi semua kriteria seorang peniaga Islam seperti yang disyariatkan Allah.
Warung Mak Ton terletak bertentangan dengan kedai mamak di hadapan Pusat Komuniti Bandar Tun Razak, di bawah pokok besar. Pusat komuniti itu dekat dengan stesen LRT Bandar Tun Razak.

Saya sendiri sudah 2 tahun membeli nasi lemak beliau, sangat kerap dalam seminggu. Hari itu, sedang saya memilih bahagian ayam untuk dimakan, datanglah lori DBKL dengan hampir 15 orang lelaki yang gagah-gagah. Ada yang memakai rantai leher, bermuka samseng, membuli orang tua ini. Mereka memberikan tiket saman, dan mengugut akan menyita warung makan Mak Ton.

Alangkah teruknya tingkah laku mereka. Tiada belas kasihan, bertindak seperti samseng terhadap seorang perempuan separuh usia yang menjual nasi lemak di bawah pokok, di tepi jalan. Sepanjang dua tahun membeli nasi lemak Mak Ton, saya belum pernah tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas, belum pernah ada masalah parking di situ.

Pendek kata, warung Mak Ton tidak pernah memberi saya sebarang masalah. Cuma mereka (DBKL) cuba memindahkan para peniaga di Cheras ke Pusat Komuniti Bandar Tun Razak yang tidak ramai pengunjung, tetapi mengenakan sewa bulanan mencecah RM1,700 sebulan.

Di sini, saya telah melihat ramai peniaga Melayu yang berpotensi 'terbunuh' apabila tidak mampu membayar sewa. Pengunjung sangat kurang berbanding tempat asal perniagaan mereka sebelum ini.

Saya kagum bagaimana Mak Ton berhadapan dengan pihak penguasa DBKL. Dia bersabar, profesional terhadap pelanggan walaupun menghadapi dugaan tersebut. Saya bertanya pada Mak Ton: "Macam mana ni Mak Ton?" Jawab beliau tegas: "Kita balas dengan undi kita besok."

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.

Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

RAYUAN SUMBANGAN BENCANA BANJIR

From: Jabatan Amal
Subject: RAYUAN SUMBANGAN BENCANA BANJIR

Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menyeru kepada semua rakyat Malaysia yang perihatin khususnya kepada yang tidak terlibat dengan bencana banjir agar dapat menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir yang melanda di tiga buah negeri yang agak teruk ketika ini iaitu Johor, Pahang dan Kelantan.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Jamsari Marsom (gambar), setakat ini Jabatan Amal Malaysia telah menyeru kepada seluruh Jabatan Amal Negeri minggu lalu melalui khidmat pesanan ringkas (sms) agar membentuk pasukan misi bantuan Unit Amal yang boleh dihantar untuk menjalankan operasi bantuan di tiga buah negeri ini.

Menurut Ustaz Jamsari lagi, setakat ini beberapa negeri telah menghantar pasukan untuk bantuan peringkat pertama iaitu bantuan makanan, pakaian dan kewangan. Beberapa buah bot juga telah dibawa untuk misi menyelamat serta mengahantar bantuan makanan kepada penduduk yang tidak berpindah ke pusat pemindahan. Untuk bantuan peringkat kedua pula, pasukan Unit Amal akan dihantar bagi kerja-kerja pembersihan kawasan rumah serta tempat-tempat awam.

Berdasarkan laporan yang diterima daripada Jabatan Amal Negeri Kelantan, Johor dan Pahang, semua anggota Unit Amal yang terlibat telah bertiungkus- lumus selama hampir dua minggu membantu menjejak serta memindahkan mangsa ke pusat-pusat pemindahan. Selain menyelamatkan mangsa banjir, mereka juga terpaksa menyelamatkan harta benda mereka serta rumah yang ditenggelami banjir.

Oleh yang demikian, Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat amat berharap kepada seluruh rakyat Malaysia yang perihatin agar dapat menghulurkan sumbangan kewangan kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam operasi menyelamat serta sumbangan makanan untuk disampaikan kepada mangsa banjir. Selain daripada itu, kepada golongan korporat, Jabatan Amal Malaysia mengharapkan sumbangan untuk membeli beberapa peralatan seperti sampan sepanjang 15 kaki sebanyak 10 buah yang berharga RM 1,900.00 sebuah, serta penyembur air berkuasa tinggi (waterjet pump) sebanyak 15 buah yang berharga RM 700.00 sebuah. Kepada pihak yang sudi menderma, Jabatan Amal Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih.


============ ========= ========= ========= ========= ==

Bagi sumbangan kewangan samada tunai atau melalui cek bolehlah dimasukkan kedalam akaun Bank Islam atas nama :

JABATAN AMAL MALAYSIA DPPP – No. akaun 14014010133669

(maklumkan sumbangan anda kepada Pengarah Kewangan Jabatan Amal Malaysia DPPP Sdr Mohd Hafiz Musa : 019-9817327)


Selain daripada itu, sumbangan kewangan dan makanan juga boleh diserahkan kepada Jabatan Amal Negeri-negeri seperti berikut :

01) Saripuddin (Pengarah Unit Amal W.Persekutuan) - 019-3638570

02) Hj Aszmi Anuar (Pengarah Unit Amal Selangor) – 019-2568820

03) Mohd Sufian (Pengarah Unit Amal N. Sembilan) – 013-3589328

04) Norkhalim Hj Sakib (Pengarah Unit Amal Johor) – 019-7722300

05) Mohd Helmi (Pengarah Unit Amal Melaka) – 019-3439034

06) Ust Zelani Nik Chik (Pengarah Unit Amal Kedah) – 013-35191260

07) Zamarul Aini (Pengarah Unit Amal Perak) – 019-5968786

08) Ust Rosmadi Ramli (Pengarah Unit Amal Perlis) – 012-4554319

09) Norazman Ishak (Pengarah Unit Amal P.Pinang) – 019-5057725

10) Ust Rosli Abd Jabar (Pengarah Unit Amal Pahang) – 019-5057725

11) Ust Shaiful (Pengarah Unit Amal Terengganu) – 019-9229158

12) Mohd Hafiz Musa (Pengarah Unit Amal Kelantan) - 019-9817327


M.S Abu Sahid
Setiausaha
Jabatan Amal Malaysia DPPP

http://jabamal. wordpress. com
http://amalwilayah. wordpress. com


Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.

Bekas Mufti Terengganu Yang Dipertua PUM Yang Baru

Eddy Izwan Musa wrote:

Bekas Mufti Terengganu Yang Dipertua PUM Yang Baru

PAS Johor Bahru mengucapkan tahniah diatas lantikan Dato'As-Syeikh Hj. Abdul Halim bin Abd. Kadir bekas Mufti Terengganu yang dilantik & diamanahkan sebagai Yang Dipertua Persatuan Ulama' Malaysia yang kelima bagi sesi 2007-2009.

Semoga lantikan beliau akan mengembalikan semula peranan ulama masa kini yang kontemporari dalam usaha mengembeling tenaga dan mengeluarkan fatwa yang tidak takut kepada kepada pemerintah dan mengembalikan Islam dilandasan sebenar pada tempatnya AllahuAkbar.

Dato'As-Syeikh Hj. Abdul Halim bin Abd. Kadir telah dipilih menjadi Yang Dipertua dalam Mesyuarat Perwakilan Tahunan Kali Ke 28, Persatuan Ulama' Malaysia bagi sesi 2007/2009. Perlantikan beliau adalah merupakan Yang Dipertua ke lima sejak PUM ditubuhkan pada tahun 1974. Peneraju PUM sebelum ini terdiri daripada Hj. Nik Mohd Muhyiddin Musa (1974-1981), Hj. Ahmad Awang (1981-1999), Hj. Abdul Ghani Samsudin (1999-2003) dan Dato' Hj. Md Saleh Hj. Ahmad (2003-2007).

Dato'As-Syeikh Abdul Halim Abd Kadir merupakan anak kelahiran Jerteh, Besut Terengganu tahun 1935. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Agama di Pondok Jertih sebelum melanjutkan pelajaran pada tahun 1953 di Menengah Rendah Darul Ulum, Mekah dan seterusnya di Masjid Al-Haram, Mekah hingga tahun 1959. Kemudian beliau meneruskan pengajian Menengah Atas di Al-Ma'ahad Al-Ilmi Al-Saudi, Madinah. Beliau melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda di Kuliah Al-Syariah, Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 1960. Pada tahun 1996 beliau memperolehi Diploma Pendidikan dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

Kerjaya beliau bermula ketika tahun 1967 iaitu sebagai Penolong Nazir Guru-Guru Agama Negeri Kelantan dan kemudian pada tahun 1978 ditukar menyandang jawatan Pensyarah Pendidikan Agama Islam Maktab Perguruan Seri Kota, Kuala Lumpur. Pada tahun 1985 sekali lagi beliau ditukarkan ke Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kementerian Pendidikan Malaysia menyandang jawatan Penolong Pengarah Agama dan Dakwah.

Selepas persaraannya beliau ditawarkan sebagai Pensyarah kontrak di Maktab Perguruan
Islam Malaysia, Bangi tahun 1993. Beliau dilantik menjadi Mufti Negeri Terengganu bermula Julai 2000 hingga 2004.

Beliau aktif melibatkan diri dalam gerakan dakwah dan pertubuhan-pertubuhan Islam seperti ABIM, Muafakat, PUM dan sebagainya. Beliau turut terlibat dalam menguruskan Koperasi Muslimin suatu ketika dahulu dan kini masih aktif.

Selain beliau turut terpilih ialah Dato'Hj. Md Saleh Ahmad, pensyarah UIA selaku Timbalan Yang Dipertua, Prof. Madya Dr. Abdul Karim Ali, pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM selaku Naib Yang Dipertua I dan Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman, pensyarah Jabatan Al-Quran dan al-Hadith, APIUM selaku Naib Yang Dipertua II. Sementera itu Y.A Tuan Abu Bakar B. Hj Mohd Daud, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dilantik menjadi Setiausaha Agung.

Berikut adalah senarai penuh Ahli Jawatankuasa Persatuan Ulama' Malaysia Sesi 2007/2009.

Yang Di Pertua : Dato'As-Syeikh Abd. Halim Abd Kadir
Timbalan Yang Di Pertua : Dato' Hj. Md. Saleh Hj. Md @ Ahmad
Naib Yang Di Pertua I : Prof. Madya Dr. Abdul Karim Ali
Naib Yang Di Pertua II : Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman
Setiausaha Agung : Tuan Abu Bakar Hj. Mohd Daud
Bendahari Kehormat : En. Baharom bin Kassim

Ahli-Ahli Jawatankuasa:
1. Ustaz Hj. Ghazali Abd. Hamid
2. Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki Ibrahim
3. Ustaz Khairuddin Aman Razali
4. Dr. Nik Yusri bin Musa
5. Dr. Mohd Fauzi Hamat (Pengerusi W/Persekutuan)
6. Ustaz Mohd Zamri Shapik (Pengerusi Selangor)
7. Dato'Sheikh Mohd Noor Mansor (Pengerusi Perak)
8. Ustaz Hj.Yassin bin Salleh (Pengerusi Terengganu)
9. Sdra. Awwaluddin Juferry (Pengerusi Johor)
10. Ustaz Azhar bin Ab Shukor (Pengerusi Pahang)
11. Dr. Wan Salim Wan Mohd Nor (Pengerusi Pulau Pinang)
12. Prof. Madya Shukeri Mohamad (Pengerusi Kelantan)
13. Ustaz Hj. Muchlis Ali Kassim (Pengerusi Sabah)

Sumber : Suara Persatuan Ulama Malaysia

Layari : http://www.pasjohorbahru.com/

*****.*.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.

Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

Jika enggan buka tudung, carilah kerja lain'

Dunya wrote:

http://www.mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_ecb3ef21-c0a85062-53594900-7652d341

'Jika enggan buka tudung, carilah kerja lain'
18-12-2007 06:19:17 PM
Oleh SALHAN K. AHMAD
PETALING JAYA: Individu yang berminat bekerja dalam bidang kecantikan perlu akur dengan ketetapan sesetengah pengusaha yang tidak mahu menggaji pekerja bertudung, kata Persatuan Kecantikan dan Spa Bumiputera.

Presidennya Mohaizi Mohamad berkata pengusaha pusat kecantikan tidak boleh diwajibkan untuk menggaji pekerja bertudung kerana individu berkenaan perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja sebegitu.

"Kita tidak boleh salahkan pengusaha syarikat itu kerana dia ada hak untuk tidak ambil pekerja bertudung atau tidak," katanya kepada mStar Online, ketika diminta mengulas mengenai aduan pembaca The Star hari ini.

Menurut pengirim surat itu, seorang rakannya yang bertudung telah memohon untuk menjadi jurujual di sebuah syarikat kecantikan di pusat membeli-belah KLCC, namun pemohonannya ditolak kerana syarikat itu mengamalkan dasar "gaya bebas dan menarik".

Katanya lagi, rakannya itu diminta untuk tidak mengenakan tudung sekiranya ingin bekerja sebagai jurujual barangan solekan.
Pengirim itu yang dikenali Nazreen juga berkata, amalan itu satu bentuk diskriminasi terhadap wanita bertudung.

Mohaizi bagaimanapun berpendapat, mana-mana syarikat tidak seharusnya diwajibkan menggaji pekerja bertudung sekiranya perkara itu tidak menguntungkan perusahaannya.

"Kita tidak boleh paksa mana-mana syarikat untuk ambil orang bertudung atau tidak. Pengusaha syarikat itu tentu sudah fikir, kalau dia ambil pekerja bertudung, adakah itu akan menguntungkan perniagaannya?" katanya.

Beliau menasihatkan individu yang berminat untuk menceburi bidang kecantikan supaya bersedia mengikut dasar-dasar sebegitu.

"Contohnya di kolam renang, perlu berpakaian tertentu. Sesetengah kolam renang tidak membenarkan orang bertudung masuk, kerana prosedurnya memang begitu.

"Kenalah pandai menyesuaikan diri jika ingin bekerja dalam bidang kecantikan. Jika dia tidak suka, dia kenalah cari kerja yang ada persekitaran lebih Islamik, " katanya lagi.

*****.*.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.

Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

Wednesday, December 19, 2007

KNOWLEDGE OF AMERICANS.

"mat rock"



...and British

ISA7 mohon layanan yang sama dengan kes Pelajar Hindraf

aHmadHazieq wrote:

ISA7 mohon layanan yang sama dengan kes Pelajar Hindraf

Oleh Herman Samsudeen

Kuala Lumpur : Mahkamah Majistret 4, hari ini menangguhkan perbicaraan Kes 7 Mahasiswa lawan Pendakwaraya yang ditahan kerana dituduh menyertai satu perhimpunan aman membantah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) di perkarangan Masjid Negara pada 8hb Jun 2001.

Peguam bela bagi kes ini, iaitu Latheefah Koya memaklumkan bahawa penangguhan dibuat bagi memberi laluan kepada pihak peguam bela membuat representasi kepada pihak Peguam Negara bagi menimbangkan semula kes ini 7 orang Mahasiswa ini.

Pembebasan 5 orang pelajar yang sebelum ini didakwa dibawah Seksyen 149 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh seorang pegawai polis dalam kejadian perhimpunan haram anjuran pertubuhan itu di hadapan Kuil Sri Subramaniar, Batu Caves pada 25 November lalu merupakan asas kepada repsentasi yang dibuat.

Seorang mangsa yang didakwa iaitu, Rafzan Ramli berharap agar pihak peguam negara dapat menarik balik pertuduhan yang dikenakan kepada mereka.

“jika dibandingkan dengan 5 orang Mahasiswa dalam kes Hindraf, kami hanya dituduh dibawah Seksyen 27 Akta Polis 1967 dan mereka didakwa dibawah Seksyen 149 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Kami tidak melakukan apa-apa rusuhan. Kami berharap agar pihak peguam negara dapat menerima permohonan kami dan menarik semula pertuduhan yang dikeluarkan” kata Rafzan.

Kes 7 orang mahasiswa atau ISA7 ini telah berlarutan selama 7 tahun dan mereka telah digantung sejak dari mula lagi. Salah seorang dari mereka telah dibuang dari Universiti kerana tempoh perbicaraan yang terlalu lama.

Mereka yang terlibat adalah, Rafzan Ramli dan Hilman Zainudin (UiTM), Nik Mohd Norhafizi dan Ahmad Kamal Abd. Hamid (UKM), Wan Sanusi Wan Mohd Nor dan Khairul Amar Mohamad (UM) dan Zulkifli Salleh (UTM).

Perbicaraan akan bersambung pada 26 Januari 2007.


Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di http://dppwp.wordpress.com
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Misi Bantuan Banjir HALUAN

al ghazali wrote:

Askm wbth..

Jemput layari www.haluan.org.my

Ikuti pengalaman sukarelawan HALUAN di misi2 bantuan mangsa banjir...


Misi Bantuan Banjir HALUAN
Di kemaskini pada Ahad, 16/12/2007

untuk perkembangan terkini sila layari www.haluan.org.my/banjir

Pasukan relawan HALUAN meneruskan khidmatnya di Pekan. Pada sebelah pagi, pasukan Medik yang diketuai oleh Dr. Asmarawati telah memberi perkhidmatan di Kg Ubai,Pekan bersama dengan 3 relawan yang lain. Manakala pasukan kedua yang diketuai oleh Sdr. Ramli Ngah bekerjasama dengan JKKK Kg. Pekan Lama bagi menguruskan Pusat Penempatan yang baru di buka di Sek Agama Ampuan Fatimah. Seramai 519 orang berpindah yang kebanyakaan dari Kg. Pulau Keladi. Relawan remaja HALUAN bekerjasama dengan para penghuni dalam menyediakan makanan tengahari. Di sebelah malam, remaja HALUAN telah mengadakan Kelas Al Quran untuk anak-anak di pusat tersebut. Program dijalankan selepas Mahgrib di Masjid Sultan Ahmah Shah (Bersebelahan dengan pusat penempatan). Selepas isyak, satu tayangan multimedia kartun animasi kisah pemuda yang beriman, telah dipertontonkan bagi menghiburkan para mangsa khususnya anak-anak. Anak-anak merasa gembira dan bertanya-tanyakan program untuk mereka esok hari.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Laporan 15 Disember 2007

Hujan lebat di pendalaman Kelantan menyebabkan keadaan banjir di negeri ini semakin buruk. Paras air di Sungai Golok kini berada di tahap bahaya dan semakin meningkat. Sehingga pukul 9 malam tadi, hampir 3500 orang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir di Kelantan.

Sementara di Pahang, keadaan di beberapa tempat semakin buruk, terutamanya di daerah Pekan. Laluan dari Pekan ke Kuantan kini ditutup kepada semua kenderaan. Lebih 19,000 orang kini dipindahkan ke pusat-pusat penempatan banjir seluruh negeri Pahang.

Pasukan relawan HALUAN dan juga medik dari Kelab Kesihatan HALUAN telah berjaya sampai ke kawasan banjir di Pekan dengan menaiki bot angkatan tentera. Perjalanan menaiki bot selama 45 minit tersebut telah diketuai oleh YDP HALUAN Pahang, Hj Ramli Ngah.

Relawan di Pekan telah bertugas di Mukim Ganchong. Hj Ramli telah dibantu oleh Dr Asmarawati dan relawan-relawan lain berkhidmat di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Ganchong, di mana terdapat 250 orang mangsa banjir menginap. Sementara di pusat pemindahan Sekolah Agama Ganchong terdapat 150 orang mangsa banjir. Kedua-dua pusat penginapan tersebut kini dinaiki air setinggi satu meter menyebabkan penghuni terpaksa menginap di tingkat 2 bangunan.

Relawan juga telah pergi ke sebuah rumah mangsa yang enggan berpindah dengan menaiki bot. Terdapat 2 pesakit darah tinggi di rumah tersebut.

YDP HALUAN Pahang yang mengetuai misi bantuan di Pekan, Hj Ramli Ngah, telah sempat menziarahi Pejabat Daerah Pekan bagi memaklumkan kehadiran pasukan bantuan relawan HALUAN. Beliau telah disambut oleh En Shahid, pegawai dari Bahagian Kebajikan.

Malam tadi, relawan HALUAN telah membantu menyiapkan pusat pemindahan baru di Sekolah Agama Tengku Ampuan Fatimah. Dijangka 400 hingga 500 orang mangsa banjir akan berpindah ke pusat tersebut.

Di Temerloh pula, relawan HALUAN bersama pasukan medik Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) telah berkhidmat di Kg Batu Kapor, Mentakab. Seramai 28 orang pesakit mendapat rawatan. Mereka hanya berjaya memasuki kawasan tersebut dengan menggunakan bot.

Di Johor, ramai mangsa banjir dilaporkan berada di Simpang Loi. Kawasan ini terputus hubungan sejak 5 hari lalu. Seramai 15 orang relawan HALUAN beserta medik telah sampai untuk berkhidmat di kawasan tersebut dan juga kawasan pendalaman di Padang Kiambang dengan menaiki trak angkatan tentera.

Bantuan medik di Johor kini dibahagikan kepada 3 kumpulan. Bantuan di kawasan Pogoh di ketuai oleh Dr Fauzanah manakala Dr Wan Muhaizan, yang juga merupakan Ketua HALUANITA, mengetuai bantuan medik di kawasan Simpang Loi. Dr Suraya memimpin bantuan medik di kawasan Batu Enam dan Tedong. Dilaporkan mereka telah membantu dan memberi rawatan kepada 250 orang pesakit dari kalangan mangsa-mangsa banjir.

Sementara relawan-relawan umum HALUAN terus memberikan bantuan seperti kerja-kerja pembersihan sekolah dan kaunseling. Mereka juga mengadakan sesi-sesi motivasi untuk membantu mangsa-mangsa menghadapi suasana tekanan dan emosi akibat musibah banjir.

HALUAN mengalu-alukan sebarang sumbangan dari masyarakat prihatin untuk meringankan beban dan musibah yang melanda mangsa-mangsa banjir.

Berikut adalah Bilik-bilik Gerakan Banjir yang boleh dihubungi:
HALUAN Pusat

Razali Maarof - 019 333 8484
Hj Mubarak Ali - 012 345 5667 - Unit Pendaftaran Relawan Wilayah Tengah
Hj. Sabbri Yudin - 019 272 6364

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) Pusat
Dr. Zamrin Dimon - 019 652 0383
Dr. Bashir - 019 210 0091


KELANTAN

Pejabat HALUAN - 09 743 1959
En. Saaban Shukor - 019 958 1455
En. Mohd Muslim - 013 985 8759
Dr. Nordin Simbak - 019 958 0594

Unit Medik KKH
Dr. Pazudin - 019 917 8543
Dr. Arif - 013 939 7959


PAHANG

Temerloh/Bera:
Hj Sabaruddin Alias - 019 930 8111

Kuantan/Maran/Chenor:
Hj Ramli Ngah - 019 9898 191
En Zahir - 019 9322 433


JOHOR

Johor Bharu:
Dr Arba\'in - 016 710 1062

Segamat:
Dr Samsul - 013 726 0665

Relawan-relawan HALUAN dan masyarakat prihatin yang ingin turut membantu boleh berhubung terus dengan koordinator di lokaliti berkenaan.

Tuesday, December 18, 2007

Roslan SMS wrote:

Jangan samakan Hindraf dengan BERSIH!

ROSLAN SMS
Saya membaca kenyataan Ketua Polis Negara di dalam Utusan Malaysia hari ini dengan penuh bimbang. Dari Kota Kinabalu beliau dilaporkan berkata bahawa pihak polis kini menumpukan siasatan terhadap dalang utama disebalik perhimpunan BERSIH di ibunegara pada 10 November lalu. Kononnya selepas menahan lima pemimpin Hindraf (di bawah ISA) kini tumpuan polis beralih ke BERSIH.

Jangan samakan Hindraf dengan BERSIH!

BERSIH menganjurkan perhimpunan tempuh hari untuk menyerahkan memorandum mereka kepada Istana Negara setelah diperkenankan oleh Tuanku. BERSIH terdiri dari gabungan NGO dan parti-parti politik (lebih 70 buah) yang berdaftar secara sah menurut lunas undang-undang. Mereka telah pun bertemu dengan pihak polis, dinasihatkan memohon permit, mereka pohon tetapi ditolak oleh pihak polis apabila menantu PM dan PM sendiri memberikan pelbagai ancaman.

Rakyat jelata yang hadir pada 10 November lalu hadir dalam keadaan aman, tiada niat untuk mencetuskan sebarang kekacauan, malah unit khas untuk mengawal perhimpunan tersebut serta menjaga kebersihan turut dikerahkan. Pada dasarnya, tuntutan BERSIH yang diserahkan kepada Istana Negara juga masih waras, dalam lingkungan demokrasi yang merupakan amalan negara ini. Tiada kandungannya yang bertentangan dengan perlembagaan negara apalagi berbau perkauman, melampau atau mahu mencetuskan huru hara.

Jangan samakan Hindraf dengan BERSIH!

Beberapa aktivis yang terlibat dalam perhimpunan BERSIH telah pun ditahan dan didakwa di mahkamah. Proses undang-undang perlulah dibiarkan berjalan tanpa dipengaruhi oleh apa-apa tekanan politik lebih-lebih lagi dari parti yang memerintah.

Sebagaimana yang telah saya tulis dalam blog saya sebelum ini saya yakin yang mereka yang menyertai himpunan aman BERSIH itu semuanya terlibat atas kerelaan dan kesedaran masing-masing. Semuanya sayangkan negara dan mahu sistem demokrasi yang menjadi tunggak amalan negara diselamat dan dipulihkan.

Jangan samakan Hindraf dengan BERSIH!

Tindakan kami tidak mengancam keselamatan negara kecuali mungkin keselamatan dan keselesaan politik parti pemerintah. Kami yang hadir terdiri dari pelbagai kaum dan agama merelakan diri berhimpun secara aman atas keinsafan mahukan sebuah Malaysia yang bersih dan aman. Kami menyerahkan memorandum kepada Raja kami membuktikan kami percaya dan taat kepada Rukunegara, dan setelah berhimpun secara aman kami turut bersurai dengan aman juga.

Tidak ada yang cedera atau kenderaan polis atau harta awam yang musnah kecuali dikalangan kami sendiri yang diperlakukan oleh pihak polis.

Jangan samakan Hindraf dengan BERSIH!

Oleh kerana BERSIH menjunjung kedaulatan undang-undang, maka anggotanya yang didakwa di mahkamah terbuka akan membela diri, tanpa pun mahu merayu kepada Presiden Umno atau MIC atau mengisytiharkan kononnya dipaksa menyertai himpunan ini. Tetapi jangan anggap kami sama dengan Hindraf lalu pemimpin kami mahu ditahan di bawah ISA sebagaimana pemimpin Hindraf!

Jika ini berlaku, terbukti kerajaan yang ada ditadbir oleh mereka yang sudah hilang fokus dan tidak tahu membezakan antara hak masyarakat sivil dan mereka yang sengaja mahu mencetuskan huru-hara dan keganasan. Jika kerana menganjurkan himpunan aman BERSIH ini maka pemimpin BERSIH ditahan di bawah ISA kerana kononnya mengancam keselamatan negara, maka masyarakat sivil semuanya perlu bangun dan pastikan mereka yang anda berikan amanah untuk memimpin pada tahun 2004 lalu segera digantikan dalam pilihan raya umum ke 12 nanti kerana merekalah sebenarnya merupakan ancaman kepada negara, membiarkan mereka terus berkuasa bermakna mengundang bencana kepada negara.

Jangan samakan Hindraf dengan BERSIH!
sila ke blog ROSLAN SMS
http://n32.blogspot .com


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/

Malaysia menjadi "Malingsia"? / My sympathies for the A-G

Kadet Pencen wrote:

Malaysia menjadi "Malingsia"? / My sympathies for the A-G


Penarik Beca
Malaysia menjadi "Malingsia"?
Update 8.25 pm: Berapa ramai lagi rakyat Malaysia yang merasa jengkel dengan permainan tolak tarik Peguam Negara. Masa saya tulis posting ni, saya tak dan nak tengok posting Ahirudin Attan bertajuk "My sympathies for the A-G". Baru sat-sat saya tahu bila tengok auto update dalam Malaysiakita (sila lihat kandungan kedua, "From top 50 Malaysian blogs").

Aisehman pun mengulas perkara yang sama dalam posting bertajuk "Only I Can Save You Now". Sedap dia kata:

Next time you get in trouble, make sure you get the PM to plead for mercy on your behalf.

What you actually did, or did not do, is irrelevant.

Saya tak tanya Ahirudin. Aisehman lagilah tidak. Tak dak siapa pun tau dia siapa. Saya tau tentang posting Aisehman di tempat yang sama. Tetapi orang-orang yang tidak pun berjumpa, jauh lagi bermesyuarat atau berpakat, mempunyai kejengkelan yang sama terhadap keputusan Peguam Negara. Persoalannya, berapa ramai lagi?

Memang betul Ahirudin kata, Peguam Negara sudah menjadi bahan ketawa. Nak tanya sikit, langsung tak malu ka? Teringat riwayat yang menyatakan RasuluLlah s.'a.w.w. bersabda: "Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu."

Ketua Hakim Negara yang baru menerima jawatan dengan penuh keazaman seperti yang dicatatkan dalam posting Kak Ton, "CJ vows to do what's right". Sia-sia sahaja keazaman itu?

*****
Malaysiakini melaporkan "Perhimpunan Batu Caves: Tuduhan cubaan membunuh digugurkan". Sambil mengalu-alukan keputusan itu, ia sebenarnya menimbulkan lebih banyak kecurigaan terhadap sistem perundangan negara ini.

Persoalannya, apa kewajaran ketika tuduhan cuba membunuh itu dibuat? Dan, apa pula kewajaran ketika tuduhan digugurkan? Adakah kerana Perdana Menteri meminta Peguam Negara menimbangkan rayuan supaya digugurkan tuduhan cubaan membunuh?

Dan, ketika tuduhan cubaan membunuh dibuat, adakah kerana Perdana Menteri meminta Peguam Negara memaksakan tuduhan cubaan membunuh? Adakah semuanya kerana Perdana Menteri minta?

Kalau benar semua yang dibuat oleh Peguam Negara berdasarkan apa yang diminta atau diarah oleh Perdana Menteri, undang-undang apa sebenarnya digunakan di negara ini? Undang-undang gila?

Di Indonesia sudah ada tuduhan bahawa negara itu diperintah oleh maling (pencuri). Adakah negara ini juga diperintah oleh maling? Maling yang mencuri undang-undang? Kalau benar begitu, jangan marah kalau negara ini diejek dengan panggilan "Malingsia".

Kalau saya yang menentang Barisan Nasional tertanya-tanya, orang Umno pula marah. Baca posting Biggum bertajuk "Court acquits 31 �extremist militants� after PM being seen going �Flip-Flopping� , again". Jangan pula lupa membaca perasaan PAS dalam berita bertajuk "Tuduhan ke atas Hindraf dikaji, Batu Burok diketepi : Perdana Menteri pilih kasih?"

*****.*.**** *

Rocky's Bru
My sympathies for the A-G
Charges against Hindraf 31 dropped. Why my sympathies for Gani Patail? Because today he's no longer just a laughing stock. After this day nobody will take the Attorney-General seriously. They'll say he gave in to pressure from the PM. Compromised.

I welcome the decision to drop the "attempted murder" charges against the Hindraf 31. In my earlier posting here I clearly stated that the A-G's excuse of charging the men for attempting to murder a cop on Hindraf Sunday "sucks big time".

Gani had been so cock-sure. "They threw bricks at his head. Do you think it will not cause death?" He didn't count on the Prime Ministertaking pity on the Hindraf 31.

I pity Gani Patail because in my eyes, and probably in the eyes of many, he's lost a hell of a lot today.

The 31 must thank the PM. For his firmness or his softness, he got the A-G to drop the charges. But the PM will not come out of this smelling entirely like roses, at least that's not what Big Dog the rabid pro-Umno blogger has to say here:

"This news shall be received adversely by many quarters as they see the 'Flip-Flop' Prime Minister Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi turned soft and �conveniently forgiving�, despite so many parties, including within UMNO leaders and NGOs representing a wide spectrum of the rakyat, vehemently made calls for stern and decisive actions be taken against people deemed 'extremist militants' and 'guilty of high treason'.
The principle of the 'Rule of Law' must be observed and practiced, to give confidence to everyone that they are protected under the Constitution and no one shall have any veil or exception of this rule, even when their representatives go pleading to the Prime Minister."

For now, the People rest their case.
31 demonstrators acquitted and discharged of attempted murder - Bernama

Jom isi tabung anak-anak yatim untuk kembali ke sekolah

Yayasan Pembangunan Nur Hikmah wrote:

Laman web Yayasan Pembangunan Nurhikmah http://www.nurhikmah.org.my
Asalamualaikum wbt dan selamat sejahtera,

Seperti tahun-tahun yang lepas Yayasan Pembangunan Nur Hikmah akan menaja pakaian seragam sekolah dan keperluan-keperluan lain untuk sesi persekolahan 2008 yang akan menjelang tidak lama lagi.

Pada tahun ini pihak Yayasan akan menaja 200 orang anak-anak yatim, miskin & terbiar dari 6 buah rumah jagaan seperti berikut :

1. Rumah Jagaan Nurhikmah , Kajang, Selangor 40 org
2. Asrama Nurul Iman, Manjoi, Perak 30 org
3. Asrama Penyayang Nur Iman, Setapak, KL 55 org
4. Asrama Qanaah, Tmn Greenwood, Gombak,KL 20 org
5. Pondok Penyayang Raudah , Bt 11, Gombak 30 org
6. Pusat Jagaan Sri Sabah , Kuala Lumpur 25 0rg

Jumlah keseluruhan ialah 200 org

Anggaran kos bagi setiap anak ialah RM100.00

Jumlah yang diperlukan ialah RM20,000.00 (Dua puloh ribu)

Sehubungan dengan itu kami merayu bantuan dari orang ramai dan badan-badan korporat serta NGO untuk membantu kami mengumpul dana untuk tujuan tersebut.

Terdapat tiga cara untuk menyumbang untuk program ini :

1.Sumbangan boleh disalurkan melalui MAYBANK2U kedalam akaun KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030 , letakkan alamat email presiden@nurhikmah.org.my.

ATAU

2. Sumbangan melalui cek / money order atas nama YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH 564306010610 (Maybank) dan diposkan ke alamat Yayasan Pembangunan Nur Hikmah, No. 16-3, Jalan Mesra Niaga, Taman Mesra, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

ATAU

3. Menghubungi kami di talian 03-87332411 (waktu pejabat) atau 012-2968649 (En. Fadzil) jika anda ingin membawa anak-anak tersebut pergi membeli-belah keperluan persekolahan mereka.

Keperihatinan anda sangat-sangat kami hargai dan kami sanjung tinggi.

Sekian terima kasih


-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Keutamaan memelihara anak yatim
1. Menjadi teman Rasulullah SAW di syurga
2. Dihindarkan dari musibah
3. Menjadikan rizqi berkah dan bertambah
4. Diberikan jalan keluar dari permasalahannya
5. Dimudahkan urusan-urusannya
6. Menimbulkan sifat lemah lembut dan kasih sayang
7. Sebagai jalan menuju husnul khatimah
-------------------------------------------------------
YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH
No. Pendaftaran : 646393-A
No. 16-3, Jalan Mesra Niaga,
Taman Mesra,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon / Fax : 03-87332411
Laman web : www.nurhikmah.org.my
EMAIL : presiden@nurhikmah.org.my

Yahoo Group: http://groups.yahoo.com/group/nurhikmah/
---------------------------------------------------

AMARAN :

Pihak Yayasan Pembangunan Nur Hikmah tidak pernah melantik mana-mana pihak atau mengeluarkan surat kebenaran atau apa-apa surat rayuan kepada pihak ketiga bagi memungut derma atas nama Yayasan Pembangunan Nur Hikmah atau Khidmat Nur Hikmah. Sebarang sumbangan hendaklah dibuat terus kepada Yayasan Pembangunan Nur Hikmah samada melalui cek atau secara online ke Akaun Maybank 564306010030.

Sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila email kepada presiden@nurhikmah.org.my atau telefon 019-2158 827 (24 jam) .

Monday, December 17, 2007

Feqah Menukar Pemerintah Di Malaysia - Ustaz Emran

"Abdul Halim Hafez Abdul Rahman"

Feqah Menukar Pemerintah Di Malaysia - Ustaz Emran

Pada hari ini terdapat ramai umat Islam yang kurang memahami feqah Islam namun bermaksud mengikut kitab dan sunnah malangnya tanpa pengetahuan yang mendalam terhadap kaedah usul dan panduan beramal dengan ilmu kitab dan sunnah menyebabkan ramai tergelincir kepada pelbagai fahaman dan pendapat aneh yang bertentangan dengan kemaslahatan Islam dan kepentingan umatnya.

Bagi meringankan masalah yang berlaku penulis berusaha membentangkan pendapat dan membincangkan masalah ini dengan bahasa yang mudah dan mengurangkan penggunaan istilah-istilah usul feqah yang susah sebaliknya hanya memaparkan kaedah penggunaannya semata-mata.

Di dalam Islam, memakan daging khinzir adalah dibolehkan sekalipun terdapat dalil kitab Al-Quran yang melarangnya jika dengan melakukan hal yang demikian dapat menyelamatkan nyawa, mencapai maslahat dan menolak kemudharatan seperti yang turut diperintahkan oleh syarak di dalam kitab dan sunnah.

Allah swt telah berfirman :

قُلْ لا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّماً عَلَى طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلَّا أَنْ يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَماً مَسْفُوحاً أَوْ لَحْمَ خِنْزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ أَوْ فِسْقاً أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلا عَادٍ فَإِنَّ رَبَّكَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
"Katakanlah: "Tiadalah aku perolehi dalam wahyu yang diwahyukan kepadaKu, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi - kerana Sesungguhnya semua itu kotor - atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barangsiapa yang dalam Keadaan terpaksa, sedang Dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, Maka Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Al-An'am : 145)

Sekiranya kita melihat kepada ayat 173 surah Al-Baqarah, ayat 3 surah Al-Maidah, ayat 115 surah An-Nahl, juga kita akan mendapati kalimah اضطر (keadaan terpaksa dan terdesak) membawakan kepada rukhsoh kebolehan melakukan apa yang diharamkan sekadar yang perlu bagi mencegah mudharat yang jika dirujuk kepada ayat ini membawa maksud mudharat nyawa.

Sekalipun daging khinzir ialah haram dimakan menurut ijmak ulama' dan hal tersebut jelas terdapat di dalam kitab Allah swt namun pada realiti dan situasi semasa yang bertentangan dengan apa yang disebut oleh kitab dan sunnah yang dapat disedari oleh akal yang waras misalnya zaman kita berada ialah ketika sewaktu zaman kemarau dan kelaparan sehingga tiada makanan halal yang dapat dimakan sekalipun itu yang diperintahkan oleh kitab dan sunnah maka apa yang dilarang seperti bangkai dan daging khinzir yang najis diperbolehkan dimakan sekadar darurat demi memelihara apa yang diperintahkan juga iaitu nyawa.

Allah swt telah berfirman :

وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
"Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik." (Al-Baqarah : 195)

Semua ini melibatkan pesoalan kemampuan kita memahami feqah (kefahaman) Islam khasnya apabila bermuamalah dengan kitab dan sunnah maka kuncinya iaitu ilmu usul feqah menjadi salah satu kemestian sebelum kita berfatwa sesuatu yang bertentangan dengan realiti semasa dan tuntutan syarak.



Maka Islam menjaga maslahat nyawa, harta dan maruah seperti di dalam hadis Imam Ahmad, At-Tirmidzi, Abu Daud, dan an-Nasai yang meriwayatkan dari Sa�id bin Zaid, sedangkan lafaznya dalam Tirmidzi menyebutkan : "Aku telah mendengar Rasulullah salallahualaihiwasa lam besabda : "Barangsiapa yang terbunuh kerana hartanya, maka dia syahid�hadis ini berdarjat sahih seperti kata Imam At-Tirmidzi hadis ini hasan sahih.

Kemudian di dalam hadis yang sama juga menyebutkan, "barangsiapa terbunuh kerana membela keluarganya, maka dia syahid". Di sini kita dikejutkan oleh rasulullah mengenai orang yang mempertahankan keluarganya juga disebutkan sebagai syahid iaitu satu darjat kematian yang tersanggat tinggi selepas para anbiya.

Lantas bagaimana dengan maslahat agama ? Apakah Islam ialah agama yang hanya menjaga maslahat harta ? maslahat keturunan ? maruah ? akal ? keluarga semata-mata dan membiarkan agama dipermainkan oleh mereka yang zalim atau lebih teruk oleh mereka yang kufur kepada kitab dan sunnah itu sendiri ?

Jawapannya ialah tidak, sebaliknya di dalam hadis yang juga sama disebutkan tadi, selepas menyatakan mereka yang terbunuh oleh kerana mempertahankan harta, maka rasululullah salalallahualaihiwa salam turut bersabda : " Barangsiapa yang terbunuh kerana agamanya, maka dia syahid, barangsiapa yang terbunuh kerana darahnya maka dia syahid, barangsiapa yang terbunuh kerana membela keluarganya, maka dia syahid". Lalu Imam Att-Tirmidzi berkata: "Hadis ini hasan sahih, sedangkan sebahagian lainnya terdapat di dalam sahihain".

Oleh yang demikian, ketika kita berhadapan dengan hadis sahih yang diriwayatkan dari Auf bin Malik ra yang menyatakan bahawa rasulullah pernah bersabda yang bermaksud : " Hendaklah sesiapa yang dibawah kepimpinan pemerintah dan dia melihat pemimpinnya melakukan maksiat maka hendaklah dibenci apa yang dilakukan oleh pemimpin itu dari maksiatnya namun jangan sekali-kali mencabut tangannya dari ketaatan kepada pemimpin itu" (Hadis Sahih, riwayat Muslim no. 1855).

Juga di dalam hadis yang lain menyebutkan sekalipun "dia mengambil harta kamu dan memukul belakang kamu." (lihat dalam Kitab Fathul Qadir pada ayat 113 surah Hud) maka kita sebagai manusia yang berakal dan waras apabila menyedari bahawa situasi semasa dan realiti hari ini yang meletakkan kita ke dalam lurah fitnah apabila kepimpinan dan pemerintah yang berkuasa tidak mahu melaksanakan Islam dan maslahat agama tidak dipenuhi seperti hak-hak Islam berkenaan kekuasaan, dasar perundangan, dasar hubungan luar, sistem ekonomi yang tidak berlandaskan Al-Qur'an dan Sunnah maka atas maslahat dan pembelaan kepada hak Islam adalah diperbolehkan bagi kita menjatuhkan dan menukar kepimpinan yang ada sekarang kepada mereka yang mahu melaksanakannya demi darurat dan maslahat agama.

Tambahan pula, sekiranya kumpulan (parti atau hizbi) yang zalim dan berkuasa di dalam sesebuah Negara atau wilayah tersebut bukanlah sebenarnya Imam umat Islam, bukan pemimpin yang diwajibkan taat dan bukanlah pemilik bai'ah umat Islam namun mereka hanyalah sekumpulan kelompok rakyat yang mendirikan sebuah organisasi yang mempunyai ketua dan majlis kepimpinan dan berkuasa ke atas umat Islam dengan kekerasan (menggunakan askar dan polis), atau mempergunakan sistem-sistem tertentu seperti pilihanraya untuk mendapat kuasa maka lebih wajar lagi bagi kita untuk menjatuhkan mereka serta menumbangkan kezaliman mereka.

Situasi Pemerintahan Menurut Realiti Semasa

Bahkan pada waktu ini, di dalam Negara Malaysia, pemimpin yang berkuasa kepada umat Islam Malaysia yang wajib ditaati oleh mereka jika disuluh di bawah maksud Imam di dalam hadis-hadis yang berkait pemimpin maka kita akan mendapati yang dimaksudkan oleh syarak dan disepakati oleh realiti ialah Yang Dipertuan Agong yang merupakan salah seorang raja-raja bagi negeri-negeri tanah Melayu yang dipilih setiap 5 tahun.

Ini dibuktikan oleh Perkara 3 Perlembagaan Malaysia yang menyebutkan :

(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.

(3) Perlembagaan- Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu.

(4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.

(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntuk an bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.

-sumber Perlembagaan Persekutuan Malaysia pindaan terkini Akta 1260/2006

Gelaran Yang di-Pertuan Agong merupakan gelaran rasmi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua negeri, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri.

Yang di-Pertuan Agong sekarang ialah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Negeri Terengganu.

Berdasarkan kenyataan di atas, wajarlah disedari oleh mereka yang berakal bahawa perbuatan menyertai pilihanraya dan menukar badan Esekutif serta menukar ganti mana-mana pegawai kerajaan yang menyeleweng, berlaku zalim, pecah amanah serta buruk perangai langsung tidak membawa sebarang makna pertentangan atau membawa maksud menderhaka kepada Yang Dipertuan Agong sekalipun pada luaran dan daripada sudut istiadat para pegawai seperti Perdana Menteri, Majlis Menteri melakukan tindakan mereka menggunakan nama Yang Dipertuan Agong namun secara hakikat dan realitinya mereka bekerja dan bertindak di dalam pentadbiran sebagai mewakili rakyat dan bertindak di atas nama rakyat melalui Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang lebih jujur dan amanah kita sebutkan para Menteri dan Perdana Menteri yang memerintah ialah dengan mewakili Parti mereka dan para penyokong mereka yang membuatkan mereka menang di dalam pilihanraya.

Melalui Perlembagaan juga kita kini jelas bahawa ulil amri dan pemimpin di Persekutuan Malaysia bagi umat Islam yang mesti ditaati ialah Yang Dipertuan Agong dan raja-raja Melayu yang boleh dipanggil sebagai imam, khalifah dan amir umat Islam di tanah Melayu.

Maksud Imam, Khalifah dan Amir ialah sama pada makna Syarak iaitu penganti rasulullah di dalam menjaga urusan agama dan urusan umat Islam. (lihat pada ta'rif imam yang boleh didapati di dalam kitab Al-Ahkam Al-Sultoniyah oleh Al-Mawardi hal.5, Aqa'id Al-Nasafiyah di hal. 179)

Seperti kata Imam An-Nawawi ra ; "Harus dipanggil kepada imam (pemerintah) dengan panggilan khalifah atau Imam atau Amirul Mukminin." (lihat di dalam Kitab Raudatu Tolibin hal.49 Jilid 10)

Diriwayatkan dari Auf bin Malik ra yang rasulullah salallahualaihiwasa lam bersabda : "Hendaklah sesiapa yang dibawah kepimpinan pemerintah dan dia melihat pemimpinnya melakukan maksiat maka hendaklah dibenci apa yang dilakukan oleh pemimpin itu dari maksiatnya namun jangan sekali-kali mencabut tangannya dari ketaatan kepada pemimpin itu" (Hadith Sahih, riwayat Muslim no. 1855).

Baginda Yang Dipertuan Agong, merupakan pemimpin umat Islam Malaysia yang wajib ditaati dan diberi wala' serta tidak boleh digulingkan atau ditentang selama baginda melaksanakan hak-hak Islam dan memenuhi kewajipan pemerintah semampu baginda. Realiti kita mendapati Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja melayu setakat ini sentiasa peka dan menjaga hak-hak Melayu dan umat Islam semampu mereka selama dalam bidang kuasa mereka yang sangat terhad akibat oleh pembahagian kuasa oleh sistem Demokrasi sejak tanah Melayu dijajah oleh Penjajah British.

Sekalipun Yang Dipertuan Agong atau raja-raja yang merupakan imam dan amir bagi umat Islam di Malaysia tidak bersetuju atau tidak suka kepada Perdana menteri dan majlis menterinya serta segala perbuatan mereka namun disebabkan oleh proses demokrasi, segala raja-raja dan Yang Dipertuan Agong tidak boleh berbuat apa-apa terhadap hal ini disebabkan kuasa mereka dihilangkan oleh sistem demokrasi.

Ini terdapat dalam Perkara 66. Penjalanan kuasa perundangan.

(3) Apabila sesuatu Rang Undang-Undang telah diluluskan oleh Majlis Parlimen tempat Rang Undang-Undang itu bermula, maka Rang Undang-Undang itu hendaklah dihantar kepada Majlis Parlimen yang satu lagi; dan Rang Undang-Undang itu hendaklah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan olehnya apabila telah diluluskan oleh Majlis Parlimen yang satu lagi itu dan persetujuan telah dicapai antara kedua-dua Majlis Parlimen itu mengenai apa-apa pindaan yang dibuat dalam Rang Undang-Undang itu atau apabila Rang Undang-Undang itu dikehendaki dikemukakan sedemikian di bawah Perkara 68.

(4) Yang di-Pertuan Agong hendaklah dalam masa tiga puluh hari selepas sesuatu Rang Undang-Undang dikemukakan kepadanya memperkenankan Rang Undang-Undang itu dengan menyebabkan Mohor Besar dicapkan pada Rang Undang-Undang itu.

(4A) Jika sesuatu Rang Undang-Undang tidak diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam masa yang ditentukan dalam Fasal (4), Rang Undang-Undang itu hendaklah menjadi undang-undang apabila habis masa yang ditentukan dalam Fasal itu mengikut cara yang sama seolah-olah dia telah memperkenankannya.

-sumber Perlembagaan Persekutuan Malaysia pindaan terkini Akta 1260/2006

Hakikatnya pentadbiran Negara tidak dilakukan oleh Yang Dipertuan Agong atau Raja-raja Melayu yang merupakan imam dan pemimpin yang wajib ditaati oleh kita sebaliknya pentadbiran Negara Malaysia dijalankan oleh kuasa Eksekutif iaitu Majlis Menteri (Kabinet Menteri) yang merupakan pemerintah di Malaysia setelah mereka dilantik oleh rakyat melalui pilihanraya serta Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang dianggotai oleh wakil-wakil rakyat yang memenangi pilihanraya atau melalui perlantikan Negeri seperti Dewan Negara bagi membuat Rang Undang-Undang.

Jika diteliti Perlembagaan Persekutuan kita akan dapati bahawa Bab 3 ada
memperuntukkan mengenai badan Eksekutif.

Perkara 39. Kuasa eksekutif Persekutuan.

Kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, bolehlah dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh, melalui undang-undang, memberikan fungsi eksekutif kepada orang lain.

Perkara 40 - Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat.

(1) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini; tetapi Yang di-Pertuan Agong berhak, atas permintaannya, untuk mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.

(1A) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.

- sumber Perlembagaan Persekutuan Malaysia pindaan terkini Akta 1260/2006

Secara kasar menjelaskan bahawa kuasa eksekutif kini boleh dijalankan oleh jemaah Menteri atau Menteri Kabinet yang dilantik. Tetapi pada setiap ketika mereka melaksanakan kuasa itu mereka melaksanakan di atas nama 'Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong' baik apakah perbuatan mereka terhadap rakyat diperkenan atau tidak oleh Yang Dipertuan Agong secara peribadi atau tidak mereka tetap berkuasa melaksanakan di atas nama baginda selama mereka menduduki jawatan.

Lalu sistem dekorasi yang memberikan kuasa kepada rakyat untuk memerintah dan menukar pemimpin iaitu menukar ganti kuasa Eksekutif para Menteri dan Perdana Menteri maka rakyatlah yang wajib dan berhak menukar mana-mana pemimpin yang tidak layak dan tidak berhak menduduki jawatan Perdana Menteri dan menteri-menteri setelah terbukti mereka zalim, tidak amanah, serta gagal menjalankan kewajipan mereka.

Perbuatan menyertai pilihanraya, mengundi serta menukar kepimpinan Negara langsung sama sekali tidak menunjukkan apa-apa tanda derhaka dan keluar daripada ketaatan terhadap Yang Dipertuan Agong dan raja-raja yang merupakan Imam dan pemimpin umat Islam di Malaysia bahkan itulah tanda sokongan kita dan tanda kerjasama di dalam apa yang disebutkan oleh Allah swt sebagai " Kerjasama di atas kebaikan dan taqwa."

Allah swt telah berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تُحِلُّوا شَعَائِرَ اللَّهِ وَلا الشَّهْرَ الْحَرَامَ وَلا الْهَدْيَ وَلا الْقَلائِدَ وَلا آمِّينَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ يَبْتَغُونَ فَضْلاً مِنْ رَبِّهِمْ وَرِضْوَاناً وَإِذَا حَلَلْتُمْ فَاصْطَادُوا وَلا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ أَنْ صَدُّوكُمْ عَنِ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَنْ تَعْتَدُوا وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syi'ar-syi'ar Allah, dan jangan melanggar kehormatan bulan-bulan haram, jangan (mengganggu) binatang-binatang had-ya, dan binatang-binatang qalaa-id, dan jangan (pula) mengganggu orang-orang yang mengunjungi Baitullah sedang mereka mencari kurnia dan keredhaan dari Tuhannya dan apabila kamu telah menyelesaikan ibadah haji, Maka bolehlah berburu dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum kerana mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidil-haram, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan maksiat dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya." (Al-Maidah : 2)

Rakyat berperanan menukar Majlis Eksekutif yang mentadbir Negara melalui pilihanraya sehingga membolehkan wakil-wakil mereka yang memenangi pilihanraya tersebut menduduki Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta kelompok yang mencintai kebenaran dan berhasrat menunaikan hak-hak Islam sekiranya menang di dalam pilihanraya tersebut boleh menunaikan hasrat mereka setelah menubuhkan kerajaan baru dengan menjalankan segala dasar yang mereka inginkan di atas nama Yang Dipertuan Agong.

Oleh yang demikian perlulah difahami sekali lagi, baik parti (kelompok) rakyat yang sekuler yang memerintah Negara atau kelompok (parti) rakyat yang mencintai Islam dan ingin memperjuangkan hak-haknya yang memerintah Negara maka mereka kedua-duanya apabila menduduki jawatan Menteri dan Majlis Esekutif semuanya menjalankan kerja mereka di atas nama Yang Dipertuan Agong.

Sebagai rakyat yang bijak, kita harus memahami bahawa sekiranya kita memilih parti pembangkang untuk diberi undi sewaktu pilihanraya dan kemudian mereka menjadi kerajaan maka mereka turut bertugas sebagai wakil Yang Dipertuan Agong sama seperti parti yang memerintah sekarang. Oleh itu hendaklah kita menghentikan tuduhan, fitnah serta pelbagai lagi salah faham bahawa sesiapa yang melawan parti yang memerintah atau ingin menjatuhkan badan eksekutif melalui pilihanraya sebagai khawarij dan pemberontak.

Juga perlulah kita jangan menjadi tersangat dunggu apabila mengeluarkan fatwa-fatwa aneh supaya rakyat tetap taat kepada kerajaan yang zalim kerana itu bukanlah perintah daripada kitab dan sunnah sebaliknya merupakan daripada kejahilan diri kita sendiri.

Sumber : Ustaz Emran
http://ustaz. blogspot. com/

KEM BOLASEPAK & KHEMAH IBADAH - Anjuran Surau As-Sakenah, Taman TTDI Jaya, Shah Alam.

Zakaria M'Care / FORSB@

Assalamu'alaikum wbt.

Semoga muslimin dan muslimat semua beroleh keberkatan yang berpanjangan dari Allah swt.

Diforwardkan di sini iklan program KEM BOLASEPAK & KHEMAH IBADAH sempena cuti sekolah untuk remaja 11 - 16 tahun anjuran SURAU AS-SAKENAH, TTDI JAYA, SHAH ALAM.

Satu pendekatan baru direkabentuk mengabungkan dua tokoh dari bidang yang berbeza iaitu Ustaz Ahmad Syazili Abdullah Mantan Imam Masjid Asy-Syakirin KLCC dan Saudara Azman Hj. Eusoff bekas Pemain Bolasepak Pinang, Jurulatih Bolasepak Profesional dan pernah mendapat pendedahan berlatih di Akedemik Bolasepak Asenal.

Mudah-mudahan melalui program yang mengabungkan usul-usul kerohanian dan jasmani melalui pendekatan ibadah dan sukan ini dapat memberi manafaat yang banyak kepada para remaja khususnya bagi mengharungi dunia persekolahan yang akan bermula di awal tahun hadapan, Insya'Allah.

Maklumat program adalah seperti berikut.

Lokasi Program : Surau As-Sakenah, Taman TTDI Jaya, Shah Alam.

Tarikh : 26hb Rabu � 28hb Jumaat - Disember 2007

Yuran Penyertaan � RM100 . Terhad kepada 50 peserta sahaja (KOS termasuk kos makan/minum 3 hari, nota, insuran, T-Shirt).

Golongan Sasaran - Remaja 11-16 Tahun (Lelaki Sahaja)

Tarikh tutup penyertaan 16hb Disember 2007.

1. MUQADDIMAH

KEM BOLASEPAK & KHEMAH IBADAH ialah sebuah program khusus untuk remaja yang merangkumi aktiviti riadah (sukan bolasepak) dan program ilmu (fardhu ain). Program ini yang menekankan aspek rohani dan jasmani bakal mendedahkan para peserta (remaja) kepada 2 (Dua) kaedah dalam 1 (Satu) program. Pendekatan yang diambil adalah bagi mengujudkan satu suasana yang sihat dalam mendalami ilmu agama selari dengan membina kesihatan fizikal dan mental para peserta.

Dalam KEM BOLASEPAK , para peserta akan dibimbing dan didedahkan dengan teknik-teknik latihan bolasepak yang asas dan terkini. Program ini akan dikendalikan oleh saudara Azman Hj. Eusoff, jurulatih bolasepak profesional dan berpengalaman yang juga pengulas sukan bolasepak negara dan dibantu oleh bekas-bekas pemain bolasepak negeri dan kebangsaan. Sementara bagi KHEMAH IBADAH pula, ianya akan dikendalikan oleh Ustaz Ahmad Shazili Haji Abdullah, bekas Imam Masjid Asy-Syakirin KLCC, Kuala Lumpur.

KEM BOLASEPAK & KHEMAH IBADAH diyakini mampu memberi kesan yang mendalam kepada para peserta dalam mempertingkatkan kaedah permainan bolasepak dan mendalami ilmu dalam mempertingkatkan kualiti ibadat anak-anak kita untuk membentuk disiplin dan menjadi insan berperibadi Muslim yang dihormati dan disanjungi.

2. OBJEKTIF

Antara objektif utama program KEM BOLASEPAK & KHEMAH IBADAH ini ialah

1. Untuk memberi ruang alternatif ke arah membentuk individu yang cemerlang dalam sukan bolasepak.
2. Untuk mendedahkan para peserta kepada kaedah latihan bolasepak yang betul dan terkini.
3. Untuk membentuk dan melahirkan insan yang memiliki peribadi Muslim yang terpuji.
4. Untuk meningkatkan kualiti ibadah (fardhu Ain) para peserta di samping membentuk disiplin yang tinggi sebagai individu dan juga sebagai satu pasukan.
5. Untuk membuktikan bahawa Islam tidak pernah menafikan umatnya untuk terlibat dalam apa apa aktiviti-aktiviti sukan dan riadah dengan mengungguli syariat Islam dalam kehidupan seharian .
6. Untuk membuktikan bahawa umat Islam mampu berjaya dan cemerlang dalam sukan tanpa mengenepikan amalan, kepercayaan dan pendekatan Islam


3. LATARBELAKANG & KONSEP

KEM BOLASEPAK & KHEMAH IBADAH adalah initiatif FORSB/MUSLIM CARE dengan kerjasama saudara AZMAN HJ EUSOFF, jurulatih bolasepak profesional dari MANS SOCCER ACADEMY dan USTAZ AHMAD SHAZILI HJ ABDULLAH, bekas Imam 1 Masjid Asy-Syakirin KLCC, Kuala Lumpur.

Program ini akan dilangsungkan secara 'in-house' selama 3 hari 2 malam di lokasi yang akan ditetapkan oleh pihak penganjur. Para peserta akan menginap samada di asrama atau pun di masjid/surau di sepanjang program ini dijalankan.

Penyertaan pula adalah terbuka kepada anak-anak berusia dari 11 hingga 16 tahun dan setiap peserta akan dilindungi dengan skim perlindungan Takaful. Program ini bakal mendedahkan para peserta kepada pendekatan asas bolasepak di samping meningkatkan dan memantapkan kualiti ibadat seharian anak-anak dalam usaha membentuk mereka sebagai insan soleh yang lengkap dari sudut rohani dan jasmani.

4. JADUAL PROGRAM

Hari 1

10.00 - Para peserta mendaftarkan diri

11.00 - Sesi Takruf dan taklimat oleh Fasilitator

12.30 - Makan tengahari

13.30 - Solat Zohor berjemaah

14.15 - KHEMAH IBADAT 1 � Smart Solat � Power of Solat bersama Ustaz Ahmad Shazili

16.00 - Minum petang

16.30 - Solat Asar berjemaah

17.00 - KEM BOLASEPAK 1 � bersama Coach Azman

19.30 - Solat Maghrib berjemaah

20.00 - Makan malam

20.40 - Solat Isyak berjemaah

21.15 - KHEMAH IBADAT 2 � Smart Solat � Bab Bersuci bersama Ustaz Ahmad Shazili

Hari 2

06.00 - Solat Subuh berjemaah

06.20 - KHEMAH IBADAT 3 � Ujian & Ketabahan Kuliah Subuh

07.30 - Sarapan pagi

08.30 - KEM BOLASEPAK 2 � bersama Coach Azman

10.30 - Minum pagi

11.15 - KEM BOLASEPAK 3 � bersama Personaliti Jemputan

12.30 - Makan tengahari

13.30 - Solat Zohor berjemaah

14.15 - KHEMAH IBADAT 4 � Smart Solat � Rukun Solat bersama Ustaz Ahmad Shazili

16.00 - Minum petang

16.30 - Solat Asar berjemaah.

17.00 - KEM BOLASEPAK 4 � bersama Coach Azman

19.30 - Solat Maghrib berjemaah

20.00 - Makan malam

20.40 - Solat Isyak berjemaah

21.15 - KHEMAH IBADAT 4 � Smart Solat � Praktikal Bacaan bersama Ustaz Ahmad Shazili

HARI 3

06.00 - Solat Subuh berjemaah

06.20 - KHEMAH IBADAT 5 � Kuliah Subuh

07.30 - Sarapan pagi

08.30 - KEM BOLASEPAK 5 � bersama Coach Azman

10.30 - Minum pagi

11.15 - KHEMAH IBADAT 6 � bersama Tokoh Agama

* Zamri Zainal / Najmi Abdul Karim ( tertakluk pada pindaan )

12.30 - Makan tengahari

13.30 - Solat Zohor berjemaah

14.15 - KHEMAH IBADAT 7 � Muhasabah Diri bersama Ustaz Ahmad Shazili

16.00 - Minum petang

16.30 - Solat Asar berjemaah

17.00 - PERLAWANAN BOLASEPAK

19.30 - Solat Maghrib berjemaah

20.00 - Makan malam

20.40 - Solat Isyak berjemaah

21.15 - MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUP

* Aturcara diatas adalah tertakluk kepada pindaan dan perubahan. Pihak penganjur akan mengumumkan kepada peserta jika terdapat apa-apa perubahan.



5. RUMUSAN

Adalah diharapkan dan diyakini bahawa KEM BOLASEPAK & KHEMAH IBADAH akan mampu memberi impak yang berkesan dalam membentuk, membimbing dan melahirkan para remaja yang berkualiti, berkemahiran tinggi dan yang paling penting ialah berperibadi Muslim dan menjadi insan yang amat dihormati dan disanjung tinggi.

Berkat kerjasama dan sokongan serta usaha semua pihak yang terlibat dan menjayakannya, adalah diyakini program ini akan menemui kejayaan dan seterusnya mencapai matlamat membentuk anak remaja yang memiliki sifat dan keperibadian mulia, insyaAllah.



Hubungi : Zack 012-6935938 * Shazili 019-4467464 * Hasri 017-2453791 *

Husni 019-2738581 * Zulkarnean 017-6242770

* Idlan 017-2547761* Coach Azman 019-3955929

DAFTAR SEGERA

KEM BOLASEPAK & KHEMAH IBADAH

ANJURAN SURAU AS-SAKENAH, TTDI JAYA, SHAH ALAM.

Tarikh : 26hb Rabu � 28hb Jumaat - Disember 2007



Alamat Urusetia

N0: 11A, Tingkat 1, Jalan Opera K , U2/K Taman TTDI Jaya

Shah Alam 40150 Selangor.



Talifon / Faksimili : 03-78421200.



Yuran Penyertaan � RM100 . Terhad kepada 50 peserta sahaja.

Tarikh tutup penyertaan 16hb Disember 2007.
__._,_.___

Poll: Siapa Damai Malaysia / Poll: Who is Damai Malaysia

ALHUSSEYN
DUMB-Mai Malaysia

Suatu kumpulan haram yang tidak berdaftar telah muncul secara tiba-tiba dan menamakan dirinya sebagai DAMAI MALAYSIA.

Kumpulan haram ini telah menyerahkan memorandum lima muka surat daripada 395 NGO yang sepakat menolak demonstrasi jalanan dan menggesa kerajaan bertindak tegas terhadap mereka terbabit.

Siapakah Damai Malaysia ini?

Kumpulan haram ini ini mendakwa diwakili oleh 395 NGO yang mempunyai keahlian berjumlah kira-kira 1.5 juta orang, tidak pernah menyertakan senarai penuh ahli yang mendukungnya.

Pengerusi �kumpulan haram� ini, Mohd Saiful Adil Daud , mendakwa ianya melibatkan 75 NGO dari kaum Cina dan 20 persatuan kaum India dan yang selainya adalah Melayu.

Antara yang terlibat dalam kumpulan haram ini ialah :

1. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) : 2. Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) : 3. Majlis Belia Felda Malaysia: 4. Gabungan Persatuan-persatuan Cina Malaysia : 5. Pertubuhan Kebajikan India Bersatu 6. Persatuan Penganut-Penganut Tokong Kim Ying Ampang 7. Persatuan Penganut Dewa Cheng Guan Kuan 8. Persatuan Penjaja Cina Wilayah Persekutuan 8. Gabungan Persatuan-Persatuan Cina Malaysia 9. Persatuan Perubatan Cina Malaysia 10. Kelab Bell Belia Tamil 11. Persatuan Kelab-Kelab Belia India 12. Malaysia Hindu Sangam 12. Kuil Sri Sakhti Vinayagar Brickfields 13 Errr�Adakah persatuan ko-kurikuluk kanak-kanak sekolah juga tersenarai sama? Lihat sini



Siapakah dalang dibelakang kumpulan haram ini?

Klpost ada sikit cerita tentangnya disini


Reezal Merican telah menggunakan GPMS dengan meganjurkan perhimpunan Damai Malaysia di Kampung Baru pada 6Disember 2007 yang lalu. Untuk memenuhkan dewan, kanak-kanak dan orang-orang tua yang diupah dibawa bersama.Lihatlah gambar disini

Lihat apa komen Marina Mahathir tentang Damai Malaysia disini


Dan jika anda mahu membuat pendirian tentang Damai Malaysia ini, sila buat undian anda disini

*****.*.**** *
Malay Women in Malaysia
Who is behind Damai Malaysia?
Folks...

Please click on the following image to make it readable for you. The original link for the following document can be found at KlPos Dot Com.


Do you know who Damai Malaysia is? Put you vote here.


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/

Sunday, December 16, 2007

Orang Melayu tolong orang India semasa dikepung polis di Batu Caves

"Angin Malam"

Menarik dari wanita India dari Klang-
Orang Melayu tolong orang India semasa dikepung polis di Batu Caves
____________ _________ _________ _________ _________ _________ _

Semasa kumpulan HINDRAF berkumpul di Batu Caves, Gombak untuk memulakan perhimpunan yang tidak di luluskan permit Polis mereka telah di kepung olih kontinjen polis dan banyak telah bertaburan lari ke kawasan Melayu di sekeliling Batu Caves. Pada angapan mereka sudah pasti orang Melayu di kampung itu akan mencederakan mereka dan hinggakan timbul di hati mereka akan rasa ketakutan yang amat sangat serta rasa pilu dan tidak terangkat kaki untuk bergerak lagi saolah sudah jatuh di timpa tangga.

Anggapan mereka salah sama sekali, sebalik nya orang Melayu di kampung itu memberi mereka makan minum dan meyorokan mereka dari di kejar polis
dan kemudian mereka pun pulang dari kawasan itu. Ini menunjukan orang Melayu akan sentisa bersama sama manusia, tidak kira bangsa dan rupa yang tertindas akibat kemiskinan dan kesiksaan hidup kerana kebanyakan orang Melayu sedar mereka yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki dulu pun adalah sangat dhaif dan miskin juga.

Ini lah cerita yang di sampaikan olih wanita India berumur 20'an beragama Hindu serta kuat beramal kepada agama nya dan bertugas sebagai pegawai tinggi sabuah syarikat swasta antarbangsa di Klang. Ini menunjukan orang Melayu hari ini sudah matang fikiran nya tentang hidup bermasyarakat dengan kaum lain saling hurmat menghurmati dan bolih membezakan antara yang benar dan dusta dan tidak terpenggaruh dengan dakyah kosong olih mana mana pihak dengan mudah.
__._,_.___

More Muslim girls wear scarf in games

"Dunya"


Semakin ramai wanita muslim di negara-negara Islam atau majoritinya umat Islam berusaha bersungguh - sungguh untuk menyesuaikan Islam dengan budaya barat.. Muslim minoriti di negara bukan Islam melakukan sebaliknya..

---------------------------------

More Muslim girls wear scarf in games
By JEFF KAROUB, Associated Press Writer
Sat Dec 15, 1:57 PM ET

DEARBORN, Mich. - Dewnya Bakri loves her faith — and the feeling of sinking a three-pointer.

For much of her life, the 20-year-old Muslim has found a way to balance practicing Islam and playing basketball, including wearing a head scarf and long pants on the hardcourt, even if it's meant taunts as she blazed trails on her middle school, high school and college teams.

Now a college senior at University of Michigan-Dearborn preparing for law school, she spends free time coaching Muslim girls and sharing what she experienced in Dearborn, home of at least 40 mosques, to help give them the confidence to follow in her footsteps.

As more covered Muslim girls take up competitive sports, Bakri and others say it's time to get beyond merely allowing the hijab — the traditional Muslim head scarf worn for modesty — and help those wearing them feel welcome.

"It's not like accommodating for one person anymore, it's a group," Bakri says.

Experts and advocates say the number of Muslim girls wearing the hijab on the court, track or field is rising because girls are growing more comfortable pursuing mainstream activities while maintaining religious traditions.

"They don't see the barriers," said Edina Lekovic, spokeswoman for the Los Angeles-based Muslim Public Affairs Council. "They take it for granted they can play in competitive sports ... and work out the clothing issues at the same time."

Even so, Bakri and current players at her former school, Fordson High, players say they've heard trash-talk that goes beyond the usual on-court chatter — calling them terrorists, telling them to go back to their own country.

Bakri said some coaches and referees have questioned whether she could play in a scarf and sweat pants, relenting only when her coach produced a letter from the Michigan High School Athletic Association allowing the uniform modification.

More recently, she said referees wouldn't let her play in one out-of-state college tournament. The coach told her later that it was because of her uniform modification.

That was reminiscent of a case in February when an 11-year-old Muslim girl was pulled off the field in a soccer tournament in Quebec because she refused to remove her head scarf. The Quebec Soccer Federation backed the decision, saying rules forbid wearing anything that could cause harm during a game.

In the U.S., the National Federation of State High School Associations' rules say state associations may allow a player to participate while wearing a head covering for religious reasons as long as it isn't dangerous to another player and unlikely to come off during play. The rule-making federation also allows pants, shorts or skirts.

School districts in Michigan must ask state high school athletic officials for permission to modify uniform requirements.

They always grant the district's requests, said Mark Shooshanian, Fordson High School's athletic director, but he'd like to see it become enshrined in the rules.

"The hardest part for me is within our league there are 27 teams and still some of the coaches question the uniform," said Shooshanian, who has been sending the requests for 15 years. "Why do I have to keep doing it?"

State athletic association spokesman John Johnson said the system "almost rubber stamps" requests, but requiring the case-by-case letter provides a safeguard against misunderstandings.

At Bakri's middle school, Lowrey Middle School, she was the first athlete of the year to wear the scarf and earned letters in basketball, volleyball, track and swimming.

Swimming required the most creativity. She couldn't wear a swimsuit in front of men, so she worked out a deal with her coach and athletic director to practice daily with the team but not compete in meets. The coach timed her during practice and awarded her the letter based on performance.

Now, Lowrey students hug and thank Bakri when she visits.

"It made me feel so good about what I'm doing," said Bakri, who coaches summer leagues and teaches physical education part-time at a private school.

"I never really realized how hard it was, especially at the middle school level. I figured I'm going to play basketball. ... I never thought people might have a problem with it."

Her 17-year-old sister, Hyatt Bakri, is a starting shooting guard at Fordson High, and wears pants and long sleeves on the court.

"Some schools are used to seeing girls in the hijab, but other schools find it different, odd," Hyatt Bakri said during a break from a recent practice. "After Sept. 11, they feel like we're a threat to them even though we didn't have anything to do with it. So they look at us differently."

Teammate Fatima Kobeissi, a senior reserve guard, said she's worn the hijab since she was nine.

"Nothing in our religion says we can't go out and do other things just like everybody else. It's just while we're doing it, we have to be more modest maybe than everybody else," she said.

Dewnya Bakri lets young players know there are ways to deal with the taunts that don't mean getting rolled over, like the time when opposing players insulted her scarf-wearing teammate during a high school tournament.

"I looked at (one of them) and said 'This is for you.' I shot six threes in that game. I was guarding her and she scored zero.

"That shut her down."

SEMINAR TASAWWUF NEGERI SEMBILAN 2007

"Rozmal bin Malakan"


SEMINAR TASAWWUF NEGERI SEMBILAN 2007
Tarikh : 22 Dis 2007 (Sabtu)
Pendaftaran : 8 pagi
Tempat : Allson Klana Resort, Seremban

Majlis Perasmian SEMINAR TASAWWUF NEGERI SEMBILAN 2007
akan disempurnakan oleh DYMM Tuanku Yang di-Pertuan
Besar Negeri Sembilan.

Orang ramai adalah dijemput untuk turut serta. Mereka
yang ingin menyertai seminar ini sila maklumkan kepada
Urusetia Jemputan melalui talian telefon 06-7652426
atau 06-7652432 atau Fax 06-7652427 sebelum 18
Disember, 2007 (Selasa)

Pendaftaran PERCUMA – Tempat TERHAD

Anjuran : Jabatan Mufti Negeri Sembilan . Sila sebar
luaskan maklumat ini. Terima kasih

Blog Rozmal http://waghih. blogspot. com
Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmala ysia.net
Yayasan Aman Palestin http://www.amanpale stin.com
Institut Kajian Angkasa http://ikam- space.blogspot. com
Pusat Pendidikan As Saidiyyah http://puspa- ns.blogspot. com