Friday, November 30, 2007

Derma Untuk Mangsa Taufan di Bangladesh Anjuran Muslim Care Malaysia

Zakaria M'Care / FORSB@

Assalamu'alaikum wbt
Semoga semua beroleh keberkatan yang berpanjangan dari Allah swt.

Diforwardkan di sini email rayuan Derma Untuk Mangsa Taufan Bangladesh
daripada Pengerusi Muslim Care M'sia untuk perhatian dan tindakan
bersama. Mohon muslimin dan muslimat dapat memanjangkan email ini
kepada saudara-mara dan sahabat-handai untuk manfaat bersama.

Terima kasih di atas sokongan dan kerjasama. Yang baik dari Allah swt.
Mohon maaf atas segala kelemahan. Wassalam.

SU M'Care
b/p Muslim Care M'sia.

---------- Forwarded message ----------
From: Mat Arifin
Date: Nov 21, 2007 8:13 PM
Subject: Derma untuk mangsa taufan di Bangladesh anjuran Muslim Care Malaysia

Assalaamualaikum wbt & salam sejahtera

Sebagaimana sdra/I sedia maklum, taufan yang melanda Bangladesh beberapa
hari lalu telah meragut ribuan nyawa dan banyak harta benda dan
menimbukan kesengsaraan di kalangan rakyat Bangladesh. Mengikut laporan
TV AlJazeera, malapetaka tersebut seolah-olah seperti kesan tsunami yang
melanda Aceh beberapa tahun lalu. Saya boleh bayangkan kesengsaraan
yang mereka alami kerana saya berpeluang meluangkan masa selama 10 hari
dan tinggal bersama masyarakat Aceh semasa menyertai misi kemanusiaan
tempoh hari.

Sehubungan dengan itu, Muslimcare Malaysia yang mana pengeraknya yang
terdiri dari kalangan kakitangan PETRONAS, KLCC, PDB dan beberapa
syarikat swasta telah melancarkan pungutan derma untuk membantu
meringankan kesengsaraan tersebut.

Ini bukanlah merupakan khidmat masyarakat yang pertama dilakukan oleh
Muslimcare Malaysia. Sebelum ini Muslimcare telah menghantar misi
bantuan khususnya kewangan, makanan, ubatan untuk mangsa gempa bumi di
Turki, Iran, Pakistan dan Indonesia, tsunami di Aceh, pelarian di
Selatan Thai, mangsa banjir di Johor dan Shah Alam, sumbangan fakir
miskin serta program korban/aqiqah.

Sebagai salah seorang ajk Muslimcare, saya merasakan perlu untuk saya
mengambil iniatif di atas khususnya untuk kakitangan rakyat Malaysia
khususnya warga PETRONAS yang terkenal dengan sikap dermawan maupun
warga selain Malaysia untuk menghulurkan derma di atas.

Sdra/I boleh mendepositkan terus ke akaun Muslim Care Malaysia
No. Acc : 26-2120-0000- 4747 atau menghubungi saya atau Sdra. Zulkifli
Wahijan - Bendahari Muslim Care Malaysia (+60133672260) atau Sdra
Zakaria Ab Latif (+60126935938) . Kedua-duanya berada di Kuala Lumpur.

Sesungguhnya sumbangan sdra/I walaupun sedikit, amat bermakna bagi
mereka di atas. Semoga di atas sumbangan yang kita sama-sama berikan
membuka ruang untuk Allah melimpahkan rahmat dan rezeki kepada kita
semua.

Sila panjangkan email ini kepada rakan-rakan lain.

Terima kasih.

Mat Arifin Ismail
b/p Muslim Care Malaysia
Sudan - +2499 1231 2702
Malaysia - +60193568034
__._,_.___


To leave comments, please refer to latest posting on talkonly.blogspot.com , thank you.

Mohd. Khairi pilih Islam selepas puas mengkaji

"Dunya"


Mohd. Khairi pilih Islam selepas puas mengkaji
Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM

MOHD. KHAIRI YAP ABDULLAH.

WAHYU pertama yang diturunkan Allah s.w.t kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w melalui malaikat Jibril pada malam 17 Ramadan ialah Iqra� (Bacalah) yang memberi signifikan kepentingan menuntut dan menimba ilmu pengetahuan.

Bermula daripada detik itulah, kehebatan Islam terus gemilang dengan membawa rahmat ke seluruh pelosok dunia sehingga menyinarkan zaman kegelapan yang dihadapi oleh bangsa Arab dan penganut agama Islam lain.

Signifikan daripada mukjizat agung itu telah mencorakkan tamadun dunia dengan pelbagai penemuan inovasi dan teknologi yang tiada tolok bandingnya.

Bagi Mejar Mohd. Khairi Yap Abdullah, 44, perkara itu tidak pernah disedari olehnya kerana beliau tidak pernah didedahkan mengenai kemuliaan ajaran Islam. Sementelahan pula anak kelahiran Mentakab, Pahang itu sejak dilahirkan sehingga 29 tahun beragama Kristian dan dibesarkan dalam persekitaran agama berkenaan yang begitu kuat dan menebal.

Kalaupun ada maklumat mengenai agama Islam yang diketahuinya, ia adalah terlalu sedikit dan kononnya ajarannya pula terpesong daripada landasan sebenar - mengikut doktrin Kristianisasi.

Selama 29 tahun menganut Kristian, Islam yang diketahuinya mengandungi pelbagai kekurangan dan cukup sinonim dengan elemen keganasan di kalangan penganutnya demi mencapai matlamat penyebaran dakwah.

Bagaimanapun, sudah menjadi fitrah kepada manusia yang sempurna akalnya untuk mencari kepastian dan kebenaran di atas setiap persoalan yang timbul mengenai agama yang dianutinya dan juga agama yang �diperhodohkan� iaitu Islam.

Semangat mencari kebenaran itu semakin menebal apabila beberapa kekeliruan dan kemusykilan yang timbul di dalam agama yang dianutinya gagal dijawab secara logik dan realistik.

Justeru, perasaan was-was dan curiga mula timbul di benak fikiran dan jauh di sudut hati Mohd. Khairi atau nama asalnya sebelum ini, Yap Mon Fong terhadap kesucian dan kebenaran agama berkenaan.

�Hati saya menjadi bercelaru dan berada dalam dilema kerana jika Islam itu agama tidak elok kenapa begitu ramai penganutnya di seluruh dunia dan setiap sesuatu yang mempunyai kaitan dengan Nabi Muhammad juga menjadi ikutan utama dan tempat rujukan semua penganut agama Islam sehingga kini,� katanya kepada Mega, baru-baru ini.

Mohd. Khairi memutuskan untuk membuka lembaran baru dalam hidupnya dengan melafazkan dua kalimah syahadah pada 3 Februari 1992, pada usia 29 tahun di hadapan kadi Pahang semasa berpangkat Kapten dan berkhidmat di Kuantan, Pahang.

�Kira-kira empat tahun sebelum itu, semasa perasaan was-was terhadap agama yang saya anuti sebelum ini timbul, saya mulai mengkaji secara mendalam secara perbandingan antara semua agama lain termasuk membaca pelbagai genre buku mengenai Islam.

�Semakin mengkaji, kebenaran mengenai agama Islam terus menonjol apabila semua perbuatan ibadah dan kemusykilan tauhidnya walaupun kecil dapat dijawab dengan menyeluruh dan lengkap,� jelasnya.

Mohd. Khairi berkata, kajian mendalam mendapati agama Islam langsung tidak mempunyai cacat cela malah ia mencakupi setiap cabang kehidupan manusia daripada mula ditiupkan roh hingga mati sebelum dibangkitkan semula pada
Hari Pembalasan.

�Keburukan yang dimomokkan berpunca akibat kelemahan penganutnya kerana tidak berpegang kepada ajaran sebenar Islam yang diajar oleh al-Quran dan hadis,� katanya.

Mohd. Khairi bertemu jodoh dengan Siti Fatihah Sidek, 44, seorang guru pada 25 Mei 1997 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Siti Nabilah yang kini berusia sembilan tahun.

Menceritakan kembali saat selepas pengIslamannya, beliau berkata, perkara itu disorokkan selama tiga tahun sebelum ibu bapa dan adik-beradiknya akhirnya menerima dengan baik pengIslamannya itu.

�Saya masih pulang ke rumah keluarga tetapi cuba mengelak menjamah makanan tidak halal yang dimasak oleh ibu. Saya akan cari pelbagai alasan, antaranya sudah makan semasa di tempat kerja, nak keluar jumpa kawan hingga menyebabkan ibu terperasan sesuatu telah terjadi kepada saya,� katanya.

Kata beliau, ketika ibunya mengetahui mengenai pengIslamannya itu, hatinya amat sedih dan kecewa kerana baginya apabila memeluk Islam bermakna menjadi Melayu dan segala hubungan kekeluargaan akan terputus.

Akhirnya, berkat doa yang tidak pernah putus-putus dan akhlak menghormati orang tua telah menyejukkan hati mereka sehingga dapat menerimanya.

�Selama itu, walaupun mereka tidak senang dengan saya tetapi saya tetap menziarahi mereka termasuk semasa perayaan dan majlis keramaian, malah saya juga membawa isteri dan anak saya menziarahi mereka.

�Islam mengajar kita menjadi manusia berguna dan setiap ibu hanya inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka dan mereka tidak akan sanggup melihat darah daging mereka menjadi jahat,� katanya.

Sementara itu, Mohd. Khairi juga mempunyai kecintaan yang tinggi terhadap ilmu apabila memperuntukkan kira-kira RM500 sebulan untuk membeli pelbagai genre buku ilmiah termasuk mengenai Islam hasil karangan ulama muktabar.

Beliau yang amat mementingkan disiplin hasil asuhan tentera juga mempunyai pelbagai pengalaman menarik seperti menyaksikan sendiri pembunuhan etnik Islam yang berlaku di Bosnia Herzegovina semasa bertugas di negara Balkan itu selama enam bulan pada tahun 1996.


To leave comments, please refer to latest posting on talkonly.blogspot.com , thank you.

Malays are angry too

"Vejay Chin"
To: Indian-Malaysian@ yahoogroups. com

Umar Mukhtar
Nov 28, 07 6:22pm
The Indians are unhappy and angry. So are the Malays and we know it is pretty much the same with the Chinese, Kadazans and Ibans. What they are unhappy about is pretty much the same: A government that does not listen, an electoral process that is so questionable that it is not a real hope for change and the eventual destruction of a nation through the abuse of power by people in government.

By this measure, never have Malaysians been so united in the single cause of changing the way the nation is governed, no matter how much BN tries to spin communal tensions into this. It does not matter if Hishammuddin Hussein brings a million government supporters to the streets Mugabe-style. Like all simple-minded, self-serving myopics, he has missed the point. This is a democracy. Whilst numbers decide a lot, the government in power is still the government of all the people.

Just in case Khairy Jamaluddin and gang has not been made aware, by now they should have gotten the message that people are angry enough to risk their freedom and limbs.

A police force, with members who bullies, kills with dynamites and is corrupt at the highest levels, may be feared but certainly not respected enough for it to be an effective protector. An election that is a farce can never be a hope or even a valve for frustrations. Nor can a judiciary that can be bought and sold or a prime minister who sleeps on the job.

Of course, we can expect the government to listen only to its cronies and continue to believe the lies told to the simple kampung folks. But the people will find ways to make the government listen. In the absence of a fair electoral process, street marches are only one of the many avenues that the downtrodden have resorted - all over the world, throughout the centuries - including my forefathers in their fight for independence,

People like me are thankful to Bersih and Hindraf, not necessarily because I support their causes. Their bravery are the barometers of the people's anger and desperation. The government should listen hard or risk the consequences of a chaotic society when people lose hope. My family and I should not have to bear the inconvenience caused by a government that pushes the people beyond the limit.

Every decent Malaysian, with enough sense in his head, finds the government's lies in its media revolting and insulting our intelligence. The rest of us are blinded by some misguided sense of nationalism, racism and patriotism - messed up into some cheap rojak, spiced up with fear, insecurities and a huge ego that hides an inferiority complex. Every now and then, an expensive and glossy Petronas commercial is commissioned to tug at our hearts as if they depict real life in Malaysia today. How I really wish.

I have no time to justify a renters' economy, rationalise my leaders' indiscretions in the name of my race or turn a deaf ear to their arrogance so unbecoming of my culture. I am a Malay and proud of it until you guys made into a lunch ticket. I am angry.
http://www.malaysia kini.com/ letters/75413


To leave comments, please refer to latest posting on talkonly.blogspot.com , thank you.

Kelas KAFA Cuti Sekolah

"Hanafi"

Sempena cuti sekolah ,Pusat Tuisyen Harmoni Gemilang akan mengadakan Kelas KAFA.
Kelas ini diadakan khas kepada golongan kanak-kanak dan remaja yang ingin belajar atau memperbaiki bacaan Al-Quran mereka dan juga memantapkan pengetahuan Fardhu Ain mereka.

kelas KAFA cuti sekolah yang memberikan penekanan pada pembacaan Al-Quran melalui kaedah Qiraati iaitu cara belajar membaca al quran secara cepat dan tartil. Qiraati telah terbukti dapat dipelajari dengan mudah oleh kanak-kanak seusia 4 tahun ke atas.

Pendaftaran dibuka sekarang!!!
Kelas bermula pada Disember 2007.

Hari: Setiap Isnin, Selasa,Rabu dan Khamis
Masa: 9:00pagi-11pagi

Yuran Pendaftaran: RM35
Yuran Bulanan: RM120





To leave comments, please refer to latest posting on talkonly.blogspot.com , thank you.

UMNO juga boleh kumpulkan 100,000 penyokong!!!

"Wan"

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mendakwa Umno dan BN mampu mengadakan perhimpunan lebih besar daripada perhimpunan anjuran Bersih.

Ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali Kebangsaan 2007 di Brickfields, 11 November lalu, Najib dilaporkan berkata:

"Kalau diikutkan, BN mampu mengadakan perhimpunan yang lebih besar daripada perhimpunan Gabungan Bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil semalam (10 November) yang mengumpulkan kira-kira '10,000 orang'.

"BN mampu mengumpulkan (bilangan peserta) lebih besar daripada jumlah semalam kalau itu yang kita mahu untuk menunjukkan sokongan rakyat kepada kerajaan dan parti. Namun itu bukan budaya rakyat negara ini," katanya.

Najib memberitahu, rakyat negara ini perlu berpegang kepada Perlembagaan Negara dan menjadikan Rukun Negara teras dan landasan hidup bermasyarakat. Katanya, mereka perlu berusaha gigih mengekalkan kestabilan dan keharmonian sedia ada.

Beliau menegaskan, sekiranya semua pihak menggunakan demokrasi jalanan, perpaduan negara yang dibina oleh pemimpin-pemimpin akan musnah.

Betulkah itu alasan sebenar Umno tidak mahu mengadakan perhimpunan rakyat 'yang lebih besar' daripada perhimpunan anjuran Bersih?

Tiada siapa yang boleh menafikan kemampuan Umno dan BN untuk mengumpulkan para penyokongnya. Dalam sejarah parti itu, mereka mampu mengumpulkan ribuan penyokong di setiap negeri jika mahu. Ia tidak dianggap perhimpunan haram oleh polis, malah mendapat kerjasama padu!

Tidak menjadi satu keganjilan jika polis akan mengadakan sidang akhbar untuk menghebahkan kepada peserta perhimpunan raksasa Umno dan BN tentang perkara yang patut dan tidak patut dilakukan sepanjang 'perhimpunan halal' itu; jalan mana yang harus diikuti; kawasan mana perlu diletakkan motosikal, kereta dan bas; dan berapa ribukah anggota polis yang mengawal 'keamanan'.

Maka seluruh kakitangan dan jentera kerajaan pun dikerah untuk memastikan kejayaan perhimpunan itu termasuk budak-budak sekolah.

Tetapi berapakah kosnya?

Katakanlah Umno mahu menggerakkan seratus ribu penyokong parti dan parti gabungan BN untuk menyerahkan memorandum mempertahankan kebobrokan SPR; sekaligus menyatakan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada Presiden Umno yang dicabar oleh seratus ribu rakyat dalam perhimpunan menyerahkan memorandum kepada Yang diPertuan Agung di ibu negara, 10 November lalu. Berapakah belanja yang diperlukan?

Di bawah adalah ilustrasi gambaran bajet Umno:
1. Kebiasaannya setiap peserta akan diberi duit poket. Katakanlah setiap penyokong diberikan RM50. Bagi menggerakkan 100 ribu penyokong, BN terpaksa membelanjakan RM5 juta untuk tujuan itu!

Nota: Bagaimanapun tidak semua penyokong yang akan menerima RM50. Sebahagian besar mereka hanya menerima RM20 dan RM30 kerana sebahagian peruntukan masuk ke poket Ketua Bahagian atau pemimpin-pemimpin peringkat bahagian.

2. BN juga perlu menyediakan 2272 buah bas percuma untuk mengangkut para penyokong ke Putrajaya. Bas itu semestinya berhawa dingin walaupun sesetengahnya tidak mempunyai permit perjalanan (biasalah... boleh 'runding' dengan JPJ). Jika dianggarkan setiap bas disewa pada harga RM600 (purata untuk seluruh negeri Semenanjung) , maka perbelanjaan yang perlu dikeluarkan adalah RM1.36 juta.

Nota: Seperti kebiasaan, ketua-ketua bahagian akan mark-up tambang bas sekali ganda daripada kadar sewaan apabila membuat tuntutan, ataupun menyewakan bas tidak berhawa dingin yang kadar sewanya kurang daripada bas berhawa dingin, walaupun peruntukan sewanya sama. Biasalah... lebihan duit akan masuk ke poket pemimpin bahagian. Oleh itu, belanja sewa bas akan lebih tinggi daripada peruntukan.

3. BN juga perlu menyediakan nasi bungkus dan air mineral kepada para penyokongnya. Katakanlah harga nasi bungkus adalah RM3.50 se pek dan air mineral RM1 sebotol. Oleh itu BN perlu menyediakan kira-kira RM450,000 untuk tujuan itu. Para peserta juga akan disediakan dua botol lagi air mineral sepanjang perhimpunan dengan peruntukan tambahan RM200,000 menjadikan perbelanjaan makan minum kepada RM650,000.

Nota: Biasalah... Peruntukan makan akan 'diubahsuai' oleh pemimpin bahagian menjadi RM2.00 ataupun RM1.50 se pek. Selebihnya akan masuk ke 'tabung kebajikan' pemimpin. Peserta akan dijamu dengan nasi putih, sayur kangkung separuh masak dan ikan kembung yang dibahagi dua. Tidak mustahil jika bajet air mineral dinaikkan kepada RM2 ataupun RM3 sebotol walaupun harganya RM1 bagi 0.5L. Biasalah... kalau kementerian boleh mark-up harga dan menteri tak kena siasat dengan BPR, takkan Umno bahagian tak boleh.

4. Para peserta juga akan disediakan dengan baner atau kain pemidang. Katakanlah, dua kain pemidang disediakan untuk setiap bas. Oleh itu sebanyak 4544 banner akan membanjiri Putrajaya. Katakanlah setiap baner ditempah pada harga RM200; BN perlu membelanjakan hampir RM1 juta (RM908,800) bagi tujuan itu. Ini tidak termasuk belanja poster-poster gambar Dolah, Najib, Samy Vellu, Ong Ka Ting, MB, KM dan lain-lain pemimpin BN yang bakal dijulang dalam perhimpunan itu.

Nota: Seperti kebiasaan, bajet ini tidak termasuk harga 'mark-up' yang selalunya 100%, 200% mahupun 300% dari harga sebenar. Biasalah... kalau Kementerian Pertahanan boleh keluarkan pembayaran RM1000 juta tanpa sebarang dokumen (vocer pembayaran hilang lapor Ketua Audit Negara!), apalah sangat harga banner yang di'mark-up'.
5. Selain daripada kos dianggar RM8,010,000 di atas, perbelanjaan besar juga membabitkan lain-lain perkara atau 'perbelanjaan luar jangka'. Ini termasuk duit poket untuk para petugas dan jamuan untuk VIP dan VVIP di hotel-hotel sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Kita boleh anggarkan perbelanjaan yang bakal dikeluarkan untuk memperlihatkan sokongan kepada kerajaan BN adalah RM10 juta!
Bajetnya datang dari mana? Tahu sama tahu aja lah...


To leave comments, please refer to latest posting on talkonly.blogspot.com , thank you.

BERSIH&AMAN: Lancang Kuning Berlayar Malam: Haram kuning itu?

hamdy wrote:

asm,
[jawapan ini panjang, semoga sabar membacanya. 3pages arial 10. disertakn juga word doc utk mereka yg nak print]

[difwd juga kepada mereka yg berminat membaca penulisan saya. Utk yg baru membaca sila baca email dibawah sekali utk memahami isu]

setelah membaca lancang kuning belayar malam, walaupun agak lambat saya membacanya, saya membuat kesimpulan ialah warna kuning BERSIH itu dipersoalkan dgn membawa beberapa hadith dari muslim.

saya ingin cuba menjawabnya, bukan atas dasar utk berdebat tetapi utk melihat perspektif lain. Kalau setakat debat, ianya membuang masa. Tetapi saya mahu menjawab agar tidak ada mereka yg terus menerima bulat bulat terutama bagi adik adik yg muda yg mahu membacanya. Inilah amat penting utk saya.

Agak lama saya mendiamkan diri, saya sedang mencari cari hujah nas yg clear cut, walaupun Dr K telah mengajukan hadis tersebut.

Dr K juga menyebut: berkatalah umatnya...
"Be specific... spesies apa? strain apa? variety apa? jantan ke
betina? pondan boleh ke? warna apa? apa saiz? apa tinggi? Apa
beratnya? etc etc" "Ini bukan keldai umat Nasara, Yahudi, Hindu,
Buddha tetapi ini keldai diRaja" >>>>>>

Tujuan menjawab ini bukan kerana spt apa yg dr k tuliskan. Sebenarnya sikap banyak tanya itu bukan hanya wujud pd zaman ini, malah telah wujud pada zaman nabi musa apabila Allah memerintahkan Nabi Musa menyampaikan kepada kaumnya supaya menyembelih lembu. Dari situ, berlakulah rentetan soalan yg benar benar bertanya, juga soalan yg memperlekehkan dari kaum yahudi kepada Nabi Musa pd masa itu.

Ada yg bertanya, kenapa kuning. Jawapan yg diberi oleh salah yg memimpin perarakan dari masjid jamek ialah, warna itu adalah warna sejagat yg digunakan apabila memperjuangkan hak hak demokrasi.

Dari perspektif lain, ialah ahli parti pas begitu ramai yg menyertai, walaupun syiar bendera mereka tidak ditegakkan pada hari itu. Kepimpinan PAS pada masa itu tidak mempersoalkan warna itu pada hari tersebut malah dua pimpinan tertinggi PAS, Presiden dan Timpres juga menyertai. Now, sesuatu yg perlu difahami dari perspektif org yg berlatarkan ugama ialah mereka selalunya bertanya dahulu 'boleh dilakukan dlm islam atau tidak, kalau ye, barulah mereka lakukan'. Secara umumnya ahli pas akan bersikap 'pemimpin tidak halang itu bermakna ok utk dibuat kerana PAS berhati hati dalam isu halal dan haram ini'.

Having said that, bagi kita yg mempunyai kekuatan utk belajar dan mencari ilmu, kita tidak boleh bersikap 'taqlid buta'. Dalam kata lain, kalaupun pemimpin tidak berkata TIDAK, maka adalah baik utk kita mencari akan hujah dan nas, setidak tidak utk memahami bagi diri sendiri. Oleh itu, persoalan yg dihujahkan oleh Dr K adalah wajar & fair.

CUMA apabila Dr K mengatakan ustaz2 menyembunyikan didalam tulisannya... bagi saya itu kurang adil... hujah yg saya bawakan insyallah akan mengatakan assumption dr K tidak adil dan tidak tepat... Dr K berkata demikian berdasarkan kefahaman dan conclusion yg beliau buat. Ianya boleh difahami kerana kita selalunya bertindak, berfikir, menganalisa berdasarkan kefahaman dan apa yg ada dibelakang minda kita. (ni tak ada dlm word doc..)

Warna kuning ini agak special dlm kehidupan kita. Sebagai contoh, jika kuning yg kita persoalkan itu benar benar haram, maka org yg paling berdosa di Malaysia ini ialah antara 'mereka yg menghabiskan duit rakyat' iaitu raja raja melayu. Ini adalah warna keagungan mereka ialah warna kuning tapi saya tak tahu semenjak turun termurun mana. Samada Parameswara dulu berwarnakan kuning, saya pun kurang arif. Raja melayu bukan saja lambang pemerintahan malaysia, malah mereka adalah lambang peneraju Islam dlm negara ini. Jika kuning itu adalah berdosa, maka mereka lah yg berdosa berlipat ganda dan antara org yg paling juga berdosa ialah ulama penasihat mereka seperti hassan din alhafiz.

Kuning juga amat penting dalam ilmu perubatan bomoh dimalaysia. Jika anda pergi atau terserempak dgn bomoh, dan anda lihat warna kuning digunakan dgn meluas sekali, maka itu bermakna bomoh itu menggunakan sepenuhnya buruh JIN. Sbg contoh apabila seorang jiran saya mengecat warna kuning disalah satu tiang rumahnya dan kemudian tiang itu dicat warna lain diatas warna kuning itu, saya dgn cepat mengetahui bahawa rumah itu dikawal oleh JIN. Begitulah hebatnya warna kuning.

Setakat malam ini, saya telah cuba meniliti beberapa buku ini tetapi masih belum berjumpa akan persoalan warna kuning ini secara direct.
Buku Halal & Haram dlm islam - yusuf qardhawi.
Fiqih Sunnah - sayid sabiq
Fatwa masakini jilid 1-8- yusuf qardhawi,
Tafsir ayat ayat hukum dlm quran jilid1-2 - M Ali AshShabuni
Bimbingan mukminin Iman Ghazali
Riyadhus Shalihin - Imam Nawawi Jild 1-4.
minhajul abidin- imam ghazali
(Malangnya dlm koleksi buku saya, saya tertinggal bukhari & muslim..insyallah akan saya dapatkan segera)

Didalam riyadhus shalihin yg ada mengaitkan hal warna pakai didalam kitab pakaian jilid3 diatas tajuk [Sunnahnya mengenakan pakaian putih dan bolehnya mengenakan pakaian berwarna merah, hijau, kuning, hitam, juga boleh mengambil pakaian dari.....dan lain lain kecuali sutera].

Cuma didalam bab ini tidak dinyatakan larangan pada sebarang warna tetapi ada sebutan mengenai warna warna pakaian, cuma hadis hadis yg dikeluarkan menekankan kepentingan warna putih termasuk warna putih mengapankan mayat. Ada juga disebut akan Rasullullah memakai pakaian merah, hijau, dan juga berserban hitam semasa hari kemenangan membebaskan mekah. Tidak disebutkan larangan terhadap sesuatu warna.

Begitu juga didalam buku halal dan haram, tidak ada juga disebutkan larangan terhadap sesuatu warna secara specifik.

Dr K telah mengutarakan hadis : Muslim 024: 5173:
'Abdullah b. 'Amr b. al-As reported: Allah's Messenger (may peace be
upon him) saw me wearing two clothes dyed yellow. whereupon he said:
These are the clothes (usually worn by) the non-believers, so do not
wear them.
Dan kalau dibaca hadis itu secara literal, ianya memang menunjukkan akan warna kuning itu menjadi isu.

TETAPI, yg menariknya, didalam buku Halal & Haram, yusuf Q meletakan hadis ini dibawah tajuk LAKI LAKI MENYERUPAI PEREMPUAN DAN VICE VERSA.

Didalam bab ini, yusuf Q membincangkan akan hal Allah melaknat lelaki menyerupai perempuan vice versa. Dan beliau menutup bab itu dengan mengatakan " JUSTERU itu pulalah , maka Rasullullah saw melarang laki laki memakai pakaian yg dicelup dgn 'ashfar (ie winter berwarna kuning yang biasa dipakai untuk mencelup pakaian2 wanita dizaman itu). Ianya dikuatkan dgn kata kata Ali r.a "Rasullullah saw pernah melarang aku memakai cincin dan pakaian sutera dan pakaian yg dicelup 'ashfar". (dalam kata lain, cincin, sutera dan celupan 'ashfar itu adalah hak perempuan, jika dilihat secara sekelompok)

Dan kemudiannya yusf q membawa kata kata dari Ibnu Umar iaitu "Bahwa Rasullullah saw pernah melihat aku memakai dua pakaian yg dicelup dengan 'ashfar, maka sabda Nabi: ini adalah pakaian org2 kafir, oleh itu jangan kamu pakai dia" (hadis ini yg Dr K bawa tapi dlm bahasa inggeris)

Apabila, bab ini dibaca dan dikaitkan dgn dua hujah dari Ali dan Ibnu Umar, maka saya tidak pasti samada warna kuning itu yg dipersoalkan atau isu asfar itu dikaitkan dgn pakaian perempuan yg dimaksudkan. Saya lebih suka mengambil dua hujah itu dlm kaitan pakaian perempuan dan isu lelaki yg menyerupai perempuan kerana ianya diletakkan dibawah tajuk lelaki yg menyerupai perempuan&vice versa. Tambah lagi dlm riyadhus salihin dinyatakan bahawa dibolehkan memakai berbagai warna termasuk kuning, walaupun riyadhus salihin tidak menyebut sebarang hujah yg bermaksud kuning.

tetapi apabila hujah riyadhus salihin dan hujah buku halal & haram dalam islam , dikembarkan maka kita lihat bahawa warna kuning itu bukan satu yg menjadi isu. Dlm kata lain hadis itu bila dibincangkan tidak berdiri dgn sendiri, malah perlu dibaca dgn hadis lain.

Jika kuning itu haram, sudah tentu Yusuf Q akan membahaskannya dgn baik dan saya tidak rasa Yusuf Q dari jenis ulama@ustaz yg menyembunyikan...nauzubillah..

[kalau saya dlm mood debat, saya akan cabar dr K utk menarik balik tuduhan menyembunyikan itu..tapi tulisan ini adalah dlm mood lain]

{Confused? anda dinasihatkan utk berhenti dan pergi minum air dahulu. Mungkin anda ingin print sebab jawapan ni panjang}

TETAPI, having said all that, jika anda memakai warna kuning terutama sama warna dgn warna kuning sami (yg standardnya warna kuning emas gelap mcm sami myanmar itu), dan anda mempunyai niat utk menyamakan diri anda dgn diri mereka, maka itu JELAS HARAMnya kerana org islam dilarang menyerupai kaum lain ie bukan islam, Itu jelas.

MALAH utk kita lelaki, jika memakai kemeja dan seluar itu utk meniru org barat, maka kita sudah mendapat dosa kerana meniru dan menyerupai. Ditambah lagi jika kita mahu mengikut Rasullulah saw intotal, then beliau amat menggemari baju gamis (riyadhus salihin).

Satu Persoalan: ADAKAH SETIAP HADIS YG MENGATAKAN SESUATU ITU HARAM MAKA AKAN TERUS MENJADI HARAM?

{saya sebenarnya tidak layak membahaskan topik begini sebab, grad in IT ,practitioner in HR, biz in property, tetapi saya ingin meneruskan. Bagi yg kurang yakin, silalah merujuk pd sesiapa yg lebih arif}

Kes 1: Utk lelaki. Dilarang mencukur janggut.

Didalam buku halal& haram dlm islam, yusuf q, dibawakan hadis bahawa lelaki islam mencukur janggut. Riwayat Bukhari, dari Ibnu umar Rasullullah bersabda �berbedalah kamu dgn org musyrik, peliharalah janggut dan cukurlah kumis�. Pengertian dari hadis ini ialah umat lelaki islam dilarang utk mencukur janggut. Maka apakah dilarang disitu mensabitkan hukum haram? Tetapi apabila dibahaskan oleh para ulama, (& to cut it short) mereka telah menghukumkan haram spt ibnu taimiyyah, makruh sebagaimana disebut dlm fathul bahri, dan mubah@harus oleh ulama ulama sekarang. Pendapat yg pertengahan adalah makruh.

Kes 2: utk perempuan, menipiskan alis mata.

Bukhari menyebut, Rasullulah saw melaknat perempuan yg minta dicukur alisnya.

Bila dibahaskan oleh ulama islam yg sholeh, mazhab hanbali membenarkan asalkan dgn izin suami . Imam nawawi tidak membenarkan sama sekali. Dan imam thabari memberi gambaran ianya dibenarkan.
{assumption: semua wanita diatas adalah wanita menutup aurat dgn baik iaitu bukan wanita pakai tudung seluar ketat}

Didalam kes kes begini, saya yakin para ulama tidak melekehkan hadis hadis Rasullullah saw, tetapi mereka membaca dari perspektif contextual, bermaksud, mereka cuba menyelami apa yg Rasullullah saw maksudkan dengan cuba memahami persekitaran, keadaan apabila ianya disebut oleh beliau, juga dgn melihat riwayat riwayat lain yg kukuh dan mengukuhkan antara satu hadis dgn satu hadis yg lain.

So adakah kuning itu tidak dibolehkan...kalau tanya saya..ianya non isu ..

Cukuplah rasanya..semoga memberi manfaat.
Saya memohon keampunan dari Allah diatas sebarang kesalahan dan juga sebarang ujub riak & takbur.
Wallahualam.



Dr K wrote:

Tak sangka pula, tulisan saya kepada rakan-rakan rapat sebatch boleh
sampai ke sini. Tapi kalau tersiar bab itu sahaja, tanpa beberapa
cerita asal & terkemudian tentulah lain jadinya. Bak kata TG Abdul
Hadi "tidak boleh ambil ugama suku, yang lain suku!"

In the late 80's, I saw mantan-Mufti Selangor Ishak Baharom di RTM1.
He said "Lelaki haram pakai sutera. Wanita boleh pakai tetapi tidak
boleh dibawa bersolat kerana sutera adalah najis". Ekoran itu, saya
bertanya seorang ustaz yang mengiyakan benar sutera najis. Saya
tanya kenapa? Ustaz jawab "Ia keluar dari ulat". Saya
maklumkan "madu juga datang dari ulat (Arthropoda)". Ustaz
jawab "madu keluar dari mulut, sutera keluar dari bontot (l found
out later it comes from neither anal nor mouth but another liang)"
Saya bilang "Muntahan dari mulut juga najis". Ustaz said "Ya tak ya
juga. Nanti minggu depan saya bagi jawapan!" which tak pernah
berlaku sampai hari ini.

Sudahnya saya mencari-cari jawapan di Quran dan hadith dan antara
nas yang terjumpa adalah berikut:

Muslim 024: 5176:

'Ali b. Abu Talib reported that Allah's Messenger (may peace be upon
him) forbade wearing of silk and yellow clothes, and the gold ring,
and the reciting of the Qur'an in the ruku' (state of kneeling in
prayer).

I have wondering kenapa ustaz-ustaz "menyembunyikan" tentang
larangan berbaju kuning. Dan saya bersangka ustaz-
ustaz "menyembunyikan" kerana khuatir orang-orang kayangan murka.

Apabila seorang rakan mengajak berbaju kuning maka saya khabarkanlah
tentang hadith itu kepada rakan-rakan rapat. Dan bertanyalah Kak
Shahidah kita "Mengapa kuning?" Dan saya jawap biasanya saya tak
mencari apa sebab mengapa tidak boleh jika sudah ada nas yang sahih.
Takut jadi Astora yang meng"halal"kan katak walaupun terdapat hadith
sahih Rasullulah melarang bunuh kata walaupun untuk dibuat ubatan.
But dalam waqe' terpaksa atau sengaja, saya yang lemah iman kadang-
kadang memakai juga tali leher sutera, butang suasa dan t-shirt
kuning dengan alasan sikit aje sutera, emas dan kuningnya!

Dua minggu lalu, saya berada di Melaka. Dek kerana saluran lain tak
jelas, saya tengok aje siaran langsung Ehwal Islam. Kebetulan
Ustazah Nor Bahyah menceritakan kisah sahabat-sahabat yang meraikan
kemenangan Islam dalam peperangan Khaibar . Mereka sembelih masak
keldai. Apabila diberitahu Rasullullah melarang muslim makan keldai.
Mereka terus menanam masakan tersebut bersama periuknya. Dan
Rasullullah berkata "Tidak payahlah sampai periuk pun ditanam kerana
yang haram hanya daging keldai". Ustazah berkata "Begitulah
tingginya iman mereka. Mereka patuh tanpa mencari helah untuk makan
keldai. Tak minta atau pujuk Rasullullah supaya pengharaman bermula
esoknya"

Barangkali cerita Ustazah dari hadith berikut:

Bukhari 4:52:234:
Narrated Anas:
The Prophet reached Khaibar in the morning, while the people were
coming out carrying their spades over their shoulders. When they saw
him they said, "This is Muhammad and his army! Muhammad and his
army!" So, they took refuge in the fort. The Prophet raised both his
hands and said, "Allahu Akbar, Khaibar is ruined, for when we
approach a nation (i.e. enemy to fight) then miserable is the
morning of the warned ones." Then we found some donkeys which we
(killed and) cooked: The announcer of the Prophet announced: "Allah
and His Apostle forbid you to eat donkey's meat." So, all the pots
including their contents were turned upside down.

Saya terfikir barangkali kalau larangan turun di zaman ini, akan
berkatalah umatnya...

"Be specific... spesies apa? strain apa? variety apa? jantan ke
betina? pondan boleh ke? warna apa? apa saiz? apa tinggi? Apa
beratnya? etc etc" "Ini bukan keldai umat Nasara, Yahudi, Hindu,
Buddha tetapi ini keldai diRaja"

Dan terjumpalah saya jawapan kepada soalan Kak Shahidah kita:

Muslim 024: 5173:
'Abdullah b. 'Amr b. al-As reported: Allah's Messenger (may peace be
upon him) saw me wearing two clothes dyed yellow. whereupon he said:
These are the clothes (usually worn by) the non-believers, so do not
wear them.

Muslim 024: 5175:
'Abdullah b. 'Amr reported: Allah's Apostle (may peace be upon him)
saw me in two clothes dyed yellow, whereupon he said: Has your
mother ordered you to do so? And I said: I will wash them. He said:
But burn them.

Siapakah non-believers itu? Umat Hindu atau Buddha? Setahu saya
beribu-ribu tahun umat Buddha berbeda tentang kuning yang paling
afdal dan terbaik dari kuning cair sampailah oren, golden dan even
red. Saya khabarkan hadith-hadith itu kepada rakan-rakan rapat dan
ada saudara yang berkata seakan-akan "lakumdinnukumwaliyadin":
Semoga segala persoalan KEKUNINGAN akan dijawab oleh Allah sendiri
semasa menjadi tetamuNya, insyaAllah.

Dan saya yang lemah iman ini, masih sesekali teringin bertali leher
sutera, berbutang suasa dan bert-shirt kuning dengan alasan yang
masih sama. Teringat saya sergahan Ismail Kamus "jika sedikit tahi
cicak terjatuh ke dalam air sirap tuan, tuan keluarkan tahi
cicaknya, apakah tuan akan meminumnya?" Apakah saya juga
seorang "Little Astora"?


To leave comments, please refer to latest posting on talkonly.blogspot.com , thank you.

PETIKAN DARIPADA LAMAN WEB RASMI PPIM

http://www.muslimco nsumer.org. my/ppim/plugins/ custompages/ faq.php

1. Benarkah Pringles dan Dove mengandungi lelemak minyak babi? Tolong siasat dan maklumkan demi kepentingan Umat Islam.

Jawapan: Ini merupakan satu soalan am yang agak susah hendak dijawab dengan tepat. Namun demikian sebagai pengguna Islam, kita harus melihat dari sudut yang lebih luas dan harus tahu bagaimana kebanyakan produk yang dihasilkan. Rasanya hari ini para pengguna Islam harus melihat lebih jauh lagi dalam apa-apa soalan yang berkaitan halal dan haram. Dalam kes Pringles, terdapat Pringles yang dibuat di Malaysia. Semasa wakil Pringles berjumpa PPIM mereka memberi �jaminan� bahawa Pringles Malaysia halal tetapi pada waktu itu tiada sebarang pengesahan dapat diperolehi.

Halal yang mereka jamin adalah berasaskan pemahaman mereka sendiri, sebuah syarikat korporat bertaraf antarabangsa. PPIM juga bertanya apakah jaminan mereka juga merangkumi �parallel imports� iaitu Pringles yang diimport daripada luar Negara yang juga ada dalam pasaran. Mengikut mereka yang diimpot tidak diberi sebarang jaminan dan bungkusan yang diimpot dan yang dibuat di Malaysia adalah sama. Tidak terdapat sebarang penafian penggunaan bahan haram dalam produk impot. Jadi pengguna Islam juga terdedah kepada produk impot yang tidak halal.

Mengenai Dove, apa yang kami ketahui adalah penggunaan Sodium Tallowate yang menggunakan lemak lembu. Sama ada lemak lembu digunakan untuk disapu kepada muka itu halal atau tidak, hanya Allah yang ketahui. Lagipun tiada sebarang pengesahan daripada mana-mana pihak yang memberikan jaminan.

Marilah kita pengguna menggesa semua produk paling kurang mendapatkan tanda halal JAKIM kalau tidak kita pakat-pakat tak beli. Kita berikan mereka ini tanggungjawab paling kurang kena faham konsep halal dan keperluan umat Islam. Kita juga harus ingat terdapat banyak lagi produk sepertinya yang diusahakan oleh pengusaha Islam atau yang dimiliki oleh syarikat Malaysia yang pada jangka panjang membawa manfaat kepada Negara. Berbalik kepada isu Pringles, di sini para pengguna Islam harus menggunakan kuasa pengguna untuk menggesa mereka harus mendapatkan halal JAKIM dan juga menukar bungkusan bagi memudahkan para pengguna (terutama anak-anak dan mereka yang kurang prihatin) memilih jika tak dapat menahan diri daripada membeli Pringles..

Pilihan tempatan juga ada, antaranya dikeluarkan oleh FAMA dan juga Mr Potatoes. Pengguna barus bijak memilih berdasarkan prinsip yang tersebut di atas

tolong sebarkan...


To leave comments, please refer to latest posting on talkonly.blogspot.com , thank you.

Monday, November 26, 2007

Did you forget about Fallujah? Fallujah didn't forget

muslim@yahoo.com, UNEXPECTED_DATA_AFTER_ADDRESS@.SYNTAX-ERROR. wrote:


http://musliminsuffer.wordpress.com/


bismi-lLahi-rRahmani-rRahiem
In the Name of Allah, the Compassionate, the Merciful



=== News Update ===

Did you forget about Fallujah? Fallujah didn't forget

Wakeupfromyourslumbe
ach11.jpeg

November 19, 2007

I watched a few days ago one of Al Jazeera’s good programs "Without Frontiers" and it was about the city of Fallujah.. considering that it was the third anniversary of the Fallujah battle. I translated the most interesting portions of the program as there hardly is any news coming out of Iraq and especially Fellujah. Most interestingly I found out during that program that al Jazeera was the only TV network that managed to enter Fallujah during the first battle.. and the US’s condition to stop the battle, was that Al Jazeera should leave. This is how the United States "liberated" Iraq. This is how the United States hopes to spreads "freedom" and "democracy" throughout the Middle East.

++++++++++++++++++++++

Translation of Al Jazeera Arabic’s program 1st week of November 2007 "Without Frontiers. Anchor Ahmad Mansour. Guest: Scilla Elworthy Ph.D

Scilla is founder of Peace Direct, and founder and Chair of Oxford Research Group with Fallujah as a case study

Anchor Ahmad Mansour gives a little background on the destruction inflicted on Fallujah by US forces before starting the discussion:

36000 homes
9000 shops
65 mosques
60 schools
Historic city library
All the government offices
All the infrastructure of the city
All Power stations
Entire water treatment station
Entire sewage system
Entire communication system

As for the number of killed in the Fallujah battle from April to November 2004, it exceeded 6000 deaths and as many injured. As for 300 thousand inhabitants of the city, they were either killed or transformed into homeless desperate refugees in search for a roof to spend the night under.

Some say that the Fallujah battle was the biggest battle for American forces in Iraq. Some say that it was the biggest battle for American forces since Vietnam. What many people don’t know however is that until today and after it destruction in 2004, Fallujah is still under siege by US forces who don’t allow anyone in except for the people of the city. That being said, they have only been allowed in or out for the past 3 years with special magnetic ID cards, retina scans, finger prints and heavy body searches. Fallujah has been transformed into the biggest prison in Iraq. Along with Gaza, both have become gigantic prison camps under the silent gaze and complicity of the whole world. Why is the city of Fallujah and its inhabitant paying this incredible price? Why has Fallujah become a prison camp for over 300, 000.00 Iraqis? Why is the world so silent and even complicit in the collective punishment of 300,000.00 people who are mostly women, children and elderly?

[]

[]

The full story in
http://uruknet.info/?p=m38396&hd=&size=1&l=e

===



-muslim voice-
______________________________________
BECAUSE YOU HAVE THE RIGHT TO KNOW

Unknown Soldier...A Compliment To.

Who ever the Kadet Pencen is...

Keraton Rakyat wrote:

saudara kadet pencen,
terimakasih atas kiriman emel dari pihak saudara yang amat besar manfaatnya.
insyaALLAH akan kami perpanjangkan sibarannya.
selamat berjuang.
terimakasih
nobat
keratonrakyat.

Kadet Pencen wrote:

Kenyataan Khairy di Tanah Merah tunjukkan himpunan 10Nov berkesan / Al-quran di atas rehal, bolehkah sekadar bertanya?


Detikdaily
Kenyataan Khairy di Tanah Merah tunjukkan himpunan 10Nov berkesan
Posted on Saturday, November 24 @ 11:07:53 EST by reformis
Surat Pembaca Oleh Din Tualalang

Amboi mak, islamiknya menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin bila dia pergi ke Kelantan, macam juga mak mentua barunya, Jeanne Abdullah yang bertudung bila sampai ke Kota Bharu! Apa tidaknya, lihat saja laporan akhbar yang memetik kata Naib Ketua Pemuda Umno itu yang mendakwa PAS sekarang terdesak sehingga sanggup bersama NGO Kumpulan 11 demi menunjukkan kekuatan kepada Umno, dalam perhimpunan 10 Nov.

Dari awal lagi saya dengar propaganda BN mahu gagalkan himpunan 100,000 itu dengan menghantar SMS bahawa penganjur sebenar demonstrasi besar-besaran itu ialah kumpulan anti-Islam seperti IFC dan Artikel 11. Pendakyah yang didalangi Khairy ini mahu gagalkan perarakan raksasa itu dengan menyangka ahli dan penyokong PAS akan memboikot himpunan 10 November itu bila menyedari "mereka diperalatkan" oleh "musuh-musuh Islam".

Bagaimanapun usaha Khairy dan budak-budaknya itu, dibantu oleh polis Cawangan Khas (SB) itu gagal dan langsung tidak mendapat sambutan. Pelik juga, bila orang macam Khairy prihatin dengan bab-bab agama ini? Sedih melihat Khairy "silap masuk jalan", tapi apabila Khairy temberang lagi di Kelantan
semalam, makin ramailah orang senyum kambing tengok menantu Imam Hadhari ini cuba peralatkan agama untuk kepentingan politiknya. Khairy nak tunjuk hero dengan orang-orang Umno Kelantan yang sudah berputih mata untuk mengalahkan kerajaan pimpinan Tok Guru Nik Aziz.

Image


Orang-orang macam Khairy cukup takut apabila melihat pembangkang boleh bersatu dan berpadu atas isu-isu kepentingan bersama ini. Mereka suka PAS sebagai tonggak barisan pembangkang diasingkan terus daripada kumpulan NGO lain, yang turut prihatin dan bersikap proaktif dengan isu-isu pilihan raya bersih dan adil ini. Mereka menjadi semakin kecut perut jika PAS dapat mengetuai kebangkitan rakyat untuk berdepan dengan penyelewengan dan salahguna kuasa Abdullah Ahmad Badawi.

Khairy mahu menangguk di air keruh, dia berhasrat untuk memecahkan kesatuan pembangkang, termasuk kombinasi padu antara PAS dan Anwar Ibrahim. Jadi, benda-benda kecil dan remeh-temeh pun mahu dibesarkan, bertujuan supaya orang PAS menolak sebarang kerjasama dengan pihak lain. Khairy dan puak-puaknya memang suka sangat kalau PAS berjuang bersendirian dan menolak kerjasama dengan orang lain, termasuk NGO yang kini makin jelas menolak BN.

Menyedari dia bercakap di Kelantan, maka Khairy pun berlakon sebagai anak muda yang concern dengan sensitiviti agama, termasuk mengungkit latarbelakang kumpulan Artikel 11. Nak tergelak baca kenyataan Khairy itu, seolah-olah selama ini dia begitu prihatin dengan soal akidah umat Islam yang semakin goncang, seolah-olah dia begitu susah hati dengan gejala murtad yang berlaku.

PAS mempunyai sikap jelas terhadap sebarang usaha menggugat akidah umat tetapi dalam masa sama sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi menyuarakan protes dan bantahan terhadap 1001 penyelewengan kerajaan BN, khususnya dalam soal-soal asas, seperti "membersihkan" proses pilihan raya supaya menjadi bebas dan adil untuk semua pihak yang bertanding.

Khairy tentu terkejut melihat bagaimana sambutan luar biasa ditunjukkan rakyat, biarpun dia dan pak mentuanya berteriak memberi amaran dan ugutan agar menjauhkan diri daripada himpunan itu. Apabila rakyat sudah hilang takut dengan ugutan tak bertamadun itu, dan bersedia bergabung tenaga dalam satu barisan, maka kekuatan palsu BN boleh tergugat bila-bila masa sahaja. Mereka tentu panik melihat tokoh-tokoh seperti Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang boleh bersama-sama memimpin gerakan protes yang hebat itu.

Lihat saja laporan Berita Harian ini, yang memetik kenyataan Khairy di Tanah Merah Kelantan:

Pas akan terus terdesak menjelang pilihan raya dan sebab itu parti itu sanggup menghimpunkan penyokongnya dari pelbagai negeri dalam perhimpunan jalanan baru-baru ini.

‘‘Sedangkan perhimpunan itu bukan digerakkan Pas pun tetapi Pas hanya mengikut telunjuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, DAP dan NGO- NGO yang menganjurkan perhimpunan itu hingga akhirnya penyokong Pas yang lebih ramai.

‘‘Sebab hendak tunjuk kekuatan juga, Pas boleh bersama dalam perhimpunan yang turut dihadiri NGO bergelar Kumpulan Artikel 11 yang jelas memperjuangkan kebebasan beragama mutlak,” ujarnya.

*****.*.*****

Al-quran di atas rehal, bolehkah sekadar bertanya?
Annual Bakri Haron
Sat | Nov 17, 07 | 4:25:00 pm MYT
Apa yang paling menarik perhatian rakyat yang peka mengenai Islam di sepanjang Perhimpunan Agung Umno tempoh hari mungkin cuma satu perkara iaitu terdapatnya al-quran yang dihiasi di atas rehal.
Sila layari www.englishsection. com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily. net/wap/ untuk melayari HarakahDaily. Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Saya sekadar ingin bertanya sebenarnya. Adakah al-quran berada di situ secara kebetulan?

Bagaikan bahan pemujaan, adakah kehadirannya di situ sekadar perhiasan? Adakah Al-Quran diletakkan kerana ia adalah perlembagaan hidup yang diperjuangkan sebuah parti kebangsaan? Atau, ia sekadar mahu mengelirukan perwakilan supaya beranggapan bahawa Umno yang sekularpun kadang-kadang mahu juga kepada Islam.

Itupun mengikut keadaanlah. Sesuai, dipakai atau jika tidak, disimpan.

Di dalam al-quran, kita ada ajaran mengenai beriman kepada Allah dan Rasul. Kita diharam melakukan syirik. Kita wajib percaya kepada alam ghaib. Kita digesa beriman kepada adanya malaikat. Kita mesti beriman dengan pembalasan akhirat dan beriman dengan qadha dan qadhar.

Dalam al-quran, ada qisah dan sejarah. Ada berita tentang kezaliman Narud dan Firaun yang menindas kebenaran ajaran wahyu yang dibawa oleh Nabi Ibrahim dan Musa.

Dalam kitab suci yang amat kita kasihi ini ada menukilkan perjalanan hidup Rasulullah SAW; kelahirannya, Israk Mikrajnya, kegemilangan akhlaknya, pelantikan kenabiannya, pengkhianatan dan pemboikotan terhadap Bani Hashim dan Bani Muthalib, peristiwa hijrah, usaha membina masyarakat Islam di Madinah melalui Sahifah Madinah, peristiwa Bai'atur Ridhwan yang akhirnya membawa kepada pembukaan Kota Makkah.

Di sana ada persoalan perang dan damai, pengurusan ekonomi, penyediaan bajet untuk fakir miskin dan orang yang terikat dengan hutang. Semuanya sarat dengan contoh dan teladan untuk dilaksanakan. Islam di gambarkan melalui al-quran dalam satu kerangka Deen yang lengkap melalui sirah dan perjalanan hidup Nabi s.a.w. yang teliti, diterjemahkan dalam segenap gerak diam dari setiap detik tingkah laku di sepanjang 23 tahun tempoh kerasulan.

Apa yang tersangat mustahak diperhatikan ialah Islam bawaan junjungan kita didasarkan kepada panduan al-quran sepenuhnya. Tanpa sejanggut udang, Nabi kita tidak pernah berkompromi dengan budaya dan cara hidup jahiliyah tinggalan nenek moyang Abu Lahab dan Abu Jahal. Islam sentiasa tegap berdepan dengan pokok jahiliyah dari pucuk, daun, ranting, dahan, batang , akar ke umbi.

Susulan pertanyaan selanjutnya ialah apa sikap Umno terhadap Islam sejati, yang dibawa oleh para Rasul, nabi-nabi dan wali-wali zaman berzaman sehingga sudah mulai pandai mengusung al-quran kedalam perhimpunan agungnya buat pertama kali?

Dengan meletakkan al-quran di hadapan, mari kita ke makmal minda sekejap untuk menguji kejujuran. Apa pandangan Umno mengenai usaha mengalih aqidah Islam dan meletakkan Allah Yang Maha Berkuasa, Maha Memiliki Kerajaan dan Maha Menentukan segala Undang-Undang dan menukar gantikannya dengan faham kebangsaan?

Apa pandangan Umno sampai seolah-olah berani meletakkan Allah tidak berfungsi? Apa pandangan Umno mengenai tauhid dan syirik? Apa pandangan Umno mengenai murtad dan mulhid. Apa pandangan Umno mengenai tudung dan aurat? Apa pandangan Umno mengenai arak dan judi? Apa pandangan Umno mengenai amalan menolak hudud dan menyamannya?

Apa pandangan Umno mengenai amalan menerima sebahagian dari kitab dan menolak sebahagian darinya? Rasuah dan penyalahgunaan kuasa? Menyekat bantuan SAR. Pengundi hantu? Adanya dua senarai pemilih? Undi pos?

Di tengah-tengah kekeliruan haluan yang digambarkan oleh amalan pucuk pimpinannya itulah, rakyat mempunyai syak yang kuat perihal terdesaknya Umno untuk mendapatkan sokongan. Banyak pihak beranggapan, oleh kerana kepimpinan Umno terkini sudah terhakis keyakinannya dari hati masyarakat Tionghua, Siam dan India, mereka mula cuba mahu dirinya dilihat sebagai pembela kepada masyrakat Islam pula yang berbangsa Melayu.

Maka, antara kucup keris dan al-quran yang dihiasi di rehal, pemimpin Umno cukup dilihat serba salah dan amat kelakar ketika menghunus keris. Sambil mengacah-acah rata itu, 'dia' cuba cuba pula mendakwa bahawa keris Melayunya itu adalah untuk membela orang Melayu dan non-Melayu. Pulak!

Menyentuh tentang keris, PAS tiada cadangan untuk berperang dengan sesiapa. Kami menghormati, ia sekadar sejenis senjata pesaka kesayangan orang Melayu. Tidak terlalu terbawa-bawa dengan mitos kekeramatan keris, PAS cuma serius memikirkan bagaimana lisan dan tulisan boleh berdakwah.

Seperti yang sering disebut oleh Mursyidul Am PAS, kita ini datang dari keturunan yang sama. Sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan dan Siam, kita dari Adam yang satu. Islam berkembang bukan dengan mata keris dan pedang tetapi dari kepetahan dan kelembutan lisan dan tulisan sejak dari dahulu. Di sini, Umno tidak akan mampu memahami hikmah dan kepentingan perpaduan kerana 'dia' sendiri bertolak dari pengkalan faham kebangsaan yang menolak Islam. Dia keliru dengan keris yang digenggamnya sejak dari awal-awal lagi. Ini yang sekejap hunus, sekejap kucup nih!

Kemudian, dengan penuh tidak cermat, pemimpin Umno sering menakut-nakutkan pula rakyat tentang bahaya Islam yang boleh memecah belah. Tidakkah Islam itu sendiri adalah satu gagasan perpaduan terbesar berasaskan kesatuan dan perpaduan tauhid.

Mustahil Allah SWT yang bersifat Maha Bijaksana; mencipta manusia dan ugama yang diredaiNya dalam sistem hidup Islam yang lengkap tetapi tiba-tiba pula boleh membawa bahaya dan memecah belahkan perpaduan kaum ?

Contoh unggul yang boleh dirujuk dari sejarah Islam ada terpahat melalui kelahiran tiga tokoh besar generasi sahabi yang bernama Salman Al-Farisi(Farsi) , Bilal Al-Habashi (Habshah) dan Suhil ibn Rumi (Rom) yang boleh hidup penuh rukun bersama seluruh umat Islam di zaman Nabi. Jika dalam konteks terkini di Malaysia, mereka mungkin boleh di samakan dengan kaum Melayu, Cina, India dan Benggali.

Bagi orang Melayu, segala bukti non-pembelaan terhadap bangsanya sudah lebih dari cukup. Bagi non-Melayu pula, mereka kurang nampak dan mulai tidak yakin lagi akan satu masa depan yang cerah untuk Malaysia dibawah kepimpinan Umno yang ada sekarang. Di hati kecil rakyat Malaysia pada amnya, apa yang sering terbetik dan dapat kesan dengan mudah oleh mereka ialah suasana cemerlang yang dibuat-buat. Pertumbuhan ekonomi. Laungan ucapan. Sokongan dan perhimpunan. Pelancaran itu dan ini. Lagu-lagu patriotik. Hampir semuanya seakan-akan diokestrakan secara 'pre-council' .

Lalu, sekadar bertanya. Adakah al-quran yang didudukkan di rehal dalam Perhimpunan Agung Umno yang baru berlalu itu adalah satu lagi ilham tambahan dalam sebuah sediwara terbaru?

Sesungguhnya, seratus ribu lautan manusia yang berbaju kuning, yang sanggup bergantungan di palang Komuter, STAR dan LRT; berkeliaran dan kadang-kadang kelihatan bertempiaran lari menyelamatkan diri dikejar polis, SB dan FRU di Masjid Negara, Masjid Jamek, Masjid India,Central Market dan lorong kaki-kaki lima kedai yang mengiringi Presiden PAS dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat ke Istana Negara pada demonstrasi aman pada 10 November 2007 yang lalu mengesahkan satu perkara sahaja iaitu: Umno yang sudah ditolak kerana mengkhianati amanah Allah dan mencemuh agama sendiri, mengherdik bangsa Melayu, bahkan sistem demokrasi berpilihan raya untuk kepentingan bangsa-bangsa di Malaysia.

Demonstran bukan mencabar apa-apa atau sesiapa seperti yang cuba disogok oleh Presiden Umno dan Timbalannya tetapi sekadar menuntut hak untuk melihat pilihan raya kali ke-12 dijalankan dengan BERSIH sebersih-bersihnya. Itu saja. Takkan salah!

Tidak berbangkit langsung, Presiden Umno yang pantang dicabar atau 60 NGO dan parti-parti politik pembangkang yang cuba mengheret Yang di-Pertuan Agong ke kancah politik.

Macam mana pula, Pengerusi SPR dilantik oleh baginda tiba-tiba pula baginda dilihat sebagai seorang yang tidak boleh ambil tahu mengenai hal ehwal perjalanan pilihan raya yang bakal membentuk kerajaan negaranya sendiri!

Soal Kebawah Duli kita akan diheret ke mana-mana pun tidak timbul kerana baginda lebih arif dari apa yang mungkin disangkakan oleh sesetengah pemimpin Umno. Duli-duli Baginda Raja-Raja kita ada penasihat-penasihat yang cukup lengkap.

Ini bukan zaman sistem monarki berkuasa mutlak Raja Hammurabi dalam tamadun Mesopotamia 3,500 tahun S.M. di mana 'the right devine of Kings is to govern wrong' - Alexander Pope.

Sebagai penutup, izinkan saya kembali kepada pertanyaan asal. Untuk apa al-quran di rehal di dalam perhimpunan itu sebenarnya kerana kamipun memakai kitab yang sama di Kelantan.

Fungsinya berlainan sama sekali. Menteri Besar Kelantan menjadikannya sebagai panduan praktikal dalam pemerintahan dan bukan perhiasan untuk sekadar teman berpidato demi mengelabui mata sesiapa atau bagi lain-lain tujuan kosmetik. - mks.

Sunday, November 25, 2007

KHILAFIYYAH BUKAN PUNCA BIDAAH, TETAPI GHULU

eddy@....... ..com.my wrote:



Khilafiyyah bermaksud perbezaan pendapat. Perbezaan pendapat dalam semua perkara adalah perkara biasa, seperti perbezaan pendapat diantara suami Isteri, ketua dengan pengikut, pemimpin dengan rakyat dan sebagainya.

Antara perkara khilafiyyah yang berlaku adalah, perkara khilafiyyah dalam perkara agama. Perkara khilafiyyah dalam agama ini diiktiraf dalam Islam selagi ianya berada atas batasan Nas dan penghujahannya yang betul. Ianya disandarkan kepada hadis;

عن ابن عمر أن النبي (ص) قال لما رجع من الأ�­زاب لا يصلين أ�­دٌ العصر إلا في بني قريظة فأدرك بعضهم العصر في الطريق فقال بعضهم لا نصلي �­تى نأتيها وقال بعضهم بل نصلي لم يرد ذلك منا فذكر للنبي (ص) فلم يعنف وا�­داً منهم

Maksudnya;
"Daripada Ibni Omar, Sesungguhnya Rasulullah SAW berkata ketika kembali daripada Ahzab, seseorang kamu jangan solat asar melainkan di Bani Quraizah. Maka sebahagian dari mereka (sahabat) akan asar di pertengahan jalan, lalu berkata sebahagian mereka, kita tidak boleh solat hinggalah kita sampai (di Bani Quraizah), dan berkata sebilangan yang lain, bahkan kita boleh solat (di pertengahan jalan ini), tidak ada bantahan atas tindakan kami. Lalu diceritakan kepada Nabi SAW, dan Baginda SAW tidak mencela seorang pun dikalangan kami[1]"

Dari hadis ini membuktikan bahawa, perkara khilafiyyah merupakan perkara yang diakui oleh Nabi SAW.

Adapun khilafiyyah yang tidak disandarkan kepada Nas dan penghujahannya yang betul, maka itu merupakan khilafiyyah yang terkeji dan wajib ditentang. Seperti perbezaan pendapat dalam perlaksanaan undang-undang islam dalam sesebuah Negara, sistem ekonomi Kapitalis, sistem sosial yang menindas, kezaliman ISA, amalan yang disandarkan kepada hadis palsu dan sebagainya.

MENGAPA KHILAFIYYAH BOLEH BERLAKU

Perkara khilafiyyah dalam agama yang boleh diterima adalah perkara khilafiyyah yang sememangnya datang dari ulama-ulama yang berkelayakan dengan ijtihad, samada kelayakan ijtihad itu datang dari mujtahid Mustaqil, mujtahid muqayyad, mujtahid fatwa, Mujtahid tarjih atau sebagainya.

Adapun ijtihad yang datang dari mereka yang tidak berkelayakan dengan ijtihad, maka hal ini perlu di lemparkan dari pandangan ilmuan-ilmuan Islam, ini adalah kerana, jika dilakukan juga perbincangan, maka ianya akan melahirkan perdebatan "buang karan" sahaja.

Antara punca utama berlakunya khilafiyyah dalam agama adalah disebabkan berlakunya "zanniyah as-subut" dan "zanniyah Ad-Dilalah" pada nas. Nas yang tidak mutawattir dikira sebagai zanniyah as-subut. Kadangkala, sesuatu nas itu sudah "qatiyyah as-Subut" tetapi apabila dilihat dari sudut dilalahnya, mengandungi pelbagai tafsiran, maka disitu lahirlah pengistilahan yang disebut sebagai "Zanniyah Ad-Dilalah"[ 2].

Ekoran dari itulah, berlakulah khilafiyyah dikalangan ulama, walaupun kadangkala penghujjahan tersebut masih tertakluk kepada satu nas sahaja.

Begitujuga, berlaku juga khilaf dikalangan ulama adalah bersebabkan terkandung beberapa nas yang pada zahirnya dianggap seperti bercanggah, walaupun ianya pada hakikatnya tidak bercanggah. Perkara ini diakui oleh Jumhur ulama usulfiqh, Imam Mazhab Empat dan majoriti ulama hadis seperti Zahiriyyah dan Ibnu Khuzaimah[3] .

Ekoran dari itu, maka lahirlah berbagai-bagai tafsiran diantara nas-nas yang dianggap bercanggah tersebut. ianya bersebab dengan pelbagai ta’wilan ulama dalam memahami nas yang dianggap bercanggah itu.

Dan juga, berlakunya khilaf disebabkan dengan sesuatu kejadian yang tidak pernah berlaku di zaman Rasulullah, tetapi berlaku selepas dari itu. Bagi hendak menyatakan hukum kejadian tersebut, memerlukan kepada penilaian Nas yang kadangkala melahirkan natijah yang pelbagai atau apa yang disebut sebagai Khilafiyyah.

Begitujuga, berlaku khilaf dikalangan ulama disebabkan berbezanya tempat tinggal dan masa sesama mereka. Maka dengan demikian, mereka akan mengistinbatkan hukum berdasarkan pemahaman mereka daripada Nas mengikut sudut waqii, tempat dan masa mereka.

Ini dapat dilihat perbezaan pendapat antara Syafii dan hanafi dalam menentukan status pemilikan tanah bagi peneroka. Mengikut pandangan Hanafi, peneroka tanah tidak dapat memiliki tanah melainkan mendapat keizinan dari pihak pemerintah, sedangkan menurut Syafii, sesiapa yang meneroka tanah, boleh memiliki tanah walaupun tidak mendapat kebenaran dari pihak kerajaan[4].

Jika diperhatikan, mengapa ini boleh berlaku sedangkan mereka tetap bersandarkan kepada kandungan hadis Nabi SAW;

من أَعْمَرَ أَرْضًا لَيْسَتْ لِأَ�­َدٍ فَهُوَ أَ�­َقُّ

Maksudnya;
"Barangsiapa yang memakmurkan bumi yang tidak kepunyaan sesiapapun, maka dia adalah orang yang paling berhak[5]"

Setelah ditinjau, didapati Imam Abu Hanifah tinggal di Baghdad yang ketika itu merupakan Negara yang sudah mempunyai pembangunan yang pesat, disamping tanah-tanah Bandar sudah penuh dengan penghuninya. Ini menyalahi dengan situasi tempat tinggal Imam As-Syafii semasa mengeluarkan fatwa tersebut, yang mana ketika itu beliau berada di mesir yang merupakan sebuah Negara yang masih banyak lagi padang pasir yang belum dihuni. Maka dengan demikian, fatwa kedua-dua ulama ini berbeza disebabkan berbeza keadaan tempat tinggal yang mereka duduki.

BIDAAH TIDAK BERPUNCA DARI KHILAFIYYAH

Khilafiyyah dalam isu pelepah tamar, adakah boleh diqiyaskan kepada manusia yang membaca Al-Quran atau tidak telah diperdebatkan secara ilmiyyah. Maka dengan itu, semua pihak mengakui wujudnya khilafiyyah yang berlaku antara sebilangan ulama yang membenarkannya dan ulama yang tidak membenarkannya.

Padaku, Tidak mengapa untuk menyanggahi pandangan Imam Al-Qurtubi dalam perkara ini. Bahkan secara peribadi, aku pun tidak beramal dengan fatwa Imam Al-Qurtubi tersebut, tetapi tulisanku itu sekadar ingin menyatakan wujudnya pendapat yang menyatakan keizinan untuk membaca Al-Quran di atas perkuburan dengan penghujahan hadis pelepah tamar tersebut.

Pun begitu, aku agak tidak bersetuju dengan dakwaan menyatakan bahawa, pendapat al-qurtubi perlu dipertikaikan disebabkan akan merebak lagi "penyakit" yang melampau yang akhirnya terjadinya bidaah.

Khilafiyyah tetap khilafiyyah, adapun ghulu dari pandangan Imam Al-Qurtubi itu adalah bidaah. Kebidaahan amalan tersebut bukan dilihat puncanya dari pandangan Imam Al-Qurtubi, tetapi kebidahan itu terletak kepada "kemelampauan" sebilangan manusia yang melebihkan sesuatu amalan yang melahirkan amalan bidaah dengan disandarkan kepada Imam Al-Qurtubi.

Isu tahlil arwah yang telah dibidaahkan oleh sebilangan manusia secara mutlaq adalah tindakan yang tidak adil, tetapi hendaklah amalan itu dibidaahkan secara muqayyad.

Semata-mata bertahlil arwah adalah perkara yang dikhilafkan oleh ulama atas amalannya, tetapi jika amalan tahlil arwah itu "dilampaukan" dengan ditambah kaitannya dengan 3 hari, 7 hari, 10 hari dan sebagainya, maka itu perlu dinyatakan bidaah.

Semata-mata membaca Al-Quran di atas kubur adalah perkara yang dikhilafi oleh ulama, tetapi jika ianya telah "dilampaui" dengan datangnya unsur tunggu kubur, melakukan perniagaan membaca Al-Quran atas kubur dan sebagainya merupakan amalan bidaah yang patut di akui kebidaahannya.

PENUTUP

Padaku, tindakan membidaahkan secara "borong" sesuatu amalan itu adalah satu sikap yang tidak adil. Tetapi, kebidahaan sesuatu amalan itu hendaklah dilihat dengan teliti agar ianya tidak melahirkan kekecamukan dalam perdebatan ilmiyyah.

Firman Allah;

وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآَنُ قَوْمٍ عَلَى أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى

Maksudnya;
"dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa"(Surah Al-Maidah : 8)

Dari firman Allah ini, dapat difahami, janganlah disebabkan kita dari kalangan orang yang mentarjihkan pandangan yang mengatakan larangan membaca Al-Quran atas kubur, maka kita mengambil sikap untuk menghentam amalan itu sehinggakan menyamakan amalan itu dengan kristian dan berbagai-bagai lagi.

Tuduhan menggunakan "qiyas ma’a Al-Fariq" terhadap golongan yang berhujjah dengan hadis pelepah tamar perlu dinilai semula, agar ianya tidak jatuh dibawah tuduhan yang terkandung unsur-unsur ghulu dengan pandangan sendiri.

Mudah-mudahan semuanya mendapat hidayah dan taufiq dari Allah serta berazam untuk mendaulatkan islam di muka bumi Allah yang merupakan antara tugasan yang penting dilakukan tetapi sering diabaikan oleh kebanyakan manusia.

Sekian Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani http://laptopdarulf iqh.blogspot. com e-mail : abu_abdillah_ azzam@yahoo. com

[1] Al-Jam’ Baina As-Sihihain : 2/255 : hadis no : 1384.
[2] Khilafiah, Bidaah dan Maslahah Umum : m/s 67-68.
[3] Muhadharat Fi Usul Al-Fiqh : 4/195.
[4] Kertas kerja tulisan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat : Pandangan islam terhadap pemilikan dan pengurusan Tanah : m/s 2-3.
[5] Sahih Al-Bukhari : 2/823. hadis no : 2210.

Al-Hadith : Sempena Pilihanraya Tidak Lama Lagi

Abu@yahoo.com, wrote:



Daripada Aisyah r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda dalam rumahku demikian:

"Ya Allah, barangsiapa yang menguasai sesuatu dari urusan pemerintahan ummatku, kemudian ia membuat kesengsaraan pada mereka, maka berilah kesengsaraan kepada orang itu sendiri, sedang barangsiapa yang menguasai sesuatu dari urusan pemerintahan ummatku, kemudian ia menunjukkan kasih-sayang kepada mereka, baik ucapan atau pun perbuatannya, maka kasih-sayangilah orang itu."

(Riwayat Muslim)

Life Comparison in Pictures









Release three arrested, allow rally to proceed

Release three arrested, allow rally to proceed
Suaram strongly condemns the arrests of P. Uthayakumar, P
Waythamoorthy and V Ganapathy Rao of the Hindu Rights Action Force
(Hindraf) under the Sedition Act ahead of their rally on Sunday.
The ground and the timing of the arrests testify to the bad faith on
the part of the police. It is none other than another attempt by the
police to intimidate and to prevent the organisers and the
supporters of Hindraf from exercising their right to freedom of
peaceful assembly and the right to freedom of expression.

The arrests are violations to the right to personal liberty as
guaranteed under Article 5(1) of the Federal Constitution and
Article 3 of the Universal Declaration of Human Rights.

The restraining order under Section 98 of the Criminal Procedure
Code on five lawyers of Hindraf, namely Uthayakumar, Waythamoorthy,
M Mahonaran, S Ganapathy , R Kengadharan, and all Hindraf
supporters, preventing them from participating in the rally on the
grounds of nuisance is an insult to the plight of the largely poor
Indian community.

Suaram calls on the government to look into the issues of
marginalisation and discrimination raised by Hindraf seriously
instead of arrogantly setting them aside as nuisance.

Suaram also views with extreme alarm and strongly condemns the
Inspector-General of Police (IGP)'s latest stern warning to the
public not to bring "street protest culture" to the country (New
Straits Times, 23 November 2007, p. 8). He was saying this ahead of
the proposed rally on 25 November 2007 organised by the Hindraf.

Firstly, Suaram would like to point out to the IGP that freedom of
assembly is not an "imported culture" as suggested by the IGP. It is
in fact, a universal and inherent right which is enshrined in
Article 10 of the Federal Constitution and Article 20 of the
Universal Declaration of Human Rights.

To make a statement that the notion of freedom of assembly should be
curbed from creeping into our society clearly demonstrates the IGP's
lack of understanding of the law and his high disregard for basic
human rights standards.

It is pertinent to point out that even the currently ruling-United
Malays National Organisation (UMNO) had held demonstrations against
the proposed Malayan Union way back in 1946. Clearly, the IGP's
assertion that freedom of assembly is an "imported culture" is
unfounded, to say the least.

Secondly, Suaram strongly refutes claims made by the IGP that
demonstrations would jeopardise peace and stability of the country.
We have clearly seen, the latest example being the massive November
10 rally for free and fair elections in Kuala Lumpur , that
demonstrations can indeed be peaceful.

In the November 10 rally, the demonstrators were largely peaceful,
except when the police started using violence, including spraying
chemical-laced water and teargas, and beating up peaceful
demonstrators and bystanders.

Suffice to say, it is often the police, through their harsh and high-
handed actions, which have caused chaos in otherwise peaceful
demonstrations.

By holding roadblocks in the run-up to major demonstrations, the
police have caused massive traffic jams, as seen in the November 10
rally and now the Hindraf rally. It is clear that the police,
instead of peaceful demonstrators, have caused more problems and
hassle to the general public.

Thirdly, the IGP's statement regarding certain quarters who are
trying to "paint a picture that the nation is in chaos" is
unwarranted.

Again, the November 10 rally being the latest example, on the
contrary, proves that the IGP was the one who tried to paint a
picture that demonstrators had created chaos by saying that 245
people were arrested when in fact only 34 were recorded by Suaram
and lawyers monitoring on the ground during the rally.

Suaram reiterates our strongest condemnation on the police's scare
tactics by sending out stern warnings of harsh action that will be
taken against those who attended demonstrations. The police have
also been setting up roadblocks in several major roads, reportedly
to stop the upcoming Hindraf rally.

We demand that the police and the government allow public assemblies
and peaceful demonstrations without the application of double-
standards, regardless of the issues raised. We also strongly urge
the police to refrain from using force and intimidation to crackdown
on demonstrators, including those in the upcoming Hindraf rally on
25 November.

SUARAM calls for the immediate and unconditional release of P.
Uthayakumar, P Waythamoorthy and V Ganapathy Rao.

Tah Moon Hui
Coordinator
SUARAM
23rd November 2007

Satu kampung Melayu tinggal sejarah demi pembangunan

Artikel aOleh Abdul Razak Ismail
klpos



KUALA LUMPUR: Kampong Haji Abdullah Hukum merupakan salah sebuah penempatan awal orang-orang Melayu di Kuala Lumpur telah diruntuhkan pada awal November baru-baru ini bagi memberi laluan kepada apa yang kononnya dikatakan "pembangunan".


Sumber-sumber mengatakan bahawa perkampongan Melayu 'tengah bandar' yang berusia 200 tahun yang terletak bertentangan dengan ibupejabat TNB di Jalan Bangsar tersebut, akan dibangunkan bagi pembinaan kondominium, blok-blok bangunan pejabat dan komplek membeli belah.


Ada maklumat mengatakan sebuah hub transit LRT/ monorail / tren komuter juga akan dibina di kawasan tersebut.



aKampong tersebut mengambil sempena nama Haji Abdullah Hukum (gambar), yang nama asalnya Muhammad Rukun, berasal dari Kerinchi, Sumatera, Indonesia dan datang ke Malaya pada usia 15 tahun bersama bapanya pada tahun 1800-an.


Beliau telah diberi izin oleh Raja Laut pada masa itu merupakan Raja Muda Selangor untuk membuka tanah pertanian dan kampong-kampong baru di Bukit Nanas dan sebuah kampong di Sungai Putih (kemudiannya dinamakan Kg Hj Abdullah Hukum di Jalan Bangsar) seperti yang ada sekarang.


Beliau menetap di kampong tersebut hingga menghembuskan nafas terakhir sekitar tahun 1930-an.


Pada era Allahyarham Tun Razak menjadi Perdana Menteri sekitar 1960-an, kerajaan telah mengalakkan orang-orang Melayu luarbandar untuk berhijrah dan bekerja di bandar-bandar besar terutamanya di Kuala Lumpur.


Lantaran itu ramailah rakyat luarbandar telah bermastautin ke kawasan-kawasan setinggan yang berselerak dipinggir-pinggir pusat bandar Kuala Lumpur ketika itu.


Dari masa ke semasa ekoran dari pembangunan pesat bandaraya Kuala Lumpur kawasan-kawasan setinggan tadi akhirnya terletak ditengah-tengah kawasan 'urban' perbandaran, dan inilah yang terjadi ke atas Kampong Haji Abdullah Hukum, perkampongan Melayu Pantai Dalam, Kampung Kerinci dan kampong-kampong lain dipersekitarannya.


Lebih 300 orang penduduk kampong telah dipindahkan oleh DBKL ke rumah-rumahpangsa miliknya di sekitar Kuala Lumpur.


Mengikut kata Md. Zaman Md. Tasi Ketua Angkatan Muda Wilayah Persekutuan (juga bekas Ketua AMK Bahagian Lembah Pantai) bahawa ramai penduduk merasa kecewa kerana sebelum ini mereka telah 'dijanjikan' oleh beberapa orang wakil-wakil rakyat UMNO yang silih berganti sebelum ini untuk mendapati hakmilik lot-lot tanah di kampong
tersebut.


Sebaliknya apa yang terjadi ialah mereka 'tertipu' dan perkampongan tersebut di 'rampas' dari mereka dan kemudiannya diberikan kepada towkey-towkey komplek membeli-belah, pemaju-pemaju kondomium dan hartanah.


Hari ini nama Haji Abdullah Hukum kekal dalam kenangan sebagai antara orang Melayu terawal yang terlibat dalam membangunkan Kuala Lumpur.


Penempatan orang Melayu 'dalam bandar' yang diasaskannya 200 tahun lalu sudah lenyap. Yang kekal hanyalah papan tanda ' Abdullah Hukum' di stesen LRT untuk tatapan anak cucu masa mendatang.




Hanya Tinggal Kenangan

Jom pangkah BA..tak puashati 5thn nanti pangkah lah BN semula..

From: umar faruqi

Jom pangkah BA..tak puashati 5thn nanti pangkah lah BN semula..
Posted on Friday, November 23 @ 07:38:35 MYT by SongkokPutih

Artikel
Bila di baca UtusanOnline hari nie di ruangan FOROM... ada satu luahan dari rakyat M@rhaen pasal mate sains dalam BI nie....

aku pon naik hairan laa... apasal orang melayu nie tak sedaq2...bukan susah nak guna semula bahasa melayu nie... usah dok letak harapan kat UMNO nie... kita kasi jatuh aja insya'allah lepas tu kembali lah bahasa melayu tu bukan susah pon.... malangnya masih ada lagi insan2 yg menaruh harapan pada UMNO nie.... ingat kalau dia jadi pencuri tak mustahil dia akan mencuri semula... benda nie dulu siapa yg buat.. UMNO lah bukan PAS ka keADILan ka DAP ka...


punca utama yg buat perkara nie aku ulang UMNO...MCA MIC Gerakan tu pak turut jaa.. pastu puak2 nie bukan ikut silivas nie...yg dok laksanakan benda nie just sekolah kebangsaan sahaja iaitu sekolah tempat anak2 bangsa melayu kita menuntut ilmu.... habis lingkop dah satu generasi pastu hari dok menyalak bukit yg itu salah ini salah....

udahlaaa tuu apa yg di salakkan oleh Khairy tu dah lama dah di katakan oleh pejuang2 bangsa masa mula2 nak laksanakan benda nie... PAS tentang Adil Tentang DAp pon tentang.... tapi UMNO buat apa.... buat bodooooooo ja....
TAPI hari nie apasal di salak semula isu nie.... ini semua berkepentingan. ... punca utama nak raih undi org melayu itu sahaja yg lain tu semua tu sembang jaa lepas nie buat balik...lingkop satu generasi..pastu pakat dok menangis mengenangkan generasi yg lingkop tu...


udah laa tuuu 50tahun punya skill taktik dan sembang2 yg berdegar2 tu takkan tak paham2 lagi.... sembang jaa semua tuu...
marilah semua kita buat perubahan sekali... 5thn jaa... lepas tu tak puas hati pakat2 pangkah la UMNO tu semula...5thn shj...kita tgk apa nak jadi.... kalau kata nak lingkop negara dlm 5thn tu..nie dah semuanya pon nak lingkop dah...sana naik sini naik...sana tembak sini tembak... sana rompak sini curi...sana rogol sini sosial....macam2ada ....


Guna semula bahasa Melayu


KITA bersyukur kerana terdapat perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini yang membangkitkan tentang perjuangan memartabatkan bahasa Melayu. Suara Khairy Jamaluddin, Naib Ketua Pergerakan Pemuda begitu bererti apabila beliau menyatakan 'kenapa kacau Sains dan Matematik, kita kena lihat cara mantapkan pengajaran bahasa Inggeris di sekolah', menarik perhatian.


Maksudnya pergunakanlah bahasa Melayu atau bahasa Malaysia untuk pengajaran dan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran tersebut.
Memang tepat pendapat beliau, kerana itu sekian ramai ibu bapa yang bersyukur jika kedua-dua mata pelajaran itu ditukar semula menggunakan bahasa Melayu.
Sebelum ini terdapat anak-anak kita yang menangis apabila pulang dari sekolah kerana tidak dapat memahami isi pelajaran Sains dan Matematik.


Para guru juga begitu kecewa kerana tidak dapat menyampaikan pengajarannya dengan berkesan kerana menggunakan bahasa Inggeris dan kanak-kanak pula menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan harian.
Pendapat para psikologi juga menyatakan setiap pengajaran ilmu adalah lebih berkesan menggunakan bahasa ibunda.


Selain itu, jika kita tinjau negara lain terutama negara maju dan membangun seperti Jepun, Korea, China, Jerman, Perancis, Itali, Rusia dan Finland, kesemua negara ini menggunakan bahasa ibundanya.


Jerman dan Jepun misalnya, setiap ilmu kejuruteraan, sains dan matematik menggunakan bahasa ibundanya sehingga mereka berjaya menjadi negara industri kejuruteraan yang utama.
Begitu juga Rusia, menggunakan bahasa ibundanya sehinggakan angkasawan kita, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha mempelajari bahasa Rusia untuk mengikuti misi pertama ke stesen angkasa lepas.
Menyedari hakikat ini sewajarnya negara kita tidak sahaja menumpukan pengajian ke negara-negara yang berbahasa Inggeris.


Adalah lebih manfaat kita merancang program pengajian anak-anak bangsa kita mempelajari bahasa-bahasa utama yang menguasai sains dan teknologi itu agar percambahan ilmu pengetahuan dapat diperkembangkan di negara kita.


Kita juga begitu bersyukur apabila perwakilan UMNO Johor, Dr. Mohd. Fuad Zakarshi menegaskan bahawa UMNO Johor tetap dengan prinsip perjuangan memartabat dan mempertahankan bahasa Melayu kerana ia tidak akan menyekat kemajuan yang dirancang pada masa depan.


Beliau berkata: "Pendirian UMNO Johor jelas bahawa bahasa Melayu adalah jati diri untuk mengangkat tamadun bangsa.


''Penjajah Inggeris sendiri tidak dapat menggantikan bahasa Melayu dengan bahasa mereka, tetapi selepas kita merdeka dan usir mereka dari bumi ini kenapa kita mengundang bahasa dan budayanya ke sini?''


Tegas beliau lagi bahawa bahasa Melayu adalah jati diri untuk mengangkat dan mengangkasa tamadun bangsa.


Memang nyata, kita tidak ingin negara kita kembali ke zaman penjajah dengan menggunakan bahasa Inggeris seluas-luasnya sehingga meminggirkan bahasa ibunda kita sendiri kerana bahasa adalah jiwa bangsa. Kita sepatutnya mendaulatkannya sebagai 'Bahasa Mahkota Bangsa'.
Bahasalah yang memartabatkan bangsa Jepun, Jerman, Perancis, Korea dan Rusia - termasuk juga negara-negara tetangga kita iaitu Thailand, Indonesia dan Vietnam.
Kita bimbang seperti yang berlaku di negara kita sekarang, sekian ramai rakyat negara ini termasuk ahli korporat, para pemimpin dan pegawai kerajaan meminggirkan bahasa kita dalam ucapan sehari-hari dan majlis rasmi dengan menggunakan bahasa Inggeris.
Sebenarnya kita sama sekali tidak menolak bahasa Inggeris, begitu juga bahasa lain.


--
TarakNama@gmail. com
Http://TarakNama. tblog.com
http://TarakNamaV2. wordpress. com

Pendedahan dari salah seorang Pegawai Bahagian Kewangan

gulai lemak wrote:

Pendedahan dari salah seorang Pegawai Bahagian Kewangan
Posted on Saturday, November 24 @ 20:10:12 MYT by SongkokPutih

E-mel Pembaca Oleh Wartawan TKO


Pihak kami telah menerima satu e-mel yang mendedahkan maklumat bagaimana banyaknya wang rakyat dibelanjakan oleh Menteri-menteri di Malaysia. Walau begitu banyak wang gaji mereka, mereka ini masih rakus dengan mengaut pelbagai projek.

Rakyat yang miskin, makin miskin dan ditindas dengan pelbagai kenaikan harga barang. Para menteri tidak menghiraukan nasib rakyat, mereka sekadar berlakon menunjukkan simpati tetapi mereka sebenarnya dalang kenaikan barang di Malaysia




asalamualaikum dan Salam Sejahtera,
tuan dan puan,

Untuk makluman semua ini adalah pendedahan dari salah seorang Pegawai Bahagian Kewangan, Di Jabatan Perdana Menteri. Pendedahan ini mengenai Slip Pendapatan Bulanan Menteri dan Timbalan Menteri di Malaysia. Hanya pegawai-pegawai tertentu sahaja dibenarkan menguruskan maklumat ini, walaupun mereka itu adalah PA kepada Menteri.

Kakitangan perkeranian tidak mengetahui, sebab slip pendapatan bulan masing-masing diberi dengan sampul surat tertutup.Maklumat ini adalah dari kawan-kawan di Jabatan Audit Negara,Perbendaharaan Malaysia, Bahagian Kabinet Jabatan Perdana Menteriserta serta Bahagian Pentadbiran Kewangan Parlimen Malaysia.

Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri

1. Gaji Pokok RM18,000 - sulit untuk public, tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM10,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM10,800.00 - tidak sulit - pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit tapi tidak orang semua tahu.

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja



Lain-lain kemudahan

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma.Kalau pakai pemandu kementerian,dapatlah duit percuma.

7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.



Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri

1. Gaji Pokok RM15,000 - sulit untuk public,tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM9,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM9,800.00 - tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket saja lah poket sendiri

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.



Lain-lain hal

Maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999. Saya rasa terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang. Pendapatan diatas tidak termasuk dari lain-lain sumber seperti berikut:


1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
3. Pedapatan dari syarikat persendirian spt kontrak dll
4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
7. Lain-lain sumber


Oleh yang demikian saya merayu dan menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan sahabat saya yang sedang berkhidmat di Bahagian Kewangan di seluruh Kementerian di Malaysia agar membuat pendedahan masing-masing tentang perkara ini agar seluruh rakyat Malaysia mengetahuai dan dapat menjadi pengajaran kepada mereka semua. Semoga pendedahan ini dapat menyedarkan semua rakyat dan ahli UMNO diseluruh Malaysia terutama sekali yang terperangkap dengan sekilo gula dan sehelai batik. Siapa tahu Slip Gaji Bulanan Perdana Menteri Malaysia !


Saya akan mendedahkannya sedikit masa lagi!!!


OFFICER INCHARGE
Bahagian Kewangan
Jabatan Perdana Menteri
Putera Jaya
Wilayah Persekutuan

Muslims pray for rain to put out California fires

By staff writers
24 Oct 2007

The Council on American-Islamic Relations (CAIR) yesterday called on mosques and other houses of worship across the US to offer prayers for rain to help put out wildfires currently raging in California.

CAIR urged American mosques to offer special Islamic prayers, called Salatul Istisqa (sal-AT-al-istis-KA), which the Prophet Muhammad traditionally offered during times of drought.

In Salatul Istisqa, the Prophet would offer supplications such as: "O God, give us rain that will replenish us, abundant, fertilizing and profitable, not injurious. Grant it now without delay...Send down rain upon us and make it a source of strength and satisfaction...O God, give us a saving rain, good and productive, general and heavy, now and not later, beneficial and not harmful."

They also quoted the Quran which states: "O my people! Seek forgiveness of your Lord and turn to Him in repentance. He will send you from the sky abundant rain." (Quran, 11:52)

"Americans of all faiths need to offer spiritual assistance to the courageous firefighters who are battling these deadly fires," said CAIR Executive Director Nihad Awad.

Awad also asked mosques in wildfire areas to offer shelter to fire victims and that financial aid for victims be sent to the American Red Cross.

CAIR, America's largest Islamic civil liberties group, has 33 offices and chapters nationwide and in Canada. Its mission is to enhance the understanding of Islam, encourage dialogue, protect civil liberties, empower American Muslims, and build coalitions that promote justice and mutual understanding.

Source: Ekklesia