Wednesday, December 12, 2007

Tangkaplah kerana saya.. / Lawak Demonstrasi

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)


Penarik Beca
Tangkaplah kerana saya..
Bila melihat video penangkapan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat (JPP), Datuk Mustafa Ali dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Syed Azman Syed Nawawi serta gambar penangkapan Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli dan lain-lain, hati saya terus berkata, kepada semua yang terlibat dan merestui perbuatan itu, la'natuLlah 'alaihim ajma'in!


Untuk keselamatan rakyat? Untuk keselamatan negara? Biar Allah menentukannya di Hari Penghitungan nanti. Allah jualah sebaik-baik Hakim.


Allah jualah yang akan mendedahkan adalah penangkapan itu untuk kepentingan negara atau "tangkap untuk saya dan jangan tangkap bersama-sama saya"

Berhimpun dituduh ancam keselamatan
Meminta keadilan dibalas tangkapan
Pemimpin cerdik guna kebijakan
Pemimpin bangang guna kekerasan

(Saksikan 3 clip video di bawah)








Berkaitan:
Mustafa Ali turut ditahan polis di Parlimen - Harakahdaily
Vexed MPs stage walkout - Malaysiakini
Memo Bersih: Tujuh pemimpin pembangkang, 10 yang lain ditahan - Malaysiakini
Pemimpin PKR, PAS ditangkap depan Parlimen - mStar
Polis leraikan perhimpunan haram Bersih, 12 ditahan - Utusan Malaysia
Gambar-gambar penahanan Pimpinan PAS di Parlimen - Herman Samsudeen

*****.*.**** *
ALHUSSEYN
Lawak Demonstrasi Pemuda UMNO
Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata demonstasi yang dilakukan oleh Pemuda Umno itu juga telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa dan bukannya perhimpunan haram. Demikian ikut laporan mstar terkini.

Beliau merujuk kepada demonstrasi yang pernah dianjurkan oleh Pemuda Umno bagi membantah kehadiran Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condoleezza Rice.

Siapa yang berikan kelulusan tersebut? Berani ke polis tidak beri permit? Tambahan pula bila polis tahu bahawa demonstrasi tersebut hanyalah drama sahaja!

Macamana bukan drama? Menantu mahu ketuai demonstrasi, minta permit pada Bapak Mertua yang jadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri! Bapak Mertua pun berilah�.Anak perempuan yang sorang itu pun boleh diberi, inikan pula sekadar kertas permit!

Tetapi yang lucunya , PM Abdullah pula yang pergi sambut kedatangan Condoleezza Rice di lapangan terbang ; sementara menantu beraksi macam bapak beruk tak dapat pisang sebulan!

Kemudian , Hishammuddin mendakwa demonstrasi Pemuda Umno itu akur kepada peruntukan undang-undang negara.

Tetapi bagaimana Khairy boleh melepasi sekatan polis di kawasan persidangan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk menyampaikan memorandum bantahan kehadiran Setiausaha Negara Amerika Syarikat itu?

Itulah drama namanya! Mesti ada babak yang mencemaskan! Tapi kalau mahu yang lebih thrill lagi, adakanlah babak �water cannon� dan �gas pemedih mata� sebagaimana orang lain hadapi bila berdemonstrasi.


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


To leave comments, please refer to latest posting at talkonly or http://talkonly.blogspot.com, thank you.

No comments: