Saturday, December 15, 2007

Tahniah : Kg Berembang / Imbas Kembali / chegubard

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)


Pemuda Wilayah
Tahniah : Kg Berembang bukan milik pemaju’
Oleh Fauwas Abdul Aziz
Malaysiakini
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan sebuah pemaju untuk mendapatkan pemilikan terus kawasan Kampung Berembang di Ampang.

Oleh itu, satu perbicaraan penuh perlu diadakan, jika pemaju berkenaan masih mahu menuntut pemilikan kawasan tersebut.

Pemaju Perspektif Masa Sdn Bhd, telah memohon sebagai mewakili rakan usahasamanya, Permodalan Nasional Selangor Bhd (PNSB), untuk mendapatkan pemilikan terus tanah terbabit tanpa perlu mendengar perbicaraan penuh.

Menurut peguam penduduk terbabit, Edward Saw, Pesuruhjaya Kehakiman, Mariana Yahya berkata ada isu-isu yang boleh didengar sama ada pihak penduduk dianggap telah mendapat kebenaran kerajaan Selangor untuk tinggal di situ.

Di samping hakmilik tanah tersebut, PNSB juga memohon perintah mahkamah untuk menghalang para defenden daripada mengganggu kerja-kerja yang dijalankan di Kampung Berembang.

Ini - serta perintah mahkamah sebelah pihak yang diperolehi oleh PNSB pada 27 Februari lalu untuk mengosongkan tanah tersebut - diisytiharkan tidak sah dan dibatalkan dengan kos.

Hakim juga mengarahkan PNSB membayar gantirugi dan kos-kos lain yang terbabit akibata kerja-kerja merobohkan rumah penduduk.

Setiausaha Agung penaja Parti Sosialis Malaysia S Arutchelvan (kiri) berkata, keputusan itu diumumkan dalam kamar hakim.

Penduduk Kampung Berembang yang memenuhi dewan mahkamah, dimaklumkan mengenai keputusan itu pada kira-kira jam 11.15 pagi.

Menurutnya, keputusan itu disambut dengan tepukan gemuruh para penduduk, sesetengah daripadanya kini tinggal dalam khemah sementara sejak rumah mereka dirobohkan November tahun lalu.

Bayar gantirugi
Penduduk Kampung Berembang menegaskan bahawa mereka telah tinggal di situ sejak tahun 1960-an dengan kebenaran kerajaan Selangor dan oleh itu, mereka seharusnya dibayar gantirugi jika tanah tersebut diambil balik untuk tujuan pembangunan.

Mereka menyebut penubuhan cawangan Umno Kampung Berembang dan bekalan elektrik, pembinaan surau, dewan serbaguna serta kemudahan lain, bagi menyokong dakwaan mereka bagi mendapatkan bayaran gantirugi.

Pada 17 November tahun lalu - seminggu selepas notis pengusiran diserahkan kepada penduduk - anggota Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), polis anti-rusuhan dan Rela telah bertindak merobohkan beberapa rumah di situ.

Walaupun penduduk membuat rayuan tetapi kerja-kerja perobohan itu dilakukan lagi pada 20 dan 30 November. Pada 7 Mac tahun ini, sebuah pemaju swasta telah merobohkan semua rumah penduduk di situ.

Penduduk juga memfailkan saman terhadap MPAJ kerana mengeluarkan notis pengusiran yang ‘tidak sah’ mengikut Ordinan Darurat (Peraturan Pembersihan Setinggan) 1969.

Berikutan keputusan mahkamah pagi ini, keadaa kembali kepada status awal sebelum kerja-kerja perobohan itu dilakukan.

Oleh itu, dari segi teknikalnya, penduduk dibenarkan pulang semula ke Kampung Berembang.

“Kami harap pemaju tidak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut dan memanjangkan lagi penderitaan pada penduduknya,” tambah Arutchelvan.

*****.*.**** *
IMBAS KEMBALI
FAIL KES KAMPUNG BEREMBANG 'HILANG'
DPP Bukit Katil
FAIL KES KAMPUNG BEREMBANG 'HILANG' : SATU LAGI EPISOD FILEM HINDUSTAN
Shah Alam : Seramai 69 penduduk Kampung Berembang, Ampang yang sedang menunggu keputusan mahkamah sama ada sebuah pemaju boleh menuntut pemilikan tanah mereka, diberitahu bahawa fail kes mereka "telah hilang".

Ini merupakan satu lagi episod sama seperti cerita hindustan. Mana mungkin fail 'hilang' ini satu lagi cerita lucu di Malaysia.


Penduduk Kampung Berembang memegang sepanduk yang tertulis �Keris Umno Menikam Bangsa Melayu� di perkarangan Mahkamah
Foto: Suara Keadilan Online.

Berikutan itu, mereka diminta datang semula pada 14 Disember untuk mendengar keputusan yang akan dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman Shah Alaim Mariana Yahya.

Permodalan Nasional Selangor Bhd (PNSB), melalui rakan usahasamanya, Perspektif Masa Sdn Bhd, telah memohon untuk mendapatkan pemilikan terus tanah terbabit.

Keputusan hari ini boleh dibuat tanpa perlu mendengar perbicaraan penuh.

Penduduk terbabit memohon untuk mengetepikan permohonan tersebut atas alasan mereka mempunyai isu-isu untuk dibangkitkan berhubung dakwaan PNSB bahawa ia adalah pemilik tanah terbabit.

Penduduk Kampung Berembang menegaskan, mereka telah tinggal di kawasan tersebut sejak tahun 1960-an dengan kebenaran kerajaan negeri Selangor dan oleh itu, mereka seharusnya dibayar pampasan apabila tanah tersebut diambilbalik untuk tujuan pembangunan.

Menurut mereka, sebuah cawangan Umno telah ditubuhkan di Kampung Berembang di samping mereka diberikan kemudahan bekalan elektrik, sebuah surau, dewan serbaguna, dan kemudahan lain, bagi menyokong tuntutan untuk mendapatkan pampasan.

Pada 17 November tahun lalu - seminggu selepas notis pengusiran diserahkan kepada penduduk terbabit - anggota Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), polis anti-rusuhan dan anggota Rela telah merobohkan rumah mereka di Kampung Berembang.

Walaupun rayuan dibuat, kerja-kerja perobohan tersebut dilakukan pada 20 November dan 30 November 2006. Pada 7 Mac 2007, pemaju swasta telah meratakan kawasan kediaman yang berusia lebih 30 tahun ini.

Penduduk juga telah memfailkan saman terhadap MPAJ kerana mendakwa notis pengusiran terhadap mereka adalah tidak mengikut Ordinan Darurat (Pembersihan Setinggan) 1969.

Laporan polis

Selepas menunggu selama lebih dua jam pagi tadi, peguam mereka, Edward Soh dipanggil ke kamar Mariana pada kira-kira jam 10.30 pagi, bersama dengan peguambela Perspektif Masa.
Kira-kira 15 minit kemudiannya, Soh muncul dan memberitahu mereka bahawa keputusannya telah ditangguhkan hingga bulan Disember kerana "fail kes tersebut tidak dapat dikesan" di pejabat pendaftaran mahkamah.

Beberapa orang penduduk yang terperanja mendengar perkara tersebut, tidak faham bagaimana fail mahkamah boleh tersalah letak semudah itu.

�Bagaimana ini boleh berlaku? Bagaimana fail boleh hilang begitu sahaja?" soal seorang penduduk.

�Saya tidak tahu...tidak tahu," jawab Soh.

�Beliau (Mariana) belum membacanya lagi. Mereka masih mencarinya," tambahnya.

Jurucakap penduduk Kampung Berembang, Noralizan Ali, 44, juga memandang berat terhadap penjelasan mahkamah itu.

�Mengapa mereka kata mereka tidak dapat mencarinya? Jika mereka perlu membuat keputusan pada hari ini, mereka sepatutnya sudah lama ada fail tersebut," katanya kepada Malaysiakini.

�Tak logik. Tak logik langsung,� kata seorang lagi penduduk.

Sementara itu, Setiausaha Agung penaja Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan, menimbang untuk membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

Katanya, bagaimana perkara seumpama itu boleh berlaku dalam sistem mahkamah yang dianggap oleh kerajaan sebagai bertaraf 'kelas pertama'.

�Begitu ramai penduduk yang hadir hari ini. Mereka tinggal di kemah di bawah talian wayar elektrik berkuasa tinggi sejak rumah mereka dirobohkan Mac lalu. Sekarang mereka terpaksa berdepan dengan masalah lebih lama kerana fail kes 'hilang'," katanya.

Malaysiakini

*****.*.**** *

"badrul hisham shaharin" wrote:
untuk membaca sila clik http://chegubard. blogspot. com

* click untuk salinan penuh video Linggam
* click untuk kerajaan 3 beradik hasil kerajaan 3 beranak
* click untuk Polis bakar kereta ; dulu curi wang
* click untuk negara umpama bunting tua

anda juga dijemput meninggalkan komen.....


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


To leave comments, please refer to latest posting at talkonly or http://talkonly.blogspot.com, thank you.

No comments: