Thursday, December 27, 2007

Siti dah seminggu hilang / Unit Amal bersihkan kesan banjir

"Kadet Pencen" kadetpencen@yahoo.com


DPPWP
Anda pernah lihat Siti? Kanak-kanak nie dah seminggu hilang
Posted on Disember 26, 2007 oleh HermanSamsudeen

SEREMBAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dilaporkan tidak pulang ke rumahnya di rumah pekerja Ladang Ulu Sawah, Rantau, dekat sini sejak Khamis lepas.

Bapa kanak-kanak itu, Che Ishak Che Kob, 47, ketika ditemui di rumahnya hari ini berkata anak kedua daripada tujuh adik beradik itu, Che Siti Nur Azreen keluar rumah pada kira-kira pukul 9 pagi pada hari tersebut untuk pergi ke rumah seorang kawannya di Taman Sri Rama, Kuala Sawah namun pada lewat petang dia tidak pulang ke rumah.

“Bimbang sesuatu terjadi padanya, saya pergi ke rumah kawannya itu tetapi dia tiada di situ. Puas saya dan isteri mencarinya di rumah jiran dan rakannya yang lain yang tinggal berhampiran tetapi dia tiada,” katanya kepada Bernama.

Che Ishak, seorang pekerja ladang di situ berkata semasa keluar rumah, anaknya itu memakai seluar jean biru, baju blaus merah kuning dan bertudung.

“Setahu saya, kami sekeluarga tiada berselisih faham dengannya,” katanya.

Beliau berkata, beliau telah membuat laporan di Balai Polis Kuala Sawah pada kira-kira pukul 8.35 pagi keesokannya mengenai kehilangan anaknya itu yang mempunyai ketinggian 150cm, berbadan kurus dan berkulit cerah.

Sementara itu, ibu kanak-kanak itu, Siti Hawa Jusoh, 34, merayu mana-mana pihak yang tahu di mana Che Siti Nur Azreen berada supaya segera menghubungi keluarganya.

Orang ramai boleh menghubunginya di talian 012 673 0924.

*****.*.**** *

Unit Amal kerah tenaga bersihkan kesan banjir
Salmah Mat Husain
Wed | Dec 26, 07 | 3:22:51 pm MYT
RANTAU PANJANG, 26 Dis (Hrkh) - Kalau di Acheh pada Disember 2004, sukarelawan Parti Keadilan Sejahtera (PKS) paling awal tiba bagi menyelamatkan mangsa-mangsa tsunami, manakala di Malaysia, Unit Amal turut memainkan peranan yang serupa.

Sayap kanan kepada Dewan Pemuda PAS itu turun padang membantu mangsa-mangsa banjir di Johor tahun lepas. Dan baru-baru ini Unit Amal juga mengerah keringat membantu mangsa banjir di Kelantan.

Anggota Unit Amal Kelantan meredah arus deras bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir bersama wakil-wakil rakyat dan pemimpin masyarakat.

Dan dua hari lalu, sekali lagi anggota-anggota Unit Amal turun padang melaksanakan kerja-kerja amal membersihkan tempat yang terjejas teruk akibat banjir yang bermula di Rantau Panjang.

Seramai 150 anggota Unit Amal berganding bahu dengan 250 kakitangan Majlis Daerah Pasir Mas, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Bomba dan Penyelamat, anggota Nisa' serta Briged Kebajikan Perdana Kelantan bergotong royong membersihkan kesan-kesan banjir di lima lokasi di Rantau Panjang.

Turut serta dalam program itu Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah, Pengarah Unit Amal Negeri, Hafiz Musa, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Mohd Redza Zain dan Setiausaha PAS Rantau Panjang, Abdul Aziz Yunus.

Mohd Ridza berkata, kesemua peserta gotong royong terbabit dibahagi kepada lima kumpulan termasuk kawasan pusat bandar, Kampung Kubang Chenak, Sekolah Menengah Agama (Arab) Al-Fauziah, Sekolah Menengah Arab Banggol Kulim dan pusat perpindahan mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi.

Katanya, Anggota Unit Amal, Nisa' dan Majlis Daerah Pasir Mas ditempatkan di Kampung Kubang Chenak dan sekitarnya.


Manakala MPKB-BRI membekalkan air untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan. Program separuh hari itu dirasmikan Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamad.

Menurutnya, kerajaan negeri sentiasa menghargai semua badan-badan bukan kerajaan terutamanya Unit Amal dan Nisa' serta kakitangan kerajaan yang berkorban nyawa, masa, dan tenaga membantu mangsa-mangsa banjir.

Ketika air bah melanda baru-baru ini NGO tersebut membantu memindahkan mangsa-mangsa banjir, mengagihkan bantuan dan menyerahkan daging korban kepada mangsa banjir di kawasan Parlimen Rantau Panjang dan Tumpat.

Sebanyak lima ekor lembu disembelih sempena Hari Raya Korban baru-baru ini di Rantau Panjang, manakala di Tumpat sebanyak lapan ekor termasuk disumbang Menteri Besar. – mj


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/

*****.*.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: