Thursday, December 27, 2007

Sedekah asas keberkatan hidup

ctumi2000" ctumi2000@yahoo.com

"Oleh yang demikian saya akan mengkhususkan 300 Riyal daripada gaji
bulanan untuk sadaqah." Demi Allah selepas itu hidup saya mula
berubah.

Perasaan lapang mula menyelubungi saya dan saya menjadi sangat
optimistik. Selepas dua bulan, hidup saya mula menjadi teratur
semula. Saya mengecap barakah dalam gaji saya yang saya tidak pernah
temui sebelum ini. Saya mendapat kekuatan pengurusan sehingga saya
boleh menjangkakan bila hutang saya akan selesai.

teruskan membaca ....

muhammad im3132002@yahoo. com wrote:

Kepada saudara-saudaraku ahli forum. Saya ingin mempersembahkan suatu
tajuk yang memberi faedah kepada ramai orang;dari kalangan
pegawai-pegawai, peniaga-peniaga, para pekerja dan setiap orang yang
ditimpa musibah atau ujian pada harta dan keluarganya. Saya meminta
kepada Allah agar menjadikan tulisan ini bermanfaat bagi setiap
Muslim dan Muslimah.

Jika anda inginkan keberkatan pada gaji bulanan dan keluarga atau
keberkatan pada harta keseluruhannya maka saya akan menceritakan
beberapa bentuk kisah benar tentang keberkatan ini:

1. `Abdullah, seorang pegawai dengan gaji bulanan 4000 Riyal
menghadapi pelbagai masalah kewangan dan hutang.

Beliau bercerita: Saya menyangka bahawa saya akan hidup dalam keadaan
ini sehingga mati dan keadaan saya tidak akan berubah buat
selama-lamanya. Apa yang paling saya takuti ialah saya akan mati
dalam keadaan berhutang yang bertambah pada setiap detik. Keperluan
hidup benar-benar menyesakkan saya. Pada suatu hari saya pergi
berehat di tempat-tempat orang muda yang mempunyai masalah seperti
saya. Tujuan saya pergi ke sana ialah untuk meringankan bebanan diri
saya dengan mendengar masalah orang lain. Pada hari tersebut
terdapat salah seorang kawan yang saya hormati pandangannya lalu
saya mengadukan perihal saya kepadanya. Beliau lalu menasihatkan
agar saya mengkhususkan suatu bahagian daripada gaji bulanan saya
untuk sadaqah.

Saya menjawab: "Saya makan pun tak cukup macam mana nak sedeqah ?"
Apabila saya balik ke rumah saya bercerita kepada isteri saya tentang
apa yang berlaku. Isteri saya berkata: "Apa kata kita cuba dan
mungkin Allah akan membuka jalan bagi kita." Saya lalu
menjawab: "Oleh yang demikian saya akan mengkhususkan 300 Riyal
daripada gaji bulanan untuk sadaqah." Demi Allah selepas itu hidup
saya mula berubah.

Perasaan lapang mula menyelubungi saya dan saya menjadi sangat
optimistik. Selepas dua bulan, hidup saya mula menjadi teratur
semula. Saya mengecap barakah dalam gaji saya yang saya tidak pernah
temui sebelum ini. Saya mendapat kekuatan pengurusan sehingga saya
boleh menjangkakan bila hutang saya akan selesai. Selepas beberapa
lama salah seorang saudara saya memulakan perniagaan hartanah dan
setiap kali saya mendapatkan seorang ahli syer yang baru maka saya
mendapat komisen. Segala puji bagi Allah, saya merasakan bahawa
hutang-hutang saya akan habis dalam tempoh yang dekat. Setiap
komisen yang saya dapat juga saya tidak lupa memperuntukkan satu
bahagian untuk sadaqah.

Demi Allah, sesungguhnya sadaqah itu tidak akan mengetahui
kelebihannya melainkan orang yang telah mengecapinya. Bersadaqahlah
dan bersabar nescaya anda akan lihat kebaikan dan keberkatan dengan
izin Allah.

2. Seterusnya ialah kisah salah seorang Shaikh yang thiqah
(dipercayai) yang mengisahkan kisah anak beliau yang sakit.
Shaikh ini mempunyai anak berumur 5 tahun. Pada suatu hari dia jatuh
sakit. Dia pun membawa anaknya kepada doktor dan doktor
memberitahunya bahawa dia sakit teruk dan tidak boleh disembuhkan.
Dia akan mati tidak berapa lama lagi.

Shaikh yang bertaqwa lagi saaleh ini pun mula berasa sedih yang
bersangatan. Dalam kesedihan beliau tiba-tiba terlintas di fikiran
beliau sebuah hadith Rasul SallAllahu `alayhi wa sallam: "Rawatilah
penyakit kamu dengan bersadaqah." Pada malam tersebut seperti
kebiasaan beliau selepas bangun untuk bertahajjud dan berdoa maka
beliau memutuskan untuk keluar ke jalan raya untuk mencari orang yang
boleh disadaqahkan namun tidak ketemu. Cuaca di luar sangat dingin
ketika itu dan manusia sedang tidur dalam rumah mereka. Namun beliau
bertemu dengan seekor kucing putih lagi comel yang sedang menyusukan
anak-anaknya dalam keadaan kelaparan yang bersangatan. Beliau pun
segera kembali ke rumahnya dan memberikan kepada kucing tersebut
seketul daging dengan niat sadaqah kerana Allah. Kemudian beliau
pergi ke masjid untuk solat Fajar dan kemudian kembali ke rumah
untuk tidur sebentar.

Semasa tidur beliau melihat suatu mimpi yang aneh di mana
seekor gagak hitam yang besar menyerang anaknya dan cuba menyambarnya
dalam keadaan anaknya menangis sambil meminta tolong. Dengan tidak
semena-mena datang seekor kucing putih yang menyerang dan
mencarik-carikkan gagak tersebut dan budak itu pun terselamat. Shaikh
pun bangun selepas itu tanpa mengambil peduli tentang mimpi beliau
yang aneh. Seperti kebiasaannya beliau akan membawa anaknya kepada
doktor untuk beberapa pemeriksaan dan ujian. Doktor merasa terkejut
selepas ujian tersebut dan mengesahkan bahawa anaknya tidak lagi
mengalami apa-apa penyakit.

Shaikh pun teringat kembali mimpi beliau
serta sadaqah yang beliau lakukan secara tersembunyi dalam kegelapan
malam lalu bershukur kepada Allah atas perkara tersebut. Anak beliau
pun membesar lalu menjadi seorang pemuda yang bertaqwa, menghafal
keseluruhan Al Qur'an dan memiliki suara yang indah lagi lunak.

Demikianlah saudara-saudari yang dikasihi fillah sekalian. Telah saya
ketahui daripada shaikh ini untuk bersadaqah secara kerap walaupun
dalam nilai yang sedikit lalu saya temui kelegaan selalu dengan izin
Allah. Saya berharap agar anda telah mendapat faedah daripada kisah
ini dan akan selalu mengingati para fakir miskin selalu.

(Diambil daripada kisah-kisah dan pengajaran-pengajar an oleh Al
Qattan)

3. Ini merupakan kisah ajaib yang terdapat dalam Kitab Al Birr wa As
Silah oleh Imam Ibn Al Jawzi. Maka hayatilah apa yang diriwayatkan
oleh Al Imam daripada `Ikrimah rahimahullah:

Seorang raja pada masa silam telah berkata kepada rakyatnya: "Sesiapa
yang bersadaqah dengan sesuatu nescaya saya akan potong kedua
tangannya!" Maka datang seorang lelaki kepada seorang wanita lalu
berkata: "Bersadaqahlah kepadaku." Wanita itu menjawab: " Bagaimana
aku akan bersadaqah sedangkan raja akan memotong tangan orang yang
bersadaqah." Dia lalu berkata: "Aku memohon kepada engkau demi Wajah
Allah agar bersadaqah kepadaku." Wanita itu pun bersadaqah dengan dua
keeping roti dan akhirnya raja mengetahui akan kejadian tersebut.
Raja pun menghantar orang kepada wanita itu lalu memotong kedua
tangannya.
Tidak berapa lama kemudian raja menyatakan hasrat kepada ibunya agar
menunjukkan kepadanya seorang wanita cantik untuk dikahwininya.
Ibunya pun menyebut tentang seorang wanita yang kecantikannya tiada
taranya namun dia memilki suatu kecacatan yang teruk iaitu kedua
tangannya telah terpotong. Raja pun pergi untuk melihat wanita
tersebut dan apabila dia melihatnya dia menjadi kagum lalu terus
melamarnya.

Wanita itu bersetuju dengan lamaran tersebut lalu mereka pun
berkahwin. Raja pun tidur dan melakukan hubungan dengan wanita
tersebut. Apabila tiba keadaan perang dan raja pun pergi berperang
dengan musuh maka orang yang dengki telah mengadu kepada raja bahawa
isterinya telah curang lalu melahirkan seorang anak. Raja lalu
mengutus surat memerintahkan agar wanita tersebut dipukul, dihalau
dan ditinggalkan bersama anaknya di padang pasir. Semasa lalu di
sebuah sungai dan ingin minum maka bayi itu terjatuh daripadanya ke
dalam sungai lalu lemas. Wanita itupun menangis dan ketika itu
datang dua orang lelaki yang berkata kepadanya: "Apa menyebabkan
kamu menangis?" Dia berkata: "Anak saya telah jatuh ke dalam air
lalu lemas." "Adakah kamu suka jika kami mengeluarkannya bagi kamu?"
ujar kedua lelaki tersebut. "Ya. Demi Allah," jawab wanita tersebut.
Maka mereka berdua berdoa kepada Allah dan anaknya pun keluar
daripada air tersebut lalu mereka berkata:
"Adakah kamu ingin kami kembalikan tangan kamu?" "Ya," jawab wanita
itu lalu mereka berdua berdoa kepada Allah dan tangannya pun kembali
seperti sediakala lalu berkata, "Adakah kamu tahu siapa kami?"
"Tidak," jawab wanita tersebut. Mereka berkata: "Kami adalah dua roti
yang kamu bersadaqah dengannya."

Daripada Abi Hurairah radhiyAllah `anhu bahawa Nabi SallAllah `alayhi
wasallam bersabda:

Tujuh golongan yang bakal dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya,
pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya, yaitu:
1. Pemimpin yang adil,
2. pemuda yang tumbuh dengan ibadah kepada Allah (selalu beribadah),
3. seseorang yang hatinya bergantung kepada masjid (selalu melakukan
salat jamaah di dalamnya),
4. dua orang yang saling mengasihi di jalan Allah, keduanya berkumpul
dan berpisah karena Allah,
5. seorang yang diajak perempuan berkedudukan dan cantik (untuk
berzina), tapi ia mengatakan: Aku takut kepada Allah,
6. seseorang yang memberikan sedekah kemudian merahsiakannya sampai
tangan kanannya tidak tahu apa yang dikeluarkan tangan kirinya
7. seseorang yang berzikir (mengingat) Allah dalam kesendirian, lalu
meneteskan air mata dari kedua matanya

(Dikeluarkan oleh Al Bukhari dalam Az Zakaah 1423 dan Muslim dalam Az
Zakaah 1031)

Dan daripada Hakiim bin Hazaam radhiyAllah `anhu daripada Nabi
SallAllah `alayhi wasallam: "Tangan yang di atas (orang memberi) itu
lebih baik daripada tangan yang di bawah (yang menerima). Dan
mulailah dengan orang yang kau tanggungi."

"Sebaik-baik sedekah ialah yang diberikan daripada lebihan keperluan"

Dan sesiapa yang menahan diri daripada perkara haram dan meminta-
minta nescaya Allah akan mengurniakan harta kepadanya.

Dan sesiapa yang tidak menerima pemberian orang (walaupun dia
memerlukannya) nescaya Allah akan mengkayakannya. (Riwayat Bukhari
dan lafaz adalah baginya)

Daripada `Aeeshah radhiyAllah `anha dia berkata bahawa Rasulullah
bersabda: "Apabila seseorang wanita membelanjakan daripada makanan
rumahnya tanpa berlebih-lebihan maka baginya adalah pahala dan begitu
juga bagi suaminya dan penyimpan makanan. Tidak berkurang pahala
salah seorang di antara mereka. (Muttafaq `alayh)

Dan daripada Abi Sa'iid Al Khudriyy radhiyAllah `anhu dia berkata:
Rasulullah ke musolla pada hari `Iid Al Adha atau `Iid Al Fitr lalu
kemudian Baginda memberi peringatan kepada orang ramai dan
memerintahkan mereka untuk bersadaqah lalu berkata: "Wahai manusia,
bersadaqahlah. " Lalu dia lalu di kawasan wanita lalu berkata: Wahai
kaum wanita bersedekahlah kalian, sesungguhnya telah diperlihatkan
kepadaku bahwa kalian adalah majoriti penduduk neraka. maka mereka
(kaum wanita) berkata: Disebabkan apa wahai rasulullah? Beliau
berkata: Kalian banyak melaknat, mengingkari kebaikan keluarga
(suami), aku tidaklah melihat kaum yang kurang akal dan agamanya,
yang dapat menghilangkan akal seorang laki-laki yang kokoh hatinya,
selain salah seorang dari kalian.

Baginda pun kemudian meninggalkan tempat itu dan Zainab, isteri
kepada Ibn Mas'uud datang kepada Baginda meminta izin daripadanya
lalu seseorang berkata: "Wahai RAsulullah, Ini Zainab." Rasulullah
berkata, "Zainab yang mana satu?" Maka diberitahu kepada
Baginda: "Isteri Ibn Mas'uud." Baginda lalu berkata: "Izinkan dia."
Zainab lalu berkata: "Wahai RAsulullah, engkau mengarahkan hari ini
untuk bersadaqah dan saya memiliki sedikit barang kemas. Saya ingin
menyedekahkannya namun Ibn Mas'uud berkata bahawa dia dan anaknya
lebih berhak menerima sedekah tersebut." Nabi SallAllah `alayhi
wasallam berkata: "Telah berkata benar Ibn Mas'uud. Suami dan anakmu
adalah lebih berhak untuk kau sedekahkan buat mereka." (Riwayat
Bukhari dan lafaz hadith adalah baginya)

Daripada Thaubaan radhiyAllah `anhu dia berkata Rasulullah SallAllah
`alayhi wasallam bersabda:
"Sebaik-baik dinar yang diinfaqkan oleh seseorang ialah dinar yang
dibelanjakan pada keluarganya dan dinar yang dibelanjakan buat
tunggangannya di jalan Allah dan dinar yang dibelanjakan buat
rakan-rakannya di jalan Allah." (Riwayat Muslim)

Dan daripada Abi Hurairah radhiyAllah `anhu bahawa Nabi SallAllah
`alayhi wasallam bersabda:
"Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru
kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, "Ya Tuhan, karuniakanlah
ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah." Yang
satu lagi menyeru "musnahkanlah orang yang menahan hartanya."
(Muttafaq `alayh : Al Bukhari 1442, Muslim 1010)

Dan daripada Yazid bin Abi Habib bahawa Abu Al Khair memberitahu
kepadanya bahawa dia mendengar `Uqbah bin `Aamir berkata: Aku
mendengar Rasulullah SallAllah `alayhi wasallam bersabda:
Semua orang berada dalam naungan sadaqahnya sehinggalah manusia
dijatuhkan hukuman (pada hari Akhirat). Yazid berkata: Abu Al Khair
akan sentiasa bersedeqah setiap hari walaupun dengan sedikit tepung
uli mahupun bawang atau yang seumpamanya. (Riwayat Ahmad 4/147, Abu
Ya'la 1766, At Tabraaniyy 17/280, disahihkan oleh Ibn Khuzaimah 2431
dan Ibn Hibban 3310 dan disahihkan oleh Al Albaani dalam Sahih At
Targhiib 872 )

Bukan setakat itu sahaja malah sebahagian Salaf menganggap bahawa
sadaqah boleh menghindarkan seseorang daripada penyakit-penyakit dan
kesusahan-kesusahan meskipun dia zalim.

Ibrahim An Nakha'ii berkata: Mereka (kaum Salaf) biasa menganggap
bahawa sadaqah boleh mencegah daripada lelaki yang zalim.

Wajah Abu `Abdillah Al Hakim pemilik kitab Al Mustadrak pernah
mengalami sejenis luka selama hampir setahun lalu dia meminta agar
orang-orang baik mendoakannya. Mereka banyak mendoakannya dan dia pun
bersadaqah kepada kaum Muslimin dengan meletakkan tempat minum air
pada pintu rumahnya dan menuangkan air ke dalamnya untuk diminum oleh
manusia. Tidak berlalu seminggu pun dan luka tersebut sembuh dan
wajah beliau kembali seperti sedia kala.

`Abdullah bin Al Mubarak, seorang tokoh yang berilmu, zuhud lagi
bertaqwa telah ditanya seorang lelaki tentang luka pada lututnya yang
telah ada selama 7 tahun. Lelaki tersebut telah mendapatkan pelbagai
rawatan dan berjumpa pelbagai doktor namun tidak pulih juga.
`Abdullah bin Al Mubaarak lalu berkata: Pergi dan lihat tempat di
mana manusia memerlukan air dan galilah di situ mudah-mudahan ada
mata air di situ yang akan memberhentikan lukamu. Lelaki itupun
melakukannya dan dia pun sembuh.

Kelebihan bersadaqah adalah besar dan kisah-kisah serta
hikayat-hikayat adalah banyak namun cukuplah sekadar yang berfaedah
bagi kita. Kalaulah bagi sadaqah salah satu kelebihan ini maka adalah
wajar sangat kita melakukannya apatah lagi kalau semua ini datang
kepadamu hasil daripada bersadaqah walaupun dengan satu Riyal sahaja.
Janganlah memandang enteng kepada sebarang perkara ma'ruf. Semailah
pahala dan tolaklah daripada dirimu bala. Bersadaqahlah dan galakkan
selainmu untuk bersadaqah kerana kelebihannya yang sangat hebat yang
telah saya kumpulkan buatmu. Janganlah engkau ketinggalan nescaya
engkau akan merugi pada hari yang mana harta dan anak-pinak tak
berguna lagi.

Beberapa nota:

1. Apabila anda berjaya meyakinkan seseorang untuk mengkhususkan
sebahagian daripada gajinya untuk bersadaqah maka anda akan mendapat
seperti pahalanya tanpa mengurangkan pahalanya sedikit pun. Engkau
mungkin mati dan di sana ada orang yang bersadaqah disebabkan engkau.
2. Apabila engkau mengutuskan risalah ini lalu seseorang menetapkan
untuk selalu bersadaqah maka bagi anda sebagaimana pahalanya tanpa
mengurangkan pahalanya sedikit pun.

Rasulullah Nabi SallAllah `alayhi wasallam bersabda:

Dari Abu Hurairah radhiyAllah `anhu bahawa Nabi Muhammad SallAllah
`alayhi wasallam bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah
amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi
manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa
untuknya." (Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Dikumpulkan dan disusun oleh saudaramu,
Abul Baraa', `Aamir bin Muhammad
(dari Multaqa Ahl Al Hadiith)

Diterjemah pada 8 Zulhijjah 1428 H

*****.*.*****
Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: