Monday, December 3, 2007

RM5 bilion dihabiskan / Rocket buatan Malaysia 15 tahun lagi?

Kadet Pencen wrote:
RM5 bilion dihabiskan / Rocket buatan Malaysia 15 tahun lagi?


MPPAS
RM5 bilion dihabiskan, Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris telah menjadi liabiliti - Salahuddin
Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya akan menyentuh beberapa perkara tentang Maksud B.41 di bawah Butiran 010300 – Pengurusan Kewangan. Bajet yang dipohon ialah sebanyak RM223 juta disebut dalam belanjawan bagi tahun hadapan.

Tuan Pengerusi, saya ingin mendapat penjelasan dari pihak kementerian tentang yuran sekolah yang telah dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sewaktu dalam bajet ini, iaitu pihak kerajaan akan memastikan bahawa yuran-yuran sekolah ini akan dihapuskan. Ibu bapa telah mendapat surat untuk persekolahan anak mereka tahun hadapan dan menyaksikan bahawa sebenarnya jumlah yuran yang diberikan ataupun yang ditiadakan atau yang dikatakan percuma itu cuma empat ringgit lebih bagi sekolah rendah dan tidak sampai RM10 bagi sekolah menengah.

Yuran-yuran lain masih kekal dan secara purata anak-anak kita yang akan mendaftar tahun hadapan akan membayar bagi sekolah rendah hampir RM200 dan di sekolah menengah, di sekolah berasrama penuh hampir mencapai RM300 hingga RM400.

Jadi adakah maksud bajet ini kerajaan akan hapuskan yuran-yuran ini? Yuran PIBG, MSSD, yuran peralatan sukan, buku-buku kerja dan seumpamanya. Saya harap mendapat penjelasan daripada pihak kementerian dan ibu bapa khususnya masyarakat di luar bandar amat keliru tentang penjelasan yuran percuma ini.

Keduanya, Butiran 020700 – Pendidikan Guru yang juga memperuntukkan jumlah hampir RM1 bilion. Di sini suka saya untuk bertanya pada pihak kementerian, kenapa terjadinya satu kecenderungan hari ini, satu tendency dengan izin belia-belia atau pelajar-pelajar lelaki sangat kurang minatnya untuk menyertai profesion perguruan ini?

Hari ini hampir pasti dengan penuh penghormatan saya pada golongan wanita bahawa principal atau guru-guru besar sama ada di sekolah menengah ataupun di sekolah rendah rataratanya majoriti hari ini termasuk guru-guru disiplin adalah di kalangan guru-guru wanita. Jadi ini satu tendency kalau tidak ada suatu perancangan masa depan, saya cukup bimbang belia-belia di kalangan lelaki ini tidak langsung berminat dalam profesion perguruan ini yang sudah tentu menjejaskan masa depan pendidikan dalam negara kita.

Seterusnya Tuan Pengerusi, tentang Butiran 040100 – Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Saya ingin bertanya dan mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh menjawab pada hari ini secara tegas. Apakah sebenarnya dasar kementerian pada hari ini terhadap pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ini.

Saya mendapat maklumat dalaman bahawa semacam telah ada keputusan bahawa kementerian akan menarik balik sepenuhnya dasar ini, yang pada suatu waktu dulu dibahaskan dalam Dewan yang mulia ini pegawai-pegawai dan pakar-pakar pendidikan telah pun memberikan pandangan, Dewan Bahasa dan Pustaka memberikan pandangan, tokoh-tokoh pendidikan memberikan pandangan malah terlalu silap sebenarnya untuk mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris itu.

Sekarang ianya telah menjadi satu liabiliti kepada kementerian, kepada guru-guru dan ibu bapa khususnya anak-anak kita yang belajar di peringkat luar bandar. Saya difahamkan hampir RM5 bilion telah dibelanjakan, telah dihabiskan, kononnya untuk mempertingkatkan pembelajaran bahasa Inggeris, melatih guru-guru, membeli komputer-komputer dan setelah RM5 bilion dihabiskan, apa pencapaian kita yang ada pada hari ini?

Saya rasa kita jangan malu. Ini satu kesilapan, kita memperakuinya satu kesilapan bahawa kita telah tersilap bahawa bukan
caranya untuk kita mendapat, untuk kita menguasai bahasa Inggeris dengan memberikan bebanan kepada anak-anak di kampung, guru-guru yang terpaksa, dipaksa belajar bahasa Inggeris.

Mana mungkin ya kita dapat untuk mencapai penguasaan ini. Saya bersetuju kita perlu menguasai bahasa, kita boleh menguasai banyak bahasa tetapi bukannya mengagungkan dan mendaulatkan bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain tetapi bahasa kita sendiri. Jadi saya mengharapkan satu penjelasan di Dewan yang mulia ini. Adakah kementerian bersedia untuk sepenuhnya membatalkan serta merta pengajaran sains dan matematik ini di dalam bahasa Inggeris.

Akhir sekali Tuan Pengerusi, tentang Dewan Bahasa dan Pustaka, saya bersetuju dengan rakan-rakan yang lain, kita melihat Dewan Bahasa dan Pustaka hari ini semacam kehilangan taring, tetapi sebelum kita menuduh secara total kepada pihak Dewan Bahasa dan
Pustaka, apakah sebenarnya the root of the problem? Dengan izin.

Apakah sebenarnya yang sedang menimpa Dewan Bahasa dan Pustaka sehingga mereka yang ada pada hari ini tidak kelihatan berwibawanya ataupun Dewan Bahasa yang ada pada hari ini kelihatan tidak lagi berupaya menjadi suatu badan, suatu ejen ataupun suatu organisasi yang akan terus menerus memastikan martabat Bahasa Melayu ini pada masa akan datang terus dihormati.

Jadi apa, what was wrong? Dengan izin. Adakah sebab banyak campur tangan politik, birokrasinya? Adakah lantikan-lantikan pihak atasan Dewan Bahasa itulah yang menyebabkan kakitangan yang ada pada hari ini kehilangan minat, kecenderungan, mereka kehilangan minat untuk membangunkan Dewan Bahasa?

Jadi ini mesti diperbetulkan, sebelum kita menuduh secara total Dewan Bahasa itu lemah dan mandom tetapi apa yang sebenarnya berlaku? Kalau dulu Dewan Bahasa boleh berdiri, banyak jasanya, keagungan dalam memartabatkan bahasa kita sehingga tertubuhnya UKM, terbukti Bahasa Melayu boleh menjadi bahasa ilmu, bahasa dunia tetapi hari ini kenapa Dewan Bahasa menjadi seperti ini? Mesti ada dengan izin culprits reshuffle oleh siapa?

Siapa sebenarnya yang menjadi penyangaknya, penjahatnya? Yang menyebabkan berlakunya masalah dalaman dalam pengurusan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tuan Pengerusi: Cukuplah.
Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan Pengerusi.
(Ucapan peringkat Jawatankuasa (Kementerian Pelajaran) pada 29 November 2007)


*****.*.**** *
ALHUSSEYN

Rocket buatan Malaysia 15 tahun lagi?
Betapa angkuhnya sifat bodoh sombong seorang yang bernama Dr Mohd Ruddin yang telah memberitahu Fong Po Kuan (DAP–Batu Gajah) bahawa sesuatu 'tanda harga' tidak boleh diletakan bagi memperolehi ilmu pengetahuan dan teknoloji.

"Apabila anda belajar untuk mendapatkan decree atau Master dan menghabiskan RM1juta, jumlah tersebut tidak dapat dinilaikan dengan ilmu pengetahuan yanga anda dapati," ? katanya.

Tidak berpuas hati,Fong telah bertanya tentang bagaimana dengan melalui pembelian sebuah 'Soyuz Kapsul' dapat memberi keuntungan kepada negara apabila wang yang dibelanjakan lebih diperlukan untuk membantu rakyat miskin.

Dr Mohd Ruddin kemudian menjawab:

“Tidakkah kamu pernah mendengar tentang'reverse engineering' ?Anda bukan seorang Saintis, maka anda tidak tahu!" kata Dr Mohd Ruddin.

“Reverse engineering bermakna, anda beli satu barang seperti Soyuztersebut atau sebuah kereta dan buka gelidah dan belajar tentang bagaimana cara membuatnya sendiri.Sudah tentu kita mahukan Angkasawan kita terbang didalam sebualkapsul tempatan.” Katanya seolah-olah mahu memberitahu dunia betapa bijaknya dirinya berbanding dengan orang lain!

Kemudian beliau menyambung kata : “Sama ada anda bersetuju atau tidak, ianya adalah keputusan kerajaan,"

Cerdik? Dia memang seorang yang cerdik dan mempunyai Phd.Tetapi sikap sombongnya itu telah menjadikannya seorang manusia yang bodoh sombong!Sama seperti mana yang pernah berlaku kepada Abu Jahalyang sebelum kedatangan Islam, dia dikenali sebagai Abu Hakam - kerana kecerdikannya. Tapi apabila dia menolak kebenaran lantaran sombong dan angkuhnya , dia kemudiannya didigelar 'bapa kejahilan'

Komentar Maverick yang tidak mempunyai sebarang Phd 'Cakap tak Serupa Bikin' :

You can sent engineers to Russia and learn. For China, the rocket scientists were trained at NASA and they go back to help their country to built rockets. They brought home with them the drawings and manuals, and together with their knowledge, they built a new team of scientists at their space agency.
Anda boleh menghantar jurutera ke Russia dan belajar.Bagi China, saintis rocket/angkasa dilatih di NASA dan mereka kembaliuntuk membantu negara mereka membina roket.Mereka membeli rajah-rajah dan manual, dan dengan ilmu pengetahuan mereka, mereka membina satu pasukan baru saintis di agensi angkasa mereka sendiri.

Kemudian timbul berita hari ini yang barangkali dicetuskan oleh ‘reverse engineering’ Dr Mohd Ruddin.

Berita besar bertajuk : Malaysian-made rockets in 15 years Rocket buatan Malaysia 15 tahun lagi?


Malaysian-made rockets in 15 years?

Malaysians building their own satellite or rocket in their garage?Malaysia membina sateline atau rocket dalam bengkel sendiri ?
This will be possible in the future as the National Space Agency is intensifying efforts to develop its capacity in satellite technology and teaching the skills to youths.

Ini adalah kemungkinan dimasa akan datang kerana Agensi Angkasa Kebangsaan sedang giat berusaha membangunkan kemampuan dalam teknologi satelit dan melatih kemahiran tersebut kepada para belia.
"It can happen if people at that time reach a certain level of technical expertise as well as have a desire to do something different," said its director-general Datuk Dr Mazlan Othman in a public lecture at the Academy of Sciences Malaysia yesterday.

“Ianya boleh berlaku jika pada masa tersebut mereka mencapai tahap tertentu kepakaran teknikal serta ada kemahuan melakukan sesuatu yang berbeza,” kata Pengarahnya Datuk Dr Mazlan Othman dalam satu ceramah umum di Akademi Sains Malaysia semalam..

"Hopefully, in the next 15 to 20 years, the idea will not be so alien to them …… Click here“Diharapkan, dalam masa 15 ke 20 tahun akan datang, idea tersebut tidak akan asing kepada mereka….. Klik disini
^^^^^^^^^^^^ ^^^^^^^^^ ^^^^^^^^^ ^^^^^^^^^ ^^^^^^^^^ ^^
Alhusseyn : Secara peribadi sewaktu menatapi gambar Dr mazlan diatas itu, saya berasa pelik! Saya amati betul-betul dan bertanya sendiri:"Kenapa orang ini memakai baju orang perempuan?"

Hanya apabila saya membaca artikel seterusnya baru saya sedari bahawa Dr Mazlan ini sebenarnya adalah seorang wanita! Saya keliru selama ini dengan nama beliau kerana Mazlan biasanya merujuk kepada nama orang laki-laki.Sekarang baru saya tahu... bukan nama sahaja yang mengelirukan, bahkan kenyataannya diatas pun sangat mengelirukan!

Konon-kononnya Malaysia akan membeli Soyus untuk 'membongkar' ilmu membuat roket sendiri melalui 'post mortem' keatas besi buruk Soyuz tersebut!

Harganya berapa?-- Masih belum ditetapkan lagi kerana mungkin pihak Russia belum begitu pasti berapa wang komisyen yang akan pihak-pihak di Malaysia akan minta supaya disertakan sekali dengan harga yang akan ditawarkannya. Inilah strategik perniagaan Glokal! Najib memang pakar dalam soal ini.Nak tanya kepada Razak Baginda, dia sedang kat dalam tu.. Nak tanya Altantunya, dia dah jadi arwah.Nak tanya kat siapa huh? Tanya Rosmah? Komisyen yang dia minta untuk jawab soalan tersebut tentu lagi parah!

Lain-lain negara seumpama Jepun yang maju dengan teknologinya pun masih menggunakan kapal angkasa Amerika NASA untuk membuat kajian diangkasa luar.

Buktikanlah apakah kemajuan yang telah Malaysia capai melalui program angkasawan yang baru lalu.Menghabiskan boreh sahaja!


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/



To leave comments, please refer to latest posting on talkonly.blogspot.com , thank you.

No comments: