Thursday, December 27, 2007

Perlukan bantuan

ctumi2000" ctumi2000@yahoo.com

Mereka memerlukan bantuan anda.
Posted by: "Hizamri Johari" hizamri@yahoo. com hizamri
Sat Dec 22, 2007 8:24 pm (PST)
============ ========= ========= ========= ========= ===
Seminggu yang lepas , kisah kanser saya tersebar di ReSpek group
Pada Khamis lepas , semasa didalam wad untuk menjalani kimoterapi,
Saya terbaca artikel ini didalam akhbar Berita Harian.

Shamsiah tinggalkan alam persekolahan bagi bantu ibu jaga adik di
hospital hingga meninggal dunia September lalu

KETIKA remaja lain sedang asyik dengan dunia mereka dalam mencari
haluan hidup, Shamsiah Kamsani pula mengambil keputusan berani untuk
meninggalkan alam persekolahan tiga tahun lalu bagi membantu ibunya
menjaga adik tersayang, Muhammad Said Haikal (Haikal) yang dirawat
di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Meskipun menyedari keputusan yang diambil bakal merubah
kehidupannya, Shamsiah akur kesusahan hidup keluarganya memerlukan
pengorbanan yang tinggi apatah pula di kala adiknya sedang bersabung
nyawa melawan barah buah pinggang yang tidak mengenal mangsa.

Melihat tubuh kecil yang masih tidak memahami erti kehidupan itu
tabah menghadapi kesakitan, Shamsiah nekad untuk tidak meneruskan
persekolahan Tingkatan Empat untuk mengambil alih tugas ibunya,
Faridah Misban, 44, menjaga Haikal sepenuh masa di hospital,
sementara bapanya, Kamsani Mohd Salehan, 47, mencari rezeki.

"Adik beradik saya ramai, ada 13 orang termasuk saya dan Haikal.
Ketika itu, ayah bekerja sebagai pemandu lori. Apabila Haikal
disahkan menghidap barah buah pinggang dan ditempatkan di PPUM, ayah
mengambil keputusan untuk membawa keluarga kami berpindah ke Puchong
supaya lebih hampir dengan adik, selain membolehkan ibu berulang-
alik dari rumah ke hospital.

"Melihat keadaan ibu yang ketika itu mengandungkan adik bongsu, saya
nekad berhenti sekolah untuk menjaga Haikal di hospital supaya ibu
dapat membahagikan masa menjaga Haikal dan pada masa sama, adik lain
yang masih kecil tidak terabai. Itupun, sudah puas saya berfikir,
itulah yang termampu hendak saya lakukan," katanya sambil merenung
jauh mengenang nasibnya.

Tidak seperti remaja lain yang masih kelihatan keanak-anakan
terutama cara mereka berfikir, gadis yang berusia 18 tahun itu pula
jelas matang berbanding usianya apabila diajak berbicara. Orangnya
bijak, malah masih menyimpan impian untuk menamatkan persekolahan
dan jika boleh melanjutkan pengajian hingga ke peringkat tertinggi
kerana menyedari hanya pendidikan dapat merubah nasib keluarganya.

Bagaimanapun, menyedari kekurangan keluarga yang masih bergelut
dengan pemergian Haikal sebulan yang lalu, Shamsiah kini terpaksa
melupakan impiannya itu dan bekerja sebagai pembantu rumah bagi
membantu keluarganya.

Menerusi pertemuan di kediaman sementara mereka di Kampung Bukit
Kuching Tengah, Jeram, Kuala Selangor, baru-baru ini, penulis dapat
menyaksikan bagaimana keluarga berkenaan kini menyesuaikan diri
menangani kesedihan apabila Haikal kembali ke rahmatullah selepas
berjuang untuk hidup selama dua setengah tahun.

Anak ke-13 daripada 14 adik beradik, Haikal dilahirkan pada 7 Mei
2004 dalam keadaan sihat. Namun, pada usia setahun, mereka mengesan
kewujudan bisul pada lehernya, lalu membawanya ke klinik biasa.
Melihat kedudukan bisul berkenaan menyebabkan ia sukar untuk
dibuang, Haikal dirujuk ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR),
Klang.

KELUARGA BESAR: Kamsani dan Faridah bersama sebahagian anaknya.

Di HTAR, bisul berkenaan berjaya dibuang tetapi pemeriksaan lanjut
doktor dapat mengesan masalah lain apabila ada bengkak pada
perutnya. Hasil imbasan CT, doktor mengesan ketumbuhan di atas buah
pinggangnya dan Haikal disahkan menghidap barah.

Pada Oktober 2005, doktor terpaksa membuang satu buah pinggang
Haikal sebelum merujuk kanak-kanak berkenaan di PPUM untuk rawatan
kimoterapi.

Sejak itu hospital bagaikan rumah kedua bagi keluarga berkenaan.
Malah, sejak berpindah ke Puchong, Shamsiah dan beberapa adik
beradiknya terpaksa berhenti sekolah kerana ibu bapa mereka kurang
mampu untuk menyediakan perbelanjaan sekolah.

Hospital bagaikan rumah kedua

Faridah akui, kala dimaklumkan penyakit anaknya itu beliau hampir
rebah mengenangkan masa depan si kecil. Meskipun seumur hidupnya
beliau menetap di kawasan pedalaman, mendengar perkataan barah saja
beliau sudah dapat membayangkan pelbagai kesengsaraan yang bakal
dihadapi anak kecilnya itu.

"Saya pengsan dan hampir setiap hari saya menangis mengenangkan
nasib Haikal. Ada kalanya terfikir kenapalah kami yang miskin ini
menerima dugaan sehebat ini. Namun, akhirnya saya dan suami reda
dengan ketentuan Ilahi dan setiap hari kami memanjatkan doa
kepadaNya supaya Haikal dapat berdepan dengan dugaan ini.

"Saya cuba menguatkan semangat di depan Haikal supaya dia dapat
lebih tabah ketika kesakitan akibat rawatan yang dilalui, tetapi
saya tewas melihatnya. Tubuh yang masih kecil itu, menggigil-gigil
melawan kesakitan apabila rawatan kimoterapi menunjukkan kesan,"
katanya.

Ketika menjaga Haikal di PPUM itu Faridah mendapati beliau hamil
lagi. Dalam keadaannya yang tidak begitu sihat, pernah seketika
beliau terpaksa membiarkan Haikal sendirian di hospital kerana tidak
mampu dari segi kesihatan dan kewangan untuk berada di sisi anaknya.

Lebih memeritkan lagi, suaminya kini sudah tidak dapat bekerja
berikutan menghidap pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi,
lelah dan kencing manis.

Pada tika itulah, anak keempat, Shamsiah memaklumkan kepadanya untuk
mengambil alih tugas menjaga Haikal di hospital.

"Saya sedih, sedih mengenangkan nasib Haikal dan anak lain yang
terpaksa berhenti sekolah bagi membolehkan Haikal berasa lebih
selesa ketika hayatnya. Sedikitpun mereka tidak merengek hendakkan
itu dan ini. Walaupun mereka faham keadaan saya dan suami yang agak
susah, saya sebagai ibu, sedih. Pengorbanan mereka begitu besar
ertinya kepada saya dan suami," katanya.

Sepanjang dua setengah tahun Haikal di PPUM, Faridah terpaksa
berhutang dengan jirannya yang juga pemandu teksi untuk berulang ke
hospital berkenaan. Bukan tidak pernah cuba menggunakan bas, tetapi
kerana kurang faham dengan jalan di Kuala Lumpur sehingga pernah
sesat dan terpaksa berjalan kaki dari Bangsar ke PPUM, beliau
akhirnya mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat jirannya
meskipun terpaksa berhutang sehingga ke hari ini.

Shamsiah terus menjaga Haikal di hospital walaupun ketika itu ibunya
sudah selamat melahirkan adik bongsu mereka, Nurul Hidayah.
Begitupun, pada tanggal 24 September lalu, ketika umat Islam sedang
menyambut Ramadan, Haikal akhirnya menghembuskan nafas terakhir.

Pemergian anak kecil itu pada jam 12.45 pagi hanya disaksikan
doktor, ibu bapanya, Shamsiah dan anak kedua Faridah, Kamarulzaman.
Meskipun sedih dengan pemergian Haikal, Faridah reda dengan kehendak
Ilahi. Begitupun, akui Shamsiah beliau terkilan kerana tidak sempat
menunaikan permintaan terakhir Haikal sejurus sebelum nazak, iaitu
untuk membeli baju raya dan menaiki bas dua tingkat.

Malah, berkali-kali si kecil meminta untuk dibawa pulang ke kampung
dan sempat memberitahu beliau akan 'pergi' dalam nada yang ceria.
Kini semuanya tinggal kenangan. Bagi Shamsiah yang sentiasa menemani
adiknya di hospital, gelak tawa Haikal menjadi kenangan abadi.

Sesungguhnya, memori bersama Haikal sehingga kanak-kanak kecil itu
menghembus nafas terakhir menjadi kekuatan bagi Shamsiah menempuh
hari mendatang yang masih kabur baginya.

Ingin membantu keluarga Faridah, hubungi talian 017-2047668.
Saya telah hubungi beliau (Pn Faridah) , sapa-sapa sudi membantu
boleh bank in ke akaun suami beliau - Maybank : 162777008986
(Kamsani b. Mohd Salehan)


*****.*.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: