Wednesday, December 5, 2007

/ PAS ucap takziah / Tragedi Langkawi / 20 tersasar jatuh ke dalam laut

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)

PAS ucap takziah pada keluarga tiga anggota Briged Para
Harakahdaily
Tue | Dec 04, 07 | 1:24:12 pm MYT
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Hrkh) - PAS mengucapkan takziah kepada keluarga tiga anggota tentera yang terbunuh dalam insiden penerjunan udara di Langkawi, Ahad lalu dan mahu pampasan yang setimpal diberikan kepada waris dan anggota keluarga mereka.
Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar berkata, bencana ini juga perlu dilihat dengan penuh keinsafan oleh pihak-pihak terbabit bagi dijadikan panduan untuk masa-masa akan datang.

"Kita meminta siasatan yang benar-benar bebas dan telus dijalankan bagi mencari punca sebenar kejadian," ujarnya.

PAS tambah beliau, tidak mahu kredibiliti lembaga penyiasat dipertikaikan keluarga mangsa seperti mana yang berlaku ketika hasil siasatan tragedi helikopter Nuri terhempas diumumkan baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad, tiga daripada 138 anggota Pasukan 10 Briged Para dari Kem Terendak, Melaka maut, manakala 11 lagi cedera selepas penerjunan mereka tersasar lebih 500 meter dari zon pendaratan di lapangan terbang Langkawi akibat tiupan angin kencang yang didakwa berlaku secara tiba-tiba.

Sebahagian daripada mereka jatuh di luar pagar lapangan terbang dan tersangkut di pokok, manakala sebahagian lagi jatuh ke laut termasuk tiga anggota yang terkorban.

Anggota Briged Para yang terkorban ialah Renjer Siti Hajar Yakub, 24; Prebet Nurul Wahida Mohamad Yunus, 20; dan Trooper Raimond Duncan, 25.

Dalam perkembangan berkaitan, media massa utama melaporkan acara penerjunan melibatkan anggota Briged Para bagi pembukaan pertunjukan udara Pameran Antarabangsa Udara dan Maritim Langkawi (LIMA 2007) dibatalkan penganjur.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Pertahanan dilapor berkata, perubahan luar jangka dalam masa 24 jam itu dibuat ekoran kemalangan yang berlaku Ahad lalu.

Selain tiga anggota yang terbunuh, 11 mengalami kecederaan termasuk Suraya Ali, 23, yang kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Anggota 10 Briged Para (PAC - Pasukan Aturgerak Cepat) adalah benteng hadapan tentera Malaysia dalam menghadapi satu-satu krisis yang berlaku.

Mereka adalah unit pertama yang akan di aturgerakkan andainya berlaku sesuatu krisis seperti penawanan lapangan terbang oleh musuh.

Para penganalisis berpendapat, pertunjukkan di Langkawi sebenarnya adalah sebahagian daripada latihan warga PAC 10 Briged Para dalam memastikan kesiap-siagaan mereka pada sebilangan masa.

Mengulas lanjut, Mahfuz mengharapkan pihak terbabit agar lebih teliti dalam hal-hal berkaitan keselamatan nyawa anggota tentera seperti memastikan keadaan cuaca dan angin yang bersesuaian dengan latihan memandangkan keadaan yang tidak menentu sekarang.

"Ini kerana anggota yang terlibat menggunakan teknik terjun bebas yang mana payung terbang meraka tidak mempunyai alat kawalan dan ini mendorong berlakunya kecelakaan andainya berlaku tiupan angin kencang dan cuaca buruk.

"Seandainya pertunjukkan jet boleh di batalkan atas alasan cuaca buruk walaupun ianya di lengkapi peralatan avionik canggih untuk semua keadaan cuaca, inikan pula nyawa manusia yang tiada ganti seharusnya lebih di dahulukan kerana aset 10 Briged Para terlalu berharga untuk negara," tegasnya. tajdid.

*****.*.*****

Merah Tinta MSO

Tragedi Langkawi
Siasatan Tragedi Penerjun Maut di Langkawi

SEMALAH tiga penerjun dari 10 Briged Para terkorban di Langkawi Kedah semasa mereka melakukan penerjunan dalam reptai penuh upacara pembukaan Pameran Udara dan Maritin Antarabangsa Langkawi (Lima) 2007 di Kedah.

Mereka terbunuh ialah Siti Hajar Yaakub 24, Nurul Wahida Yusuf, 20 dan Raymond Anak Ducan, 25. Mereka antara 20 anggota penerjun yang tersasar dari zon pendaratan di lapangan terbang itu. Dalam kejadian itu 11 yang lain juga cedera dan ada yang cedera parah dan masih kritikal.


Siti Hajar mati akibat lemas apabila ia terjatuh ke dalam laut sementara Nurul Wahida pula kerana kesejutakan selepas terbenam di lautan.

Sama-sama kita mengucapkah tahziah kepada keluarga ketiga-tiga penerjun berkenaan.

Kejadian seumpama itu adalah pertama kali sejak Lima diadakan. Walaupun kejadian itu adalah takdir namun seharusnya ia diberi perhatian sewajarnya. Pihak kerajaan perlu menyiasat kenapa kejadian demikian boleh berlaku.

Tidak dapat tidak berhubung kejadian itu akan timbul berbagai spekulasi. Angka yang terkorban atau yang terlibat adalah besar. Bagaimana kejadian itu boleh berlaku perlulah disiasat segera dan didedahkan kepada umum agar tidak menimbulan apa-apa tanggapan buruk.

Pertanyaan juga timbul apakah reptai berkenaan tidak dilengkapi dengan pasukan keselamatan secukupnya bagi menghadai sebarang kemungkinan seperti itu yang berlaku itu.

Walaupun ada pihak tertentu tidak mahu kejadian itu dispekulasikan namun ia tidak dapat dielakkan memandangkan kejadian seumpama itu pertama kali berlaku dan mengakibatkan kehilangan nyawa.

Sewajarnya kalau siasatan terperinci untuk mengenali sebab musabab kenapa ianya berlaku. Kerajaan khasnya Kementerian Pertahanan atau mana-mana pihak terlibat dengan pamiran itu tidak boleh menyerahkan kepada Ilahi saja dan menganggap ia sebagai takdir Allah.

Perdan Menteri telah melahirkan rasa sedih atas apa yang berlaku. Namun dalam pada itu beliau tetap berharap kejadian itu tidak menjejaskan persiapan majlis pembukaannya yang dijadualkan hari ini. Katanya majlis permbukaan perlu diteruskan juga.

Kenyataan dan sikap PM itu menimbulkan sedikit kepiluan kepada kita dan seolah-olah beliau tidak bersimpati atas apa yang berlaku. Benar, nyawa ketiga mereka itu tidak sepenting nyawa para menteri atau Perdana Menteri sendiri. Tetapi dari sisi Allah kedudukannya sama sahaja.

Kita ingin tahu apakah Abdullah akan mengambil sikap seperti itu juga sekiranya yang terkorban semalam melibatkan Menteri Pertahanan Najib Razak, atau istertinya Jeanne Abdullah, atau menantunya Khairy Jamaluddin? Apakah ucapan itu diteruskan juga tanpa terlebih dahulu memberi ruang untuk balasungkawa kepadanya?

Saya peraya kalau tragedi semalam turut meragut nyawa orang-orang itu mungkin upacara pembukaan yang dijadualkan hari ini itu di batalkan atau sekurang-kurangnya ditundakan beberapa jam sebagai penghormatan kepada mereka bertiga.

Tetapi kerana yang meninggalkan itu adalah rakyat atau prajurit marhaen maka ianya tidak sedikitpun dirasakan sebagai satu kehilangan. Walhal pengorbanan dan kesanggupan mereka bertiga mengambil bahagian dalam penerjunan itu sebagai menunjukkan kesetiaan dan komitmen mereka kepada negara.

Sikap yang ditunjuki Abdullah itu tidak menghairankan kita, kerana begitulah selalunya berlaku di negara ini. Berlakulah apa juga samada membabitkan nyawa harta benda orang yang bertanggjawab tidak pernah mengambil tanggungjawab dan risikonya.

Apa lagi untuk mengharapkan mereka akan meletakkan jawatan sebagai simbol kebetertanggungjawaban mereka, samalah seperti mengharap hujan naik ke langit! Al Fatihah untuk roh Nurul Wahida dan Saiti Hajar. [wm.kl. 12: 00 03/12/07]

*****.*.*****

alhusseyn
20 tersasar jatuh ke dalam laut, tersangkut di pokok

LANGKAWI: Tiga orang maut manakala 11 lagi cedera selepas terjunan mereka tersasar, ketika menjalani latihan untuk pertunjukan Pameran Antarabangsa Udara dan Maritim Langkawi (Lima 2007), di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi, Prebet Nurul Wahida Mohamad Yunus, 20; Renjer Siti Hajar Yakub, 24; dan anggota lelaki, Trouper Raimon Duncan, 25, terbunuh dipercayai lemas selepas terjatuh ke laut berhampiran Pantai Cenang.

Kita berdukacita dan mengucapkan takziah diatas kemalangan tersebut ; dan berharap Lembaga Siasatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)menyiasat dengan telus serta rapi keatas punca kemalangan itu kerana mengikut akuan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin, semua mangsa berpengalaman luas dan sudah banyak kali melakukan terjunan.

Sama-samalah kita menghadiahkan 'Fatihah' kepada lima orang mangsa yang maut dalam kejadian tersebut. Berita lanjut di sini


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/


To leave comments, please refer to latest posting at talkonly or http://talkonly.blogspot.com, thank you.

No comments: