Friday, December 7, 2007

Pak Lah Ditipu dan Menipu / EC�s explanation weak

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
Pak Lah Ditipu dan Menipu / EC�s explanation weak


aHmadHazieq wrote:
Pak Lah Ditipu dan Menipu : Himpunan BERSIH bukti Pilihanraya Malaysia tidak bebas
oleh HermanSamsudeen
Ketua Penerangan DPP W.Persekutuan

Organisasi kaji selidik antarabangsa, TNS dan Gallup International telah berjaya memperbodohkan pemimpin utama negara melalui laporan kajian mereka berhubung �Voice of the People� diseluruh dunia (Download). Melalui laporan tersebut Perdana Menteri telah membuat kesimpulan yang rapuh dan mendakwa bahawa Pilihanraya Malaysia bebas.
Memetik laporan Berita Harian;

�Di Malaysia, kajian yang dilaksanakan secara bersemuka itu bermula dari 2 Julai hingga 5 Ogos lalu membabitkan 1,250 penduduk bandar di Semenanjung. Dalam jawapan berhubung soalan sama ada pilihan raya dijalankan secara bebas dan adil, Malaysia mencatat 74 peratus, manakala 69 peratus menyatakan negara ini ditadbir mengikut kemahuan rakyat.�

Sebenarnya, bila dibaca berulang kali kita akan melihat satu perkara penting yang Perdana Menteri BN terlepas pandang atau sengaja tidak di�highlight�kan.

Hipotesis kajian ini dibuat berdasarkan 1,250 responden yang terdiri dari penduduk bandar di Semenanjung sahaja. Kesimpulan yang dibuat adalah tidak logik dan masih boleh dipertikaikan kerana dengan jumlah responden sebanyak itu, mereka tidak sepatutnya mengatakan bahawa itulah pandangan sebenar masyarakat malaysia secara keseluruhannya.

Mengikut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia sehingga 13 Julai 2007, jumlah populasi penduduk Malaysia adalah 27.17 juta. Dan berdasarkan laporan SPR sehingga 29 Mei 2007, jumlah pengundi berdaftar dinegara ini adalah 10,322,956 orang.

Oleh itu, sample sebanyak 1,250 yang diambil oleh TNS dan Gallup International adalah tidak sesuai bagi mewakili jumlah rakyat seramai 27.17 juta atau pengundi berdaftar seramai 10,322,956 orang. Jumlah sample sebanyak itu hanya layak diterima pakai bagi satu kawasan DUN yang jumlah pengundinya sekitar 70 ribu-100 ribu sahaja.

Jadi dakwaan Pak Lah bahawa �Pilihanraya Malaysia bebas� adalah suatu pembohongan dan penipuan yang bertujuan bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN.

Hakikatnya, jika TNS dan Gallup International ingin membuat hipotesis yang tepat, mereka boleh melihat kepada jumlah peserta yang hadir dalam Himpunan Aman Rakyat anjuran BERSIH pada 10 November yang lalu. Jumlah kehadiran yang melebihi 100 ribu orang sudah cukup dijadikan sample kukuh bagi dunia menilai tahap kepercayaan rakyat Malaysia terhadap sistem Demokrasi Malaysia.

10 November 2007 menyaksikan kebangkitan gelombang kuning rakyat yang menuntut pemulihan demokrasi dan pilihanraya yang adil. 100 ribu yang hadir adalah layak bagi mewakili 27 juta rakyat atau lebih 10 juta pengundi berdaftar. Ianya satu hipotesis rambang yang mudah dan harus diambil kira bagi situasi pada masa kini.

Selain dari itu, sample yang diambil juga hanya melibatkan penduduk di bandar-bandar besar di Semenangjung Malaysia yang terhad kepada sekitar Lembah Klang sahaja. Seharusnya, laporan yang didakwa mewakili populasi keseluruhan rakyat Malaysia ini dibuat dengan mengambil kira pandangan sample dari luar Lembah Klang termasuklah di Sabah dan Sarawak.

Fakta kehadiran peserta Himpunan BERSIH lebih sesuai kerana ianya dihadiri oleh rakyat dari seluruh negara termasuklah dari Sabah dan Sarawak serta golongan kurang upaya yang turut menjadi pengundi berdaftar dinegara ini.

Seterusnya, Laporan TNS dan Gallup International yang dibuat adalah berdasarkan situasi kajian sehingga 5 Ogos 2007, sedangkan hipotesis terhadap Himpunan Bersih adalah lebih terkini iaitu pada 10 November.

Jadi, diharapkan agar rakyat Malaysia tidak lagi terpedaya dengan fakta yang �outdated� yang dilemparkan oleh UMNO-BN. Momentum kebangkitan rakyat pada masakini sudah cukup baik dan mengetarkan hati Pak Lah.

Dan pada 11 Disember ini BERSIH akan berhimpun sekali lagi bagi membuktikan fakta yang �dilelong� oleh Pak Lah tidak laku dan sudah �expired�. Rakyat dah celik dan mereka sedar hak mereka.

Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di http://dppwp. wordpress. com

*****.*.**** *

BERSIH

Missing Ijok ballots: EC�s explanation weak
Malaysiakini
Nov 20, 07
Polls reform group Bersih today rejected the Election Commission�s (EC) explanation that the 142 missing ballots in one area during the Ijok by-election in April was due to �human errors�.

�If 142 missing ballots can be explained away, how about the missing ballots in Lumut?� asked Bersih, which stands for the Coalition for Clean and Fair Elections, in a media statement today.

The Lumut parliamentary seat, where a navy base is located, has recorded as high as 2,763 unreturned ballot papers in the 1990 general election, 3,487 (in 1995), 8,176 (in 1999) and 5,486 in the last elections in 2004.

�Can the people trust the electoral process when thousands of ballots are mismanaged in every election? Is (EC chief) Abdul Rashid Abdul Rahman not concerned about his commission�s integrity and credibility,� asked the group.

The EC�s attribution of the 142 missing ballots to �human errors� was conveyed to election watchdog Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel) in a meeting yesterday.

Mafrel, which monitored the conduct of the Ijok by-election, had urged in August for a special inquiry to be conducted to probe the missing ballots. It has since accepted the EC�s explanation.

Barisan Nasional�s K Parthiban defeated PKR candidate Khalid Ibrahim by a 1,850 vote majority amid allegations of election irregularities and phantom voters in the by-election.

Unanswered questions
Apart from the missing ballots, Bersih said there were many outstanding electoral issues in the by-election which have yet to be explained by the EC.

The bigger scandals, according to Bersih, include 50 dead voters, votes �stolen� by impostors and 23 voters without national identity cards which were allowed to vote in Ijok.

�Bersih stresses that such irregularities are not isolated cases, but rather, they reflect systematic patterns,� added the coalition, which is made up of five political parties and 67 NGOs.

For example, Bersih said, the EC should explain why was there a sudden increase of 8,463 voters in the Ipoh Timur parliamentary seat held by parliamentary Opposition Leader Lim Kit Siang.

Out of the number, 3,208 of them are postal voters. The seat was won by Lim in the last general election with 9,774-vote majority.

In view of that, Bersih reiterated that the domestic postal voting - for police and army personnel working locally - must be abolished.

�Monitoring of the voting process is insufficient because postal voters are also assigned en masse to any marginal constituency to counter opposition support as and when deemed necessary by BN,� claimed Bersih.

The EC has recently said the postal voting system will not be repealed but it would allow polling agents representing the candidates to observe the casting of postal votes.


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


To leave comments, please refer to latest posting at talkonly or http://talkonly.blogspot.com, thank you.

No comments: