Thursday, December 13, 2007

Mahfuz persoal integriti Haidar / Pat Lah�s prodigal son returns.....

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)


Suruhanjaya Siasatan 'Pita Lingam' : Mahfuz persoal integriti Haidar
Wan Nordin Wan Yaacob
Thu | Dec 13, 07 | 11:14:43 am MYT
KUALA LUMPUR, 13 Dis (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar hari ini mempersoal wibawa dan integriti Tan Sri Haidar Mohamed Noor yang diumumkan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Siasatan 'Pita Lingam'.


Menurut Mahfuz, pelantikan Haidar hanya akan menggambarkan bahawa suruhanjaya itu secara keseluruhannya dipertikai integritinya.

Haidar didakwa pernah dikaitkan dalam kes mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika Haidar menjawat jawatan sebagai pendaftar.

Percaturan
"Saya melihat bahawa ianya membawa persoalan kepada integritinya sebagai Pengerusi memandangkan beliau juga menjadi hakim dalam era tersebut," katanya.

Pelantikan Haidar ini amat diragui dan timbul persoalan samada kenaikan pangkat Haidar ini ditentukan oleh percaturan yang mungkin dibuat oleh VK Lingam dan Vincent Tan, dakwa Mahfuz.

Meskipun katanya Nama Haidar tidak disebut dalam perbualan 'Pita Lingam' namun, kesangsian tetap timbul kerana sebagaimana yang didedahkan dalam pita tersebut, ada kemungkinan pelantikan hakim sebelum dan selepas dari tahun 2002 (ketika perbualan VK Lingam dirakam) ada kaitan dengan percaturan yang dibuat.

Ambil pandangan Sultan Azlan Shah
Justeru itu keanggotaan Haidar sendiri boleh disangsikan dan beliau juga melihat kenyataan kerajaan bahawa pelantikan itu dibuat setelah mendapat perkenanan dari Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-raja Melayu adalah amat disangsikan.

Ini kerana katanya, kali terakhir Majlis Raja-raja Melayu bersidang ialah ketika memutuskan soal kedudukan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Justeru selepas dari itu hingga kini, Majlis Raja-raja Melayu belum bersidang lagi, dan kenyataan kerajaan bahawa keanggotaan suruhanjaya itu telah dirujuk kepada pihak Istana adalah meragukan.

"Kita tidak mahu proses ini dibuat atas nasihat Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Yang di-Pertuan Agong dengan saranan yang mungkin tidak menyeluruh dan kurang tepat.Ia memerlukan perbincangan dari Majlis Raja-raja," katanya.

Beliau melihat bahawa pandangan tokoh undang-undang dalam Majlis Raja-raja Melayu seperti Sultan Azlan Muhibuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu- Lah dalam melantik kenaggotaan suruhanjaya ini amatlah penting.

Tindakan tegas, rombak organisasi kehakiman
Sehubungan itu beliau mendesak bahawa kedudukan Haidar dikaji semula.

Mengulas mengenai skop siasatan suruhanjaya itu beliau melihat segala keputusan dan hasil siasatan jika benar berlakunya penyelewengan, satu tindakan tegas perlu dibuat.

Tindakan tersebut termasuklah merombak semula organisasi kehakiman yang wujud hari ini dan dengan itu juga Suruhanjaya Kehakiman perlu ditubuhkan bagi tujuan itu, katanya.

Sementara itu Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) menyarankan agar skop siasatan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kes 'Pita Lingam' tidak terlalu tertumpu kepada soal kesahihan rakaman sahaja.

Sebaliknya kata Tian Chua suruhanjaya itu perlu menyiasat isu penyelewengan yang terdedah dalam pita itu dan penyelewengan- penyelewengan yang 'mungkin' berlaku sejak pemecatan Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Harakahdaily hari ini untuk mengulas isu keanggotaan suruhanjaya dan skop siasatan badan berkenaan.

skop sempit, perlu diperluas
Mengulas lanjut perkara itu Tian berkata, dari laporan akhbar hari ini, beliau melihat bahawa skop siasatan suruhanjaya terlalu sempit.

"Kita sokong tuntutan Majlis Peguam Malaysia yang mahu suruhanjaya memperluaskan skop siasatan semua penpenyelewengan yang berlaku sejak Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Tun Salleh Abbas.

"Ini kerana kita percaya bahawa pendedahan skandal kehakiman dalam video klip VK Lingam ini hanya sebahagian sahaja kes penyelewengan membabitkan badan kehakiman, dan siasatan perlu diperluaskan lagi merujuk kepada isu-isu terdahulu sebelum ini yang mana kita tidak mendapat gambaran secara jelas mengenainya, " katanya.

Sementara itu beliau juga mempersoalkan pelantikan Haidar sebagai Pengerusi Suruhanjaya Siasatan memandangkan Haidar sendiri dilihat 'kurang wibawa' dalam keanggotaannya semasa mengemudi Panel Bebas menyiasat kes yang sama.

Kata Tian Chua, KeADILan mempersoalkan mengapa individu seperti Haidar dan Dato' Mahadev Shankar sekali lagi dilantik menggangotai suruhanjaya sedangkan mereka telah menggangotai Panel Bebas sebelum ini.

"Dalam hal ini saya melihat timbulnya keraguan terhadap kebolehan anggota suruhanjaya termasuk Pengerusinya, " katanya.

Enam nama diumum anggotai suruhanjaya
Semalam, enam anggota Suruhanjaya Diraja telah diumumkan bagi menyiasat kes klip video memaparkan imej seorang dikatakan peguam sedang berbual menerusi telefon mengenai pelantikan hakim, diberi waktu tiga bulan untuk menyiapkan siasatan.

Suruhanjaya Diraja itu yang dipengerusikan oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor akan menyiasat dan menentukan kesahihan rakaman klip video, mengenal pasti identiti orang yang terdapat dalam klip video tersebut dan kepada siapa dia sedang bercakap serta orang yang disebut dalam perbualan itu.

Lima anggota lain suruhanjaya itu ialah bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Mahadev Shankar; bekas Peguam Cara Negara, Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh; ahli sejarah, Prof. EmeritusDato' Dr. Khoo Kay Kim dan Dato' Abdullah Sani Abdul Hamid, sebagai setiausaha suruhanjaya.

Haidar dan Mahadev merupakan anggota panel khas yang menyiasat kesahihan klip video tersebut yang ditubuhkan pada 25 September lalu selain aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, pelantikan Haidar bersama lima ahli itu berkuat kuasa 12 Disember 2007.

Siasat salah laku
Menurut kenyataan itu, tugas lain suruhanjaya tersebut ialah menyiasat dan menentukan kebenaran isi kandungan percakapan dalam klip video tersebut, menentukan sama ada terdapat apa-apa salah laku oleh mereka yang dikenal pasti atau disebut dalam klip video tersebut.

"Suruhanjaya itu juga perlu mengesyorkan tindakan yang sesuai untuk diambil terhadap orang atau orang-orang yang dikenal pasti atau disebut dalam klip video itu sekiranya didapati telah melakukan sebarang salah laku," katanya.

Kenyataan itu menjelaskan, Suruhanjaya Diraja tersebut perlu menyiapkan siasatan dan mengemukakan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa tiga bulan mulai hari ini.

"Jemaah menteri yang bermesyuarat pada 5 Disember lalu telah berbincang dan bersetuju dengan keanggotaan suruhanjaya itu, bidang tugas dan tempoh siasatan."

"Perkara-perkara tersebut disembahkan untuk perkenan Seri Paduka dan Seri Paduka telah memperkenankan penubuhan suruhanjaya itu di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119)," kata kenyataan itu.

Panel khas dipengerusikan oleh Haidar yang diberi tempoh kira-kira sebulan untuk menyiasat klip video itu sebelum ini, telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan.

Tiga menteri pula iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad kemudiannya dilantik oleh Kabinet untuk meneliti laporan panel khas itu.

Dalam pada itu, Haidar yang pernah memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kuching.

Steve, 67, yang berasal dari Kuching pula memiliki ijazah Sarjana Undang- Undang dengan kepujian dari University of Brussels, Belgium dan pernah bertugas sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Kuching.

Mahadev pula pernah dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya Penyiasatan bagi menyiasat kecederaan yang dialami bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berada dalam tahanan polis pada 27 Januari 1999.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada April 2000 untuk tempoh dua tahun dan berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Tinggi selama 11 tahun.

Zaitun Zawiyah, 57, berasal dari Ipoh, Perak dan telah bersara pada 27 April 2006.

Beliau sebelum itu pernah berkhidmat sebagai Ketua Bahagian Penasihat dan Antarabangsa, Ketua Bahagian Sivil dan Ketua Bahagian Pendakwaan.

Kay Khim, 70, merupakan rakyat Malaysia pertama yang memperoleh falsafah kedoktoran (PhD) dari Fakulti Sastera UM dan pernah menerbitkan dua buku.

Sementara itu, Abdullah Sani, 55, yang memegang jawatan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri sejak 28 Disember 2006 memiliki ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Awam dari American University, Washington DC.

*****.*.**** *

tumpang sekoleh...?
Haidar,Pat Lah�s prodigal son returns.....
Finally the gomen has setup the 'Commission of Enquiry' to look into the Lingam Video Clip, under the Commissions of Enquiry Act 1950 (Act 119) with immediate effect. It�s headed by former chief judge of Malaya Haidar Mohamed Noor and the other members of the commission are former chief judge of Sabah and Sarawak Steve Shim, former Court of Appeal judge Mahadev Shankar, former solicitor-general Zaitun Zawiyah Puteh and historian and Suhakam commissioner Khoo Kay Kim. PM Deparment's Legal Affairs Division head Abdullah Sani Hamid will act as the commission secretary. They have three months or till mid-March to investigate and summit their findings.

Meanwhile Haidar and Mahadev Shankar were from the earlier three member panel. The toothless panel of inquiry headed by Haidar had nothing on their table and ended up by submitting reports based what they gathered from the IGP, AG and ACA. In the end each panel members submitted their report independently. What a sheer waste of public money. However, though media reports indicated all three panelists supported the formation of a Royal Commission some inside source told me that only two panelist suggested the formation of Royal Commission, while Haider wanted the case to be closed. Haidar feared that the Royal Commission will expose more skeletons in the cupboard and he could likely be one of them.

Haidar Mohamed Noor's role in the 1988 judicial crisis which saw the arbitrary and unconstitutional sacking of Salleh Abas as Lord President and two Supreme Court judges renders him as untrustworthy of such an appointment.

The 2nd term of reference states "to enquire and identify the speaker, the person he was speaking to in the video clip and the persons mentioned in the conversation� . Haidar�s name was mentioned in the video clip.

How in the hell do you think he is going to deal with that? Is he taking leave when his name comes out or he just going to plug his ears as nothing happens? Or,he can go in with a preconceived idea that all along this video clip was nothing more but a fake cooked up by some frustrated people.

At least Abdul Rashid had openly declared that he's an ardent fan of the gomen and in a recent speech,he declared that �there is only one regime in this country that is capable of running� the nation, and that Malaysia would be �in trouble� if he was in disagreement with BN. With the amendment bill passed, Abdul Rashid is going to do his best so as not to hurt or be in any disagreement with the BN gomen.

How Haidar Mohamed Noor going to do his piece in this Lingamgate scandal inquiry is anyone's guess. Let�s wait and see.... Again, a black eye on the judiciary!

Sure enough, with this new development, coupled with Bersih,Hindraf public rallies and a series of corruption scandals bruising the gomen,thus, compelling Pat Lah to reschedule his general election date,reportedly set for the last week of December to a later date,probably during the mid-March 2008 school holidays. By then the Royal Commission would have done their work, but sure enough it will be before April 2008. You guys should knows why........

cheers.


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


To leave comments, please refer to latest posting at talkonly or http://talkonly.blogspot.com, thank you.

No comments: