Thursday, December 20, 2007

Jika enggan buka tudung, carilah kerja lain'

Dunya wrote:

http://www.mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_ecb3ef21-c0a85062-53594900-7652d341

'Jika enggan buka tudung, carilah kerja lain'
18-12-2007 06:19:17 PM
Oleh SALHAN K. AHMAD
PETALING JAYA: Individu yang berminat bekerja dalam bidang kecantikan perlu akur dengan ketetapan sesetengah pengusaha yang tidak mahu menggaji pekerja bertudung, kata Persatuan Kecantikan dan Spa Bumiputera.

Presidennya Mohaizi Mohamad berkata pengusaha pusat kecantikan tidak boleh diwajibkan untuk menggaji pekerja bertudung kerana individu berkenaan perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja sebegitu.

"Kita tidak boleh salahkan pengusaha syarikat itu kerana dia ada hak untuk tidak ambil pekerja bertudung atau tidak," katanya kepada mStar Online, ketika diminta mengulas mengenai aduan pembaca The Star hari ini.

Menurut pengirim surat itu, seorang rakannya yang bertudung telah memohon untuk menjadi jurujual di sebuah syarikat kecantikan di pusat membeli-belah KLCC, namun pemohonannya ditolak kerana syarikat itu mengamalkan dasar "gaya bebas dan menarik".

Katanya lagi, rakannya itu diminta untuk tidak mengenakan tudung sekiranya ingin bekerja sebagai jurujual barangan solekan.
Pengirim itu yang dikenali Nazreen juga berkata, amalan itu satu bentuk diskriminasi terhadap wanita bertudung.

Mohaizi bagaimanapun berpendapat, mana-mana syarikat tidak seharusnya diwajibkan menggaji pekerja bertudung sekiranya perkara itu tidak menguntungkan perusahaannya.

"Kita tidak boleh paksa mana-mana syarikat untuk ambil orang bertudung atau tidak. Pengusaha syarikat itu tentu sudah fikir, kalau dia ambil pekerja bertudung, adakah itu akan menguntungkan perniagaannya?" katanya.

Beliau menasihatkan individu yang berminat untuk menceburi bidang kecantikan supaya bersedia mengikut dasar-dasar sebegitu.

"Contohnya di kolam renang, perlu berpakaian tertentu. Sesetengah kolam renang tidak membenarkan orang bertudung masuk, kerana prosedurnya memang begitu.

"Kenalah pandai menyesuaikan diri jika ingin bekerja dalam bidang kecantikan. Jika dia tidak suka, dia kenalah cari kerja yang ada persekitaran lebih Islamik, " katanya lagi.

*****.*.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.

Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: