Thursday, December 6, 2007

Jemputan untuk semua / Sekatan Peringkat Pertama

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
Jemputan untuk semua / Sekatan Peringkat Pertama


Penarik Beca
Jemputan untuk semua

Update 2 Disember 2007, 10:33 pagi: Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dalam ceramahnya di Jalan Kebun, Kelang malam tadi dan Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar dalam ceramahnya di Markaz Tarbiyyah, Taman Melewar, juga malam tadi, menyeru semua pihak jalan-jalan, minum-minum, makan-makan dan shopping dengan memakai t-shirt Bersih atau pakaian kuning di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 8 Disember ini.

Mahfuz bagaimanapun menyatakan dari pukul 12.45 tengah hari hingga 1.15 tengah hari. "Para penyokong di Kuala Lumpur dan Selangor jangan tunggu ada ketua untuk jalan-jalan cari makan di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Tanpa risalah, tanpa ceramah," katanya.

Beliau mencadangkan "jalan kekuningan dari Sogo sampai bazar yang boleh tembus ke Masjid India".

*****

Bila saya menulis "Hanya pakaian kuning sahaja...", Mudin001 terus menjawab "saya akan menyahut seruan ini esok, Insya Allah :)".

Malam tadi, saya menghantar SMS kepada Mudin dan meminta ditangguhkan kepada Sabtu akan datang, 8 Disember 2007. Mudin bersetuju. Oleh itu, dengan ini saya menjemput semua yang menginsafi pilihan raya demi pilihan raya di negara ini yang tidak adil dan tidak bersih ke acara berikut:

1. Acara: Jalan-jalan, makan-makan, minum-minum atau shopping sahaja

2. Pakaian: T-shirt Bersih atau pakaian berwarna kuning termasuk topi Bersih dan sebagainya

2. Tarikh: 8 Disember 2007, Sabtu

3. Masa: 1 tengah hari hingga 2 petang

4. Tempat: Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur

Saya juga memohon agar sama-sama kita memastikan:

1. Tiada perhimpunan

2. Tiada slogan

3. Tiada sepanduk

4. Tiada perarakan

5. Tiada demonstrasi

6. Hanya jalan-jalan, makan-makan, minum-minum atau shopping

7. Hanya penyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya, Khairy Jamaluddin serta alat perkakas dan gerombolan mereka sahaja yang boleh mengadakan perhimpunan, demonstrasi atau perarakan, meneriakkan slogan dan membawa sepanduk atau apa sahaja yang mereka suka pada masa, tarikh dan di tempat yang dinyatakan. Kita tidak ada kuasa dan tidak ada masa untuk melarang mereka.

8. Sesiapa yang mengadakan perhimpunan, demonstrasi atau perarakan, meneriakkan slogan dan membawa sepanduk atau apa sahaja yang mereka suka pada masa, tarikh dan di tempat yang dinyatakan dengan sendirinya adalah penyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya, Khairy Jamaluddin serta alat perkakas dan gerombolan mereka.


*****.*.**** *

Ketua Perusuh
Sekatan Peringkat Pertama
Kepada semua pengunjung setia laman blog ini, saya ingin meminta maaf atas kelambatan kemaskini laman ini. Ianya disebabkan oleh urusan perniagaan yang amat memerlukan keperihatinan saya.

TMNET adalah penyedia laluan internet tersohor di Malaysia kini telah memulakan langkah pertama mereka untuk menyekat dan memeriksa semua penghantaran e-mel yang dilakukan di Malaysia. Ini telah dimulakan dengan tersiarnya memo �MITIGATING SPAM IN TM NETWORK� di laman web TMNET.

Apa yang dirisaukan oleh sebahagian besar pengguna Internet kini telah menjadi nyata. TMNET dengan kuasa dan teknologi yang mereka miliki kini bersiap sedia menggunakan semuanya sama ada untuk menyekat atau menyaring semua penghantaran e-mel. Mengikut �BILL OF GUARANTEE� semasa penubuhan Multimedia Super Corridor (MSC), kerajaan bertanggung jawab untuk memastikan tiada sekatan dilakukan atas semua kemudahan komunikasi Internet di Malaysia.

Namun apa yang dikesalkan, pihak TMNET dikenalpasti telah diarahkan oleh peringkat tertinggi dalam Kerajaan Malaysia telah memulakan sekatan peringkat pertama keatas akses Internet di Malaysia. Ini sekaligus telah bercanggah dengan kehendak �BILL OF GUARANTEE� yang termaktub dalam Akta MSC.

Kemungkinan semua saringan dan tapisan keatas kandungan e-mel ini akan dilakukan dengan lebih terancang dan lengkap hingga membolehkan pihak Kerajaan Malaysia mengambil tindakan tegas termasuk menggunakan semua Akta yang ada demi untuk meneruskan kelangsungan pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi & Co.

Oleh itu saya ingin menyarankan kepada semua rakan Internet agar berhati-hati menggunakan khidmat pelayan proxy bagi penghantaran e-mel seperti yang disarankan oleh pihak TMNET. TMNET tidak berhak sama sekali menyekat semua penggunaan pelayan e-mel lain walau atas apa alasan sekalipun.

Saya juga ingin menyarankan kepada semua syarikat atau firma asing yang berada di Malaysia agar menghantar nota bantahan kepada pihak MCMC dan TMNET agar membatalkan segera sekatan ini.


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


To leave comments, please refer to latest posting at talkonly or http://talkonly.blogspot.com, thank you.

No comments: