Wednesday, December 19, 2007

ISA7 mohon layanan yang sama dengan kes Pelajar Hindraf

aHmadHazieq wrote:

ISA7 mohon layanan yang sama dengan kes Pelajar Hindraf

Oleh Herman Samsudeen

Kuala Lumpur : Mahkamah Majistret 4, hari ini menangguhkan perbicaraan Kes 7 Mahasiswa lawan Pendakwaraya yang ditahan kerana dituduh menyertai satu perhimpunan aman membantah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) di perkarangan Masjid Negara pada 8hb Jun 2001.

Peguam bela bagi kes ini, iaitu Latheefah Koya memaklumkan bahawa penangguhan dibuat bagi memberi laluan kepada pihak peguam bela membuat representasi kepada pihak Peguam Negara bagi menimbangkan semula kes ini 7 orang Mahasiswa ini.

Pembebasan 5 orang pelajar yang sebelum ini didakwa dibawah Seksyen 149 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh seorang pegawai polis dalam kejadian perhimpunan haram anjuran pertubuhan itu di hadapan Kuil Sri Subramaniar, Batu Caves pada 25 November lalu merupakan asas kepada repsentasi yang dibuat.

Seorang mangsa yang didakwa iaitu, Rafzan Ramli berharap agar pihak peguam negara dapat menarik balik pertuduhan yang dikenakan kepada mereka.

“jika dibandingkan dengan 5 orang Mahasiswa dalam kes Hindraf, kami hanya dituduh dibawah Seksyen 27 Akta Polis 1967 dan mereka didakwa dibawah Seksyen 149 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Kami tidak melakukan apa-apa rusuhan. Kami berharap agar pihak peguam negara dapat menerima permohonan kami dan menarik semula pertuduhan yang dikeluarkan” kata Rafzan.

Kes 7 orang mahasiswa atau ISA7 ini telah berlarutan selama 7 tahun dan mereka telah digantung sejak dari mula lagi. Salah seorang dari mereka telah dibuang dari Universiti kerana tempoh perbicaraan yang terlalu lama.

Mereka yang terlibat adalah, Rafzan Ramli dan Hilman Zainudin (UiTM), Nik Mohd Norhafizi dan Ahmad Kamal Abd. Hamid (UKM), Wan Sanusi Wan Mohd Nor dan Khairul Amar Mohamad (UM) dan Zulkifli Salleh (UTM).

Perbicaraan akan bersambung pada 26 Januari 2007.


Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di http://dppwp.wordpress.com
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

No comments: