Wednesday, December 12, 2007

Forum Prices Are Going Up! Where Are We Going

Forum Prices Are Going Up! Where Are We Going?

Kerajaan UmnoBN masih lagi rakus & dahagakan darah rakyat, kenaikan harga barang-barang sama ada barang keperluan harian,petrol, gas,cukai, tol, buku sekolah dan banyak lagi yang tak termampu untuk kita senaraikan disini...

Apapun kita semua sudah merasakannya baik makan gaji mahupun bekerja sendiri. Kenaikan harga barang ini adalah tidak lebih adalah perencanaan ekonomi yang gagal dan salah urus beserta penyalahgunaan kuasa sebagai agenda peribadi ataupun agenda negara untuk rakyat.

Rakyat diminta bersama-sama pembangkang untuk membuat perubahan dalam pilihanraya akan datang dengan memberikan undi alternatif kepada calon-calon Barisan Alternatif dalam rangka untuk membuat perubahan demi kesejahteraan kerajaan yang adil,amanah & demokratik.

Parti Keadilan Rakyat dengan ini mengajak seluruh warga Johor untuk bersama-sama mendengar penerangan dari tokoh-tokoh ekonomi yang dahulunya bersama-sama dengan kerajaan dan kini bersama pembangkang untuk menceritakan sendiri pengalaman mereka dalam merangka agenda pembangunan untuk negara.

Penceramah:-
1) Tan Sri Khalid Ibrahim 2) William Leong 3) Din Merikan

Bertempat di Hotel Crystal Crown, Jalan Tebrau Johor Bahru

Pada Hari Jumaat 14 Dec 2007 Jam 7 - 11 Malam

Datanglah beramai-ramai dan masuk adalah percuma

Layari : http://www.pasjohor bahru.com



To leave comments, please refer to latest posting at talkonly or http://talkonly.blogspot.com, thank you.

No comments: