Saturday, December 8, 2007

Dedah semua maklumat untuk atasi fitnah / Cadang BPR bertanggungjawab dengan Parlimen

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)


MP PAS
Datuk Kamaruddin minta kerajaan dedah semua maklumat untuk atasi fitnah
POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sudah membuat satu tangkapan dan empat kes lagi kini dalam siasatan berhubung laporan penyebaran fitnah dalam laman blog yang dikendalikan rakyat negara ini, kata Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow.

Beliau berkata, kerajaan memandang serius fitnah yang dilakukan dalam laman blog kerana ia boleh mengancam ketenteraman awam.

Menjawab soalan tambahan Datuk Kamarudin Jaffar (Pas -Tumpat) yang meminta kerajaan mendedahkan semua maklumat untuk mengatasi masalah fitnah melalui blog, Fu berkata, ada maklumat yang tidak boleh didedahkan kepada umum jika ia mengancam keselamatan dalam negeri.

Berikutan itu, katanya, PDRM melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman sudah menubuhkan Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia untuk memantau perkembangan terbaru dalam internet.

“Bagi kes tangkapan yang dibuat itu, penyiasatannya kini pada peringkat akhir sebelum PDRM memutuskan sama ada mendakwanya atau tidak,” katanya ketika menjawab soalan Raime Unggi (BN-Tenom) mengenai tindakan yang boleh diambil terhadap penulis blog yang menyebar fitnah.

Beliau berkata, kerajaan tidak mahu melanggar jaminannya yang dibuat ketika pelancaran Koridor Raya Multimedia (MSC) dulu.

Katanya, penulis blog yang didapati menyalahgunakan ruangan untuk menyebarkan fitnah atau memutarbelitkan sesuatu fakta boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan dan juga Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau berkata, pihak berkuasa juga menghadapi kesukaran untuk mengenal pasti pengendali sesuatu laman blog, termasuk tidak menggunakan nama sebenar atau server luar negara.

*****.*.*****

Transparency International cadang BPR bertanggungjawab dengan Parlimen
Harakahdaily
Thu | Dec 06, 07 | 9:20:43 pm MYT
KUALA LUMPUR, 6 Dis - Kerajaan perlu mempamerkan keazaman politik yang lebih teguh bagi memerangi rasuah secara serius di negara ini, kata Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) Tan Sri Ramon Navaratnam.
Sila layari www.englishsection. com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily. net/wap/ untuk melayari HarakahDaily. Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Rasuah memberi kesan serius terhadap sosio ekonomi dan politik dalam sesebuah masyarakat serta boleh menghakis keyakinan pelaburan asing jika ia tidak diatasi, katanya pada sidang akhbar sempena pelancaran Laporan Barometer Rasuah Global 2007, seperti dilaporkan Bernama.

Ramon berkata beliau berpendapat kerajaan Malaysia perlu memperakukan Konvensyen Penentangan Terhadap Rasuah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCAC) bagi membantu menangani masalah rasuah di negara ini.

Beliau juga berpendapat bahawa orang ramai akan lebih yakin terhadap Badan Pencegah Rasuah (BPR) jika ia merupakan sebuah badan bebas dan hanya bertanggungjawab kepada Parlimen dan hasilnya, lebih banyak orang akan tampil membuat laporan tentang kes rasuah.

Ramon berkata kira-kira 63 peratus daripada 1,250 rakyat Malaysia yang ditinjau pendapat mereka dalam laporan itu yakin perbuatan rasuah akan meningkat dalam tempoh terdekat.

Pendapat mereka sama dengan penemuan laporan itu yang mendakwa bahawa separuh daripada jumlah penduduk dunia percaya jumlah kes rasuah akan meningkat.


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


To leave comments, please refer to latest posting at talkonly or http://talkonly.blogspot.com, thank you.

No comments: