Thursday, December 27, 2007

BERSIH 17: Tempoh Ikat Jamin dilanjutkan lagi / Velocity of liberty

"Kadet Pencen" kadetpencen@yahoo.com


Kembara Minda Perjuangan
BERSIH 17- Tempoh Ikat Jamin dilanjutkan lagi
Tempoh ikatjamin Bersih 17 dilanjutkan lagi - Malaysiakini
Khairil Zhafri Dec 26, 07 3:36pm

Tempoh ikatjamin ke atas 17 aktivis Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang ditahan kerana melanggar perintah larangan berhimpun di bangunan Parlimen pada 11 Disember lalu, telah dilanjutkan lagi.

Salah seorang peguam mereka, Latheefa Koya, memberitahu Malaysiakini bahawa pihak

polis tidak mengenakan sebarang tuduhan terhadap 17 anggota Bersih tersebut dan tempoh ikatjamin mereka telah dilanjutkan sehingga 2 Januari 2008.

“Salah seorang pegawai penyiasat memberitahu peguam kita, Amer Hamzah, mengenai lanjutan tempoh (ikatjamin itu),” kata Latheefa.

Ini adalah kali kedua tempoh ikatjamin mereka dilanjutkan - kali pertama dilanjutkan pada 18 Disember lalu yang berakhir hari ini," katanya.

Latheefa berkata, pihak polis mungkin memerlukan lebih masa untuk menjalankan siasatan.

Tujuh belas aktivis Bersih tersebut termasuk beberapa pemimpin pembangkang - Ketua Penerangan PKR, Tian Chua (kanan); Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; Ketua Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh: ahli jawatankuasa pusat PAS, Dr Lo'Lo' Ghazali; Pengerusi penaja Parti Socialist Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim; Setiausaha Agung penaja PSM, S Arutchelvan serta ahli jawatankuasa pusatnya, S Sivarajan.

Pada 11 Disember lalu, seramai 26 anggota Bersih telah ditahan dalam kawasan Parlimen ketika cuba menyerahkan memorandum membantah penyambungan tempoh persaraan pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melalui satu pindaan perlembagaan.

Sembilan daripada mereka dibebaskan tanpa syarat pada hari yang sama manakala baki 17 orang lagi dibebaskan dengan jaminan polis pada kira-kira jam 10 pagi hari yang sama.

Perintah larangan

Polis Sentul telah mendapatkan perintah mahkamah untuk melarang individu dan pihak-pihak yang berkenaan daripada menyertai satu perhimpunan untuk menyerahkan memorandum tersebut.

Bagaimanapun, tiada perhimpunan yang diadakan.Antara individu tersebut ialah pemimpin PAS - Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Mohamad Sabu dan Adenaan Saad serta Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud.

Polis menutup semua jalan masuk ke Parlimen dan mengadakan sekatan jalanraya di sekitar Kuala Lumpur sehingga mengakibatkan berlaku kesesakan lalulintas yang teruk. Trak dan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) serta anggota anggota polis biasa ditempatkan di sepanjang Jalan Parlimen.

*****.*.**** *

Elizabeth Wong
Velocity of liberty
It takes less than 3 seconds to sign an ISA detention order which condemns a person to indefinite detention without trial.

But it will take 3 weeks, according to Government prosecutors to prepare their case in court.

High Court judge Zainal Azman put off the hearing after the prosecution team, led by senior deputy public prosecutors Kamaludin Md Said and Abdul Wahab Mohd, said that they needed more time to prepare for the hearing.
“We will need at least three weeks to file in the 40 affidavits and prepare our case,” said Kamaludin. (Malaysiakini, 26 Dec 2007)
*****

Yes, it takes this long. Despite what the Inspector-General of Police, Musa “Turn-Over” Hassan deems as irrefutable proof of the Hindraf-5’s terrorist links, apart from his litany of the five men’s alleged threat to national security.

Three whole weeks. Irrefutable proof. Wow.

Hearings will only commence Jan 24, 2008.


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/

*****.*.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: