Thursday, December 20, 2007

Bekas Mufti Terengganu Yang Dipertua PUM Yang Baru

Eddy Izwan Musa wrote:

Bekas Mufti Terengganu Yang Dipertua PUM Yang Baru

PAS Johor Bahru mengucapkan tahniah diatas lantikan Dato'As-Syeikh Hj. Abdul Halim bin Abd. Kadir bekas Mufti Terengganu yang dilantik & diamanahkan sebagai Yang Dipertua Persatuan Ulama' Malaysia yang kelima bagi sesi 2007-2009.

Semoga lantikan beliau akan mengembalikan semula peranan ulama masa kini yang kontemporari dalam usaha mengembeling tenaga dan mengeluarkan fatwa yang tidak takut kepada kepada pemerintah dan mengembalikan Islam dilandasan sebenar pada tempatnya AllahuAkbar.

Dato'As-Syeikh Hj. Abdul Halim bin Abd. Kadir telah dipilih menjadi Yang Dipertua dalam Mesyuarat Perwakilan Tahunan Kali Ke 28, Persatuan Ulama' Malaysia bagi sesi 2007/2009. Perlantikan beliau adalah merupakan Yang Dipertua ke lima sejak PUM ditubuhkan pada tahun 1974. Peneraju PUM sebelum ini terdiri daripada Hj. Nik Mohd Muhyiddin Musa (1974-1981), Hj. Ahmad Awang (1981-1999), Hj. Abdul Ghani Samsudin (1999-2003) dan Dato' Hj. Md Saleh Hj. Ahmad (2003-2007).

Dato'As-Syeikh Abdul Halim Abd Kadir merupakan anak kelahiran Jerteh, Besut Terengganu tahun 1935. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Agama di Pondok Jertih sebelum melanjutkan pelajaran pada tahun 1953 di Menengah Rendah Darul Ulum, Mekah dan seterusnya di Masjid Al-Haram, Mekah hingga tahun 1959. Kemudian beliau meneruskan pengajian Menengah Atas di Al-Ma'ahad Al-Ilmi Al-Saudi, Madinah. Beliau melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda di Kuliah Al-Syariah, Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 1960. Pada tahun 1996 beliau memperolehi Diploma Pendidikan dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

Kerjaya beliau bermula ketika tahun 1967 iaitu sebagai Penolong Nazir Guru-Guru Agama Negeri Kelantan dan kemudian pada tahun 1978 ditukar menyandang jawatan Pensyarah Pendidikan Agama Islam Maktab Perguruan Seri Kota, Kuala Lumpur. Pada tahun 1985 sekali lagi beliau ditukarkan ke Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kementerian Pendidikan Malaysia menyandang jawatan Penolong Pengarah Agama dan Dakwah.

Selepas persaraannya beliau ditawarkan sebagai Pensyarah kontrak di Maktab Perguruan
Islam Malaysia, Bangi tahun 1993. Beliau dilantik menjadi Mufti Negeri Terengganu bermula Julai 2000 hingga 2004.

Beliau aktif melibatkan diri dalam gerakan dakwah dan pertubuhan-pertubuhan Islam seperti ABIM, Muafakat, PUM dan sebagainya. Beliau turut terlibat dalam menguruskan Koperasi Muslimin suatu ketika dahulu dan kini masih aktif.

Selain beliau turut terpilih ialah Dato'Hj. Md Saleh Ahmad, pensyarah UIA selaku Timbalan Yang Dipertua, Prof. Madya Dr. Abdul Karim Ali, pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM selaku Naib Yang Dipertua I dan Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman, pensyarah Jabatan Al-Quran dan al-Hadith, APIUM selaku Naib Yang Dipertua II. Sementera itu Y.A Tuan Abu Bakar B. Hj Mohd Daud, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dilantik menjadi Setiausaha Agung.

Berikut adalah senarai penuh Ahli Jawatankuasa Persatuan Ulama' Malaysia Sesi 2007/2009.

Yang Di Pertua : Dato'As-Syeikh Abd. Halim Abd Kadir
Timbalan Yang Di Pertua : Dato' Hj. Md. Saleh Hj. Md @ Ahmad
Naib Yang Di Pertua I : Prof. Madya Dr. Abdul Karim Ali
Naib Yang Di Pertua II : Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman
Setiausaha Agung : Tuan Abu Bakar Hj. Mohd Daud
Bendahari Kehormat : En. Baharom bin Kassim

Ahli-Ahli Jawatankuasa:
1. Ustaz Hj. Ghazali Abd. Hamid
2. Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki Ibrahim
3. Ustaz Khairuddin Aman Razali
4. Dr. Nik Yusri bin Musa
5. Dr. Mohd Fauzi Hamat (Pengerusi W/Persekutuan)
6. Ustaz Mohd Zamri Shapik (Pengerusi Selangor)
7. Dato'Sheikh Mohd Noor Mansor (Pengerusi Perak)
8. Ustaz Hj.Yassin bin Salleh (Pengerusi Terengganu)
9. Sdra. Awwaluddin Juferry (Pengerusi Johor)
10. Ustaz Azhar bin Ab Shukor (Pengerusi Pahang)
11. Dr. Wan Salim Wan Mohd Nor (Pengerusi Pulau Pinang)
12. Prof. Madya Shukeri Mohamad (Pengerusi Kelantan)
13. Ustaz Hj. Muchlis Ali Kassim (Pengerusi Sabah)

Sumber : Suara Persatuan Ulama Malaysia

Layari : http://www.pasjohorbahru.com/

*****.*.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.

Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: