Wednesday, December 5, 2007

Bantulah, keluarga ini, tiada makanan, di Senawang

Rozmal bin Malakan wrote:

Selepas Isya sebentar tadi , saya didatangi oleh
seorang lelaki usia lewat 30an. Dia memperkenalkan
diri dia sebagai Mohd Kasim. Dia bertanyakan di mana
rumah ketua kampung, saya kata sini tiada ketua
kampung yang ada Pengerusi Surau atau Taman. Saya
tanya ada apa hal, dia kata dia perlukan sedikit
bantuan makanan. Dia baru dapat kerja sebagai tukang
sapu. Dia tidak mempunyai pekerjaan tetap. Di rumah
dia cuma ada beras, jadi dia perlukan minyak masak dan
lauk.

Dia tidak minta duit. Dia telah memohon pada Baitul
Mal tetapi masih dalam proses. Dia juga ada cuba
memohon di masjid serta surau berhampiran, tetapi
mereka tiada peruntukan khusus untuk membantu keluarga
yang kesusahan.

Jadi saya bawalah dia ke kedai runcit, beli minyak
masak, sardin, telur, biskut. Dia tinggal bersama
isterinya, surirumah sepenuh masa. Di samping itu dia
perlu menyara dua orang anaknya dan mertua di kampung.

Katanya, di rumah dia tiada perabut, tilam dan katil
pun tidak ada. Cuma tidur berlapik. Tetapi dia tidak
meminta semua itu, cuma sekadar sedikit makanan dan
duit minyak sementara menunggu dia dapat gaji hujung
bulan.

Dia juga pernah memohon bantuan untuk berniaga, tetapi
terlalu banyak karenah birokrasi. Sewa rumah mulanya
RM 300, tetapi tuan rumah kesian tengok keadaannya,
dia kurangkan ke RM 250.

Dia juga pernah menjalani pembedahan buasir,
menyebabkan dia tidak dapat buat kerja berat.
Sementara isterinya ada sedikit penyakit kencing manis
dan mendapatkan rawatan di klinik kerajaan.

Kepada mereka yang sudi membantu, bolehlah melihat
sendiri keadaan suami isteri ini di alamat berikut :

En Mohd Kasim
No 519, Lorong 1, Taman Senawang Jaya, Senawang
(belakang kedai dan tapak pasar malam Taman Senawang
Jaya)
Tel : 017-2193842


To leave comments, please refer to latest posting at talkonly or http://talkonly.blogspot.com, thank you.

No comments: