Saturday, December 15, 2007

Al-Fatihah / Rumah Timbalan YDPAS Gerik terbakar

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)


PAS BTR
Bapa ketua cawangan Taman Mewah meninggal
Bapa kepada Sdr Jaharuddin, ketua Pas Cawangan Taman Mewah telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi. Arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir di HUKM kira-kira jam 11 pagi. Jenazah akan dikebumikan selepas solat asar dan akan disolatkan di Surau Makarimul Akhlaq. Semoga arwah di masukkan dalam golongan orang-orang yang soleh oleh Allah s.w.t. Takziah diucapkan kepada Sdr Jaharuddin dan keluarga. Semoga beliau dan keluarga bersabar dalam menghadapi musibah yang menimpa. Al-fatihah.

Sebarang sumbangan boleh dibuat melalui ketua lajnah Kebajikan, Sdr Kadir. Hubungi beliau di 0163902264.

*****.*.**** *

Rumah Timbalan Yang Dipertua PAS Gerik terbakar
Johari Jaafar
Fri | Dec 14, 07 | 12:40:43 pm MYT
GERIK, 14 Dis (Hrkh) - Rumah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gerik terbakat dan musnah sama sekali dalam kejadian yang berlaku pada jam 1.30 tengah hari Selasa lalu.

Ketika kejadian beliau sedang mengimamkan solat zohor di masjid berhampiran rumahnya di Kampung Gelok, Lenggong.

Ketika api sedang marak, isterinya yang uzur berada di tingkat bawah dan empat orang cucunya berada di dalam bilik di tingkat atas.

Namun begitu anak perempuan beliau yang juga ibu kepada empat orang anak tersebut bertindak berani memecah pintu bilik dan berjaya menyelamatkan anak-anaknya.

Perihatin dengan keadaan tersebut, pimpinan PAS Negeri Perak telah menghantar wakilnya iaitu Bendahari PAS, Haji Abdul Rahim Md Ariff, Setiausaha Kerja PAS Perak, Khalilul Rahman Abdul Samad dan Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri, Amran Harun, turun ke tempat kejadian untuk menghulurkan bantuan.

Menurut Ustaz Azman, beliau redha menerima takdir yang menimpanya dan bersyukur kerana tiada ahli keluarganya yang terkorban atau tercedera. Kerugian dianggarkan RM100,000.

PAS Kawasan Gerik, PAS Kawasan Kampar turut bersimpati dengan kejadian yang menimpa keluarga Ustaz Azman dan turut menghulurkan sumbangan.

"Orang ramai atau pihak tertentu yang ingin membantu meringankan bebanan mangsa, boleh menyampaikan sumbangan melalui akaun Bank Islam PAS Negeri Perak 8013010040972, " jelas Setiausaha Kerja PAS Perak, Khalilul Rahman Abdul Samad. - mns

*** - ***
JANGAN LUPA: HARI SABTU PAKAI KUNING!
Link Baru webtv8 di http://wtv8. tv/v2/ tvpas di http://www.tvpas. com/

To leave comments, please refer to latest posting at talkonly or http://talkonly.blogspot.com, thank you.

No comments: