Saturday, November 17, 2007

PILIHANRAYA BERAT SEBELAH SAMA SEPERTI TIADA DEMOKRASI

Pilihanraya yang tidak adil dan berat sebelah adalah sama dengan tiada demokrasi kerana system pilihanraya yang berat sebelah hanya akan melahirkan natijah yang serupa dengan sekiranya tiada pilihanraya: pengekalan regim yang serupa.
Dalam dua tiga hari ini kita melihat berbagai2 respon datang dari pimpinan2 UMNO sebagai reaksi kepada Perhimpunan Bersih pada 10 November 2007.

Di sini suka saya memberi komen kepada beberapa komen yg telah dilayangkan oleh pemimpin2 UMNO.

Komen pertama dari Menteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin (http://www.youtube. com/watch? v=o4ZTHXn5g7Y& NR=1):
“ Demonstrasi tidak perlu kerana kita sudah ada piliharaya di dalam Negara kita”
Respon saya: Mungkin Datuk Zam kurang memahami dan memperlihatkan kurang-cerdiknya kerana tidak celik apa itu demokrasi. Sekiranya kenyataan Datuk Zam ini benar, mengapa di keseluruhan Negara Barat yang mempraktik demokrasi, rapat umum dan demonstrasi dibenarkan? Bukan sahaja Negara Barat, jiran kita Indonesia rakyatnya berhimpun dan berdemonstrasi, jiran kita Thailand, rakyatnya demo sampai berminggu sehingga PM dia terpaksa lari keluar negara. Malah Negara Korea Selatan yang begitu berdisiplin rakyatnya berdemo dengan teratur, siap menyanyi dan berpakaian seragam. Orang London berdemo beratus ribu keluar kejalan raya beberapa hari kerana masalah duit pencen sahaja.
Datuk Zam nampaknya amat dangkal di dalam memahami demokrasi. Demokrasi tidak terbatas kepada pilihanraya semata-mata. Demokrasi juga bergantung kepada kebebasan bersuara, kebebasan berfikir, kebebasan menulis dan menyebarkan maklumat, kebebasan berkumpul dan beraktiviti dsbnya.

Umpama, demokrasi adalah sebuah kereta, pilihanraya adalah enjinnya, kebebasan bersuara adalah tayarnya. Tanpa tayar, walau semana kuat dan bagus enjin, kereta tetap tidak bermakna.
Datuk Zam juga sepatutnya sedar bahawa yang dipersoalkan sekarang adalah system pilihanraya di Malaysia. Sistem pilihanraya di Malaysia adalah berat sebelah, korup, tidak adil dan tidak telus. Bagaimana sebuah system pilihanraya yang tidak adil seperti di Malaysia boleh dijadikan hujjah oleh Datuk Zam?

Komen kedua dari Datuk Nazri Aziz(http://www.malaysia kini.com/ news/74681);
“Kami menyokong demonstrasi Myanmar kerana di Myanmar tiada pilihanraya, tiada demokrasi. Di Malaysia, kita ada pilihanraya dan ada demokrasi”
Respon saya: Apa bezanya sistem pilihanraya yang berat sebelah dengan tiada pilihanraya. Kedua2 nya mempunyai natijah yang serupa, yakni pengekalan rejim yang sedia ada.
Pilihanraya bertujuan memberi kuasa kepada rakyat untuk memilih siapa yang mereka kehendaki untuk memerintah mereka. Sekiranya system pilihanraya itu sendiri songsang dan berat sebelah, suara rakyat sudah tiada makna sama sekali.
Keluarlah rakyat kesemuanya untuk mengundi namun natijahnya tetap serupa. Samalah seperti di Myamar.

Komen ketiga dari Khary Jamaluddin (http://www.youtube. com/watch? v=Z-hU3bHjSIQ):
“That’s why we have seen in the last few elections they’ve been given more access in the media, before there was almost none, of course they would like more in the main stream media but they enjoyed a lot more in their party organs, in their web sites they publish in web sites that supports them. These are all editorial preferences and it’s the same in the West as well”
Komen : Apa yang saudara Khairy Jamaluddin tidak sebut ialah di Negara Barat, sesiapa sahaja mempunyai kebebasan untuk menubuhkan serta menjalankan media mereka sendiri, tidak seperti di Malaysia.
Semua pihak menerima konsep “editorial preference” yang dinyatakan oleh Khairy. PAS sebagai contoh tidak mempunyai masaalah sekiranya akhbar NST hendak menyokong UMNO 100%.
Apa yang menjadi masaalah ialah mengapa Kerajaan Malaysia menghalang kami untuk menubuhkan media kami sendiri. Juga, kes yang sama kepada pihak2 lain.
Sebagai contoh, sekiranya Malaysia benar2 mempraktik kebebasan bersuara, mengapa:
a. Permohonan Kerajaan Negeri Kelantan untuk mengadakan stesen radio sendiri tidak diluluskan sehingga sekarang?
b. Harakah tidak dibenarkan diterbitkan dua kali seminggu
c. Permohonan Akhbar “Purnama” tidak diluluskan sehingga sekarang
d. Permohonan Malaysiakini untuk menerbitkan versi cetak tidak diluluskan sehingga sekarang.
Hakikatnya Khairy Jamaluddin cuba bermain wayang kerana kebebasan media tidak wujud di Malaysia. Dan, antara tuntutan Bersih yang utama adalah supaya kebebasan media diberikan kepada semua pihak yang bertanding dan tidak bertanding di dalam pilihanraya.
Tanpa kebebasan media, tidak jauh bezanya pilihanraya di Malaysia dengan keadaan ketiadaan pilihanraya di Myanmar.

Komen keempat adalah dari Khairy Jamaluddin (http://www.youtube. com/watch? v=-FybbGOvvjo)”
“Selama-lama ini mereka bertanding tapi hari ini mereka menutut untuk pilihanraya yang bersih”
Komen saya: Sekiranya pilihanraya benar2 bersih nescaya selama ini pembangkang tidak kalah di dalam bertanding di dalam pilihanraya. Parti pembangkang yang ada sudah jadi parti pemerintah diperingkat persekutuan pun. Itu yang UMNO takut.

Komen kelima: Dato Azalina kata peserta Himpunan Bersih dayus….
Komen saya: Kesian saya pada Dato kerana tidak faham makna dayus. Dayus maknanya seseorang yang tidak berani, penakut, tidak mahu dan tidak berusaha untuk melunasi tanggung jawabnya. Contoh seorang suami yang tidak memeberi nafkah kepada isteri kerana malas hendak bekerja. Contoh seorang suami yang juga pemimpin Negara yang biar isteri dia berlaga pipi dengan selebriti. Contoh seorang bapa yang membiarkan anak perempuannya diusung oleh lelaki sana-sini. Contoh orang Islam UMNO yang membiarkan masjid dan surau dirobohkan walaupun ada kuasa. (Samy Vellu lebih berani dan tidak dayus sehingga membatalkan semua hari terbuka deepavali demi membela kuil yang dirobohkan). Contoh ahli UMNO/BN yang takut untuk berhadapan dengan parti” pembangkang dalam pilihan raya yang adil dan telus. Itulah contoh2 dayus sebenarnya Kami yang turun beratus ribu pada 10 Nov meski pun diugut dan dihalang begitu hebat adalah rakyat yang berani, tidak dayus dan bukan penakut macam
perwakilan UMNO yang hendak bercakap perkara benar isu semasa dalam perhimpunan agung UMNO baru-baru ini.

Komen Keenam dari Datuk Johari Baharom:
“ Perhimpunan ini adalah perhimpunan haram”
Komen saya : Kalau hendak diikutkan perhimpunan menentang Malayan Union dalam tahun 1946 dahulu pun adalah perhimpunan haram. Mengapa sehingga hari ini UMNO meraikan ulangtahun “perhimpunan haram” menentang Malayan Union?

Komen ketujuh dari KPN:
" Perhimpunan 10 Nov mengganggu trafik, ganggu peniaga, menyusahkan orang ramai.

Komen saya: Yang mengganggu trafik adalah Polis yang tutup jalan, buat sekatan jalan raya, beratur dan bebaris rama-ramai terpacak dari pagi sampai petang, solat pun entah kemana. Cuba baca komen peniaga yang tutup kedai bila gas pemedih mata dan air kimia dipancut, sebelum tu tak tutup pun. Mengapa hampir 100,000 rakyat boleh sampai ke Istana Negara dalam keadaan aman dari SOGO dan Masjid Negara ? Kerana Polis tidak kacau, Polis cuma pantau. Kesimpulannya Polis yang menyusahkan rakyat kerana jadi alat UMNO/BN.

Dr Lo’ Lo’ Ghazali
AJK PAS Pusat
docpearl@hotmail. com

No comments: