Friday, November 30, 2007

PETIKAN DARIPADA LAMAN WEB RASMI PPIM

http://www.muslimco nsumer.org. my/ppim/plugins/ custompages/ faq.php

1. Benarkah Pringles dan Dove mengandungi lelemak minyak babi? Tolong siasat dan maklumkan demi kepentingan Umat Islam.

Jawapan: Ini merupakan satu soalan am yang agak susah hendak dijawab dengan tepat. Namun demikian sebagai pengguna Islam, kita harus melihat dari sudut yang lebih luas dan harus tahu bagaimana kebanyakan produk yang dihasilkan. Rasanya hari ini para pengguna Islam harus melihat lebih jauh lagi dalam apa-apa soalan yang berkaitan halal dan haram. Dalam kes Pringles, terdapat Pringles yang dibuat di Malaysia. Semasa wakil Pringles berjumpa PPIM mereka memberi �jaminan� bahawa Pringles Malaysia halal tetapi pada waktu itu tiada sebarang pengesahan dapat diperolehi.

Halal yang mereka jamin adalah berasaskan pemahaman mereka sendiri, sebuah syarikat korporat bertaraf antarabangsa. PPIM juga bertanya apakah jaminan mereka juga merangkumi �parallel imports� iaitu Pringles yang diimport daripada luar Negara yang juga ada dalam pasaran. Mengikut mereka yang diimpot tidak diberi sebarang jaminan dan bungkusan yang diimpot dan yang dibuat di Malaysia adalah sama. Tidak terdapat sebarang penafian penggunaan bahan haram dalam produk impot. Jadi pengguna Islam juga terdedah kepada produk impot yang tidak halal.

Mengenai Dove, apa yang kami ketahui adalah penggunaan Sodium Tallowate yang menggunakan lemak lembu. Sama ada lemak lembu digunakan untuk disapu kepada muka itu halal atau tidak, hanya Allah yang ketahui. Lagipun tiada sebarang pengesahan daripada mana-mana pihak yang memberikan jaminan.

Marilah kita pengguna menggesa semua produk paling kurang mendapatkan tanda halal JAKIM kalau tidak kita pakat-pakat tak beli. Kita berikan mereka ini tanggungjawab paling kurang kena faham konsep halal dan keperluan umat Islam. Kita juga harus ingat terdapat banyak lagi produk sepertinya yang diusahakan oleh pengusaha Islam atau yang dimiliki oleh syarikat Malaysia yang pada jangka panjang membawa manfaat kepada Negara. Berbalik kepada isu Pringles, di sini para pengguna Islam harus menggunakan kuasa pengguna untuk menggesa mereka harus mendapatkan halal JAKIM dan juga menukar bungkusan bagi memudahkan para pengguna (terutama anak-anak dan mereka yang kurang prihatin) memilih jika tak dapat menahan diri daripada membeli Pringles..

Pilihan tempatan juga ada, antaranya dikeluarkan oleh FAMA dan juga Mr Potatoes. Pengguna barus bijak memilih berdasarkan prinsip yang tersebut di atas

tolong sebarkan...


To leave comments, please refer to latest posting on talkonly.blogspot.com , thank you.

No comments: