Friday, November 30, 2007

Derma Untuk Mangsa Taufan di Bangladesh Anjuran Muslim Care Malaysia

Zakaria M'Care / FORSB@

Assalamu'alaikum wbt
Semoga semua beroleh keberkatan yang berpanjangan dari Allah swt.

Diforwardkan di sini email rayuan Derma Untuk Mangsa Taufan Bangladesh
daripada Pengerusi Muslim Care M'sia untuk perhatian dan tindakan
bersama. Mohon muslimin dan muslimat dapat memanjangkan email ini
kepada saudara-mara dan sahabat-handai untuk manfaat bersama.

Terima kasih di atas sokongan dan kerjasama. Yang baik dari Allah swt.
Mohon maaf atas segala kelemahan. Wassalam.

SU M'Care
b/p Muslim Care M'sia.

---------- Forwarded message ----------
From: Mat Arifin
Date: Nov 21, 2007 8:13 PM
Subject: Derma untuk mangsa taufan di Bangladesh anjuran Muslim Care Malaysia

Assalaamualaikum wbt & salam sejahtera

Sebagaimana sdra/I sedia maklum, taufan yang melanda Bangladesh beberapa
hari lalu telah meragut ribuan nyawa dan banyak harta benda dan
menimbukan kesengsaraan di kalangan rakyat Bangladesh. Mengikut laporan
TV AlJazeera, malapetaka tersebut seolah-olah seperti kesan tsunami yang
melanda Aceh beberapa tahun lalu. Saya boleh bayangkan kesengsaraan
yang mereka alami kerana saya berpeluang meluangkan masa selama 10 hari
dan tinggal bersama masyarakat Aceh semasa menyertai misi kemanusiaan
tempoh hari.

Sehubungan dengan itu, Muslimcare Malaysia yang mana pengeraknya yang
terdiri dari kalangan kakitangan PETRONAS, KLCC, PDB dan beberapa
syarikat swasta telah melancarkan pungutan derma untuk membantu
meringankan kesengsaraan tersebut.

Ini bukanlah merupakan khidmat masyarakat yang pertama dilakukan oleh
Muslimcare Malaysia. Sebelum ini Muslimcare telah menghantar misi
bantuan khususnya kewangan, makanan, ubatan untuk mangsa gempa bumi di
Turki, Iran, Pakistan dan Indonesia, tsunami di Aceh, pelarian di
Selatan Thai, mangsa banjir di Johor dan Shah Alam, sumbangan fakir
miskin serta program korban/aqiqah.

Sebagai salah seorang ajk Muslimcare, saya merasakan perlu untuk saya
mengambil iniatif di atas khususnya untuk kakitangan rakyat Malaysia
khususnya warga PETRONAS yang terkenal dengan sikap dermawan maupun
warga selain Malaysia untuk menghulurkan derma di atas.

Sdra/I boleh mendepositkan terus ke akaun Muslim Care Malaysia
No. Acc : 26-2120-0000- 4747 atau menghubungi saya atau Sdra. Zulkifli
Wahijan - Bendahari Muslim Care Malaysia (+60133672260) atau Sdra
Zakaria Ab Latif (+60126935938) . Kedua-duanya berada di Kuala Lumpur.

Sesungguhnya sumbangan sdra/I walaupun sedikit, amat bermakna bagi
mereka di atas. Semoga di atas sumbangan yang kita sama-sama berikan
membuka ruang untuk Allah melimpahkan rahmat dan rezeki kepada kita
semua.

Sila panjangkan email ini kepada rakan-rakan lain.

Terima kasih.

Mat Arifin Ismail
b/p Muslim Care Malaysia
Sudan - +2499 1231 2702
Malaysia - +60193568034
__._,_.___


To leave comments, please refer to latest posting on talkonly.blogspot.com , thank you.

No comments: