Friday, November 30, 2007

BERSIH&AMAN: Lancang Kuning Berlayar Malam: Haram kuning itu?

hamdy wrote:

asm,
[jawapan ini panjang, semoga sabar membacanya. 3pages arial 10. disertakn juga word doc utk mereka yg nak print]

[difwd juga kepada mereka yg berminat membaca penulisan saya. Utk yg baru membaca sila baca email dibawah sekali utk memahami isu]

setelah membaca lancang kuning belayar malam, walaupun agak lambat saya membacanya, saya membuat kesimpulan ialah warna kuning BERSIH itu dipersoalkan dgn membawa beberapa hadith dari muslim.

saya ingin cuba menjawabnya, bukan atas dasar utk berdebat tetapi utk melihat perspektif lain. Kalau setakat debat, ianya membuang masa. Tetapi saya mahu menjawab agar tidak ada mereka yg terus menerima bulat bulat terutama bagi adik adik yg muda yg mahu membacanya. Inilah amat penting utk saya.

Agak lama saya mendiamkan diri, saya sedang mencari cari hujah nas yg clear cut, walaupun Dr K telah mengajukan hadis tersebut.

Dr K juga menyebut: berkatalah umatnya...
"Be specific... spesies apa? strain apa? variety apa? jantan ke
betina? pondan boleh ke? warna apa? apa saiz? apa tinggi? Apa
beratnya? etc etc" "Ini bukan keldai umat Nasara, Yahudi, Hindu,
Buddha tetapi ini keldai diRaja" >>>>>>

Tujuan menjawab ini bukan kerana spt apa yg dr k tuliskan. Sebenarnya sikap banyak tanya itu bukan hanya wujud pd zaman ini, malah telah wujud pada zaman nabi musa apabila Allah memerintahkan Nabi Musa menyampaikan kepada kaumnya supaya menyembelih lembu. Dari situ, berlakulah rentetan soalan yg benar benar bertanya, juga soalan yg memperlekehkan dari kaum yahudi kepada Nabi Musa pd masa itu.

Ada yg bertanya, kenapa kuning. Jawapan yg diberi oleh salah yg memimpin perarakan dari masjid jamek ialah, warna itu adalah warna sejagat yg digunakan apabila memperjuangkan hak hak demokrasi.

Dari perspektif lain, ialah ahli parti pas begitu ramai yg menyertai, walaupun syiar bendera mereka tidak ditegakkan pada hari itu. Kepimpinan PAS pada masa itu tidak mempersoalkan warna itu pada hari tersebut malah dua pimpinan tertinggi PAS, Presiden dan Timpres juga menyertai. Now, sesuatu yg perlu difahami dari perspektif org yg berlatarkan ugama ialah mereka selalunya bertanya dahulu 'boleh dilakukan dlm islam atau tidak, kalau ye, barulah mereka lakukan'. Secara umumnya ahli pas akan bersikap 'pemimpin tidak halang itu bermakna ok utk dibuat kerana PAS berhati hati dalam isu halal dan haram ini'.

Having said that, bagi kita yg mempunyai kekuatan utk belajar dan mencari ilmu, kita tidak boleh bersikap 'taqlid buta'. Dalam kata lain, kalaupun pemimpin tidak berkata TIDAK, maka adalah baik utk kita mencari akan hujah dan nas, setidak tidak utk memahami bagi diri sendiri. Oleh itu, persoalan yg dihujahkan oleh Dr K adalah wajar & fair.

CUMA apabila Dr K mengatakan ustaz2 menyembunyikan didalam tulisannya... bagi saya itu kurang adil... hujah yg saya bawakan insyallah akan mengatakan assumption dr K tidak adil dan tidak tepat... Dr K berkata demikian berdasarkan kefahaman dan conclusion yg beliau buat. Ianya boleh difahami kerana kita selalunya bertindak, berfikir, menganalisa berdasarkan kefahaman dan apa yg ada dibelakang minda kita. (ni tak ada dlm word doc..)

Warna kuning ini agak special dlm kehidupan kita. Sebagai contoh, jika kuning yg kita persoalkan itu benar benar haram, maka org yg paling berdosa di Malaysia ini ialah antara 'mereka yg menghabiskan duit rakyat' iaitu raja raja melayu. Ini adalah warna keagungan mereka ialah warna kuning tapi saya tak tahu semenjak turun termurun mana. Samada Parameswara dulu berwarnakan kuning, saya pun kurang arif. Raja melayu bukan saja lambang pemerintahan malaysia, malah mereka adalah lambang peneraju Islam dlm negara ini. Jika kuning itu adalah berdosa, maka mereka lah yg berdosa berlipat ganda dan antara org yg paling juga berdosa ialah ulama penasihat mereka seperti hassan din alhafiz.

Kuning juga amat penting dalam ilmu perubatan bomoh dimalaysia. Jika anda pergi atau terserempak dgn bomoh, dan anda lihat warna kuning digunakan dgn meluas sekali, maka itu bermakna bomoh itu menggunakan sepenuhnya buruh JIN. Sbg contoh apabila seorang jiran saya mengecat warna kuning disalah satu tiang rumahnya dan kemudian tiang itu dicat warna lain diatas warna kuning itu, saya dgn cepat mengetahui bahawa rumah itu dikawal oleh JIN. Begitulah hebatnya warna kuning.

Setakat malam ini, saya telah cuba meniliti beberapa buku ini tetapi masih belum berjumpa akan persoalan warna kuning ini secara direct.
Buku Halal & Haram dlm islam - yusuf qardhawi.
Fiqih Sunnah - sayid sabiq
Fatwa masakini jilid 1-8- yusuf qardhawi,
Tafsir ayat ayat hukum dlm quran jilid1-2 - M Ali AshShabuni
Bimbingan mukminin Iman Ghazali
Riyadhus Shalihin - Imam Nawawi Jild 1-4.
minhajul abidin- imam ghazali
(Malangnya dlm koleksi buku saya, saya tertinggal bukhari & muslim..insyallah akan saya dapatkan segera)

Didalam riyadhus shalihin yg ada mengaitkan hal warna pakai didalam kitab pakaian jilid3 diatas tajuk [Sunnahnya mengenakan pakaian putih dan bolehnya mengenakan pakaian berwarna merah, hijau, kuning, hitam, juga boleh mengambil pakaian dari.....dan lain lain kecuali sutera].

Cuma didalam bab ini tidak dinyatakan larangan pada sebarang warna tetapi ada sebutan mengenai warna warna pakaian, cuma hadis hadis yg dikeluarkan menekankan kepentingan warna putih termasuk warna putih mengapankan mayat. Ada juga disebut akan Rasullullah memakai pakaian merah, hijau, dan juga berserban hitam semasa hari kemenangan membebaskan mekah. Tidak disebutkan larangan terhadap sesuatu warna.

Begitu juga didalam buku halal dan haram, tidak ada juga disebutkan larangan terhadap sesuatu warna secara specifik.

Dr K telah mengutarakan hadis : Muslim 024: 5173:
'Abdullah b. 'Amr b. al-As reported: Allah's Messenger (may peace be
upon him) saw me wearing two clothes dyed yellow. whereupon he said:
These are the clothes (usually worn by) the non-believers, so do not
wear them.
Dan kalau dibaca hadis itu secara literal, ianya memang menunjukkan akan warna kuning itu menjadi isu.

TETAPI, yg menariknya, didalam buku Halal & Haram, yusuf Q meletakan hadis ini dibawah tajuk LAKI LAKI MENYERUPAI PEREMPUAN DAN VICE VERSA.

Didalam bab ini, yusuf Q membincangkan akan hal Allah melaknat lelaki menyerupai perempuan vice versa. Dan beliau menutup bab itu dengan mengatakan " JUSTERU itu pulalah , maka Rasullullah saw melarang laki laki memakai pakaian yg dicelup dgn 'ashfar (ie winter berwarna kuning yang biasa dipakai untuk mencelup pakaian2 wanita dizaman itu). Ianya dikuatkan dgn kata kata Ali r.a "Rasullullah saw pernah melarang aku memakai cincin dan pakaian sutera dan pakaian yg dicelup 'ashfar". (dalam kata lain, cincin, sutera dan celupan 'ashfar itu adalah hak perempuan, jika dilihat secara sekelompok)

Dan kemudiannya yusf q membawa kata kata dari Ibnu Umar iaitu "Bahwa Rasullullah saw pernah melihat aku memakai dua pakaian yg dicelup dengan 'ashfar, maka sabda Nabi: ini adalah pakaian org2 kafir, oleh itu jangan kamu pakai dia" (hadis ini yg Dr K bawa tapi dlm bahasa inggeris)

Apabila, bab ini dibaca dan dikaitkan dgn dua hujah dari Ali dan Ibnu Umar, maka saya tidak pasti samada warna kuning itu yg dipersoalkan atau isu asfar itu dikaitkan dgn pakaian perempuan yg dimaksudkan. Saya lebih suka mengambil dua hujah itu dlm kaitan pakaian perempuan dan isu lelaki yg menyerupai perempuan kerana ianya diletakkan dibawah tajuk lelaki yg menyerupai perempuan&vice versa. Tambah lagi dlm riyadhus salihin dinyatakan bahawa dibolehkan memakai berbagai warna termasuk kuning, walaupun riyadhus salihin tidak menyebut sebarang hujah yg bermaksud kuning.

tetapi apabila hujah riyadhus salihin dan hujah buku halal & haram dalam islam , dikembarkan maka kita lihat bahawa warna kuning itu bukan satu yg menjadi isu. Dlm kata lain hadis itu bila dibincangkan tidak berdiri dgn sendiri, malah perlu dibaca dgn hadis lain.

Jika kuning itu haram, sudah tentu Yusuf Q akan membahaskannya dgn baik dan saya tidak rasa Yusuf Q dari jenis ulama@ustaz yg menyembunyikan...nauzubillah..

[kalau saya dlm mood debat, saya akan cabar dr K utk menarik balik tuduhan menyembunyikan itu..tapi tulisan ini adalah dlm mood lain]

{Confused? anda dinasihatkan utk berhenti dan pergi minum air dahulu. Mungkin anda ingin print sebab jawapan ni panjang}

TETAPI, having said all that, jika anda memakai warna kuning terutama sama warna dgn warna kuning sami (yg standardnya warna kuning emas gelap mcm sami myanmar itu), dan anda mempunyai niat utk menyamakan diri anda dgn diri mereka, maka itu JELAS HARAMnya kerana org islam dilarang menyerupai kaum lain ie bukan islam, Itu jelas.

MALAH utk kita lelaki, jika memakai kemeja dan seluar itu utk meniru org barat, maka kita sudah mendapat dosa kerana meniru dan menyerupai. Ditambah lagi jika kita mahu mengikut Rasullulah saw intotal, then beliau amat menggemari baju gamis (riyadhus salihin).

Satu Persoalan: ADAKAH SETIAP HADIS YG MENGATAKAN SESUATU ITU HARAM MAKA AKAN TERUS MENJADI HARAM?

{saya sebenarnya tidak layak membahaskan topik begini sebab, grad in IT ,practitioner in HR, biz in property, tetapi saya ingin meneruskan. Bagi yg kurang yakin, silalah merujuk pd sesiapa yg lebih arif}

Kes 1: Utk lelaki. Dilarang mencukur janggut.

Didalam buku halal& haram dlm islam, yusuf q, dibawakan hadis bahawa lelaki islam mencukur janggut. Riwayat Bukhari, dari Ibnu umar Rasullullah bersabda �berbedalah kamu dgn org musyrik, peliharalah janggut dan cukurlah kumis�. Pengertian dari hadis ini ialah umat lelaki islam dilarang utk mencukur janggut. Maka apakah dilarang disitu mensabitkan hukum haram? Tetapi apabila dibahaskan oleh para ulama, (& to cut it short) mereka telah menghukumkan haram spt ibnu taimiyyah, makruh sebagaimana disebut dlm fathul bahri, dan mubah@harus oleh ulama ulama sekarang. Pendapat yg pertengahan adalah makruh.

Kes 2: utk perempuan, menipiskan alis mata.

Bukhari menyebut, Rasullulah saw melaknat perempuan yg minta dicukur alisnya.

Bila dibahaskan oleh ulama islam yg sholeh, mazhab hanbali membenarkan asalkan dgn izin suami . Imam nawawi tidak membenarkan sama sekali. Dan imam thabari memberi gambaran ianya dibenarkan.
{assumption: semua wanita diatas adalah wanita menutup aurat dgn baik iaitu bukan wanita pakai tudung seluar ketat}

Didalam kes kes begini, saya yakin para ulama tidak melekehkan hadis hadis Rasullullah saw, tetapi mereka membaca dari perspektif contextual, bermaksud, mereka cuba menyelami apa yg Rasullullah saw maksudkan dengan cuba memahami persekitaran, keadaan apabila ianya disebut oleh beliau, juga dgn melihat riwayat riwayat lain yg kukuh dan mengukuhkan antara satu hadis dgn satu hadis yg lain.

So adakah kuning itu tidak dibolehkan...kalau tanya saya..ianya non isu ..

Cukuplah rasanya..semoga memberi manfaat.
Saya memohon keampunan dari Allah diatas sebarang kesalahan dan juga sebarang ujub riak & takbur.
Wallahualam.



Dr K wrote:

Tak sangka pula, tulisan saya kepada rakan-rakan rapat sebatch boleh
sampai ke sini. Tapi kalau tersiar bab itu sahaja, tanpa beberapa
cerita asal & terkemudian tentulah lain jadinya. Bak kata TG Abdul
Hadi "tidak boleh ambil ugama suku, yang lain suku!"

In the late 80's, I saw mantan-Mufti Selangor Ishak Baharom di RTM1.
He said "Lelaki haram pakai sutera. Wanita boleh pakai tetapi tidak
boleh dibawa bersolat kerana sutera adalah najis". Ekoran itu, saya
bertanya seorang ustaz yang mengiyakan benar sutera najis. Saya
tanya kenapa? Ustaz jawab "Ia keluar dari ulat". Saya
maklumkan "madu juga datang dari ulat (Arthropoda)". Ustaz
jawab "madu keluar dari mulut, sutera keluar dari bontot (l found
out later it comes from neither anal nor mouth but another liang)"
Saya bilang "Muntahan dari mulut juga najis". Ustaz said "Ya tak ya
juga. Nanti minggu depan saya bagi jawapan!" which tak pernah
berlaku sampai hari ini.

Sudahnya saya mencari-cari jawapan di Quran dan hadith dan antara
nas yang terjumpa adalah berikut:

Muslim 024: 5176:

'Ali b. Abu Talib reported that Allah's Messenger (may peace be upon
him) forbade wearing of silk and yellow clothes, and the gold ring,
and the reciting of the Qur'an in the ruku' (state of kneeling in
prayer).

I have wondering kenapa ustaz-ustaz "menyembunyikan" tentang
larangan berbaju kuning. Dan saya bersangka ustaz-
ustaz "menyembunyikan" kerana khuatir orang-orang kayangan murka.

Apabila seorang rakan mengajak berbaju kuning maka saya khabarkanlah
tentang hadith itu kepada rakan-rakan rapat. Dan bertanyalah Kak
Shahidah kita "Mengapa kuning?" Dan saya jawap biasanya saya tak
mencari apa sebab mengapa tidak boleh jika sudah ada nas yang sahih.
Takut jadi Astora yang meng"halal"kan katak walaupun terdapat hadith
sahih Rasullulah melarang bunuh kata walaupun untuk dibuat ubatan.
But dalam waqe' terpaksa atau sengaja, saya yang lemah iman kadang-
kadang memakai juga tali leher sutera, butang suasa dan t-shirt
kuning dengan alasan sikit aje sutera, emas dan kuningnya!

Dua minggu lalu, saya berada di Melaka. Dek kerana saluran lain tak
jelas, saya tengok aje siaran langsung Ehwal Islam. Kebetulan
Ustazah Nor Bahyah menceritakan kisah sahabat-sahabat yang meraikan
kemenangan Islam dalam peperangan Khaibar . Mereka sembelih masak
keldai. Apabila diberitahu Rasullullah melarang muslim makan keldai.
Mereka terus menanam masakan tersebut bersama periuknya. Dan
Rasullullah berkata "Tidak payahlah sampai periuk pun ditanam kerana
yang haram hanya daging keldai". Ustazah berkata "Begitulah
tingginya iman mereka. Mereka patuh tanpa mencari helah untuk makan
keldai. Tak minta atau pujuk Rasullullah supaya pengharaman bermula
esoknya"

Barangkali cerita Ustazah dari hadith berikut:

Bukhari 4:52:234:
Narrated Anas:
The Prophet reached Khaibar in the morning, while the people were
coming out carrying their spades over their shoulders. When they saw
him they said, "This is Muhammad and his army! Muhammad and his
army!" So, they took refuge in the fort. The Prophet raised both his
hands and said, "Allahu Akbar, Khaibar is ruined, for when we
approach a nation (i.e. enemy to fight) then miserable is the
morning of the warned ones." Then we found some donkeys which we
(killed and) cooked: The announcer of the Prophet announced: "Allah
and His Apostle forbid you to eat donkey's meat." So, all the pots
including their contents were turned upside down.

Saya terfikir barangkali kalau larangan turun di zaman ini, akan
berkatalah umatnya...

"Be specific... spesies apa? strain apa? variety apa? jantan ke
betina? pondan boleh ke? warna apa? apa saiz? apa tinggi? Apa
beratnya? etc etc" "Ini bukan keldai umat Nasara, Yahudi, Hindu,
Buddha tetapi ini keldai diRaja"

Dan terjumpalah saya jawapan kepada soalan Kak Shahidah kita:

Muslim 024: 5173:
'Abdullah b. 'Amr b. al-As reported: Allah's Messenger (may peace be
upon him) saw me wearing two clothes dyed yellow. whereupon he said:
These are the clothes (usually worn by) the non-believers, so do not
wear them.

Muslim 024: 5175:
'Abdullah b. 'Amr reported: Allah's Apostle (may peace be upon him)
saw me in two clothes dyed yellow, whereupon he said: Has your
mother ordered you to do so? And I said: I will wash them. He said:
But burn them.

Siapakah non-believers itu? Umat Hindu atau Buddha? Setahu saya
beribu-ribu tahun umat Buddha berbeda tentang kuning yang paling
afdal dan terbaik dari kuning cair sampailah oren, golden dan even
red. Saya khabarkan hadith-hadith itu kepada rakan-rakan rapat dan
ada saudara yang berkata seakan-akan "lakumdinnukumwaliyadin":
Semoga segala persoalan KEKUNINGAN akan dijawab oleh Allah sendiri
semasa menjadi tetamuNya, insyaAllah.

Dan saya yang lemah iman ini, masih sesekali teringin bertali leher
sutera, berbutang suasa dan bert-shirt kuning dengan alasan yang
masih sama. Teringat saya sergahan Ismail Kamus "jika sedikit tahi
cicak terjatuh ke dalam air sirap tuan, tuan keluarkan tahi
cicaknya, apakah tuan akan meminumnya?" Apakah saya juga
seorang "Little Astora"?


To leave comments, please refer to latest posting on talkonly.blogspot.com , thank you.

No comments: